Friday, June 28, 2013

Jusof Kalla Sebenarnya Yang Gila, Bukan Anwar

Entah dari mana dan macam mana, boleh terbit dari mulut bekas Naib Presiden Indonesia, Jusof Kalla yang secara terus terang menyebut Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai seorang gila kerana kononnya tidak mematuhi janji untuk menerima keputusan pilihanraya umum yang lepas.

Aku boleh terima kalau dia cakap Anwar mungkir janji atau yang sama macam itu, tapi gila?  Itu sudah melampau.

Kalau Jusof nak tahu, mana ada orang gila boleh pimpin sebuah pakatan politik menang 89 kerusi dalam pilihanraya umum?  Dan itu bukan sebarang kemenangan kerana ia diperolehi di sebalik cubaan kerajaan pemerintah memanipulasi keputusan pilihanraya.

Sebab itu walaupun Pakatan Rakyat menang 51% undi popular di seluruh negara, BN yang menjadi pemerintah dan melantik Najib sebagai Perdana Menteri - inilah yang disebutkan sebagai manipulasi pilihanraya.

Justeru kalau Jusof ada contoh mana-mana pemimpin gila yang mampu meniru apa yang dilakukan Anwar, aku suka nak tengok siapa dan dimana diamnya.

Tak sepatutnya Jusof melabel Anwar sebagai gila, itu sudah sampai ke tahap menghina.  Anwar bukan gila, tapi beliau tidak menerima keputusan pilihanraya yang dipenuhi unsur skandal, pengundi hantu dan rasuah pengundi yang melampaui batas.

Masa buat janji itu, mana nak tahu penipuan ini semua akan berlaku?  Akal ada fikirlah sikit Indon ooi.

Belum lagi kita menyebut tentang blackout yang berlaku di lebih 30 tempat sehingga berlaku banyak kejadian dimana kertas undi bertambah, melebih pengundi yang membuang undi!!  

Memang Pakatan Rakyat belum ada bukti lagi, tapi bila tiba masanya untuk perbicaraan di Mahkamah nanti, semua bukti tersebut yang sedang dikumpulkan Ahli Parlimen Pandan, YB Rafizi Ramli dan pasukannya akan dikemukakan untuk pertimbangan Hakim.

Jusof Kalla patut tahu perkara ini kerana kalau aku tak silap, Anwar pernah kata beliau dah terang semua kenapa perjanjian tersebut tidak dihormati beliau.  Lagipun secara teknikalnya perjanjian tersebut tidak sah kerana Najib tidak menandatanganinya.

Tidak sah maksud, tidak ada keperluan untuk mematuhinya.  Takkan simple matter macam ini pun Jusof Kalla tidak tahu, bekas Naib Presiden apa macam ini?  Tidak hairanlah kenapa Jusof Kalla kalah dalam persaingan merebut jawatan Presiden Indonesia, bodoh rupanya!!

Biar aku jelaskanlah, ini sebenarnya cerita bugis dengan bugis yang lain.  Jusof Kalla dan Najib sama-sama Bugis, maka itu jangan hairanlah kenapa Jusof Kalla menyebelahi Najib dalam hal ini.

Tapi seperkara yang tidak kurang penting, macam mana Anwar boleh kawan dengan Bugis tak guna ni pun tak tahulah.

Thursday, June 27, 2013

Kenyataan CheguBard Dituju Kepada Nik Abduh & Nasrudin Tantawi


Aku memang pelik dengan sikap sesetengah pimpinan Pakatan Rakyat yang tidak konsisten dalam perjuangan dan berubah-ubah mengikut keadaan.  Benda macam ini banyak berlaku dalam PAS, kurang sikit dalam PKR, tidak berlaku dalam DAP.

Bukan aku nak puji DAP lebih-lebih, tapi inilah hakikat yang semua orang patut belajar untuk menerima keadaan tersebut.  Malah, aku tak ralit sikit pun nak ajak agar semua orang tiru DAP, itu baru betul perjuangan, konsisten.

Kalau kita dah tetap berlaku penipuan dalam pilihanraya, sepatutnya semua orang cakap perkara yang sama, tak kiralah menang atau kalah, kalau pimpinan tertinggi dah komited kata ada penipuan, tak seharusnya masing-masing cakap lain-lain.

Inilah yang aku rasa cuba disampaikan Pengerusi SAMM, CheguBard dalam akaun Facebooknya semalam (rujuk screenshot di atas).  Memang bahasa tu ganas, bangkai dan cibai, tapi pernyataan itu ada maksud yang mendalam yang dia harap semua orang boleh faham.

Fikir sajalah, soal menolak keputusan pilihanraya ini telah dibincang dan ditentukan sebelum keputusan penuh PRU13 lagi.  Semua calon, tak kira menang atau kalah dah sepakat, keputusan itu nanti, apa sekalipun bentuknya, ada berlaku penipuan.

Seingat aku, itulah konklusinya.  Tapi kenapa bila keputusan dah keluar dan masing-masing pun angkat sumpah sebagai ADUN dan Ahli Parlimen, ada pulak mangkuk hayun dari PAS yang keluar kenyataan kata keputusan PRU13 itu adil?

Ada satu umat ni cakap dengan aku, CheguBard tuju statement di atas tu pada dua musibat ni, Nik Abduh dan Nasrudin Tantawi dari PAS sebab mereka ini sahaja yang keluar kenyataan dalam media menyokong keputusan PRU13 - mentang-mentanglah menatang 2 orang ni menang.

Nama memang tak sebutlah, nanti jatuh maruah pulak.  Lagipun Chegubard puas kena kencing dengan PAS dalam pertandingan di DUN Sungai Acheh Pulau Pinang.  Dah kompromi kata CheguBard akan bertanding pun, jentera PAS masih jalan macam biasa.

Tapi semua orang boleh faham kenyataan itu untuk siapa.  Aku pun suspek CheguBard tuju kenyataan tersebut pada 2 orang itu, takkan orang UMNO kot.  Kalau orang UMNO bukan bangkai dan cibai, tapi apa ayat yang lebih menyentuh 'kalbu'.



Bangkai dan cibai kira berlapiklah tu.

PAS kalau sedar, patut tak melatah dengan kenyataan Chegubard itu.  Hakikatnya memang PAS terima keputusan pilihanraya, walaupun sebelum ini sudah bersetuju untuk menolak.  Presiden PAS, Haji Hadi tuduh CheguBard jual pil kuda pun tak sebut nama jugak, tapi semua orang tahulah dia tuju pada siapa.