Monday, September 30, 2013

Zairil Perlu Buktikan Dia Melayu & Anak Kandung Khir Johari

Kemenangan Zairil Khir Johari dalam pemilihan semalam sekadar membuktikan bahawa kesilapan dalam pemilihan pertama yang dipertikaikan Pendaftar Pertubuhan (RoS) sebelum ini adalah bermotifkan politik UMNO.

Terbukti tidak ada apa yang menyeleweng dalam pemilihan yang pertama, memang Zairil layak berada dalam CEC dan pemilihan semalam adalah bukti kepada kenyataan tersebut.

Pun begitu, selesai masalah itu, satu masalah lain pulak datang.

Isunya tentang status sebenar Zairil Khir Johari sebagai orang Melayu sejati, kerana sebelum ini ada pertikaian bahawa Zairil sebenarnya adalah seorang Cina dan nama itu diperolehi apabila dia masuk Islam setelah ibunya, Puan Sri Cristine Lim Abdullah, berkahwin dengan bekas Menteri UMNO, Tan Sri Khir Johari pada 1996.

Malangnya, Zairil tidak pernah mengesahkan atau menafikan perkara tersebut.  Itulah masalahnya sekarang.  Sepatutnya Zairil tampil menjelaskan status dirinya yang sebenar sama ada memang seorang Melayu (hasil perkongsian hidup ibunya dengan Khir Johari) ataupun Cina.

Kita tahu, ibu Zairil menikah dengan Khir Johari pada 1996 (ketika Zairil sudah berusia 12 tahun), tapi itu tidak bermaksud Zairil bukan anak Khir Johari.  Mempunyai anak ini bukan ditentukan dengan bernikah atau tidak.

Lagipun dalam portal rasmi Parlimen Malaysia, nama Zairil ditulis sebagai Zairil Khir Johari sahaja, tidak pun berbinkan Abdullah kalau benar dia bukan anak Khir Johari.

Justeru itu, wajiblah Zairil Khir Johari menjelas statusnya yang sebenar kepada rakyat, supaya rakyat akan bertambah yakin bahawa DAP ini tidak meminggirkan orang Melayu seperti dibuktikan dengan kemenangan selesai Zairil.

Bimbang sekiranya perkara ini lambat dijelaskan, UMNO akan mengambil kesempatan dengan mempolitikkan perkara ini dan seterusnya menjejaskan sokongan orang Melayu terhadap parti DAP.

Ingat, semua maklumat peribadi Zairil boleh diperolehi dengan mudah oleh UMNO, sama ada melalui Jabatan Pendaftaran Negara atau maklumat peribadi ahli-ahli parlimen yang boleh diakses parti tersebut pada bila-bila masa.

Termasuklah nama sebenar Zairil sebelum dia masuk Islam (jika dakwaan anak tiri Khir Johari itu benar).

Undi Guan Eng Merosot Kerana Sabotaj Kaum India

Bukan sedikit orang yang terkejut dengan kedudukan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang berada di kedudukan ke 5 dari 20 orang anggota CEC DAP yang berjaya mengekalkan jawatan masing-masing dalam pemilihan semula yang diadakan semalam.

Ini sangat berbeza dengan pemilihan pertama Disember lepas dimana Guan Eng mendapat 1.576 undi berbanding 1,304 undi sahaja semalam - merosot sebanyak 272 undi.

Seolah-olah berlaku protes secara senyap oleh ahli-ahli DAP terhadap kepimpinan Guan Eng, terutama sejak PRU13 berakhir.

Dipandang dari satu sudut yang lain, kejatuhan Guan Eng ini jelasnya diakibatkan oleh protes besar-besaran yang ditunjukkan oleh perwakilan kaum India DAP yang jelas tidak berpuas hati dengan corak kepimpinan Guan Eng di dalam parti tersebut.

Walaupun Guan Eng dikekalkan kedudukkannya sebagai Setiausaha Agung, tetapi aku sudah mendengar akan ada desakan selepas ini supaya anak Karpal Singh, Gobind Singh Deo atau Ahli Parlimen Kluang, Liew Chin Tong (yang memperolehi kedudukan lebih baik dari Guan Eng) diberikan jawatan tersebut.

Yang akan mengepelai desakan ini nanti ialah perwakilan kaum India yang dipimpin M Kulasegaran, secara tidak langsung membuktikan bahawa kedudukan merosot Guan Eng sekarang adalah diakibatkan oleh sabotaj dari kaum India.

Ini tidak mengejutkan kerana Guan Eng memang diketahui memberi begitu banyak kelebihan kepada kaum Cina yang memberikan sokongan penuh kepada DAP dalam PRU13 yang lepas berbanding dengan etnik-etnik lain.

Nak menyalahkan beliau pun tidak boleh kerana memang itulah yang patut dilakukan.  Samalah keadaannya seperti Najib memberi begitu banyak keistimewaan kepada orang Melayu yang kekal setia menyokong UMNO dalam pilihanraya umum lepas.

Termasuk baru-baru ini menaburkan begitu banyak wang bagi meningkatkan ekonomi orang Melayu..

