Saturday, August 31, 2013

Elok Jemput Syed Akhbar Sertai Pakatan Rakyat

Kebelakangan ini aku lihat blog-blog Pakatan Rakyat semakin lama semakin suram, terutama setelah PRU13 berakhir dengan kegagalan Pakatan Rakyat menjadi kerajaan persekutuan.

Jika dulu beberapa blog terkenal seperti Suara Pakatan Rakyat, Milosuam, AmenoWorld, Anak Sungai Derhaka dan sebagai meniti carta 10 terbaik senarai blog-blog politik di Malaysia, hari ini kita lihat jumlah itu semakin lama semakin kurang.

Dengar ceritanya ada masalah pada bahagian peruntukkan, dengan yang paling banyak dipersalahkan ialah Ahli Parlimen Ampang, YB Zuraidah Kamarudin.  Aku tak pastilah sejauh mana benarnya penglibatan Zuraidah dalam hal ini, sebab aku tahu ramai orang yang jaga blogger dalam Pakatan Rakyat.

Tapi itu semua tidak penting sekarang.  Yang penting sekarang ialah dalam kesuraman hari ini bagaimana perjuangan Pakatan Rakyat nak dihidupkan menerusi blog-blog ini.

Aku melihat di kalangan blogger-blogger UMNO pun ada masalah hampir sama - peruntukkan.  Tapi mungkin sebab rezeki yang jauh melimpah ruah lebih dari biasa semasa PRU13 yang lepas, masih ada di kalangan blogger ini yang bernyawa, walaupun tanpa bayaran selama beberapa bulan.

Sesetengah tu (terutama blogger berbahasa Inggeris), menggunakan peluang yang ada sebelum dana sebenar habis untuk menghentam Najib dan kepimpinannya, termasuk mendesak Perdana Menteri Ke Enam itu berundur dari jawatan.

Antara yang paling lantang aku lihat ialah blogger Syed Akhbar Ali dalam blognya OutsyedTheBox.

Blogger ini nampaknya sudah berpatah arang dan berkerat rotan dengan Najib.  Mungkin dia tahu jawatannya sebagai Panel Penasihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) tidak akan disambung semula bila tamat nanti, maka dia memilih untuk menentang Najib secara bersendirian.

Paling tidak satu hari mesti ada satu artikel yang secara terang-terangan menghentam Najib, sehingga ke satu tahap, aku terlupa yang Syed Akhbar ini dulu hari-hari hentam Pakatan Rakyat, terutama Datuk Seri Anwar dan Datuk Nik Aziz.

Maka itu aku melihat peluang, peluang untuk Pakatan Rakyat menjemput Syed Akhbar supaya menyertai mana-mana satu parti komponen dan diberikan jawatan penting.  Paling sesuai yang aku rasa ialah PKR atau DAP, untuk disesuaikan dengan jiwa liberal Syed Akhbar.

PAS tidak boleh kerana aku pun dengar-dengar Syed Akhbar ini pun kaki minum, entah ya entah tidak.  Kalau betul, itu hak dialah nak tergolek ke tertonggeng macam mana, inikan negara demokrasi.

Dia pun aku dengar tidak ada jawatan dalam UMNO, tak mengejutkan kerana aku dapat maklumat majoriti blogger UMNO, bukan ahli UMNO pun, hanya penyokong saja, itupun masuk dalam kelompok penyokong tegar Tun Mahathir.

Pun begitu, aku tak nampak apa-apa masalah untuk Syed Akhbar sertai Pakatan Rakyat walaupun dia penyokong kuat Mahathir.  

Yang penting pada aku, jiwa penulisannya memang sudah condong habis kepada Pakatan Rakyat.  Yang diperlukan sekarang ialah dia menyertai kita secara rasmi, itu sahaja.

Senang nak berperang depan sama depan.

It Is Better To Ask Syed Akhbar To Join Pakatan Rakyat

Friday, August 30, 2013

Tanda Putera: CM Lim Mesti Pecat Pegawai Melayu MPPP Yang Keluar Surat

Insiden memalukan dimana kerajaan negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang terpaksa menarik semula arahan pengharaman filem Tanda Putera dari di tayangkan di pawagam-pawagam dalam negeri tersebut, sepatutnya tidak berlaku. lagi di masa hadapan.

Keputusan kerajaan negeri perlu tegas, kalau tak boleh, kita kata tak boleh.  Bukan sekejap boleh, sekejap tak boleh.  Ini bukan iklan biskut, tapi membabitkan sebuah kerajaan negeri, rasmilah sikit.

Dimana-mana dalam Internet hari ini, aku lihat lawak jenaka membabitkan 'arahan' dan 'nasihat' ini, begitu hebat sekali dimainkan blogger UMNO.  Ketua kerajaan kata nasihat, tapi pegawai kerajaan dibawah kata, arahan.

Maka itu tidak ada cara lain yang patut diambil CM Lim untuk menyelesaikan masalah ini, melainkan dengan memecat pegawai Melayu berkenaan - Azman Bin Sirun, Pengarah Perlesenan Majlis Perbandaran Pulau Pinang kerana dengan sengaja mengeluarkan surat yang tidak melambangkan, hasrat sebenar kerajaan negeri dalam isu Tanda Putera ni

Pecat saja dia, selesai semua masalah sebab dia yang tandatangan surat tu.

Ini tidak, aku pelik kenapa kerajaan negeri perlu bersusah payah mengadakan sidang media bagi menjelaskan keadaan tersebut, kalau dengan cara itu boleh selesaikan masalah tak apa juga, tak selesai jugak, bertambah lagi adalah.

Penjelasan bagi kesilapan macam ini, tidak perlu pun sebenarnya.  Sebab ia seumpama si tikus membaiki labu - kalau fahamlah apa yang aku cuba sampaikan.

Mana-mana sekalipun, yang silap sudah jadi silap, buat macam mana pun benda dah jadi.  Yang penting sekarang pemecatan Azman Sirun ini perlu disegerakan untuk sedikit sebanyak untuk paling tidak memperbaiki sedikit imej Pakatan Rakyat khasnya dan DAP amnya.

Kenapa DAP Perlu Takut Kepada Tanda Putera?

Pagi ini aku bangun macam orang bodoh.  Keadaan ini bukan pertama kali, dah banyak kali berlaku pun, cuma yang lain sikit pagi tadi aku rasa dibodohkan oleh pemimpin Pakatan Rakyat sendiri - semuanya dalam isu filem Tanda Putera inilah.

Perasaan ini bermula setelah aku memaksakan diri melihat filem Tanda Putera semalam.  Ini penting sebab aku taknak dikatakan sekadar bagi komen berdasarkan apa orang lain cakap.  Biar mata kepala aku tengok sendiri apa sebenarnya filem itu, baru aku puas hati.

