Before this we know that the only thing that connected to Altantunya Saaribu is the purchase of the Scorpene Submarine and her job as an interpreter for the Malaysian negotiation team. The second fact is that, Altantuya came here because he wants to demand the commission from the Submarine sale that amounts to RM 500j through Abdul Razak Baginda. Without the fact that Altantuya was involved in the deals, all the accusation towards Najib Razak regarding the murder of the Mongolian model will hold no substance, whether in the court of law or in the perception of the rakyat. The statement was supported by facts that show the arrival of Altantuya in Malaysia in 2006 is to claim her money. If Altantuya were not a part of the negotiation team, why does she have the rights to claim her piece of the pie? Easily said, the information shows that Altantuya is the interpreter to obtain the Scorpene submarine is important, and can be said as a key to all the stories that ends with a tragedy. What is wrong with SUARAM in the press conference yesterday approving the statement of JAsbir Singh Charl before this Altantuya is not a translator but a negotiator in the process to obtain Scorpene. If she is not an interpreter, what is her designation in the negotiating team up till her death was being linked to the purchase of the submarine. This is what we think that SUARAM should make it clear to the people, because SUARAM has directly accuse that Altantuya is involved in the purchase thus give a justification with the submarine purchase scandal. Don’t ever forget that the Scorpene scandal is an original SUARAM championed issue and the Pakatan Rakyat are only cheering them from the side. In the same time, we are baffled at how SUARAM were left without a scratch with the information shown by Jasbir as Altantuya were not a part of the negotiation team from Malaysia. SUARAM should become the moving dictionary for this case where as they claimed everything is in their hands, including the only Malaysian negotiator involved. |
Wednesday, July 31, 2013
JASBIR SINGH: SUARAM Denial, Shaming The Pakatan Rakyat.
Tawaran Jawatan TPM Satu Penghinaan Pada Anwar
Jujurnya, aku tak nampak apa motif disebalik dakwaan Najib mahu menawarkan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri, sebab taraf Anwar bukan pada jawatan itu tapi jawatan Perdana Menteri itu sendiri.
Tapi bila portal berita seperti MalaysiaKini pun dah siarkan cerita ini, sudah tentulah ia satu berita yang perlu diambil berat kerana semua orang tahu setiap berita utama MalaysiaKini perlu mendapat kebenaran pasukan media Pakatan Rakyat terlebih dahulu.
Apatah lagi Anwar pun sudah memberi respon kepada tulisan itu dengan menyatakan beliau menolak sebarang kerjasama dengan UMNO/BN - kalau pun ia wujud. Jawapan yang agak berkias, tapi bagi yang biasa dengan Anwar tahu, inilah cara Anwar menjawab soalan yang tidak begitu penting padanya.
Jadi sahlah berita itu memang benar, cuma mungkin sedikit sukar dari sudut pembuktian kalau ditanya macai-macai UMNO nanti. Nasib baik bukti dan fakta bukan penting lagi di mata masyarakat moden Malaysia hari ini, tak macam dulu.
Apa pun, rakyat Malaysia selamat kerana Anwar tidak gelap mata dengan tawaran tersebut dan memilih untuk menolak umpan yang cuba dihulurkan Najib untuk beliau makan.
Jawatan Timbalan Perdana Menteri ini terlalu rendah untuk Anwar, apatah lagi Anwar sendiri pernah menduduki jawatan tersebut selama 6 tahun sebelum dipecat Tun Dr, Mahathir pada 1998 atas dakwaan liwat dan salahguna kuasa.
Lagipun, tidak pernah berlaku dalam sejarah negara dan dunia, jawatan Timbalan Perdana Menteri diisi orang yang sama 2 kali!!
Bagaimanapun, dalam masa yang sama kita perlu juga menilai motif di sebalik tawaran yang dibuat Najib kepada Anwar. Apatah lagi sebelum ini kita digemparkan dengan dakwaan bekas Naib Presiden Indonesia, Jusof Kalla bahawa Anwar menemuinya untuk menjadi orang tengah dalam merintis perdamaian dengan Najib.
Kenyataan yang tidak dinafikan Anwar dan Najib sendiri. Cuma dalam kes itu, Najib menyatakan dengan jelas tidak menandatangani apa-apa perjanjian kerjasama setelah dihampiri Jusof Kalla.
Ini penting untuk dibincangkan sebab perkembangan ini mencetus konflik, siapa sebenarnya yang nak berdamai dengan siapa? Kalau Anwar nak berdamai dengan Najib, kenapa Najib nak menawarkan jawatan Timbalan Perdana Menteri kepada Anwar pula?
Pening tapi menarik untuk kita sama-sama fikirkan bersama.
Atas sebab yang sama kenapa aku berdoa dalam hati supaya isu ini tidak begitu dipanjang-panjangkan, sebab ternyata tidak menguntungkan Pakatan Rakyat.
Jasbir Singh: Penafian SUARAM Memalukan Pakatan Rakyat
Selama ini yang aku tahulah, satu-satunya perkara yang mengaitkan mendiang Altantunya Shaariibu dengan skandal pembelian kapal selam Scorpene ini ialah tugasnya sebagai penterjermah kepada pasukan perunding Malaysia.
Fakta kedua, Altantunya datang ke sini pun (sebelum dibunuh), adalah kerana ingin menuntut bahagiannya dari komisen perolehan kapal selam sebanyak RM 500 juta itu melalui Abdul Razak Baginda.
Rujuklah dimana-mana pun, memang itulah faktanya.
Tanpa (fakta) itu, Altantunya boleh dianggap tidak terlibat dengan proses perolehan Scorpene ini dan tanpanya juga, semua dakwaan yang mengatakan Najib terlibat dengan pembunuhan model Mongolia tersebut, runtuh dengan sendirinya.
Kenyataan itu disokong oleh bukti yang menunjukkan bahawa kedatangan Altantunya ke Malaysia pada 2006 (sebelum dibunuh) adalah untuk menuntut komisen. Kalau Altantunya bukan sebahagian dari pasukan perunding, apa justifikasinya untuk menuntut komisen pulak?
Pendek kata, maklumat yang mengatakan Altantunya ialah penterjermah dalam pasukan perunding perolehan kapal selam Scorpene itu sangat penting, bahkan boleh dikatakan 'kunci' kepada semua kisah yang berakhir dengan tragedi yang menyayatkan hati ini.
Jadi apa bodohnya SUARAM dalam sidang akhbar semalam mengesahkan kenyataan Jasbir Singh Charl sebelum ini bahawa sememangnya Altantunya bukan penterjermah bagi pihak perunding Malaysia dalam proses perolehan Scorpene ini?
Kalau dia bukan penterjermah, apa jawatannya dalam pasukan perunding sehingga kematiannya di kaitkan dengan perolehan tersebut?
Ini yang pada pendapat aku SUARAM perlu jelaskan kepada rakyat yang selama ini percaya Altantunya memang terlibat dengan perolehan tersebut, seterusnya menjustifikasikan kaitannya dengan skandal perolehan kapal selam ini.
Jangan lupa ya, skandal perolehan Scorpene ini adalah isu yang asalnya dijuarai SUARAM dengan Pakatan Rakyat hanya bertindak sebagai pihak yang menyokong sahaja.
Dalam masa yang sama, aku hairan bagaimana SUARAM boleh terlepas dengan maklmuat didedahkan Jasbir kelmarin bahawa Altantunya bukan sebahagian dari pasukan perunding Malaysia?
Sepatutnya SUARAM menjadi kamus bergerak untuk kes ini dengan semua maklumat berada dalam tangan mereka, termasuklah satu-satu ahli pasukan perunding Malaysia yang terlibat.
Kesilapan macam ini tidak patut dimaafkan.
Tuesday, July 30, 2013
Pemilihan Semula CEC: DAP Perlu Akui Kesilapan Sendiri
Tak faham betul aku dengan DAP ni yang masih buat bising bila Pendaftar Pertubuhan, RoS membayangkan bahawa pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) parti tersebut Disember lepas, mungkin perlu diadakan semula.
Bukankah keputusan itu nanti jauh lebih baik daripada DAP terpaksa diharamkan seperti yang dibimbangkan sangat Penasihatnya, Lim Kit Siang sebelum ini?
Lagipun kita semua perlu akui memang banyak yang tidak kena dengan keputusan CEC tempoh hari terutama dari segi perubahan keputusan yang akhirnya menyaksikan Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari berjaya menduduki antara 20 tempat dalam CEC, walaupun sebelum itu kalah.