Sikap Guan Eng itu bagaimanapun mendapat respon negatif dari perwakilan India yang berasakan meereka dianak tirikan oleh parti tersebut.  Inilah yang diterjermahkan dalam pemilihan semalam bila Guan Eng gagal mengekalkan kedudukan ditempat kedua seperti mana dalam pemilihan yang pertama.

Aku rasa aku dah sebut dulu, perwakilan India ini patut diketepikan dalam pemilihan semula, tapi degil.  Sekarang lihatlah apa dah berlaku!!

Saturday, September 28, 2013

SPRM Patut Siasat ADUN Luyang Keluar DAP


Tindakan ADUN Luyang, Sabah dari DAP, Dr. Hiew King Cheu yang mengumumkan keputusan untuk keluar parti dan menjadi ADUN Bebas semalam, sebetulnya mewajarkan satu siasatan mendalam oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM).

Pakatan Rakyat yakin tindakan ini bermotifkan wang dan sogokan.  Memang kita tidak ada bukti sekarang tapi logiknya mana mungkin seorang ADUN seperti Hiew Kang keluar dari parti begitu sahaja tanpa ada godaan lain yang menanti?

Walaupun tindakan keluar parti ini tidak mengubah apa-apa kepada struktur pemerintahan negeri Sabah, tapi ia mampu memberikan kemenangan moral kepada penyokong UMNO dan Barisan Nasional di negeri tersebut.

Dalam keadaan sekarang, itu saja (kemenangan moral) sudah cukup untuk UMNO/BN, maka tidak mustahil kalau mereka sanggup berbelanja besar untuk membawa Hiew Kang keluar.

Kebimbangan aku yang lain, rakyat pasti berasa was-was untuk mengundi calon-calon DAP lagi selepas ini kerana tahap kepercayaan mereka yang boleh dipertikaikan.  Setelah kempen dan usaha berterusan untuk memastikan kemenangan calon, senang-senang sahaja mereka isytihar keluar parti bila sudah menang.

Maka itu penting perkara ini diteliti punca dan sebab musababnya.

SPRM perlu memulakan siasatan ini di pejabat Ketua Menteri Sabah kerana disitulah dimana lubuk duit berada.  Aku yakin bukan murah dan mudah nak membawa seorang ADUN dari DAP keluar, kerana parti itu biasanya terkenal dengan tahap akauntabiliti yang sangat-sangat tinggi.

Melainkan ada pengaruh wang yang banyak sehingga boleh membutakan mata orang yang paling jujur dalam dunia sekalipun.  Justeru, tidak ada tempat lain dimana sumber yang banyak ini boleh diperolehi melainkan pejabat Ketua Menteri Sabah.

Betullah ada khabar sebelum ini yang menunjukkan Hiew Kang ada masalah dalaman dengan beberapa pemimpin DAP negeri, malah sebelum ini pun ura-ura Hiew Kang mahu keluar parti sudah kedengaran. Tapi aku tidak yakin hanya kerana masalah itu sahaja dia keluar parti.

Pertelingkahan dalaman berlaku dimana-mana saja organisasi politik dalam negara ini, biasalah.  Aku yakin sangatlah ini bukan tentang perbezaan pendapat politik, tapi tentang tawaran wang yang banyak.

DAP juga perlu turut mengambil tindakan keras dengan membawa Hiew Kang ke Mahkamah.  Difahamkan setiap calon pilihanraya DAP telah menandatangani satu perjanjian yang membolehkan mereka dibawa ke Mahkamah jika mengambil keputusan keluar parti setelah menang.




Friday, September 27, 2013

Perjuangan Komunis Perlu Kajian Semula, Bukan Tolak Begitu Saja

Kebelakangan ini banyak betul orang bercakap tentang komunisme, lebih-lebih lagi setelah Setiausaha Agung PKM, Chin Peng menghembuskan nafas terakhir pada pagi sambutan hari Malaysia ke 50 pada 16 September yang lepas.

Dari setakat hujah sehinggalah kepada titah, semuanya mengarah kepada keburukan perjuangan komunis ini semata-mata.  Tidak ada satu pun yang mahu menggesa kerajaan supaya mengiktiraf sumbangan komunis, terutama semasa pendudukan Jepun di negara ini.

Kalau British boleh mengiktiraf PKM dengan menganugerahkan Chin Peng dengan pingat OBE, kenapa Malaysia tidak boleh dengan penganugerahan SP atau PGB untuk sumbangan menghalau penjajah Jepun?

Paling tidak berilah pingat Datuk.  Hari ini bersepah orang dengan gelaran tersebut walaupun hakikatnya sumbangan mereka lebih kepada non lethal punya sumbangan, berbanding dengan Chin Peng yang memimpin pergerakan bersenjata untuk menolak Jepun keluar dari Malaya.

Apa yang lebih besar dari itu?

Silap-silap, pengunduran keluar Jepun dari negara ini bukan disebabkan oleh pengoboman Hiroshima dan Nagasaki, tapi kerana tentangan yang diberikan gerila PKM yang dipimpin Chin Peng, bersama-sama unit kecil Bristish seperti Force 136 dan sebagainya.