Ternyata, adegan yang boleh jadi isu (kalau nak dijadikan isu pun) hanyalah pada 10 minit pertama sahaja.  Selebihnya berkisar tentang hubungan arwah Tun Razak dan Tun Dr. Ismail pasca 13 Mei 1969.

Sepanjang masa tayangan itu berlangsung sehingga habis, puas aku memaksa diri aku untuk percaya bahawa filem itu ada unsur-unsur perkauman melampau sehingga layak untuk diharamkan di Pulau Pinang, tapi aku tak jumpa dimana yang dikatakan elemen perkauman tu wujud?

Aku pernah tengok filem Namewee, aku boleh kata jauh lebih brutal dari filem Tanda Putera ini, dengan itupun UMNO tidak kecoh untuk haramkan.  Bahkan, satu dari filem-filem tersebut, Hantu Gangster (kalau tak silap aku), berjaya raih kutipan sebanyak RM 7 juta!!


Kenapa pulak DAP yang kalut sangat dengan filem ini?

Isu berkaitan rusuhan 13 Mei tu memang dah jelas fakta sejarahnya, kalau tak silap aku, dalam kertas putih berkaitan peristiwa 13 Mei yang diterbitkan tahun 1972, semua kisah 10 minit pertama yang nak dijadikan isu sangat tu, memang sudah ada.

Maksudnya disitu, kalau nak dijadikan isu, kenapa tak jadikan isu lebih 40 tahun dulu, kenapa sekarang setelah ia diselitkan dalam satu filem?

Tidak hairanlah kenapa kerajaan Pulau Pinang tarik semula larangan yang dikenakan ke atas semua pawagam dalam negeri tersebut dari menyiarkan filem tersebut, kononnya yang dikatakan larangan tu sebenarnya hanya satu nasihat.

Nak ikut, ikut, taknak ikut tak apa.

Ini pun satu hal lagi tapi aku taknak buang masa cerita perkara tersebut dalam artikel ini.  Cuma apa yang aku nak katakan, di masa hadapan, sebelum buat keputusan untuk haramkan sesuatu filem itu dari di tayangkan, elok kerajaan negeri tengok filem itu dulu sebelum buat keputusan.

Jadi tidaklah kita semua kalut macam ini.  Kejap haram, kejap nasihat ni kerja payah, yang biasa dibuat UMNO saja.  Pakatan Rakyat, nak nak pulak parti macam DAP tidak sepatutnya kalut macam ini.  Dalam apa keadaan pun keputusan mesti rasional, bukan emosional.

Thursday, August 29, 2013

Kedah Punca Caj Air Pulau Pinang Naik

Keputusan kerajaan Pulau Pinang baru-baru ini untuk menaikan surcaj air sebanyak 100% bemula 1 September ini, adalah satu keputusan tepat dengan mengambil kira kepentingan kewangan kerajaan negeri sekarang.

Sememangnya, kenaikan ini tidak dapat dielakkan lagi kerana kerajaan negeri mengambil kira caj air mentah yang bakal dikenakan kerajaan baru Kedah yang akan berkuatkuasa pada bila-bila masa dari sekarang.

Memang alasan rasmi kerajaan negeri sekarang kenaikan ini adalah untuk menggalak penggunaan air dengan lebih bijak, tapi itu bagi mengelakkan cerita panjang di kalangan rakyat.

Lagipun semua orang tahu rakyat Pulau Pinang gemar membazirkan penggunaan air sehingga melebihi penggunaan rakyat negara Singapura yang lebih ramai jumlahnya.

Walaupun UMNO menjadikan kenaikan ini sebagai isu besar untuk mendakwa Pakatan Rakyat gagal melaksanakan janji kepada rakyat sebelum PRU13 yang lepas, terutama janji untuk memberikan segala yang murah dan percuma kepada rakyat, aku rasa rakyat Pulau Pinang boleh menerima kenaikan ini dengan baik.

Sebab aku rasa semua orang tahu Pakatan Rakyat memang mahu menawarkan segala macam kemudahan kepada rakyat.

Kalau boleh kita mahu semua bayaran perkhidmatan kekal rendah sepanjang masa, dapat percuma lagi bagus.  Tapi dalam masa yang sama, rakyat perlu faham, ada faktor luaran yang berada di luar kawalan kita.

Macam dalam soal kenaikan surcaj air ini, kesalahan sepenuhnya terletak kepada kerajaan BN Kedah dengan kerajaan Pulau Pinang menjadi mangsa keadaan.

Tapi aku tak rasa isu ini akan berpanjangan kerana telah ditetapkan kes ini akan dibawa ke Mahkamah.  Bila kes ini dibawa ke Mahkamah nanti, aku yakin rakyat negeri Pulau Pinang akan kembali menikmati caj air yang rendah seperti sebelum ini.

Kalau keputusan Mahkamah tidak memihak kita sekalipun, Pakatan Rakyat dan DAP masih tidak boleh dipersalahkan kerana seperti yang disebutkan di atas tadi, kesalahan sepenuhnya terletak di tangan kerajaan negeri Kedah.

Bukan kerajaan Pulau Pinang.

Pakatan Rakyat Sedia Terima Bekas Ketua Wirawati Perkasa

Berita perletakkan jawatan Ketua Wirawati Perkasa, Zaira Jaafar semalam pasti ada kaitan dengan kenyataan kontroversi rakan sejawatannya di pihak Wira Perkasa, Irwan Fahmi Ideris dalam blognya kelmarin yang menuntut perletakkan jawatan Najib sebagai Perdana Menteri.

Sumber memaklumkan kepada aku bahawa Zaira dan Fahmi mempunyai hubungan yang sangat akrab kerana kedua-duanya adalah tenaga penggerak kepada aktivti Perkasa di seluruh negara.  Nak harap pada Ibrahim Ali tak usahlah, dengar ceritanya dia lebih gemar kejar projek sekarang.

Maka itu tidak hairanlah kenapa Zaira meletakkan jawatan tersebut kerana dia hampir pasti Fahmi akan disingkirkan oleh pimpinan tertinggi Perkasa berhubung kenyataan kontroversinya itu.

Dalam masa sama menunjukkan demokrasi tidak wujud dalam pertubuhan paling rasis di Malaysia ini.  Sesiapa pun boleh disingkirkan hanya kerana mempunyai pandangan sendiri yang tidak selari dengan pertubuhan tersebut.

Semua ini tidak berlaku dalam parti-parti komponen Pakatan Rakyat.  Setiap ahli bebas menyatakan pendirian masing-masing walaupun kadang kala berlawanan dengan pendirian rasmi parti.  Inikan negara demokrasi, setiap orang berhak meluahkan apa yang dia rasa perlu diluahkan.