Alasan yang mengatakan kesilapan teknikal berkaitan perisian itu, terlalu lemah dan nampak tidak kukuh sebab hanya melibatkan 2 calon daripada keseluruhan 68 calon bertanding.
Begitu juga dengan dakwaan lebih 700 perwakilan sengaja tidak dijemput untuk kononnya memastikan kemenangan calon-calon pilihan Kit Siang dan Guan Eng, ini juga satu dakwaan berat yang mana kalau dapat dibuktikan, boleh mewajarkan pengharaman DAP.
Tapi bila diberi gambaran bahawa RoS hanya akan mengarahkan supaya pemilihan CEC itu diadakan semula, pada aku, ia adalah satu keputusan yang ringan dari segi gravitinya, berbanding kalau DAP terpaksa diharamkan.
Kalau aku jadikan Kit Siang, jangan kata nak buat kecoh, aku akan buat parti besar-besaran meraikan perkembangan terbaru ini.
Apalah sangat nak mengadakan pemilihan semula berbanding kalau DAP terpaksa diharamkan macam UMNO tahun 1988 dulu sehingga terpaksa ditubuhkan UMNO baru? Aku tak nampak pun dimana masalahnya.
Malah, boleh dikatakan peluang mengadakan semula pemilihan ini akan memberi lebih banyak peluang kepada DAP untuk memperbaiki kelemahan yang wujud dalam pemilihan pada 15 Disember lepas.
PRK Kuala Besut: PAS Perlu Belajar Terima Kekalahan
Adat pertandingan tentu ada kalah dan menang, ini biasalah dimana-mana pun. Tidak terkecuali dalam hal ini, pilihanraya kecil Kuala Besut yang baru lepas kelmarin dimana PAS tewas kepada BN dengan majoriti yang meningkat berbanding dengan semasa PRU13 yang dulu.
Malah di antara 3 parti komponen Pakatan Rakyat, PAS yang paling 'sopan' dalam soal menerima keputusan PRU13. Sementara DAP dan PKR menolak sepenuhnya keputusan itu ke tahap nak menyaman SPR, PAS sebaliknya menerima keputusan tersebut atas alasan sudah ketentuan Tuhan, takdir dan sebagainya.
Tapi pelik di Kuala Besut, cerita sudah jadi lain.
Aku bukan apa, bimbang, sebab PAS membangkitkan isu-isu yang di dakwa dilakukan BN sepanjang kempen PRK itu, kalau diterima sebagai satu kesalahan pilihanraya, akan menyukarkan Pakatan Rakyat di masa depan.
Macam soal membayar wang balik mengundi kepada pengundi luar yang dijadikan bukti dalam Harakah semalam kononnya BN membeli undi, bukan itu satu kebodohan yang boleh membawa bencana? Setahu aku, PAS sendiri pun bayar juga pengundi luarnya, so beli undi macam mana?
Komponen Pakatan Rakyat yang lain seperti DAP dan PKR pun melakukan perkara yang sama. DAP kalau nak diikutkan mengeluarkan belanja yang lebih banyak kerana ramai pengundi parti tersebut berada di luar negara!!
Mahkamah pun dah tentukan bahawa membayar wang perjalanan balik kepada pengundi luar ini bukan satu kesalahan pilihanraya, apatah lagi wang tersebut dibayar selepas proses pengundian berakhir, bukan sebelum bermula!!
Dalam erti kata lain, tidak ada isu disitu.
Sebaliknya, tindakan sia-sia macam ini hanya mendedahkan PAS kepada kritikan masyarakat, terutama kepada pengundi luar yang menerima bayaran seperti itu sejak zaman berzaman. Pada kelompok ini, nampak sangat PAS ini hipokrit.
Dan jangan dilupakan, PAS sendiri ada mengagih-agihkan minyak motor percuma kepada pengundi Kuala Besut sehari sebelum pilihanraya pada 24hb, ini pada pendapat aku lebih jelas cubaan membeli undinya, berbanding dengan membayar wang kerana pulang balik beraya.
Jadi nasihat aku pada PAS, bijaklah sikit dalam membuat keputusan hal-hal macam ini. Jangan sampai menyusahkan rakan komponen yang lain nak menang pilihanraya.
Aku tak marah pun kalau PAS nak dakwa UMNO/BN beli undi, tapi carilah isu lain yang lebih berasas dan boleh diterima rakyat.
Monday, July 29, 2013
Syiah: Is PAS Willing To Sacked Their Central Committee Members?
We saw PAS made a bold statement when they gave a comment to oust any of their party members who adopt the Islamic Syiah Faith. In this particular matter, we would like to quote PAS Syura Council meeting, Zaharudin Mohammad yesterday that the party will oust anyone who is involved with the teaching of Syiahs.
The question now is that, does PAS have enough courage to act on their promise?
We would like to ask PAS leadership, from what we know from tha party, a lot of PAS members are involve and it is not just a few of them. Thus, not we were informed that many of them are holding high ranking position in the party.
Some of them becomes Vice Presiden, others becomes PAS State Commissioner, National Committee member and everything else. How can PAS kicked out all of these people from inside the party.
If the person involved with Syiah teaching were a normal member of PAS that would be easy. However, if their leaders were involved then all procedure and rules has to be followed.
How can we determine a person is Syiah or not? We prays to the same god, the only difference is that they have their own rituals. We need to ascertain and sure on the faith of each members.
It is not easy to talk about sacking a member that follows the Syiah faith, similar to what Zahadruddin has said. Even though Zaharuddin sits insider the PAS’s High Council (Syura’ Council), that does not give him power to sack anyone that he wants.
We hope that PAS will refer to the leadership of Pakatan Rakyat before making any decision to sack the party leadership of PAS that has been said to be a follower of the Syiah Islamic faith. Many of them has already have name in the Pakatan Rakyat.
|
Syiah: Beranikah PAS Singkirkan AJK Pusat Mereka?
Aku melihat PAS buat kenyataan berani apabila beri komitmen untuk menyingkirkan ahli parti tersebut yang menganut fahaman syiah. Dalam hal ini, aku petik kenyataan ahli majlis syura PAS, Zaharudin Mohammad kelmarin bahawa parti itu akan memecat serta merta ahli parti tersebut yang terlibat dengan ajaran syiah.
Tapi persoalannya sekarang, berani ke PAS tu?
Sebab aku tanya ni, dari apa yang dimaklumkan oleh sumber dalam parti itu, jumlah ahli PAS yang terlibat ni bukan sikit, tapi ramai. Malah, bukan setakat itu saja masalah, aku dimaklumkan ramai di antara yang dikatakan terlibat ini pegang jawatan tinggi dalam parti tersebut.
Ada yang jadi Timbalan Presiden, ada yang jadi Pesuruhjaya PAS Negeri, AJK Pusat dan sebagainya. Macam mana PAS nak singkirkan semua orang-orang ni?
Kalau ahli biasa tu mungkinlah mudah, tapi yang jadi pemimpin atasan tu, bukan boleh pecat macam itu sahaja, ada prosedur dan peraturan tertentu yang perlu diikut.
Lagipun bagaimana nak ditentukan orang terlibat syiah ni? Dia sembah tuhan itu juga, anut agama yang sama, cuma amalan itu sahajalah yang ada berbeza-beza sikit. Di samping itu perlu juga ditentukan sama ada pemimpin/ahli berkenaan betul-betul menganut fahaman syiah ataupun setakat ada kaitan saja.
Justeru, bukan mudah bercakap saja nak pecat ahli syiah ni macam yang dilontarkan Zaharudin. Walaupun Zaharudin duduk dalam majlis tertinggi PAS (Majlis Syura), tapi itu tidak beri kuasa penuh pada dia untuk pecat sesiapa juga yang dia mahukan.
Aku harap PAS merujuklah dulu kepada pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat sebelum ambil keputusan untuk pecat pemimpin parti tersebut yang dikatakan mengikut ajaran syiah ini. Sebab ada di antara mereka ini sudah ada 'nama' dalam Pakatan Rakyat.
Pendek kata, ini bukan masalah PAS sahaja, ini masalah semua orang.
Rafizi Perlu Dedah Segera Bukti Pengerusi SPR dan Timbalannya Ada Kaitan Pembelian Dakwat Kekal
KADANG-KADANG aku kagum juga dengan Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli ni.
Nak diikutkan antara ramai-ramai ahli parlimen Pakatan Rakyat di Parlimen sekarang, dia inilah yang paling sibuk sekali kerana di tangannya begitu banyak tanggungjawab untuk menjelaskan pelbagai dakwaan yang dibangkitkan Pakatan Rakyat berhubung penipuan dalam PRU13 yang lepas.