Itu sebablah aku cadangkan agar perjuangan komunis ini dikaji semula dengan fakta yang lebih tepat.  Lupakan sekejap soal kekejaman komunis yang terlalu digembar-gemburkan tu, sebaliknya lihatlah fakta sejarah sebenar supaya rakyat tahu komunis juga ada sumbangan

Fakta-fakta sejarah negara hari ini, samada bersifat berat sebelah atau tidak boleh dipakai langsung.  Apatah lagi UMNO yang menguasai kerajaan sejak dulu, mengambil kesempatan dari kemunduran dan kebodohan generasi lama (berbanding generasi sekarang), lagi mudahlah fakta ini diselewengkan.

Lainlah kalau waktu dulu ada Internet macam sekarang, dimana rakyat boleh membuat perbandingan dan penilaian.

Kalau selepas kajian semula itu nanti dan memang disahkan bahawa pergerakkan komunis adalah pergerakkan pengganas, maka aku tidak nampak masalah kenapa rakyat tidak boleh hakikat bahawa komunis ini sememangnya musuh negara.

Tapi pastikanlah bahawa kumpulan yang diharap untuk membuat kajian semula itu nanti, mempunya merit dari segi kelayakan dan kecenderungan politik.  Untuk lebih adil, wakil dari PKM juga sepatutnya dimasukkan dalam jawatankuasa tersebut, baru betul.

Kalau muka-muka sama seperti Ramlah Adam, Khoo Kay Kim dan beberapa ekor lagi, lupakan sajalah sebab banyak pandangan dan kajian menunjukkan mereka ini tidak layak dan penemuan mereka tidak boleh dipakai.


Dakwaan Azizan 'Dibunuh' Perlu Disiasat

MULA-MULA aku tak pasti siapa sebenarnya yang memulakan cerita bahawa bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Azizan Abdul Razak yang meninggal dunia semalam, bukan mati secara semulajadi, tapi disengajakan oleh pihak Hospital untuk melindungi kebobrokan kerajaan baru BN Kedah.

Asalnya aku fikirkan perkara ini dibangkitkan oleh UMNO sendiri untuk memburuk-burukkan Pakatan Rakyat dengan teori konspirasi mengarut.

Mana tidaknya, tentu-tentulah arwah ni ada macam-macam penyakit, malah dah dipotong kaki pun sebelum ini kerana kencing manis, apa yang susah-susah sampai dia nak 'dibunuh' pula?

Sudah tentulah tidak masuk akal sama sekali dan cerita seumpama ini yang disebar secara meluas di Facebook semalam berniat untuk membodoh-bodohkan Pakatan Rakyat.

Tapi hasil dari maklumat pimpinan Pakatan Rakyat sendiri, ternyata ada keraguan dalam soal kematian Azizan semalam.

Cuma sebelum itu aku nak jelaskan disini, aku bukan bermaksud menuduh atau mengiyakan dakwaan Azizan ini sebenarnya mati 'dibunuh', tapi aku katakan, pihak berkuasa perlu menjalankan siasatan yang sewajarnya.

Jika boleh aku berkongsi sedikit beberapa keraguan yang ditimbulkan pemimpin Pakatan Rakyat semalam, antaranya:-

  1. Arwah sebelum ini sihat sewaktu di rawat di Pulau Pinang (negeri ditadbir Pakatan Rakyat) tapi mula menghadapi pelbagai komplikasi sejak dipindahkan ke Alor Setar, Kedah (ditadbir BN).
  2. Kaki arwah telah dipotong sehingga ke paras peha akibat jangkitan kuman yang disebabkan penyakit kencing manis, tapi laporan awal punca kematiannya mengatakan, ada jangkitan baru pada kaki Allahyarham!!  Mana ada kaki lagi sehingga berlaku jangkitan baru?
  3. Keterangan kakitangan hospital yang mendakwa doktor hospital Sultanah Bahiyah menyuntik ubat merbahaya kepada arwah ini dikatakan ada merit dan pelapor berkenaan Ridhwan Shafawi, ada bukti sahih mengenainya.
  4. Doktor dan kakitangan hospital dimana Azizan dirawat adalah dibayar gaji mereka oleh kerajaan BN, maka itu dakwaan yang mengatakan doktor menerima arahan supaya menyuntik ubat bahaya dalam badan Azizan, tidak boleh disingkirkan begitu sahaja.
Justeru aku menyarankan agaran siasatan dijalankan bagi mencari punca sebenar kematian Allahyarham.  Mayatnya perlulah digali keluar dari kuburnya supaya post mortem kedua boleh diadakan oleh pakar bebas yang dilantik Pakatan Rakyat nanti.

Seperti mana dalam kes kematian Teoh Beng Hock dulu dimana Pakatan Rakyat membawa pakar patologi dari Thailand, Dr. Pornthip untuk menjalankan autopsi kedua dan memberi keterangan di Mahkamah.