Tidak kiralah betapa peritnya kenyataan tersebut.


Apa yang berlaku kepada Nasharudin Mat Isa dan Datuk Dr. Hasan Ali dalam PAS dulu tidak boleh disamakan dengan apa yang berlaku dalam Perkasa sekarang.  Itu adalah 2 kes berbeza yang langsung tidak sama dengan penyingkiran Zaira sekarang dan Fahmi nanti.

Begitu juga dengan perubahan saat-saat akhir dalam pemilihan CEC DAP, itu juga bukan bukti yang mengatakan Pakatan Rakyat tidak demokratik tapi lebih kepada masalah sistem.  Kita sebenarnya adalah jauh lebih demokratik dari mana-mana parti politik dan pertubuhan dalam Malaysia.

Maka itu aku dimaklumkan bahawa Pakatan Rakyat tidak ada masalah untuk menerima penyertaan Zaira Jaafar ke dalam mana-mana parti komponen kita.  Jika Zaira mencari maksud demokrasi yang sebenar, hanya Pakatan Rakyat yang menawarkan peluang tersebut, bukan Perkasa.

Tidak seperti Perkasa, Pakatan Rakyat juga tidak rasis dan menerima sokongan yang begitu tinggi dari kalangan rakyat Malaysia, terutama sekali orang Cina, seperti yang dibuktikan dalam PRU13 lepas.

Najib Sudah Gila!! Terlalu Utamakan Bumiputera Dalam Menguruskan Negara

Menjelang pemilihan UMNO yang akan datang ini, Najib disebut-sebut akan membuat pengumuman khas pada 14 September akan datang tentang polisi baru untuk meningkatkan pegangan bumiputera dan orang Melayu dalam ekonomi negara.

Perkara ini sudah menjadi bualan di kalangan ahli-ahli politik UMNO dan Pakatan Rakyat.

Buah butir tentang pengumuman tersebut masih belum aku perolehi, tapi dari sumber yang boleh dipercayai, ia ada kaitan tentang meningkatkan pegangan ekuiti korporat bumiputera yang sekarang berada pada tahap 23.09% pada 2010, ke satu tahap yang lebih tinggi lagi.

Sasaran UMNO sejak pengenalan Dasar Ekonomi Baru (DEB) pada 1971 adalah untuk meningkatkan ekonomi golongan bumiputera kepada 30%.

Pengumuman ini pasti akan meningkatkan sokongan terhadap Najib di kalangan ahli UMNO dan orang Melayu, seterusnya menyaksikan harapan Pakatan Rakyat untuk melihat jawatan Presiden UMNO dipertandingkan dan Najib kalah, akan berkubur begitu saja.

Ini berita buruk buat para peniaga Cina yang menjadi penyumbang utama aktiviti politik Pakatan Rakyat selama hari ini.  Kaum Cina sudah lama menikmati kelebihan yang begitu besar dalam pembahagian kek ekonomi negara dan tidak sepatutnyalah kelebihan itu diganggu gugat dengan peningkatan dalam ekuiti Melayu.

Secara tidak langsung juga, pengumuman yang bakal dibuat Najib itu adalah satu ancaman kepada kemakmuran ekonomi yang dinikmati orang Cina selama ini. Perlu diingat, angka 23.09% yang disebutkan di atas adalah berdasarkan pencapaian ekonomi bumiputera dalam tahun 2010.

Dengar ceritanya, angka itu telah berubah dengan lebih banyak pada tahun 2011 tapi pentadbiran Najib sengaja tidak mendedahkannya kepada umum untuk mengelakkan peralihan undi besar-besaran orang cina kepada Pakatan Rakyat dalam PRU13.

Tapi setelah terbukti orang Cina memberikan 97% undi mereka kepada Pakatan Rakyat, maka tidak ada apa lagi yang perlu dibimbangkan Najib.  Yang penting padanya sekarang ialah meningkatkan sokongan dari orang Melayu yang ternyata menjadi penyumbang kepada kemenangan BN dalam PRU13 yang lepas.

Aku bimbang polisi baru Najib ini akan meminggirkan golongan peniaga bukan bumiputera, terutama orang Cina yang memang semakin terpinggir dari mendapat kontrak-kontrak kerajaan sejak BN mengekalkan kuasa dalam PRU13.

Walaupun selama hari ini golongan cina menguasai sebahagian besar ekonomi negara, tapi itu semua masih belum cukup untuk memastikan kelangsungan ekonomi kaum tersebut buat jangka panjang selagi penguasaan politik masih di tangan orang Melayu.

Aku harap Pakatan Rakyat dapat berbuat sesuatu untuk menghalang polisi ekonomi baru Najib ini dari dilaksanakan.  Apa yang perlu dibuat tu aku tak tahulah, tapi yang pasti polisi baru ini perlu dihentikan dan tidak menjadi sebahagian dari dasar kerajaan.

Jika kita tidak berbuat sesuatu bagi menghalang hasrat Najib ini, percayalah, orang Cina akan kembali mengundi BN kerana mereka bimbang generasi Cina dimasa hadapan akan mati dalam kemiskinan.

Paling tidak, Pakatan Rakyat perlu mendesak Najib supaya mendedahkan butiran polisi baru itu lebih awal untuk memberi peluang bagi kita menyemak isi kandungannya.  Rakyat Malaysia berhak tahu tentang polisi ekonomi baru ini.

Lagipun, kita tidak perlu dilibatkan dalam kegilaan Najib untuk mendapatkan sokongan dari Melayu dan Bumiputera, bukan semua rakyat Malaysia ini orang Melayu pun, kena ingat tu.

Wednesday, August 28, 2013

Filem Tanda Putera Hanya Untuk Si Tolol

Memang tepat keputusan kerajaan negeri Pulau Pinang mengharamkan penayangan filem Tanda Putera di negeri tersebut.  Keputusan ini patut dilihat sebagai salah satu cara untuk menghalang sebarang cubaan pihak-pihak tertentu untuk memburukkan perjuangan DAP atas nama seni.

Keputusan ini tidak sepatutnya dilihat sebagai cubaan untuk menyekat para artis dan pengarah di negara kita untuk berkarya, tetapi ia perlu dipandang pada sudut yang lebih menyeluruh.

Sebetulnya negara ini tidak perlu sebuah lagi filem mengenai sejarah, komunis dan sebagainya kerana filem-filem sedia ada sudah cukup untuk mengingatkan generasi muda hari ini akan sejarah lampau mengenai perkara tersebut.