Antaranya penggunaan 40,000 orang pengundi hantu dari Bangladesh yang dibawa masuk dari Sabah dan Sarawak, dakwat yang tidak kekal dan terbaru hubung kait antara Pengerusi SPR dan Timbalannya dengan pembekal dakwat kekal yang didakwa berasal dari Singapura.
Cuma masalahnya, tak tahu dia fokus yang mana satu.
Kalau ikutkan Rafizi perlu fokus kepada menjawab isu Bangladesh 40,000 orang tu. Ini penting sebab ada kajian menunjukkan 70% rakyat Malaysia percaya pengundi hantu itu wujud. Rafizi juga dah menubuhkan pasukan siasatannya sendiri yang dibayar gaji oleh Pakatan Rakyat untuk tujuan tersebut untuk membuktikan perkara tersebut.
Tapi yang itu belum selesai, wujud pulak dakwaan baru.
Walaupun aku tak dapat nak cari apa kaitannya cerita hubungan dalam soal pembekalan dakwat dengan penipuan dalam PRU13, tapi ia penting jugalah kerana melibatkan intergriti Pengerusi SPR dan Timbalannya.
Apatah lagi diwar-warkan bahawa Rafizi sudah ada dokumen dalam tangan bagi membuktikan perkara tersebut.
Jadi nak tunggu apa lagi, kasi dedahlah, takut siapa? Takkan Rafizi takut saman kot, apalah sangat ada dengan saman? Lagipun eloklah kalau di saman sebab Rafizi ada peluang untuk tunjukkan bukti berkaitan perkara itu di Mahkamah nanti kan?
Aku yakin ramai orang nak lihat perkara ini diselesaikan cepat sebab ada isu lebih penting yang mendesak yang Rafizi perlu buktikan kepada rakyat seperti dalam kes pengundi hantu Bangladesh 40 ribu tadi.
Jadi aku desak Rafizi supaya selesaikan segera kes berkaitan Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR ini, jangan jadi penakut atau tunggu sampai rakyat hilang keyakinan.
PR Lebih Baik Bela Hantu Raya Dari Bela SUARAM
KALAU ikut dari sejarah, SUARAM memang ditubuhkan jauh lebih lama dari Pakatan Rakyat, ini bukan isu. Tapi sebagai sebuah NGO yang hanya menumpu kepada isu-isu berkaitan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) semata-mata, SUARAM tidaklah popular mana berbanding dengan Pakatan Rakyat, walaupun Pakatan Rakyat jauh 'lebih muda' dari NGO tersebut.
Malah boleh dikatakan sekarang, SUARAM bergantung kepada Pakatan Rakyat untuk terus kekal relevan dalam politik negara kita, dengan pengkhususannya mula berubah dari ISA kepada skandal perolehan kapal selam Scorpene pula.
Satu pengkhususan yang dikirakan mudah kerana ia melibatkan banyak 'permainan persepsi' berbanding fakta dan bukti.
Tapi itupun gagal dilaksanakan NGO tersebut dengan begitu banyak 'janji' dan 'perkembangan' dakwaan Mahkamah Perancis terhadap pihak berkenaan dalam negara ini, gagal membawa kesan seperti mana yang diharapkan rakyat yang percaya perolehan ini diselubungi dengan skandal.
Dengan aku salah seorang darinya.
Walhal, dalam masa yang sama sudah banyak wang yang dilaburkan Pakatan Rakyat untuk memastikan kes ini terus 'hidup' termasuk menghantar perwakilan SUARAM ke Perancis beberapa kali, tapi kegagalan SUARAM memainkan peranan yang lebih berkesan, menyebabkan semua usaha tersebut membazir begitu sahaja.
Bercakap tentang itu, aku mengambil contoh 'pendedahan' orang penting di sebalik perolehan Scorpene, Jasbir Singh Charl di dalam akhbar NST kelmarin. Sudah beberapa hari sejak temuramah eksklusif itu disiarkan tapi sehingga kini SUARAM gagal memberikan respon bagi menyanggah kenyataan Jasbir itu.
Antara fakta yang perlu dijawab SUARAM, bagaimanakah mendiang Altantunya yang hanya muncul pada 2004, boleh terlibat dalam rundingan (sebagai penterjermah) perolehan kapal selam yang telah pun selesai pada 2002?
Dan beberapa fakta lain yang disebutkan Jasbir, seperti rundingan dalam bahasa Inggeris dan dengan itu seorang penterjermah bahasa Perancis tidak diperlukan, dan sebagainya.
Maka itulah agaknya Majlis Makan Malam SUARAM pada 19 Julai lepas gagal mendapat sambutan yang diharapkan. Kalau tidak kerana 'bantuan' kerajaan Selangor dan Pulau Pinang membeli beberapa meja dalam majlis tersebut, mahu juga majlis itu gagal sama sekali.
Justeru, aku berpendapat Pakatan Rakyat perlu mula menjauhkan diri dari SUARAM.
Walaupun kita semua tahu isu Scorpene ini asalnya dimulakan Pakatan Rakyat dan SUARAM untuk menggagalkan Najib dari menjadi Perdana Menteri sejak kematian Altantunya pada 2006, tapi perkembangan semasa menyaksikan kita tidak lagi mempunyai kelebihan dalam isu ini.
Malah, aku tak malu nak sebut bahawa SUARAM bukan lagi memberi keuntungan kepada Pakatan Rakyat, bawak rugi lagi ada. Bela hantu raya lagi bagus. Hantu raya pun tak banyak buat onar pada tuannya pada SUARAM, lagi banyak SUARAM buka mulut, lagi banyak imej buruk terkena pada pemimpin Pakatan Rakyat terutamanya Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Sunday, July 28, 2013
SUARAM Perlu Jelaskan Kenapa Jasbir Masih Disini
Sebetulnya, tidak ada apa yang baru dalam pendedahan ketua perunding projek perolehan kapal selam Scorpene, Jasbir Singh melalui temubual eksklusif dengan akhbar New Strait Times (NST) semalam.
Melainkan satu dua nama yang kita tak pernah dengar sebelum ini, rata-rata 'isi' dalam temuramah tersebut adalah isu lama yang boleh dirujuk dalam hansard parlimen dan internet.
Yang percaya, percayalah, yang tak percaya, tak percayalah. Lagipun rakyat Malaysia bukan suka dengan fakta pun, yang penting siapa lebih pandai bercerita!!
Cuma yang aku hairan sikit ialah, kenapa Jasbir masih disini?
Bukankah dia sepatutnya sudah ditahan oleh Mahkamah Perancis bagi membantu pendakwaan berhubung kes tersebut oleh 3 hakim negara itu seperti yang dijelaskan SUARAM dalam satu majlis makan malam, Jun tahun lepas?
Kalau aku boleh ulang kenyataan koordinator SUARAM, Cynthia Gabriel tahun lepas yang mengumumkan bahawa sapina untuk Jasbir sedang 'dalam perjalanan' kesini.
Itu tahun sudah, 2012, sekarang sudah Julai 2013, apa jenis sapina yang tak sampai-sampai lagi?
Sementara pendedahan Jasbir itu tidak begitu penting lagi sekarang, SUARAM perlu jelaskan kenapa lelaki itu masih berada di negara ini dan tidak rasa bersalah pula membuat temuramah eksklusif dengan media berhubung dengan perkara tersebut.
Kalau Jasbir memang sudah menerima sapina itu dan terlibat dengan perbicaraan tersebut, SUARAM sepatutnya mengemukakan permohonan kepada Mahkamah Perancis supaya dia dipenjarakan kerana menghina Mahkamah.
Semua ini perlu dijelaskan atau rakyat makin muak dengan SUARAM yang tak habis-habis memberikan harapan palsu berhubung perkembangan kes ini di Perancis.
Aku nak ingatkan, kita (Pakatan Rakyat) ketinggalan sekarang dalam isu Scorpene ini sebelum pendedahan Jasbir lagi. Dengan pendedahan Jasbir ini, aku ingat kita makin jauh ketinggalan.
SUARAM pulak tak habis-habis dengan kenyataan yang tidak boleh dibuktikan secara fizikal, ini tambah menyusahkan kerja.
Friday, July 26, 2013
PRK Kuala Besut: Siasat Kekalahan Besar PAS
KEJAYAAN BN memperoleh majoriti undi yang lebih tinggi, disebalik peratus keluar mengundi yang jauh lebih rendah (berbanding PRU13) dalam pilihanraya kecil Kuala Besut yang lepas, memerlukan satu kajian mendalam dari semua pihak dalam Pakatan Rakyat.