Thursday, September 26, 2013

Kematian Azizan: UMNO Disaran Jangan Bertanding

Bekas Menteri Besar Kedah selama sepenggal, Tan Sri Azizan Abd Razak sebentar tadi telah menghembuskan nafas yang terakhir di Hospital Sultanah Bahyah, Alor Setar Kedah akibat masalah jantung.

Kematian ini menandakan berlakunya kekosongan di DUN Sungai Limau yang diwakili Azizan dan mengikut perlembagaan, satu pilihanraya kecil perlu diadakan dalam tempoh 60 hari dari sekarang.

Sementara jentera Pakatan Rakyat sudah boleh bersiap sedia untuk mempertahankan DUN Sungai Limau dalam pilihanraya kecil yang bakal diadakan kelak, aku menyeru kepada UMNO supaya tidak bertanding dalam pilihanraya tersebut sebagai menghormati Azizan.

Semasa hayatnya, Azizan kita tahu bukan setakat berjasa kepada negeri Kedah dan PAS, malah Azizan juga 'berjasa' kepada UMNO kerana kelemahan pentadbirannya telah menyebabkan negeri itu dirampas dengam mudah sekali dalam PRU13 yang lalu.

Nasib baik sempat juga UMNO menghargai jasa dan pengorbanan Azizan dengan anugerah Tan Sri Jun lepas, kalau tidak arwah meninggal dengan gelaran Datuk Seri sahajalah.

Dari segi Pakatan Rakyat sendiri, calon yang dilihat paling sesuai untuk menggantikan tempat Azizan, sudah tentulah Timbalan Presiden PAS sekarang, Haji Mohamad Sabu.


Mengukur dari segi kekuatan PAS dan Mat Sabu sendiri di Kedah, aku yakin kalau UMNO berkeras untuk meletakkan calon mereka disitu, PAS akan berjaya untuk menang dengan mudah, silap-silap dengan tambahan majoriti lebih besar dari 2,774 undi yang diperolehi Azizan dalam PRU13 yang lalu.

Dengan jumlah pengundi Melayu yang mencecah 93% dan kenaikan harga minyak baru-baru ini, PAS dijangka menang dengan mudah kerana Pakatan Rakyat ada banyak isu yang boleh diketengahkan untuk rakyat.

Walaupun kemenangan PAS nanti tidak akan mengubah apa-apa dari segi kerajaan negeri atau pengurangan dalam harga minyak, tapi dengan adanya Mat Sabu, sekurang-kurangnya ia akan menyukarkan laluan UMNO untuk menang mudah disini.

Apatah lagi aku difahamkan kekuatan PAS di kawasan tersebut adalah jauh lebih besar dari lebih 10,520 undi yang diperolehi Azizan, tapi kerana berlaku sabotaj atas kepimpinan Azizan pada waktu itu oleh ahli-ahli PAS sendiri, maka jumlah undi yang diperolehi arwah merosot berbanding 2008.

Dengan pencalonan Mat Sabu, aku yakin PAS akan berjaya mengekalkan kerusi di DUN tersebut dan seperti yang disebutkan tadi, dengan pertambahan majoriti.


Terima Kasih Dr. Maza Sebab Bersama-Sama Pakatan Rakyat

Kebelakangan ini, ulama kontroversi yang juga bekas Mufti Perlis, Dr. Asri Zainal Abidin (Dr. Maza) dilihat sering mengeluarkan kenyataan yang kritis ke atas kerajaan.

Dikatakan Dr. Maza kecewa kerana banyak janji-janji Najib kepadanya sebelum PRU13 dulu, masih gagal dilaksanakan sehingga sekarang, antaranya perlantikan beliau sebagai Yang Dipertua YADIM.

Janji itulah yang menyebabkan Dr. Maza tidak menjadi calon Pakatan Rakyat walaupun ditawarkan tempat di DUN Penanti Pulau Pinang.  Tapi pengorbanan itu disia-siakan oleh Najib yang masih tidak melantiknya ke jawatan itu sehingga sekarang.

Walaupun begitu, Pakatan Rakyat merasa terhutang budi dengan Dr. Maza secara tidak langsung membantu Pakatan Rakyat dalam menghadapi dakyah UMNO, terutama apabila berhadapan dengan generasi muda ulama dari parti tersebut seperti Fathul Bari.

Sama-sama berasalh dari Perlis, sama-sama berkelulusan dalam bidang agama, ternyata percanggahan pendapat antara Dr Maza dan Fathul Bari menarik minat rakyat untuk memberikan sokongan kepada Dr. Maza.

Ini kerana, perlu diakui, dalam apa keadaan sekalipun, Dr. Maza jauh lebih hebat dari Fathul Bari, terutama dari segi pengalaman dan kelayakan, lebih lagi Dr. Maza pernah dilantik menjadi Mufti Perlis pada usia yang sangat muda, seawal 30-an.

Parti komponen Pakatan Rakyat seperti PAS, memang ada masalah sikit nak membalas hujah Fathul Bari ini kerana tidak ramai di kalangan pemimpin muda parti tersebut yang mempunyai kebolehan dan kelayakan seperti Fathul Bari.