Aku belumlah tengok lagi filem ini sebab ia belum pun disiarkan, tapi dari apa yang orang cakap, filem ini memang filem bodoh dan hanya sesuai untuk tayangan si tolol si tolol di luar sana.  Bagi yang lebih waras fikirannya, filem macam ini hanya layak dibuang ke dalam tong sampah saja.

Justeru aku menyarankan agar semua pengiat seni pro Pakatan Rakyat seperti Faizal Tahir dan Ahmad Idham, supaya tampil mempertahankan keputusan Ketua Menteri Penang, Lim Guan Eng ini dengan kadar yang segera.

Ini bagi mengelakkan UMNO menanamkan persepsi buruk di kalangan masyarakat tentang keputusan drastik Guan Eng ini.  Aku sendiri berpendapat, perjuangan komunis ini perlu dilihat semula dalam konteks yang betul, bukan ditolak begitu sahaja apatah lagi nak dikatakan sebagai pengganas.

Filem yang membincangkan tentang komunis ini terlalu sensitif sebab yang ramai masuk komunis dulu adalah orang cina, Pakatan Rakyat perlu jaga sensitiviti orang cina kerana mereka adalah pengundi kita dalam PRU13 yang lepas.

Dalam masa yang sama, aku menyerulah kepada pimpinan Pakatan Rakyat di Selangor dan Kelantan agar turut mengambil tindakan yang sama dengan mengharamkan penayangan filem Tanda Putera ini.  Ini penting bagi menunjukkan kesatuan Pakatan Rakyat dalam banyak hal, tidak terkecuali penayangan filem yang mempunyai unsur politik keterlaluan seperti ini.

Aku suka nak tegaskan disini, walaupun filem ini diharamkan di negeri-negeri yang kita perintah, Pakatan Rakyat masih terbuka dalam banyak perkara berbanding dengan UMNO.  Kita masih terbaik dan terbuka dalam pelbagai isu walaupun filem ini diharamkan.

UMNO tidak sepatutnya mengatakan Pakatan Rakyat akan menyekat rezeki dan kreativiti sesiapa.  Ini bukan nak sekat apa-apa pun tapi hanya nak elak fikiran rakyat dari dirosakkan dengan bahan penyiaran yang telah diselewengkan faktanya.

Adakah itu salah?

Dong Zhong Lebih Mulia Dari Majlis Perundingan Melayu


Gesaan Majlis Perundingan Melayu (MPM) agar kerajaan tidak melayan desakan pihak-pihak tertentu berhubung perlaksaan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2015, benar-benar menunjukkan bahawa majlis berkenaan tidak layak untuk bersuara tentang soal pendidikan nasional.

Memang tidak dinyatakan dengan jelas, tapi aku yakin gesaan MPM itu ditujukan kepada pertubuhan-pertubuhan pendidikan cina seperti Dong Zhong serta lain-lain yang begitu kuat menentang perlaksanaan pelan pendidikan tersebut kerana dilihat boleh mengancam kewujudan sekolah vernakular.

Wahal kalau umum nak tahun, Dong Zhong ini memang layak dari segala sudut untuk bercakap tentang keperluan mempertahankan aliran pelbagai dalam sistem negara kita kerana ia sudah menjadi perjuangan mereka sejak merdeka lagi.

Berbanding dengan MPM yang merupakan gabungan beberapa NGO Melayu yang baru ditubuhkan, khusus untuk bercakap tentang pendidikan nasional.

Tapi dimana meritnya mereka nak bercakap tentang pendidikan nasional kalau yang menyertai majlis tersebut hanyalah pertubuhan pendidikan Melayu?  Sebab itu penulis kata, MPM bukan bertujuan untuk bercakap tentang pendidikan nasional, tapi pendidikan Melayu semata-mata.

Sedangkan Dong Zhong, walaupun sama dari satu sudut (hanya memperjuangkan soal pendidikan bahasa Mandarin dan cina), tapi pertubuhan itu lebih dari layak untuk bercakap soal sistem pendidikan di negara ini kerana mereka telah lebih dahulu wujud serta konsisten dalam memperjuangkan isu yang sama.

Sepatutnya Kementerian Pendidikan, tidak melayan desakan pertubuhan seperti MPM ini yang hanya melihat Pelan Pendidikan Nasional tersebut berdasarkan kepentingan satu kaum sahaja.

Kementerian seharusnya memberi lebih perhatian kepada institusi sekolah vernakular yang telah lama terpinggir dari arus pemodenan sistem pendidikan negara kita.  Kalau tidak kerana pertubuhan seperti Dong Zhong mendapatkan sokongan dan bantuan institusi perniagaan oran cina, sudah lama sekolah vernakular berkubur di negara kita.

Bercakap tentang itu (terpinggir), Pelan Pendidikan Nasional yang akan dijalankan kerajaan ini bakal meminggirkan lagi sekolah vernakular di negara ini sehingga ke satu tahap penghapusan terus sistem tersebut!!

Kerajaan dan MPM perlu faham, dari hampir semua segi, semua rakyat kita berhak mendapat layanan yang sama rata, termasuklah hak-hak keistimewaan yang hanya diberikan kepada kaum-kaum tertentu sahaja.  Tapi dari segi pendidikan, tidak wujud soal layanan sama rata, setiap kaum mempunyai hak untuk mengadakan sekolah dengan bahasa ibunda mereka sendiri.

Itu memang sudah tertakluk dalam perlembagaan.



Fahmi Gagal Ikut Skrip Pakatan Rakyat

Semua penyokong Pakatan Rakyat nampaknya gembira dengan kenyataan Ketua Wira Perkasa, Irwan Fahmi semalam yang mendesak perletakkan jawatan Najib Tun Razak kerana gagal membela nasib orang Melayu yang menjadi teras penubuhan pertubuhan rasis tegar tersebut.

Reaksi ini dapat dilihat dari bagaimana ligatnya blog-blog Pakatan Rakyat memetik kenyataan tersebut untuk menyerang UMNO.  Begitu tergesa-gesa sekali tanpa sempat meneliti dengan penuh kenyataan tersebut.

Bagi aku sendiri yang tahu apa sebenarnya yang mendoroong Fahmi untuk berbuat demikian, kenyataan itu sebetulnya lebih banyak mendatangkan mudarat dari memberi keuntungan kepada Pakatan Rakyat.

Sebabnya, aku sudah lihat sendiri draf kenyataan sebenar yang patut dibacakan Fami dan ternyata ada beberapa perenggan yang telah diubah sehingga mencemarkan imej Pakatan Rakyat sendiri, antaranya bila Fahmi mempersoalkan peruntukkan kewangan lebih besar yang diberikan Najib kepada sekolah-sekolah jenis kebangsaan.

Ini tidak ada dalam skrip asal.