Tidak setakat gagal menawan Kuala Besut, PAS juga tewas di semua peti undi berbanding PRU13 dimana PAS menang 2 dari 9 peti undi.
PAS sendiri tidak boleh berpeluk tubuh dan berharap perkara ini akan dilupakan rakyat begitu sahaja kerana jelas terbukti parti tersebut berada di belakang UMNO dalam soal menguasai undi orang Melayu. Pentas PRK Kuala Besut yang dihuni 99% pengundi Melayu ini adalah bukti kepada kenyataan tersebut.
Kelihatan UMNO masih sukar digugat di kawasan Melayu dan kajian yang menunjukkan sebahagian besar kemenangan PAS dalam PRU13 yang lepas disumbangkan oleh pengundi cina, adalah benar. Bagaimana ini boleh terjadi, inilah yang memerlukan penyiasatan yang lebih menyeluruh.
Sebab, PAS telah menyakinkan pimpinan Pakatan Rakyat bahawa parti tersebut memang mendapat sokongan kuat orang Melayu, tapi apa cerita sekarang bila di kawasan Melayu pun PAS boleh tewas?
Betul ke tidak cerita Melayu sokong PAS ni?
Jangan lupa, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kecaman banyak kelompok bukan Melayu dalam Pakatan Rakyat kerana kegagalan menumbangkan BN dalam PRU13 yang lepas akibat sokongan Melayu yang begitu kuat terhadap parti tersebut.
Lebih buruk, Anwar dituduh menipu kerana sebelum itu telah beberapa kali menyakinkan masyarakat Cina bahawa PAS telah menjamin sokongan Melayu sedangkan hakikatnya jauh meleset.
Rupanya Anwar pun tersilap kerana bergantung kepada maklumat salah dari PAS mengenai sokongan Melayu terhadap parti tersebut.
PAS sebetulnya jauh ketinggalan dari UMNO dan kita tidak tahu pada waktu bila sokongan Melayu terhadap PAS melebihi sokongan Melayu terhadap UMNO. Kalau kita tahu maklumat ini lebih awal, aku yakin PAS tidak akan diberikan lebih 70 kerusi parlimen dalam PRU13 yang lepas.
Wednesday, July 24, 2013
PRK Kuala Besut: PAS Kalah Besar!!
SETAKAT jam ini, aku telah menerima berita yang kurang menyenangkan iaitu PAS dan Pakatan Rakyat kalah teruk dalam pilihanraya kecil DUN Kuala Besut yang kempennya bermula pada 12 Julai yang lepas.
Menambah derita lagi, majoriti yang diraih BN juga meningkat daripada 2,434 undi pada PRU13 kepada 2,601 undi (keputusan tidak rasmi). Memang peningkata undi itu tidak banyak, 167 undi sahaja tapi perlu ingat peratus keluar mengundi kali ini hanya sekitar 79% berbanding PRU13, 87%.
Kurang orang keluar mengundi tapi majoriti undi BN bertambah, apa maksudnya tu?
Maksudnya, memang benarlah calon yang ditampilkan PAS kali ini, Endut@Azlan Yusof merupakan satu kesilapan terbesar PAS. Dari awal aku dah katakan, pemilihan calon ini silap, sepatutnya dikekalkan sahaja calon wanita yang tewas dalam PRU13 yang dulu, Napisah Ismail.
Azlan ini banyak masalah, maksud aku masalah yang boleh dijadikan modal politik untuk pihak musuh menghentam Pakatan Rakyat. Itu tak keluar lagi cerita dia jadi lintah darat dengan meminjamkan wang kepada nelayan laut dalam (bot besar) yang perlu dibayar dengan faedah tertentu.
Ini sahaja dah satu kesalahan yang besar, makan faedah satu hal, jadi lintah darat, satu hal lain.
Tapi dek sebab banyak sangat campur tangan (terutama dari Kelantan), maka pencalonan Azlan diteruskan juga dan akhirnya, keputusan seperti yang kita lihat hari inilah, jatuh begitu teruk.
Aku harap semua pihak yang terlibat dalam pemilihan Azlan, perlu memikul tanggungjawab ini bersama-sama. Jentera Terengganu yang memboikot proses kali ini dan jentera Kelantan yang terlalu berlebih-lebih itu pun patut dikenakan tindakan yang sama atas kegagalan yang memalukan ini.
Buat penat dan buang masa 2 minggu aku kat sini, cakap bukan nak dengar. Ha, sekarang, baru padan muka.
PRK Kuala Besut: PAS Ketinggalan Di Semua Kawasan Kecuali Kg Nangka
MAKLUMAT terkini dari semua polling agent PAS di semua PDM dalam DUN Kuala Besut menunjukkan angka berikut:
1. Pulau Perhentian - 398 BN / 187 PAS
2. Sebeerang Barat - 554 BN / 176 PAS
3. Kg Nail - 595 BN / 71 PAS
4. Seberang Barat Luar - 1083 BN / 274 PAS
5. Tok Saboh - 1007 BN / 349 PAS
6. Kg Nangka - 372 BN / 377 PAS
7. Kg Baru - 748 BN / 478 PAS
8. Bukit Puteri 675 BN / 544 PAS
Jumlah keluar mengundi setakat 2.00 PM, 52.98%
Kemunculan Azhar Idrus Sudah Tidak Bermakna
PENCERAMAH terkenal, Azhar Idrus akhirnya muncul juga di pilihanraya kecil Kuala Besut ini,cuma kemunculannya bukan sebagai penceramah seperti sepatutnya, sebaliknya hanya sebagai daya tarikan pengundi saat-saat akhir untuk mengundi PAS.
Itupun, Azhar Idrus hanya muncul di satu lokasi sahaja, iaitu di Kampung Nail sedangkan DUN Kuala Besut mempunyai 8 pusat daerah mengundi yang lain. Aku tak pastilah sama ada Azhar Idrus dan group motornya sempat bergerak ke semua lokasi tersebut, rasanya macam tidak.
Lebih kurang macam perayu undilah tapi nak sebut macam itu karang, jatuh pulak taraf. Iyalah, penceramah terkenal tapi hadir hanya sebagai perayu undi.
Maka itu aku berkongsi pandangan dengan ramai orang disini bahawa kehadiran Azhar Idrus tidak akan memberi sebarang kesan kepada keputusan pilihanraya kecil kali ini. Lebih baik lagi kalau Azhar Idrus mengadakan ceramah seperti biasa, dapat juga mengumpul orang yang lebih ramai.
Bahkan, maklumat dari markas utama Pakatan Rakyat disini meramalkan calon BN Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman masih akan menang cuma dengan majoriti yang sedikit merosot berbanding dengan keputusan PRU13 yang lepas.
Itupun, kemorosotan majoriti ini disumbangkan oleh faktor kehadiran pengundi luar yang sangat kurang kali ini berbanding dengan PRU13, memandangkan hari pengundian diadakan pada hari kerja biasa.
Menunjukkan para pengundi di Kuala Besut ini tidak banyak mengubah pendirian masing-masing selepas PRU13 yang lepas dengan yang mengundi BN masih mengundi BN dan pengundi PAS masih mengundi PAS.
Justeru, Azhar Idrus datang atau tidak datang pada saat-saat akhir macam ini bolehlah dikatakan tidak memberi kesan langsung kepada keputusan pengundian hari ini.
Malah aku difahamkan, Azhar Idrus hanya jadi bahan usikan Puteri UMNO yang menawarkan diri untuk mengisi satu lagi kekosongan yang masih ada dari kuota isterinya sekarang.
Strategi Bodoh PAS Di Kuala Besut
AKU sering tekankan bahawa untuk menang pilihanraya, kita perlu guna semua strategi yang ada, asalkan saja kita menang. Ini termasuklah memberi wang kepada pengundi yang dapat membuktikan bahawa mereka memangkah PAS dalam pilihanraya kecil Kuala Besut besok.
Maksud aku tu strategi yang benar-benar berkesan dan tidak boleh dikesan semula pada kita kalau ianya terdedah.
Tapi aku tak pulak sangka ada juga di kalangan jentera PAS disini yang tergamak buat poster menyamakan Tuan Guru Nik Aziz dan Tuan Guru Abd Hadi Awang menghirup macam babi menghirup dan nak pengundi Kuala Besut ini percaya itu kerja UMNO/BN.
Bukan aku nak mempertahankan depa tu tapi logik sikitlah, takkan UMNO/BN bodoh macam itu sekali terdesak nak menang sehingga mengedarkan gambar-gambar yang jelas menghina pemimpin utama PAS dan bubuh lambang dacing padanya pulak?