Nasib baik dia tewas di DUN Sanglang dalam PRU13 yang lepas, kalau tidak imej calon Exco Pemuda UMNO tersebiut pasti meningkat dengan mendadak, ditambah lagi dengan kepetahannya memutar belitkan agama mengikut kesesuaian UMNO.


Maka, dengan adanya Dr Maza, Fathul Bari ibarat bertemu buku dengan ruas dan tidak lagi sewenang-wenangnya mengeluarkan tafsiran agama mengikut kepentingan UMNO.  Malah aku dimaklumkan baru-baru ini, Fathul Bari ada meminta maa kepada Dr. Maza kerana satu kesalahan yang dilakukannya.

Cuma aku tak pasti apa, tapi dengan meminta maaf itu sendiri, membuktikan, Fathul Bari tidaklah sehebat mana, Dr. Maza lebih hebat.

Untuk melengkapkan kehebatan tersebut, aku suka mencadangkan agar pimpinan Pakatan Rakyat menghulurkan salam kepada Dr. Maza dan mengajak beliau menyertai Pakatan Rakyat secara rasmi.

Sebagai perikatan politik yang fleksibel, Pakatan Rakyat ada banyak ruang dan peluang untuk Dr. Maza memulakakan langkah dalam politik.  Jika setuju dengan politik PAS, sertailah parti itu, jika tidak, PKR dan DAP bila-bila masa boleh membuka seluas-luas peluang untuk Dr. Maza.

Dengan bernaung dibawah payung Pakatan Rakyat, Dr. Maza ada platform yang lebih besar untuk menghentam dan meneruskan momentum kebencian rakyat terhadap UMNO dan BN, terutama sekali Najib Tun Razak yang dilihat semakin besar kepala bila menang tanpa bertanding jawatan Presiden UMNO.,


Pakatan Rakyat Tidak Akan Buang Masa Bela Polis

Baru-baru ini ada berlaku kejadian dimana seorang anggota polis berpangkat Koperal di Melaka yang terbunuh dalam satu insiden dengan suspek pencuri besi buruk.

Anggota tersebut,Koperal Zal-Azri Abd Samad rupanya berasal dari negeri ditadbir Pakatan Rakyat, Pulau Pinang.

Hanya sebab asal usulnya begitu, maka adalah desakan supaya kerajaan negeri Pulau Pinang memberikan bantuan dan pengiktirafan yang sewajarnya terhadap anggota polis ini dan keluarganya.

Aku secara peribadi, simpatilah dengan apa yang menimpa keluarga Zal-Azri ini, perasaan sama juga yang aku kongsikan bila ada yang kehilangan keluarga kerana ditembak polis atas alasan mangsa adalah suspek samseng, anggota kongsi gelap dan sebagainya.

Tapi setakat itu sajalah, simpati.  Nak beri lebih-lebih dari itu, aku tak nampak apa kewajarannya, terutama bila membabitkan hasil mahsyul negeri yang boleh digunakan untuk kebaikan dan kepentingan rakyat yang lebih ramai.

Baguslah sebab sehingga kini aku tak mendengar lagi kerajaan negeri Pulau Pinang memberikan apa-apa bantuan kepada keluarga ini.  Eloklah macam itu, selamat sikit duit rakyat.  

Lagipun aku yakin kerajaan persekutuan akan memberi banyak peruntukkan kepada keluarga anggota polis yang meninggal ini.  Dari insurannya, pencennya dan macam-macam lagilah.  Malah, tak silap aku, semalam dinyatakan bahawa anggota berkenaan sudah dinaikkan pangkat kepada sarjan.

Bermaksud keluarganya akan terima pencen sebagai sarjan, bukan Koperal dan kemudahan-kemudahan lain yang layak untuk mereka dapat.

Sememangnya anggota keselamatan di Malaysia ini pelik sikit, asal mati naik pangkat, asal mati naik pangkat.  Senang betul buat duit.

Bagaimanapun, itu bukan isunya, isunya ialah sudah cukuplah segala keistimewaan dan kemudahan yang diberikan kepada polis yang mati ini.  Tak usahlah lagi kerajaan negeri nak berhabis untuk membantu keluarga polis berkenaan pulak.

Duit ni sampai bilanya yang cukup, dan kita perlu ingat, ada berapa ratus ribu anggota polis di luar sana yang kita perlu ambil kira.  Kalau semua mati tu mustahillah, tapi ambil dalam 10% mati ketika bertugas, dah berapa banyak kos dikeluarkan?

Media dibawah kawalan UMNO suka menggunakan
imej sebegini untuk menarik simpati rakyat

UMNO lainlah, dia memang suka bila ada kejadian macam ini berlaku, senang nak cari populariti politik.  Dengan sumber yang hampir tidak ada had, memang mudah untuk UMNO menaburkan wang kepada keluarga anggota polis berkenaan.

Sedangkan Pakatan Rakyat perlu berhemah dalam berbelanja.  Yang mati tentulah mati, takkanlah yang hidup ni pun nak kena menderita sama?

Yang lebih penting sekarang, polis perlu mengkaji, dimana kelemahan sehingga seorang anggota polis terlatih dan berpengalaman, boleh ditumpaskan dengan mudah oleh suspek yang katanya berusia sekitar 17 tahun?