Macam mana ini boleh berlaku, itu yang aku hairan.  Sepatutnya, pihak-pihak dalam Pakatan Rakyat (antaranya seorang ahli Parlimen dari Melaka dan Ketua Cabang dari Selangor) yang mengadakan pertemuan dengan Fahmi kelmarin, memastikan sebetul-betulnya kenyataan itu sebelum boleh diedarkan kepada pihak media.

Wang yang patut dibayar kepada Fahmi juga sepatutnya ditahan dulu kerana kesilapan yang pada aku sangat-sangat tidak patut ini.

Apatah lagi, inilah satu peluang untuk Fahmi bercakap menentang Najib di atas platform Perkasa, tidak ada peluang lain lagi selepas ini kerana Ibrahim Ali dan pemimpin kanan dalam Perkasa yang lain, sudah pasti akan menyingkirkan Fahmi dari kerusi ketua wira kerana cuba menentang Najib yang telah banyak membantu pertubuhan tersebut.

Setelah itu berlaku nanti, Pakatan Rakyat akan kehilangan kelebihan yang banyak kerana Fahmi hanya 'mempunyai harga' jika dia bercakap atas platform Perkasa.  Lain dari itu, Fahmi hanya ibarat tin kosong yang sudah berkarat.

Pakatan Rakyat akan lebih beruntung kalau Fahmi betul-betul ikut skrip yang telah disediakan untuk dia membaca kelmarin.  

Keputusan mengubah kenyataan tersebut pada saat-saat akhir yang dibuat Fahmi ini, benar-benar bahaya kepada Pakatan Rakyat selain tidak mampu memberi kesan yang kita benar-benar mahukan - peralihan undi orang Melayu kepada Pakatan Rakyat dan dalam masa yang sama meningkatkan undi orang bukan Melayu.

Tapi bila dah disebut Najib meningkatkan perbelanjaan kepada sekolah cina dan india, sokongan Melayu mungkin meningkat, tapi bagaimana dengan bukan Melayu?  Sebab itu aku kata Fahmi ini bodoh kerana bercakap tidak mengikut skrip.

Sampai satu tahap, aku rasa Pakatan Rakyat tersilap pulak kerana menggunakan Perkasa untuk memberi tekanan kepada Najib agar meletakkan jawatan.  Entah siapalah yang mencadangkan perkara ini dulu, siapa pun orang itu, dia seharusnya bertangungjawab.

Fahmi Failed To Follow The Pakatan Rakyat Script

Tuesday, August 27, 2013

PAS Kedah Perlu Segera Cuci Daki & penyelewengan di GLC

Aku melihat laporan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) ke atas seorang Ketua Pegawai Eksekutif sebuah GLC di Kedah sebanyak RM 2 juta untuk tujuan perbelanjaan dalam pilihanrraya umum yang lepas, adalah satu tindakan membalas dendam oleh pentadbir BN yang baru terhadap PAS.

Tindakan ini jelas berlawanan dengan janji Menteri Besar Kedah yang baru untuk tidak melakukan tindakan balas dendam terhadap pentadbiran Kedah yang sebelum ini diterajui PAS.

Aku yakin perkara ini tidak terhenti setakat sebuah GLC ini sahaja, ia pasti melarat kepada GLC-GLC yang lain juga kerana aku dimaklumkan semasa pentadbiran negeri Kedah dahulu, memang semua GLC dalam diarahkan untuk menyumbangkan sedikit wang dari keuntungan mereka kepada kegiatan politik PAS.


Ini pun bukan satu perbuatan yang salah, malah berlaku secara berleluasa dalam GLC milik kerajaan yang diperintah UMNO pun.  Memang inilah peluangnya untuk mendapatkan wang bagi tujuan politik kerana PAS tidak boleh menyentuh wang milik kerajaan negeri, atau nanti dituduh menyelewengkan wang rakyat.

Sedangkan wang GLC tidak mengapa sebab tidak membabitkan wang rakyat (sekurang-kurangnya secara langsung).


Sehubungan dengan itu, aku mendesak agar semua Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) GLC Kedah yang dilantik kerajaan PAS dulu agar segera mengambil tindakan susulan yang bersesuaian bagi memastikan perkara sama tidak berlaku di dalam organisasi masing-masing pula.

Daripada apa yang aku dimaklumkan, semua ketua GLC di Kedah sekarang (melainkan KUIN) masih lagi terdiri dari mereka yang dilantik kerajaan PAS dahulu,.  Majoriti daripada mereka hanya menunggu masa sebelum kontrak tamat untuk digantikan dengan orang lain, yang sudah tentunya terdiri dari kroni BN..

Semua CEO ini masih berpeluang untuk melakukan tindakan pembetulan serta mengambil langkah sewajarnya agar SPRM tidak mempunyai alasan untuk melakukan siasatan ke atas organisasi masing-masing, seterusnya menjejaskan reputasi PAS sebagai parti yang berasaskan Islam.

Dokumen dan minit-minit mesyuarat yang melibatkan perkara-perkata yang diragui, perlulah dihapuskan segera sebelum ia digunakan sebagai bukti untuk mendakwa PAS sebagai parti yang korup.

TPPA: Mahathir Tiru Pakatan Rakyat

Saranan mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad agar pentadbiran Najib tidak menandatangani perjanjian Perkongsian Trans Pasific dengan Amerika Syarikat yang disiarkan media baru-baru ini, sebetulnya adalah satu kemenangan yang besar kepada Pakatan Rakyat.

Mungkin ramai yang garu kepala, apa kaitan Pakatan Rakyat dengan Mahathir memberi pandangan dalam isu TPPA ini?  Apatah lagi, sejak bila pulak Mahathir layak dipuji untuk apa-apa sebab sekalipun?  Mahathir sepatutnya dilayan seperti musuh di medan perang, bukan hero di perbatasan.

Hakikatnya, Pakatan Rakyatlah sebenarnya yang memulakan isu berkaitan dengan TPPA ini.  Mahathir, BN dan UMNO hanyalah pengikut dari belakang, terutama setelah melihat rakyat bersama-sama kita.

Walaupun begitu, sekuat mana pun penentangan Pakatan Rakyat, sebagai pembangkang, aku hampir pasti bahawa penentangan ini ibarat satu gangguan kecil pada telinga Najib berbanding dengan pandangan Mahathir.

Maklum sajalah, pengaruh Mahathir dalam pentadbiran Najib masih lagi kuat dan bukan mudah untuk Najib menafikan pandangan tersebut begitu sahaja atau Najib berhadapan kebarangkalian disingkirkan dalam pemilihan UMNO akan datang.

Mudah sikit kerja Pakatan Rakyat sebab perjuangan kita sekarang sudah mendapat perhatian kerajaan, terima kasih atas 'sumbangan' yang diberikan Mahathir.