Orang bodoh pun tak buat lagu tu, ini semua orang tahu dah tentu kerja orang dalam PAS sendiri.
Jadi sekarang, siapa yang kena balik semula? PAS dan Pakatan Rakyatlah yang tak pasal-pasal kena menjawab semula. Tanyalah siapa pun dalam ceruk Kuala Besut ini, tak siapa pun percaya gambar yang dilekat di tiang elektrik itu kerja UMNO/BN.
Ibarat senjata makan tuan sebab aku dah tanya-tanya orang, siapa pun tak percaya.
Aku harap siasatan dapat dibuat dan siapa juga yang buat ini patut dihukum dengan segera. Pakatan Rakyat dan aku rasa PAS pun tidak perlu strategi bodoh macam ini untuk menang pilihanraya, seolah tidak ada kekuatan sendiri dan perlu bergantung pada strategi kotor macam ini.
Perbuatan macam ini bukan kempen politik, tapi lebih kepada nak cari gaduh dan cetus huru hara.
Tuesday, July 23, 2013
Lupakan Sahaja Bantuan Azhar Idrus
AKU antara beribu yang kecewa malam tadi bila Azhar Idrus gagal muncul berceramah di Kampung Nangka seperti yang dihebohkan ramai orang sebelum ini.
Fikir aku, aku tersilap tempat, jadi aku rondalah ke beberapa kawasan lain seperti Kampung Nail sampai ke Alor Pisang, pun tidak ada juga - confirmlah tidak ada.
Datang beberapa orang cuba menyakinkan aku bahawa Azhar Idrus mungkin datang malam ini, malam terakhir kempen sebab malam tadi Presiden PAS pun adakan ceramah di Kampung Tok Sabuk, tak nak bertembung katanya.
Tapi aku rasa, cukuplah tu kena perdaya dek Azhar Idrus.
Aku ingatlah Azhar Idrus pun cuak nak turun sini bila dia lihat yang datang dengar ceramah pun sekitar ramai itu sahajalah orangnya - puluh-puluh atau ratus-ratus orang, walaupun dibantu jentera dari luar, macam Kelantan.
Datuk Seri Anwar Ibrahim pun habis kuat dapat tarik 500 orang saja kelmarin, malam tadi langsung tak muncul walaupun nama beliau dijadualkan beri ceramah di tapak bazar Ramadhan Kg Baru. Tak tahulah apa sebabnya, aku pun tak minat nak bertanya.
Takkan Azhar Idrus nak calar reputasinya yang mampu tarik berpuluh ribu orang datang sekali ceramah, dengan kempen politik yang hanya tarik ratus-ratus orang sahaja, walaupun atas nama perjuangan Islam. Bukan 'perjuangan' boleh bagi makan 3 bini pun, tapi duit.
Pendek kata, ini semua masalah 'syoru' la, Azhar Idrus ni penceramah komersial, bukan penceramah agama yang sanggup turun membantu parti Islam menang dalam perjuangannya..
Sekarang ini aku cuma berharap pendedahan eksklusif siapa sebenarnya Tengku Zaihan dan kerja-kerja terkutuk dibuatnya masa belajar di Universiti dulu yang bakal didedahkan malam ini, boleh mengubah pola pengundian esok.
Monday, July 22, 2013
Isu Hot Kuala Besut: Abby Abady Kahwin Lari
Seperti yang aku dah terangkan dalam beberapa artikel sebelum ini, kempen pilihanraya kecil Kuala Besut ini agak suram, tidak meriah seperti mana kempen-kempen pilihanraya kecil sebelumnya.
Mungkinlah sebab faktor bulan Ramadhan dimana syaitan semua dirantai, yang buat orang UMNO kurang nak buat dajal.
Tidak hairanlah kenapa di kedai-kedai makan, bazar-bazar Ramadhan dan tempat tumpuan ramai yang lain di Kuala Besut ini, isu yang paling hangat diperkatakan orang ialah isu pasal Abby Abady kahwin lari dengan budak 24 tahun di Siam.
Bukan isu pilihanraya.
Yang jadi kecohnya, kenapa janda kahwin anak bujang teruna di Siam pulak, bukan orang kahwin 2 atau 3 yang sampai nak ke Siam. Itupun kes jantanlah, ini kes perempuan.
Macam-macamlah yang aku dengar, ada kata kes kahwin lari, keluarga tak restu (mertua Abby ni khabarnya orang kuat UMNO, malah suami dia pun ahli UMNO) dan sebagainya.
Soal calon, visi dan misi parti yang bakal menang, kurang diberi perhatian, malah di sesetengah tempat, tak diberi perhatian langsung.
Isu ini yang lebih popular.
Pada pendapat akulah, Abby ni nak kahwin dengan siapa dan dimana tu, apalah isu sangat? Lantak ke dialah. Tapi orang kita memang macam itu, yang dicari bukan isi, tapi sensasi.
Anwar Kini Sesuci Bayi
Pernah satu ketika tak berapa lama dulu, isu Datuk Seri Anwar Ibrahim pernah menunaikan haji di Mekah ini, menjadi isu yang hangat diperbualkan orang. Tidak terkecuali perbandingan turut dibuat dengan Najib dan Rosmah yang mengerjakan ibadah haji pada tahun 2011.
Tapi tak ramai tahu bahawa Anwar sebenarnya seorang yang bijak. Dari menghabiskan begitu banyak masa untuk membuat kerja haji yang sebenar, Anwar hanya perlu 2 hari sahaja untuk mengerjakan umrah pada bulan Ramadhan yang mana pahalanya sama seperti mengerjakan haji yang sebenar juga.
Untuk yang tidak tahu, aku nak maklum disini bahawa Anwar baru sahaja pulang dari Mekah menghadiri persidangan negara-negara Islam bagi membincangkan isu berkaitan Mesir dan Syria kelmarin dan kesempatan itulah yang digunakan beliau untuk mengerjakan ibadah umrah pada bulan puasa.
Bijak tak? Bijaklah.
Malah dari pembacaan dan pandangan beberapa ulama terkenal Islam, kepulangan Anwar dari menunaikan umrah di Mekah ini, ibarat seperti menyucikan beliau sepenuhnya dari segala dosa-dosa lalu, ibarat macam bayi baru lahirlah, tidak ada dosa.
Walaupun hanya ibadah umrah, tapi kerana ia dilakukan dalam bulan yang mulia ini maka pahala dan kelebihannya berbeza dengan ibadah-ibadah umrah yang tidak dibuat pada bulan Ramadhan,
Harapannya, lebih mudahlah perjuangan politik Anwar selepas ini. Tidaklah hendaknya ada lagi sebarangan halangan yang boleh menyekat beliau dari akhirnya menjadi Perdana Menteri Malaysia ini - hak yang telah dinafikan sejak dari tahun 1998 lagi.
Sebelum terlupa, peranan Anwar dalam persidangan tersebut juga sebenarnya penting untuk di highlightkan sebab pelik juga kenapa penganjur persidangan menjemput Anwar, bukan Najib selaku wakil Malaysia untuk hadir ke persidangan yang membincangkan isu penting untuk umat Islam di dunia.
Soal itu aku akan perincikan dalam jangka masa terdekat sebab maklumat mengenainya pun tidak banyak untuk dijadikan bahan penulisan.
Anwar pun tidak dapat dihubungi untuk kita mendapatkan maklumat lanjut mengenai persidangan tersebut kerana turun sahaja kapal terbang, beliau terus ke Kuala Besut untuk membantu kempen di sana.
Hebat tak hebat pemimpin kita yang satu ni. Nak tanya orang UMNO/BN, Najib ada? Bayang pun tak nampak.
Jihad Mempertahankan Alvin Dan Vivian
Rupanya, isu penahanan tidak adil yang dikenakan ke atas pasangan Alvin Tan dan Vivian Lee ini tidak habis setakat mereka berdua di sumbat ke dalam penjara Kajang dan Sungai Buluh sahaja, malah menjadi perbahasan politik yang agak hebat, termasuk di Kuala Besut ini pun.
Semuanya setelah perkara ini disentuh oleh Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam ceramahnya di Kg Penaga malam tadi.
Menurut Anwar, kenapa hanya mereka berdua sahaja yang disumbat ke dalam penjara kerana menghina Islam, apa khabar dengan Ibrahim Ali dan Zulkifli Nordin yang turut dikesan menghina agama lain? Adalah kesalahan berlaku kalau agama Islam sahaja dihina dan kalau agama lain tidak?
