Pakatan Rakyat melihat pelbagai pendedahan dalam Laporan Audit 2012 oleh Ketua Pengarah Audit baru-baru ini, membuktikan bahawa kakitangan kerajaan di negara ini adalah antara yang paling korup di dunia amnya dan Asia khasnya.
Jam dinding harga sampai berpuluh ribu ringgit, mesin scanner sampai beratus ribu ringgit dan sebagainya, apa semua ni?
Konklusi ini aku buat berdasarkan jawapan kementerian di Parlimen setakat ini, yang mana hampir kesemuanya menyalahkan kakitangan yang terlibat. Ini memang sudah diduga, orang politik (Menteri dan Timbalan Menteri) akan cuci tangan sajalah, yang salah orang bawah.
Betullah dari satu sudut (Menteri diperingkat pembuat dasar), tapi kalau tak 100%, 20% dari penyelewengan itu, Menteri pasti ada 'saham' juga. Paling tidak dalam bentuk tanggungjawab.
Bukan aku nak bela Menteri tapi standard Menteri di Malaysia ni (nak nak dari UMNO), dia tak pandang nilai-nilai puluh ribu atau ratus ribu macam ini, lebih baik dia kejar yang juta, ratus juta dan billion.
Nilai kecil-kecil macam ini, standard kakitangan awam sajalah.
Walaupun ada yang berjumpa dengan aku mengatakan itu bukan penyelewengan, tapi lebih kepada 'pindah-pindah' bajet (aku pun tak faham apa yang dimaksudkan dengan itu), ia masih lagi amalan yang menjurus kepada penyelewengan dan salah guna kuasa.
Kalau dah bajet tu bajet sajalah, tidak ada bajet, jangan beli, habis cerita. Apa itupun susah sangat nak buat ke?
Dalam hal ini sudah tentulah yang patut menanggung tanggung jawab terbesar ialah Congress of Unions of Employees in the Public and Civil Services (Cuepacs) yang diterajui seorang pembantu makmal bernama Datuk Omar Osman.
Tiap-tiap tahun rakyat lihat Cuepacs asyik mendesak minta dinaikkan gaji, bonus dan sebagainya, macam kedana sangat kakitangan awam di negara kita ini sehinggakan wang rakyat nak diguna untuk membayar kenaikan gaji kakitangan awam tak sudah-sudah.
Hal yang sebenarnya, ada di kalangan kakitangan awam ini yang sudah kaya raya pun hasil pelbagai penyelewengan yang dilakukan mereka seperti yang didedahkan oleh Ketua Audit Negara dalam laporannya.
Menjadi persoalan kepada aku, kenapa bila hal-hal macam ini timbul, Cuepacs diam tak bercakap apa pun? Apakah peranan Cuepacs hanya untuk membela kakitangan awam dari segi gaji dan bonus saja, sedangkan yang terlibat dengan pelbagai kesalahan macam ini, Cuepacs ambil keputusan kancingkan gigi?
Atau lebih teruk, pertahankan!!
Kalau macam itulah saja peranan Cuepacs, aku cadangkan darjah kebesaran Datuk yang diperolehi Omar Osman ini patut dipulangkan sahaja untuk diberikan kepada yang lebih layak.
Lebih baik diserah pada Chin Peng, yang jauh lagi besar jasanya dari Omar kepada negara ini.
Memang rakyat nampak Omar tidak layak untuk dapat pingat tersebut sebab setakat ternampak hebat mendesak kerajaan beri bonus dan kenaikan gaji kepada kakitangan awam sahaja.
Selain Omar itu sendiri jawatannya sebagai pembantu makmal - antara perjawatan yang paling rendah tarafnya dalam perkhidmatan awam.
Jenaka tau tak, pembantu makmal dapat Datuk, kerja tak seberapa, asyik bonus naik gaji, bonus naik gaji - dalam masa sama, ada anggota Cuepacs ini yang kaya raya dah, hasil menipu duit kerajaan, Cuepacs buat tak nampak.
No comments:
Post a Comment
Komen Adalah Atas Tanggung Sendiri, Blog Ini Tidak Bertanggungjawab