Justeru peluang ini patut digunakan Pakatan Rakyat untuk mempromosikan kepada rakyat bahawa kenyataan Mahathir ini bukan datang dari dia sendiri, tapi adalah kerana desakan kuat yang diberikan oleh Pakatan Rakyat.

Aku akui yang Mahathir memang ada peranan terutama dalam memanjangkan pandangan yang kemudiannya dengan mudah diterima kerajaan. Tapi setakat memanjangkan sahaja tidak cukup.  

Pendek kata, Pakatan Rakyat patut mendapat kredit yang lebih banyak lagi kerana kita yang memulakan gerakan menolak TPPA ini.

Lagipun asas Pakatan Rakyat menolak TPPA ini adalah kerana ia merugikan negara secara keseluruhan, bukan setakat syarikat Amerika boleh saman Malaysia atau tidak seperti yang diperbesar-besarkan media UMNO sekarang.

Soal itu terlalu kecil dan remeh.  Kalau syarikat Amerika boleh saman Malaysia kerana tidak diberikan peluang untuk mendapat kontrak kerajaan disini, syarikat Malaysia juga boleh melakukan perkara yang sama kepada kerajaan Amerika, sebab semuanya berada di bawah perjanjian yang sama!!

Itupun susah nak fikir ke?

Sebab itu aku katakan, alasan penolakan TPPA oleh Mahathir terlalu remeh dan tidak dalam skop yang lebih besar seperti mana yang diperjuangkan Pakatan Rakyat selama ini.

Maka itu selayaknyalah Pakatan Rakyat mendapat highlight berbanding dengan Najib serta UMNO kalau kerajaan memutuskan untuk tidak menyertai TPPA ini seperti mana saranan yang dilontarkan oleh Mahathir..

Friday, August 23, 2013

Usah Pertikai Pembebasan Sirul dan Azilah

Ada cadangan yang baik dari rakan blogger Pakatan Rakyat lain yang mengusulkan agar kita tidak mempersoalkan keputusan Mahkamah Rayuan untuk melepaskan dua tertuduh dalam kes pembunuhan model Altantunya Shariibu pagi tadi.

Menurut dari yang memberi cadangan, keputusan Mahkamah Rayuan pagi tadi adalah dibuat berdasarkan pertimbangan oleh hakim-hakim yang diketahui sangat berwibawa dan berintergriti tinggi di kalangan pengamal undang-undang di negara kita.

Antaranya ialah Hakim Linton Albert.

Ramai di kalangan peguam dalam Pakatan Rakyat sendiri pun memuji hakim ini kerana beliau sangat adil dan mempunyai hujah yang sangat bernas dalam penghakimannya.

Selain itu, kita bimbang UMNO akan guna hujah dan kaedah yang sama dalam pembebasan Sirul dan Azilah ini, untuk memerangkap Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam rayuan kes liwatnya yang akan bermula bulan depan.

Dalam kes hari ini, panel Hakim Mahkamah Rayuan mendapati beberapa kekhilafan dilakukan oleh Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Zaki Yassin pada April 2009 semasa menjatuhkan hukuman mati kepada tertuduh.

Perkara sama turut boleh juga dilakukan dalam kes Anwar dengan mendakwa Hakim Datuk Zabidi Md Diah turut melakukan kesilapan itu begini supaya diakhirnya Anwar akan di dapati bersalah kerana dakwaan meliwat bekas pembantunya, Saiful Bukhari.

Dan berpotensi untuk dihumban semula ke dalam penjara, aku memang bimbang bahagian ini.

Justeru ini perkara besar yang kita semua perlu fikirkan bersama sebelum membuat keputusan untuk mempolitikkan isu ini.  

Malah, pagi tadi dalam status Facebook Anwar yang berseloroh menyatakan Altantunya meletupkan diri sendiri pun, sudah ada macai UMNO yang membalas dengan berkata Saiful pun liwat dirinya sendiri, walhal Anwar hanya berseloroh, itu pun macai tak faham. 

Selain itu, keputusan ini juga menunjukkan tidak ada campur tangan politik, kerana dari segi logiknya Najib dan pentadbirannya lebih untung kalau Azilah dan Sirul terus didapati bersalah, berbanding kalau mereka dibebaskan.  

Pembebasan ini hanya membuka persoalan yang lebih besar tentang siapa pembunuh sebenar Altantunya, yang mana sudah pasti akan lebih menghantui pentadbiran Najb walaupun hubung kaita dia dengan mendiang terlalu sukar untuk dibuktikan.

Tapi macam biasalah, persepsi lebih mengatasi dari fakta.

Apa yang aku cuba nak sampaikan, inilah semua gambaran yang bakal kita hadapi kalau keputusan Mahkamah Rayuan hari ini dipertikaikan.  Selain itu jangan lupa, pihak pendakwaan masih berpeluang untuk mengemukakan rayuan di peringkat Mahkamah Persekutuan.

Pendek kata, untuk kebaikan semua, sebaiknya isu ini dibiarkan sementara waktu sementara menunggu keputusan Mahkamah Persekutuan nanti.  Bimbang kalau kita mensensasikannya terlalu awal, UMNO akan guna kesempatan ini untuk rasionalkan apa pun keputusan kes Anwar di Mahkamah Rayuan nanti.

Nahas Genting: UMNO Patut Bertanggungjawab


Dari banyak-banyak perbincangan mengenai punca sebenar nahas membabitkan sebuah bas ekspress di jalan Genting-Kuala Lumpur yang mengorbankan 37 nyawa kelmarin, kenapa tak satu pun yang menjadikan UMNO sebagai punca kepada terjadinya kemalangan tersebut?

Walhal itu memang salah UMNO kerana keadaan jalan dan masalah teknikal bas yang dikatakan mengalami masalah brek, memang menjadi tanggungjawab kerajaan untuk memperbaiki/memantaunya.

Malah aku mendengar, pemandu bas tersebut pun ahli MCA dan silap-silap, salah seorang dari 3% cina yang mengundi BN dalam PRU yang lepas.

Siapa tahu kan?

Memang orang UMNO akan gelakkan kita kalau perkara ini dibangkitkan nanti, tapi hakikatnya, tanggungjawab siapa untuk pastikan keadaan jalan yang lebih baik dan selamat, kalau bukan tanggungjawab kerajaan pusat!!

Jalan menuju ke destinasi perlancongan terkenal seperti Genting Highland itu, perlulah lurus agar mudah dikunjungi pelancung, bukan bengkang bengkok sehingga boleh mengancam nyawa seperti sekarang.

Kegagalan UMNO menaik taraf jalan itu agar lebih selamat untuk dikunjungi pelancung, telah menjadi punca kepada kemalangan yang mengorbankan begitu banyak nyawa kelmarin.