Ibrahim Ali bersalah kerana mengugut untuk membakal kitab Bible berbahasa Melayu yang mengandungi kalimah Allah di dalamnya manakala Zul Nordin kerana menghina agama hindu, 10 tahun yang dulu.
Itu persoalan yang disentuh Anwar semalam untuk kerajaan menjawab.
Bila Anwar dah sentuh, maka aku melihat isu ini bukan lagi isu kecil, ini isu besar yang perlu diberi perhatian berat oleh semua penyokong Pakatan Rakyat yang benar-benar cintakan keadilan.
Ya, aku rasa semua pun nampak yang pasangan itu memang menghina bulan Ramadhan dengan gambar mengajak umat Islam berbuka puasa dengan daging babi - itu tidak ada persoalan, tapi jangan lupa, mereka telah pun dikenakan tindakan, malah dinafikan jaminan dan sedang di tahan di penjara.
Sedangkan 2 tokoh pro UMNO yang aku sebutkan namanya di atas itu, tidak langsung disentuh, apatah lagi nak dihumban ke dalam penjara seperti mana pasangan Alvivi. Sehingga semua orang keliru, adakah undang-undang negara ini mengamalkan pendakwaan terpilih?
Maka itu, bermula dari hari ini, perjuangan mempertahankan keadilan pasangan Alvivi ini perlulah menjadi satu jihad kepada semua penyokong Pakatan Rakyat. Kalau mereka tidak perlu dipenjarakan, maka keluarkan mereka dari situ sementara menanti hari perbicaraan.
Ini bukan kita mempertahankan kesalahan yang mereka buat, tapi keadilan yang diberi kepada pasangan ini, berbanding Ibrahim Ali dan Zul Nordin.
PAS Sedia Bayar RM 500 Untuk Setiap Pengundi
UMNO/BN dikhabar akan mula membayar kelompok pengundi tertentu dalam pilihanraya kecil Kuala Besut sebanyak RM 300 seorang bermula esok sehingga selepas hari pengundian.
Modus operandinya, bagi pengundi penyokong UMNO/BN tegar, bayaran akan dibuat seawal esok. Manakala bagi pengundi yang agak diragukan kesetiaannya, mereka akan menunjukkan isyarat tertentu kepada wakil calon di dalam tempat mengundi dan wakil calon berkenaan akan meletakkan satu tanda pada senarai nama yang ada padanya.
Kalau selepas keputusan keluar dan memang UMNO/BN menang melebihi jangkaan di peti undi berkenaan, barulah bayaran RM300 ini akan dibuat.
Sebagai langkah tindak balas, PAS juga akan turut membayar pengundi DUN Kuala Besut dengan nilai RM 500 - RM 200 lebih tinggi dari nilai yang dibayar oleh calon UMNO/BN. Ingat, calon PAS adalah seorang kontraktor yang kaya dan berjaya, tidak ada masalah langsung padanya dari segi kewangan untuk membayar para pengundi ini.
Syaratnya, setiap pengundi yang mahukan wang ini, mereka perlulah mengambil gambar kertas undi yang menunjukkan mereka memangkah PAS dan kemudian menyerahkan gambar tersebut kepada wakil yang telah dilantik untuk tujuan pengagihan wang tersebut.
Urusan berkaitan dengan pembahagian wang ini telah pun dimulakan untuk pengundi di Kg Beris Lampu dan beberapa pusat daerah mengundi lain yang aku tidak dimaklumkan lokasinya - mungkin atas strategi tertentu agaknya.
Sememangnya inilah yang patut dilakukan untuk memastikan kemenangan PAS dalam keadaan genting seperti sekarang.
Kalau nak harap pada polisi dan dasar Pakatan Rakyat semata-mata, jawabnya sia-sia sajalah 2 minggu berkempen disini sebab semua polisi berkenaan seperti penurunan harga minyak, PTPTN dan sebagainya hanya terpakai kalau Pakatan Rakyat mempunyai kuasa di peringkat persekutuan.
Ceramah Datuk Seri Anwar Ibrahim malam tadi pun tidak begitu mendapat sokongan rakyat tempatan dengan jumlah kehadiran hanya sekitar 500-700 orang sahaja.
Soal moral dan etika dalam hal membayar pengundi ini perlulah diketepikan. Alasannya mudah saja, sementara kita sibuk bercakap tentang moral dan etika, UMNO/BN melakukannya secara berleluasa sehingga Pakatan Rakyat hilang kelebihan.
Nak dibuktikan di mahkamah pun bukan senang sebab melibatkan terlalu banyak prosedur rumit dalam soal pembuktian, jadi lebih baik kita bayar sahaja, apatah lagi calon PAS di Kuala Besut inipun orang kaya, banyak duit, apa ada masalah?
Benarkah Calon BN Kaki Liwat?
Menggemparkan!! Calon BN bagi kawasan DUN Kuala Besut, Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman rupanya pernah terlibat dengan kegiatan liwat semasa menuntut di Universiti Sains Malaysia (USM) pada akhir 90-an dulu.
Betul ke, sebab aku dimaklumkan ini bukan dakwaan liar, tapi ada bukti dan saksi.
Saksi dan bukti ini pulak akan ditampilkan dalam kempen saat akhir Pakatan Rakyat pada malam esok (Selasa) di Kampung Nangka. Saksi itu khabarnya bekas rakan sebilik Zaihan semasa di Universiti dulu dan bukti yang akan ditunjukkan adalah gambar-gambar 'mesra' antara mereka berdua.
Dikatakan, salah satu dari gambar itu memaparkan kedua-duanya sedang berpeluk dengan hanya memakai tuala mandi sahaja.
Uiiiiii, ngeri mak...kalau jadi kenyataan ni, parah jentera UMNO nak menjawab semula sebab kempen tamat 12 tengah malam Selasa, memang tak sempat punyalah.
Sibuk dengan Abe Ku, Abe Ku, rupanya ALKU....hahahahaha...
Bukan nak kata apalah, tapi sejak dari mula memang aku perasan ada yang tak kena dengan calon yang ditampilkan BN di Kuala Besut ini. Apa yang tak kena tu susah nak jelaskan sehinggalah aku terima maklumat ini dari sumber dalam Pakatan Rakyat petang semalam.
Sekarang baru aku faham kenapa calon ini nampak macam ada 'cacat-cacat' sikit, rupanya selera 2 alam.
Aku yakin, berita ini kalau dapat disahkan nanti akan mengubah keadaan semasa di Kuala Besut yang dikuasai UMNO/BN sejak dari proses penamaan calon selesai pada 12 Julai yang lepas.
Kalau Zaihan ini calon di belah bandar sana, tidak ada masalah sebab perkara macam ini benda biasa. Tapi dalam kawasan majoriti besar Melayu di Kuala Besut ini, cerita macam ini memang bagi masalah kepada siapa yang terlibat.
'Malangnya' pulak, yang kena tu calon BN, padan dengan muka dia.
Jadi nampaknya calon PAS, Endut@Azlan bin Yusof sudah boleh bersiap sedia dengan pakaian rasmi untuk bergelar YB di DUN Terengganu. Kerajaan Terengganu juga perlu bersiap sedia menghadapi situasi 16:16 dalam DUN Terengganu yang dibimbangkan sangat Menteri Besarnya tu.
Untung juga calon PAS ini tidak bersekolah tinggi dan menyambung pelajaran di Universiti, kalau tidak mahu ada isu macam mana yang Zaihan kita ni hadapi sekarang.
Untung juga calon PAS ini tidak bersekolah tinggi dan menyambung pelajaran di Universiti, kalau tidak mahu ada isu macam mana yang Zaihan kita ni hadapi sekarang.
Sunday, July 21, 2013
Anwar Lebih Berharga Dari Haji Hadi
Persiapan menyambut ceramah yang bakal diadakan pemimpin utama Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim sedang rancak diadakan bersama jentera PKR yang di datangkan khas dari Kuala Lumpur dan Selangor.
Lebih 10 buah bas telah disediakan untuk membawa rakyat melihat sendiri ceramah Anwar di markas besar PAS Pohon Petai, Kampung Penaga bersama-sama Naib Presiden PAS, Salehudin Ayub dan Datuk Nik Amar (Timbalan Menteri Besar Kelantan)
Sementara esok, Anwar dijadualkan memberi ceramah di PDM (Pusat Daerah Mengundi) Tok Sabuk, juga bersama dengan Nik Amar. Mengikut keputusan dalam PRU13 yang lepas, Tok Sabuk ini adalah kubu kuat UMNO selain Kg Nail.
Kehadiran Anwar diharap boleh mengubah keputusan tersebut.