Kurang latihan, kurang pendedahan?  Ini yang sepatutnya dikaji, bukan sibuk nak bagi bantuan sana sini.

Wednesday, September 25, 2013

Google: Najib Bersekongkol Dengan Yahudi

Bukti!! Najib Bersama Rakyat Malaysia Yang Berkhidmat Di Google
Khabarnya, selepas Twitter, Najib Tun Razak meneruskan acara makan anginnya di San Francisco Amerika Syarikat dengan mengunjungi ibu pejabat Google di Mountain View.

Pengerusi Google, Eric Schmidt adalah seorang Yahudi Amerika Syarikat.

Orang Islam di negara ini yang begitu sensitif dengan peranan yahudi dalam mencaturkan politik serta peradaban dunia melalui pengaruh ke atas kuasa-kuasa besar, perlu melihat kunjungan Najib ini sebagai satu pengiktirafan tidak rasmi pentadbirannya terhadap Israel.

Sebab Eric Schmidt pernah diiktiraf sebagai salah seorang dari 50 orang Yahudi paling berpengaruh di dunia oleh akhbar terkenal Israel, Jurusalem Post.  Pengiktirafan ini diberikan bukan setakat bangsanya yahudi, tapi juga sumbangannya terhadap Israel.

Tidak setakat itu, 2 pengasas bersama Google, Larry Page dan Sergey Brint juga adalah dari kalangan orang Yahudi juga.

Seterusnya menjadikan Google sebagai salah sebuah entiti berkaitan Yahudi/Israel yang paling berpengaruh dalam dunia.

Dan sekarang Najib mengunjungi ibu pejabat syarikat tersebut, seolah-olah secara tidak langsung memberi pengiktirafan terhadap sumbangan Google kepada Israel!!


Aku tak tahulah kalau ada orang Islam di negara ini yang memandang kunjungan ini sebagai perkara remeh. Ini isu besar yang seharusnya diambil peluang oleh Pakatan Rakyat untuk meneruskan momentum kebencian rakyat terhadap Najib yang makin pudar sejak PRU13 berakhir.

Mungkin isu ini ada implikasi tersendiri, terutama terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Ketua Umum Pakatan Rakyat.  

Seperti mana yang kita sedia maklum, bantahan terbuka Anwar terhadap pertubuhan yahudi APCO dahulu, telah menyebabkan ada di kalangan pelobi Yahudi di Amerika Syarikat yang mengancam untuk memutuskan hubungan dengannya.

Nasib baik Anwar cepat mengambil tindakan dengan mengadakan tour ke Amerika Syarikat bagi menjelaskan perkara sebenar, kalau tidak, tak tahulah apa nak cakap.

Maka itulah dalam hal ini peranan PAS penting.  Anwar tidak perlu bercakap apa-apa, biarkan PAS bersendirian menguruskan hal ini dan rakyat (terutama orang Islam) pasti akan memberikan sokongan padu.

Sebab di kalangan orang Islam, isu yahudi ini sudah jadi isu sensitif.  Tak kiralah siapa pun yang membangkitkan, pasti ada sokongan.  Tinggal lagi kecil atau besar sajalah.



Boikot Obama: Apa Pendirian Anwar?

Kunjungan Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama ke negara ini pada bulan depan, sudah menjadi trauma baru di kalangan rakyat negara kita.  

Dengan ura-ura Amerika Syarikat akan menyerang Syria atas dakwaan menggunakan gas beracun ke atas rakyat sendiri, sudah tentu kunjungan Obama ke sini mencetus perasaan tidak puas hati rakyat terhadap pentadbiran Najib.  

Seolah-olah Najib merestui tindakan Obama untuk menyerang Syria.

Maka tidak hairanlah kenapa kempen mengambil tanda tangan di kalangan rakyat bagi membantah kehadiran Obama telah pun dimulakan di seluruh negara dan sudah ramai pemimpin Pakatan Rakyat (terutama dari PAS) yang mula bercakap tentang soal ini.

Bagaimanapun, rakyat masih menunggu pendirian Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan pendirian sebenar beliau berhubung kedatangan Obama.

Ini penting kerana di negara ini, tidak ada isu yang betul-betul boleh dianggap sebagai isu, kalau tanpa penglibatan Anwar.  Hanya Anwarlah dimana rakyat menaruh harapan untuk membawa sesuatu isu berkaitan keluh kesah rakyat sehingga mendapat perhatian kerajaan.

Walaupun aku tahu Anwar punya hubungan baik dengan Amerika Syarikat, termasuk menyokong keselamatan sekutu Amerika Syarikat di Timur Tengah, Israel, tapi dalam hal Syria ini nampaknya rakyat mahu Anwar mempunyai pendirian yang lain.


Rakyat mahu lihat Anwar menentang cadangan Amerika Syarikat untuk menentang Syria walaupun itu bermaksud akan menjejaskan hubungan baik Anwar dengan para pelobi berpengaruh di negara tersebut, terutama dari kalangan pelobi yahudi.