Begitu juga dengan masalah teknikal bas.  Walaupun bangkai bas itu masih berada di dalam gaung (setakat artikel ini ditulis), tapi itu kenyataan dari mangsa yang terselamat membuktikan bahawa kerosakan mekanikal (brek) adalah punca kenapa bas tersebut terbabas masuk kedalam gaung.

Agensi mana yang sepatutnya memastikan kenderaan pengangkutan awam seperti bas ini perlu berada dalam keadaan baik melalui pemeriksaan berkala?  PUSPAKOM – agensi dibawah kerajaaan pusat yang diterajui UMNO/BN.

Justeru, aku mendesak kepada semua keluarga mangsa yang terlibat dalam kemalangan tersebut (baik hidup atau mati), agar membuat laporan polis atas kecuaian yang dilakukan UMNO sehingga kemalangan tersebut terjadi.

Ini bukan kali pertama kenderaan terjun ke dalam gaung kerana keadaan jalan yang berbengkang bengkok dan bahaya seperti di Genting tu.  Sudah banyak kes sebelum ini, tapi kerana tidak ada tindakan diambil, maka ia berlarutan sehingga sekarang serta memakan lebih banyak korban lagi.

Pakatan Rakyat pasti bersedia untuk membantu sekiranya semua keluarga mangsa (majoriti CIna) membuat keputusan untuk mengheret UMNO ke Mahkamah atas dakwaan cuai sehingga menyebabkan kemalangan tersebut berlaku.

Kita ada cukup peguam yang boleh dikerah pada bila-bila masa untuk membantu waris kepada mangsa yang terbunuh/tercedera dalam kemalangan ini.

Siapa Sebenarnya Bunuh Altantunya?



Agak mengejutkan juga bila Mahkamah Rayuan sebentar tadi membebaskan Chif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Omar dari tuduhan membunuh model Mongolia, Altantunya Shariibu pada tahun 2006.

Memandangkan keputusan ini baru sahaja keluar, aku sendiri pun kurang pasti sama ada alasan pembebasan ini adalah kerana sebab teknikal atau kerana memang kedua tertuduh tersebut tidak terlibat dengan pembunuhan itu.

Jika mereka berdua tidak terlibat, persoalannya sekarang ialah, siapa yang bunuh Altantunya?

Takkan Altantunya bunuh diri sendiri kot.  Kalau itulah sebabnya, siapa pulak yang meletupkan tubuh badannya di kawasan terpencil Puncak Alam nun?

Pihak polis perlu menyiasat perkara ini dengan selanjutnya dan mencari pembunuh sebenar Altantunya untuk dihadapkan ke Mahkamah.

Jika pembebasannya atas alasan teknikal, aku memang sangat berminat untuk tahu apakah alasan teknikal tersebut?  Teknikal macam mana pun, sudah ada yang terbunuh dan jadi pembunuh.  Itu saja yang penting pada aku.

Adakah siapa peduli pada alasan teknikal bila ada diantara ahli keluarga yang dibunuh orang?  Nobody cares!!  Yang kita nak tahu siapa yang bunuh saja, soal dia tak boleh nak disabitkan atas alasan teknikal, itu sebab lain.

Bercakap tentang alasan teknikal ni, aku harap tidak ada siapa yang cuba mengaitkannya dengan kes dakwaan liwat yang dihadapi Datuk Seri Anwar Ibrahim yang turut dibebaskan atas alasan teknikal pada Januari 2012.

Kes itu berlainan walaupun Mahkamah ada bukti DNA yang dijumpai dalam dubur Saiful itu adalah milik Anwar.

Lagipun dalam kes tersebut tidak ada nyawa yang melayang dan perbuatan liwat ini hanya salah pada pandangan orang Islam di Malaysia sahaja.  Di merata tempat dalam dunia, liwat telah diterima sebagai salah satu hak asasi manusia yang perlu dihormati setiap orang.

Yang paling penting sekarang ialah, Pakatan Rakyat harus bersedia untuk mensensasikan isu ini dengan lebih hebat lagi kerana aku melihat ada peluang besar disitu untuk memberi penjelasan kepada rakyat.

Walaupun kaitan pembunuhan ini dengan Najib mungkin sukar untuk dibuktikan lagi setelah SUARAM sendiri mengesahkan Altantunya tidak terlibat dalam proses perolehan Scorpene, tapi ada sudut perbincangan lain dimana kerajaan masih boleh dipersalahkan dan Pakatan Rakyat boleh medapatkan untung  politik.


Thursday, August 22, 2013

Tarik Balik Kenyataan: Rafizi Memalukan Pakatan Rakyat

Tinggal Sejarah, Rafizi Sudah Tarik Balik Kenyataan
Takut disaman RM 10 juta, Rafizi Ramli menarik balik kenyataan di blognya yang konon memfitnah Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Zahid Hamidi berhubung pemilikan saham yang di dakwa ke atasnya dalam syarikat Bouestead yang mempunyai kontrak dengan Kementerian Pertahanan dimana Zahid pernah menjadi menterinya dulu..

Macamlah dalam negara ini pernah ada kes dimana Mahkamah memutuskan supaya responden yang didapati bersalah dalam apa-apa kes saman, membayar jumlah sama seperti yang dituntut plaintif.

Dulu bukan main heboh lagi Rafizi dengan dakwaan 

Semua penyokong Pakatan Rakyat melihat tindakan ini sebagai satu tinddakan yang benar-benar memalukan Pakatan Rakyat.  Geramnya aku sehingga hampir saja aku bersetuju dengan label yang dibubuh orang UMNO bahawa Rafizi bukan Ahli Parlimen Pandan tapi ahli Parlimen Pondan!!

Apa yang Rafizi takut sangat? Patutnya biar Mahkamah yang putuskan sama ada kenyataan itu fitnah atau tidak, bukan Rafizi tarik balik kenyataan tersebut.  Makin besar kepala lah Zahid Hamidi lepas ni sebab dia boleh buat strategis Pakatan Rakyat macam Rafizi tarik balik kenyataan dalam blog.

Ini baru satu kes saman, Rafizi ada berderet lagi kes saman di belakang (paling banyak dari NFC), tidak termasuk satu pertuduhan jenayah dibawah Akta BAFIA.  Kalau dalam satu kes ini pun sudah tarik 'hand-brake', cuba bayangkan apa kesudahannya dalam kes-kes Mahkamah lain yang disebutkan di atas.

