Pages

Monday, October 7, 2013

Salahkah Anwar Buat Pembedahan Muka?

Antara Fitnah Yang Dimainkan Blogger UMNO
Sepanjang hujung minggu ini, aku melihat majoriti blog-blog UMNO mempersoalkan perubahan pada muka Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim akhir-akhir ini.

Ada yang kata Anwar buat pembedahan muka, ada yang kata suntik botox dan sebagainya.  Kadang kala itu, ada juga yang ditokok tambah seperti menanam susuk dan sebagainya.

Bodoh betul.

Persoalannya sekarang, apa itu pulak yang dijadikan isu, apa tidak ada isu lain ke?  Di depan ini ada banyak isu rakyat yang boleh diketengahkan, antaranya penyelewengan dan pembaziran berlaku dalam pengurusan kewangan kerajaan seperti yang didedahkan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2012 yang lepas.

Di pihak Pakatan Rakyat sendiri, setakat ini ada 2 cadangan besar yang digesa kepada kerajaan untuk melaksanakannya.  Anwar sendiri mencadangkan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mengadakan sidang khas, sementara Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang mencadangkan kerajaan untuk mengeluarkan kertas putih.

Walaupun kedua-dua cadangan itu, menampakkan seolah-olah Pakatan Rakyat tidak satu hati, tapi yang penting, dalam laporan audit kali ini ada terlalu banyak isu yang menimbulkan persoalan di kalangan rakyat tentang bagaimana kerajaan membelanjakan wang mereka..


Yang pergi bawak cerita muka Anwar itu buat apa?

Tapi kalau nak cerita juga, apa salah ke Anwar buat pembedahan muka?  Duit dia, muka dia, suka dialah nak buat apa, yang orang lain ni sibuk buat apa?

Apakah negara mengalami defisit perbelanjaan kalau Anwar buat pembedahan muka?  Atau ekonomi akan jatuh selepas wajah Anwar berubah lebih muda?  Tak juga, jadi apa yang nak disibukkan sangat?

Pada aku, tindakan ini seolah-olah cuba menafikan hak rakyat untuk mendapat maklumat yang lebih mendalam mengenai penyelewengan dan pemborosan dalam membelanjakan wang kerajaan seperti terdapat dalam laporan audit tersebut.

Memang setiap penemuan yang dibuat, akan dijawab oleh kementerian berkaitan (malah ada yang sudah menjawab pun), tapi itu sahaja tidak cukup untuk memuaskan hati rakyat yang melihat wang mereka dibelanjakan macam air oleh kakitangan awam.

Sementara para Menteri dan Timbalan Menteri selaku pentadbir pula, gagal menahan masalah tersebut dari berterusan.

No comments:

Post a Comment

Komen Adalah Atas Tanggung Sendiri, Blog Ini Tidak Bertanggungjawab