Sementara itu, dalam masa yang sama, ada juga pihak yang tidak mahu Anwar masuk campur dalam soal ini serta membiarkan Amerika Syarikat menyerang Syria atas jenayah kemanusiaan yang dilakukannya.

 Takut nanti, Anwar pula dilihat sebagai penentang Amerika Syarikat, sudahlah Najib sedang memperolehi kelebihan kerana Obama datang ke negara ini pada waktu pemerintahannya.  Semua ini sudah tentu tidak baik untuk dasar luar Malaysia jika Anwar menjadi Perdana Menteri nanti.

Ini perlu diakui.  Lagipun, macamlah tentang rakyat Malaysia dapat mengubah pendirian Amerika Syarikat. 

Sejarah sudah membuktikan bahawa Amerika Syarikat tidak pernah peduli dengan ketetapan PBB atau pendirian negara kuasa besar yang lain jika mereka memutuskan untuk menyerang mana-mana negara, seperti pada tahun 2003 bila Amerika Syarikat dan sekutunya melanggar Iraq dan menumbangkan Saddam.

Maka itulah agaknya, pendirian Anwar mengenai kunjungan Obama ini begitu dinantikan sekali oleh rakyat Malaysia.  Dari situlah nanti, ketetapan seterusnya akan dibuat, sama ada untuk membantah atau pun menyokong.

Betul PAS menentang, tapi Anwar yang berhak buat keputusan bagi pihak Pakatan Rakyat.

Pakatan Rakyat Wajar Boikot Twitter

Twitter memang menjadi medium perhubungan utama untuk pimpinan Pakatan Rakyat berinteraksi dengan masyarakat, penyokong dan sebagainya.

Umum pun tahu, pemimpin seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim, Nurul Izzah, Lim Kit Siang dan lain-lain lagi, semuanya menggunakan Twitter untuk berinteraksi dengan rakyat atas pelbagai isu dalam negara.

Sehinggakan kalau aku katakan disini, kerana Pakatan Rakyatlah Twitter popular di Malaysia ini pun, tidak salah sebab memang itulah hakikatnya.

Jadi bila Twitter menerima kunjungan Najib ke ibu pejabat syarikat tersebut di San Francisco, Amerika Syarikat kelamrin, itu adalah satu tamparan yang cukup hebat kepada Pakatan Rakyat.

Aku rasa dari trending pengguna Twitter di Malaysia pun, Najib memanglah popular tapi bukan popular dengan sebab yang baik-baik, sebaliknya atas sebab yang tidak baik.

Twitter sepatutnya tahu tentang perkara ini dan menolak dari menerima kunjungan Najib ke ibu pejabat syarikat tersebut kerana ia sama seperti menghina pengguna Twitter di negara ini, terutama yang cenderung ke arah Pakatan Rakyat.

Ini tidak, bukan setakat menerima kunjungan Najib, Twitter juga membenarkan Najib bertweet dengan pengikutnya dari ibu pejabatnya yang mana punya kesan luas dari segi persepsi pengguna Twitter yang berjumlah lebih 1.7 juta orang  terhadap Najib.

Justeru, aku mencadangkan kepada semua pengguna Twitter agar memboikot perkhidmatan tersebut pada satu hari yang akan ditetapkan Pakatan Rakyat kelak.  Ini adalah sebagai tanda protes kita terhadap Twitter kerana menerima kunjungan pemimpin zalim seperti Najib.

Sebagai sebuah perkhidmatan yang bergantung sepenuhnya kepada jumlah pengguna untuk menjana keuntungan, aku yakin boikot yang bakal diadakan nanti, pasti boleh menyebabkan syarikat tersebut kerugian berjuta-juta dolar dalam transaksi untuk hari tersebut

Dan seterusnya menjadi peringatan kepada Twitter supaya tidak mengulangi kesilapan yang sama di masa akan datang,

Jangan ingat tindakan ini tidak akan berjaya, Twitter, Facebook atau apa sahaja, semuanya bergantung kepada penerimaan umum.  Tanpa pengguna, Twitter juga boleh menerima nasib seperti mana Friendster dan sebagainya.

Tuesday, September 24, 2013

Kematian Chin Peng Pada 16 September Bukan Sandiwara

Entah apa masalahnya, sekarang ini sudah ada cubaan oleh pihak-pihak tertentu dalam UMNO yang mula mempertikaikan tarikh sebenar pejuang negara, Chin Peng meninggal dunia.

Seolah-olahnya wujud pakatan antara keluarga arwah dan pihak hospital di Thailand agar tarikh kematian Chin Peng dianjak ke tarikh 16 September yang juga merupakan hari Malaysia.

Aku katakan, ini semua tanggapan bodoh yang cuba dicipta UMNO untuk rakyat percaya.  UMNO sudah tentu malu kerana tarikh kematian orang yang pernah dianggap sebagai musuh nombor satu negara ini, jatuh pada hari ulang tahun penubuhan Malaysia yang ke 50 yang dianggap keramat.