Jelas kelihatan disitu bahawa Rafizi tidak punyai kekuatan dalaman yang diperlukan untuk menjadi pemimpin yang baik, tegas dan berani.  Dia mudah takut, gelabah, tidak seperti mentornya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Masalahnya, tindakan Rafizi telah menyebabkan semua penyokong Pakatan Rakyat (termasuk aku sendiri) yang menggunakan maklumat dari blognya itu untuk menghentam Zahid, kini berada dalam keadaan serba salah kerana pada bila-bila masa dari sekarang akan dituduh sebagai penipu oleh blogger UMNO.

Itu belum lagi disebutkan bagaiman kredebiliti Rafizi sebagai 'scandal buster' tersohor di Malaysia ini akan tercalar akibat tindakannya menarik balik kenyataan ke atas Zahid ini.

Aku tak pastilah siapa yang nak percayakan Rafizi lepas ni dan sama ada Pakatan Rakyat akan terus mempunyai kredebiliti bila membawa ke tengah isu-isu berkaitan penyelewengan dan salah guna kuasa yang dilakukan pemimpin UMNO kepada rakyat.

Wednesday, August 21, 2013

Apa Perlu Pakatan Rakyat Sokong Kumpulan Gangster?

Usaha DAP membantu 5 keluarga mangsa tembakan polis dalam satu operasi di Nibong Tebal semalam memang baik.  Atas nama kemanusian, Pakatan Rakyat memang wajib membantu kerana ia membabitkan kepentingan rakyat.

Lagipun pada waktu itu kita semua tidak tahu sama ada 5 mangsa itu benar-benar terlibat dengan kumpulan kongsi gelap atau tidak sebab berdasarkan kenyataan ADUN DAP bagi kawasan Sri Delima, RSN Rayer, tidak seorang pun dari 5 mangsa tersebut mempunyai hubungan dengan kumpulan kongsi gelap.

Tapi kebaikan itu sepatutnya berakhir sekarang kerana sudah dibuktikan dengan jelas bahawa 5 mangsa terbabit memang ahli kumpulan kongsi gelap 04 seperti yang dijelaskan pihak polis sebelum ini.

Sudahlah tu, yang membuktikan bahawa semua mangsa terbabit adalah ahli kongsi gelap bukan orang lain, tapi ahli keluarga mangsa sendiri dengan memamparkan lambang kumpulan kongsi gelap itu pada dinding van mayat yang membawa mereka ke kubur.


Pakatan Rakyat tidak perlu masalah macam ini, kita sudah ada banyak masalah pun sebelum ini dan hubung kait dengan kumpulan gangster yang terbukti ganas serta tidak berperikemanusiaan seperti itu, adalah perkara terakhir yang kita semua mahukan.

Kalau setakat keterangan polis atau contengan pada dinding sahaja, mungkin boleh dipertikaikan lagi, masalahnya pada van membawa mayat mereka pun diletakkan lambang kumpulan kongsi gelap tersebut, nak nafikan macam mana?

Pakatan Rakyat kalau nak masuk campur pun hanyalah dalam soal Standard Operating Procedure (SOP) yang digunakan pihak polis sebelum menembak semua mangsa tersebut sahaja, tapi nak menafikan kesemua mereka terlibat dalam kumpulan kongsi gelap, hanyalah kerja yang sia-sia.

Sebab aku tidak mahu Pakatan Rakyat dikaitkan dengan mana-mana kumpulan underworld lagi kerana ia boleh menjatuhkan imej Pakatan Rakyat dimata penduduk negara kita yang jelas hidup dalam ketakutan sejak kejadian pembunuh upahan mengganas ini berlaku.

Pada waktu ini rakyat Malaysia tidak lagi peduli dengan keluarga 5 penjenayah yang ditembak mati itu kerana sudah terbukti sekarang mereka memang ahli kumpulan kongsi gelap dan kejadian tembak dalam kereta pun sudah berhenti sejak kelima-lima mereka dibunuh.

Nak bukti macam mana lagi?

Tindakan Bawa Pulang Rakyat Malaysia Satu Pembaziran


Aku difahamkan majoriti rakyat Malaysia ini tidak bersetuju sama sekali dengan keputusan kerajaan untuk meneruskan dengan Ops Pyramid 2 bagi membawa pulang rakyat negara kita di negara Mesir yang sedang bergolak.

Operasi itu hanya membazirkan wang rakyat dengan hasil yang tidak seberapa.  Sebelum ini pun dalam Ops Pyramid 1, beratus juta wang kerajaan (sebut wang rakyat) dibelanjakan untuk membawa pulang rakyat Malaysia ke mari, tapi tidak memberikan apa-apa hasil yang menguntungkan negara.

Segelintir rakyat kita yang berkeras untuk tinggal, tidak seorang pun dari mereka yang terbunuh ataupun tercedera dalam amukan rakyat untuk menggulingkan Hosni Mubarak pada waktu itu.

Membuktikan keputusan kerajaan pada ketika itu adalah silap dan terburu-buru.

Belum lagi disebutkan bagaimana proses membawa pulang rakyat Malaysia itu digunakan untuk menaikan imej politik UMNO dengan gambar pemimpin-pemimpin mereka turun ke lapangan terbang menyambut ketibaan rakyat Malaysia terbabit.

Selain itu aku juga mendengar kroni-kroni UMNO membuat untung dari operasi ini dengan menjadi orang tengah kepada tempahan tiket penerbangan.  Dengan hampir 4,000 orang terlibat, aku yakin wang untuk membayar komisen ini pasti berjuta-juta ringgit nilainya.

Semua ini menguatkan lagi desakan Pakatan Rakyat supaya operasi ini tidak diteruskan.  Lagipun, PAS yang mempunyai ramai penyokong yang dihantar belajar disana telah menasihatkan semua mereka untuk kekal di kawasan tempat tinggal masing-masing dan mengelak sebarang konfrantasi.

UMNO sepatutnya sudah boleh berhenti untuk tunjuk baik dengan cara macam ini.  Ada lebih banyak perkara yang mana kalau dilakukan UMNO, boleh mendatangkan kebaikan kepada rakyat, selain dari pembaziran seumpama ini.

Tidak ada negara di dunia setakat ini yang mengadakan operasi besar-besaran untuk memindah keluar rakyat mereka dari negara tersebut setelah krisis terbaru ini bermula. 

Filipina yang punya lebih 6,000 orang rakyatnya yang bekerja di negara tersebut pun, hanya menasihatkan supaya kesemua mereka pulang dengan biaya sendiri.

Langsung tidak menggunakan wang rakyat.

Sepatutnya negara ini pun mengambil tindakan yang sama seperti Filipina yang menyerahkan sepenuhnya kepada rakyat negara tersebut untuk membuat keputusan sama ada mahu pulang atau tidak, dan jika mahu pun dengan pembiayaan sendiri.

Tuesday, August 20, 2013

The Police Must Shoot More Criminals In Penang