Persiapan yang begini rapi menunjukkan Anwar jauh lebih berharga dari mana-mana pimpinan Pakatan Rakyat yang telah menyampaikan ceramah masing-masing dalam kempen pilihanraya kecil setakat ini, termasuk Presiden PAS sendiri, Datuk Seri Abd Hadi Awang.
Hadi semasa bagi ceramah pun tidak ada persiapan yang begitu rapi, maklum sahajalah dia orang Terengganu tulen, berbanding penduduk Kuala Besut yang rata-rata mempunyai asal usul keturunan dan bahasa yang rapat dengan Kelantan.
Cakap ganung di tempat orang kece Kelate, siapa nak dengar? Betul kerja sia-sia.
Sementara Anwar punya imej yang tersohor di seluruh negara. Dia cakap kece apa sekalipun, tetap orang terpegun mendengarnya. Aku dah tengok banyak kali benda itu jadi depan mata, yang mulut masuk lalat pun ada dek melopong dengar Anwar ceramah, serius.
Besar harapan aku dan ramai penyokong Pakatan Rakyat disini untuk lihat persiapan yang begini rapi untuk Anwar berceramah boleh bantu tingkatkan harapan calon PAS di kawasan ini. Apa masalah dengan calon itu, perkara kedua, yang penting, kalau PAS menang, Pakatan Rakyat juga ikut menang.
Ini penting untuk meneruskan momentum menjelang PRU14 yang akan datang sebab aku tahu jentera Pakatan Rakyat ramai yang hilang semangat, kecewa setelah PRU13 yang lepas masih memihak kepada BN, disebalik kerja kuat masing-masing untuk memenangkan Pakatan Rakyat.
Dalam masa yang sama, boleh kikis persepsi negatif yang disebarkan blogger-blogger UMNO, kononnya Anwar dan Pakatan Rakyat tidak relevan dalam kempen pilihanraya yang sedang berlangsung sekarang di Kuala Besut yang hampir 100% dihuni orang Melayu.
Ini pun penting juga sebab kita nak buktikan Pakatan Rakyat turut diterima di kawasan majoriti besar Melayu seperti di Kuala Besut, bukan setakat di kawasan yang lebih seimbang dari segi komposisi kaum macam di bandar.
PAS Perlu Perbanyakkan Lagi 'Kereta Kura-Kura'
Mungkin ramai yang tak perasan, antara strategi PAS menampakkan ceramah mereka ada sambutan ialah dengan menggunakan khidmat 'kereta kura-kura' yang akan bergerak sangat perlahan di kawasan-kawasan ceramah sehingga menyebabkan kesesakan lalulintas.
Kesesakan lalulintas ini akan digunakan kemudiannya untuk menunjukkan ceramah itu ramai orang walaupun dalam banyak kes di Kuala Besut ini, ceramah PAS rata-rata tidak mendapat sambutan seperti mana ceramah di luar.
Itu pada waktu malam. Pada waktu siang pulak, kereta kura-kura yang semuanya dihiasi dengan poster PAS dan Pakatan Rakyat ini akan bergerak segenap Kuala Besut dan secara tidak langsung mempromosikan parti tersebut.
Idea yang simple tapi kreatif ini telah banyak membantu mencipta gambaran yang positif terhadap ceramah PAS walaupun hakikatnya di beberapa tempat, terutama dalam kempen pilihanraya kecil di Kuala Besut ini, jumlah kehadiran adalah tersangat-sangat kurang.
Kadang-kadang disebutkan, jumlah kambing dan lembu pun lagi banyak.
Justeru, aku saran kepada PAS untuk perbanyakkan lagi khidmat kereta kura-kura ini dalam baki kempen yang masih tinggal. Biarlah sampai kenderaan tak bergerak sekalipun semasa menghadiri lokasi ceramah, janji gambaran itu nanti boleh digunakan untuk menunjukkan sesaknya laluan ke ceramah PAS.
Tak usahlah nak kedekut sangat. Ini aku dengar ada 5 biji kenderaan saja yang digunakan untuk tujuan tersebut. Mana cukup, patut ada lebih banyak lagi sebab kereta kura-kura ini bagi impak yang sangat penting dari segi persepsi positif terhadap PAS.
Kalau aku boleh bagi cadangan, di Kuala Besut ini kan ada banyak jambatan yang agak sempit, kenapa tak suruh saja petugas parti letak kereta di tepi jambatan yang hampir dengan tapak ceramah, pun boleh beri impak yang sama jugak.
Apa sahaja yang boleh untuk pastikan kemenangan PAS.
Petanda PAS Kalah Teruk
Tinggal 3 hari sebelum pengundi Kuala Besut turun menunaikan tanggungjawab memilih wakil dari parti mana yang difikirkan layak untuk menjadi ADUN di kawasan tersebut, BN atau PAS (Pakatan Rakyat).
Agak kesal terpaksa menulis Pakatan Rakyat di dalam kurungan kerana sehingga sekarang tidak ada perkembangan sama ada Pakatan Rakyat ini akan didaftarkan atau tidak.
Tapi itu cerita lain kalilah, hari ini aku lebih berminat nak mengulas kedudukan PAS di DUN Kuala Besut ini yang mana setakat ini masih lagi jauh ketinggalan berbanding BN.
Petanda yang menjurus kepada keadaan itu boleh dilihat pada mana-mana ceramah yang diadakan PAS, termasuk yang dihadiri pemimpin-pemimpin utama mereka, kosong tidak ada sambutan.
Ini diburukkan lagi dengan arahan agar pimpinan tertinggi mengelak dari menghadiri ceramah yang tidak ramai orang. Itulah kesnya bila beberapa ceramah yang melibatkan Naib Presiden PAS, Mahfuz Omar, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dan beberapa lagi dibatalkan semalam.
Sementara, Presiden PAS, Datuk Seri Abd Hadi Awang yang 'hilang' sejak permulaan kempen, muncul semalam, meneruskan ceramah bersama-sama Leman Raja Lawak. Hadi datang pun, tak sampai 50 orang yang hadir, gambar diatas dan dibawah ini adalah buktinya.
Aku diberitahu Hadi teruskan juga ceramah sebab selain 'qada' kehilangannya sejak penamaan calon minggu sudah, malam semalam memang tidak ada ceramah yang penuh, lari mana pun tak guna juga.
Itu masa Hadi tengah berceramahlah tu.
Jadi apa masalahnya, dimana silapnya sampai begitu sekali keadaan? Adakah benar dakwaan bahawa PAS semakin hilang sokongan dari orang Melayu seperti mana keputusan dalam PRU13 bila mana PAS bukan setakat hilang 2 kerusi berbanding 2008, tapi turut kehilangan negeri Kedah.
Sebab aku tanya soalan itu setelah melihat jentera PAS yang begitu hebat bergerak, dibantu jentera mahasiswa dari GAMIS, Royalti dan lain-lain, tapi masih gagal menarik orang untuk datang beramai-ramai ke ceramah yang diadakan pada sebelah malam.
Atau dakwaan jentera Terengganu sudah 'hijack' semula program kempen dari jentera PAS Kelantan sehingga berlaku kejadian memulau ceramah? Malah aku dapat info dari markas PAS, 'war room' di sana jangka PAS akan kalah lebih 3,000 undi, berbanding 2,434 undi dalam PRU13 yang lepas.
Betul ke tu? Kalau betul ini satu 'kemaluan' terbesar pada PAS dan seolah-olah membenarkan dakwaan bahawa calon Endut@Azlan Yusof atau Che Long ini memang betul tidak boleh di pakai.
Padanlah ceramah kosong, rupanya PAS sendiri pun tidak yakin menang.
Cuma, diharap dengan kehadiran Datuk Seri Anwar Ibrahim bermula malam ini dan Azhar Idrus malam besok mampu mengubah keadaan yang semakin layu-layu ni. Kalau ini pun gagal nak tarik orang datang, aku ingat PAS boleh gulung khemahlah, tak payah buang masa.
Saturday, July 20, 2013
Jangan Pilih Calon BN Yang Cacat
LUPAKAN semua tentang apa yang aku pernah tulis tentang calon PAS, Azlan Yusof ini dulu kerana satu yang pasti calon kita ini jauh lebih 'sempurna' jika nak dibandingkan dengan calon BN, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman.
Calon PAS ini memang diakui mempunyai banyak kekurangan dari segi latar belakang pendidikan tapi dia memiliki kekayaan harta benda yang tidak dimiliki langsung oleh calon BN.
Bagaimana seorang jurutera awam dengan pendapatan kurang RM 100,000 setahun boleh bersaing dengan kontraktor berjaya yang menggunakan modal sendiri bernilai berjuta-juta ringgit sebelum dibayar oleh kerajaan dalam menyelesaikan projek yang diamanahkan kepadanya?
Dari segi itu rakyat Kuala Besut pasti tidak ada masalah untuk mendapatkan bantuan kewangan dari calon PAS kalau dia menang pada 24 Julai kelak.
Selain itu, dari segi fizikal juga, calon PAS adalah jauh lebih baik dari calon BN.
Cuba perhatikan video dibawah dan cara Tengku Zaihan ini bercakap. Perhatikan mulutnya, dimana dia tidak mengangkat gigi semasa bercakap dan kelihatan sukar untuk menyebut perkataan-perkataan tertentu.
Ini adalah satu kecacatan yang memalukan penduduk Kuala Besut. Memalukan dari segi mereka dipersembahkan dengan calon yang tidak sempurna dari segi fizikal oleh BN, walaupun ada pendidikan dan kerjaya yang baik.
Berbanding dengan calon PAS yang bukan setakat kaya, tapi juga jauh sempurna dari calon BN. Cakap pun tak tersekat-sekat dan pertuturannya begitu lancar sekali. Kalau wakil ini berhujah dalam dewan, buah butir perbahasannya lebih jelas di telinga semua orang.
Aku bukan bermaksud menghina dengan membangkitkan persoalan ini, aku cuma risaukan penduduk Kuala Besut kalau si Zaihan ini dipilih menjadi ADUN mereka. Takut nanti lain masalah penduduk, lain pulak yang dia cakapkan dalam Dewan.
Logiknya tu memang ada, fikir sendiri sajalah.
Tak Salah Penduduk Kuala Besut Setia Dengan Kelantan
SEMALAM aku dah sebut tentang unsur-unsur 'Kelantan' dalam kempen pilihanraya kecil Kuala Besut yang agak keterlaluan digunakan untuk menarik sokongan terhadap PAS dan Pakatan Rakyat.
Tapi perbincangan itu lebih kepada mengelakkan kempen pilihanraya kecil ini disalah tafsir sebagai mempunyai unsur-unsur subversif untuk mengembalikan semula pemilikan Besut kepada Kelantan sahaja. Dibimbangi UMNO/BN akan guna alasan itu dalam petisyen pilihanraya kalau mereka kalah nanti.
UMNO/BN ini kita tahu sajalah, ucapan Azhar Idrus pun boleh jadi modal petisyen pilihanraya, apatah lagi unsur-unsur subversif yang aku sebutkan di atas.
Walaupun begitu, aku perlu akui juga bahawa penduduk Kuala Besut ini memang rata-ratanya setia dengan Kelantan, walaupun tidak lagi begitu ramai yang terikat dengan sejarah lampau yang menunjukkan daerah Besut ini adalah sebahagian dari Kelantan.
Malah dikatakan ketika Kelantan mara ke perlawanan akhir bolasepak Piala FA dengan Johor DT hujung bulan lepas, beribu-ribu peminat dari daerah Besut ini menyertai rakan mereka dari Kelantan untuk hadir ke Kuala Lumpur bagi memberikan sokongan kepada pasukan negeri tersebut.
Atas sebab yang sama juga kenapa PAS Kelantan dengan mudah mampu menguasai jentera pilihanraya kecil di Kuala Besut ini, walaupun tanpa bantuan dari jentera PAS Besut dan PAS Terengganu sendiri.
Tidak hairanlah kenapa aku dimaklumkan yang UMNO/BN Terengganu cukup tidak senang dengan keadaan ini. Mereka dakwa kerajaan BN negeri itu sudah banyak membangunkan daerah tersebut (bukan Kelantan), tapi diakhirnya, Kelantan yang ditadbir PAS itu juga yang dapat nama.
Semuanya kerana sentimen 'sejarah sabung ayam' yang dimainkan semula dalam kempen kali ini.
Pada aku, ini satu pemikiran yang bodoh, macam UMNO/BN jugalah. Tak salah kalau penduduk Kuala Besut atau Besut inipun nak setia dengan Kelantan pun. Apa yang berdosa pasal itu? Budaya Kelantan tu dah berakar umbi di Besut ini sejak berzaman dulu, bukan cerita baru, nak diubah macam mana?
Soal pembangunan dan sebagainya yang jadi dibimbangkan UMNO/BN sangat tu, aku sendiri tidak melihat ada apa-apa yang besar. Selain keadaan jalan raya yang lebih baik di belah Besut berbanding dengan di belah Kelantan, tidak ada apa-apa lain yang menarik dibuat UMNO/BN untuk daerah Besut ini.
Orang Kuala Besut inipun bukan gila sangat dengan pembangunan. Keadaan semulajadi kawasan ini, dengan pulau-pulau cantik di sekitar perairannya, sudah cukup untuk Kuala Besut dengan sendirinya tanpa bantuan UMNO/BN.
Justeru, kesetiaan penduduk Kuala Besut terhadap Kelantan bukanlah satu masalah besar sehingga nak dipolitikkan oleh UMNO/BN. Apatah lagi bila aku mendapat tahu, budak-budak UMNO Besut pun ramai yang sokong Kelantan masa perlawanan akhir tempoh hari.
Apa komen UMNO pasal itu?
Friday, July 19, 2013
PAS Kelantan Mahu 'Jajah Kuala Besut
PAS Kelantan nampak bersungguh-sungguh benar dalam kempen pilihanraya Kuala Besut yang sedang berlangsung sekarang seolah-olah kekosongan DUN kali ini berlaku dalam negeri tersebut.
Dari satu sudut eloklah sebab mengisi kekosongan yang ditinggalkan PAS Terengganu, tapi dari satu sudut yang lain, nampak macam PAS Kelantan nak 'menjajah' Kuala Besut pulak.
Malah pada satu ketika, aku nampak berlebih-lebihan pulak 'kekelantanannya' itu sampai ke satu tahap poster Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yaakub ditabur begitu sahaja di bazar-bazar Ramadhan dan pasar pagi Jumaat tadi.
Apa muslihatnya tu? Aku pun tak faham, itu yang nak tanya ni. Bimbangnya, rakyat Kuala Besut jelak saja dengan pendekatan macam ini.
Aku berpandangan, seelok-eloknya dikurangkan sedikit unsur-unsur 'Kelantan' dalam kempen di Kuala Besut ini walaupun lokasi Kuala Besut terletak bersebelahan dengan beberapa jajahan dalam negeri Kelantan, seperti Pasir Putih dan Bachok.
Justifikasinya mudah saja, perkara itu tak relevan dengan kempen PRK yang sedang berlangsung sekarang..
Justifikasinya mudah saja, perkara itu tak relevan dengan kempen PRK yang sedang berlangsung sekarang..
Contohnya macam sebar poster Menteri Besar Kelantan tu, apa relevannya dengan kempen disini? Kelantan, Kelantanlah, Terengganu, Terengganulah.
Adakah ada cubaan untuk mengembalikan semula pemilikan Besut kepada Kelantan? Aku bukan kata memang itu kesnya tapi dari satu segi, seolah-olah nampak ke situ!!
Sebaiknya, matlamat kempen pilihanraya kecil di Kuala Besut ini, dikekalkan setakat nak menggantikan ADUN yang sudah meninggal dunia sahajalah, tak perlu sampai ke tahap nak mengkaji semula kedudukan Besut itu.
Takut nanti disalah tafsir sebagai cubaan menimbulkan unsur-unsur subversif dalam negara pulak. Nanti lagi panjang cerita walhal kesnya nak menggantikan ADUN yang telah meninggal dunia saja pun.
Pakatan Rakyat ada banyak isu yang boleh digunakan dalam kempen piilihanraya kali ini. Aktiviti menjolok mata yang berlaku sewenang-wenangnya di Pulau Perhentian tu saja dah jadi satu isu besar yang boleh digunakan sebagai bahan kempen.
Begitu juga dengan kegagalan kerajaan BN negeri memajukan pelabuhan Kuala Besut yang dulu terkenal sebagai lokasi pendaratan ikan terbesar di Malaysia - gelaran yang kini sudah diambil alih oleh pusat pendaratan ikan di Tok Bali, Kelantan.
Pendek kata banyak isulah, yang nak main isu-isu sensitif ini juga kenapa?
Lagipun bukan PAS tak pernah perintah Terengganu dan Kelantan serentak. Kenapa waktu itu tak diselesaikan masalah Besut ini kalau betul ada keperluan yang begitu mendesak?
Subscribe to:
Posts (Atom)