Walhal Chin Peng bukan menentang penubuhan Malaysia, tapi campur tangan penjajah dalam kerajaan Malaysia.  Jadi soal dia nak mati 16 September atau tidak, apa yang UMNO kisah?  Lainlah kalau UMNO nak jadi dewa tentukan bila orang sepatutnya mati.

Semua ini ternyata mengarut, diasaskan dari rasa kebencian yang sangat mendalam kepada Chin Peng dan perjuangannya.  Ironinya, pemimpin-pemimpin UMNO dulu juga yang memutar belitkan sejarah sehingga rakyat nampak perjuangan komunis ini jahat.

Sehingga tarikh kematian Chin Peng pada 16 September yang menjadi sejarah baru negara ini pun nak diubah juga oleh UMNO.  Nasib baik kematian ini berlaku di Thailand, dimana UMNO tidak ada kuasa untuk campur tangan.

Kalau tidak, tak tahulah apa akan jadi pada Chin Peng, mungkin pada waktu ini, arwah masih hidup dan hanya 'dimatikan' pada tarikh yang ditentukan UMNO.

Siapa tahu?

Justeru, Pakatan Rakyat menyeru agar tidak ada sesiapa yang termakan dengan penipuan terbaru UMNO mengenai tarikh sebenar kematian Chin Peng.

Arwah memang meninggal dunia pada 16 September 2013 yang mana merupakan ulang tahun penubuhan Malaysia kali yang ke 50.

Itu adalah fakta yang tidak boleh dinafikan sesiapa.  UMNO jangan fikir boleh membodohkan rakyat seperti mana yang mereka lakukan pada awal-awal dulu.  Ketika itu semuanya mesti mengikut skrip UMNO, kalau UMNO kata komunis jahat, maka komunis jahatlah, kalau Chin Peng pengganas, Chin Peng pengganaslah.

Zaman ini semua orang boleh menjadi pakar sejarah, Internet kan ada.

Batal Cadangan Bawa Abu Chin Peng Balik

Nampaknya pentadbiran Najib tidak lagi dapat menahan desakan dan kehendak rakyat yang mahu abu jenazah pejuang negara, Chin Peng yang dibakar hari ini, dibawa balik ke Malaysia untuk disemadikan mengikut selayaknya bagi seorang wira seperti beliau.

Aku mendapat maklumat dari sumber dalam Imigresen sendiri bahawa kerajaan akan meembawa balik abu tersebut secara rahsia dan kemudiannya ia akan disemadikan di makam khas yang bakal dibina di Setiawan, Perak (tempat kelahiran Chin Peng).

Bahkan khabarnya, kelulusan dari pihak berkuasa kesihatan pun telah diperolehi untuk membawa balik abu mayat itu ke sini.

Sudah tentu berita ini mengecewakan pihak-pihak berkaitan yang bersungguh tidak mahu abu jenazah Chin Peng dari dibawa pulang.  Bagaimanapun, aku mendapat tahu, pihak-pihak ini tidak akan berdiam diri, malah akan mengambil peluang untuk membalas dendam dengan cara mencemarkan makam Chin Peng nanti.

Khabarnya ada persatuan-persatuan veteran tentera tertentu yang akan membuang najis masing-masing di atas makam Chin Peng sebagai simbolik menghinakan kematian pemimpin nombor satu Parti Komunis Malaya tersebut.

Maklumat seumpama ini tidak begitu mengejutkan kerana membuang najis di atas kubor orang lain, adalah salah satu cara menunjukkan penghinaan kepada si mati, lebih-lebih lagi di kalangan orang Melayu dan orang Asli yang menjadi majoriti di dalam kebanyakan persatuan veteran tentera di negara kita.

Pendek kata, ia memang sudah ada dalam DNA mereka, nak kata apa lagi?

Walaupun begitu, ia masih lagi perbuatan biadap perbuatan biadap yang kita percaya diokestrakan oleh UMNO  Aku tidak nampak pihak mana yang gemar menghasut rakyat membuat kerja-kerja bodoh macam ini, melainkan UMNO.

Justeru, aku mencadangkan agar Pakatan Rakyat membatalkan hasrat untuk membawa balik abu dari jenazah Chin Peng kerana bimbang beliau akan dihina dan diperlakukan dengan jijik oleh para veteran tentera yang masih berdendam atas kematian rakan-rakan mereka sepanjang konfrantasi dengan pihak komunis dulu.

Chin Peng terlalu berjasa dan mulia untuk diperlakukan sedemikiann - walaupun dari segi fizikalnya, ia tidak memberikan apa-apa kesan kepada arwah Chin Peng. Tapi kita perlu ingat, keluarga Chin Peng masih ramai disini dan sanggupkah kita melihat mereka hidup dalam kehinaan akibat perbuatan biadap itu nanti?

Sudah tentu tidak.

Bagi menjaga kebajikan dan maruah keluarga Chin Peng, maka keputusan untuk tidak membawa abunya balik, adalah keputusan yang terbaik.

Anwar Wajar Layan Azwanddin Seperti Anjing Kurap


Aku pelik betul dengan budak bernama Azwanddin Hamzah ini.  Apa dia fikir dia besar mana sehingga berani menyerbu banglo mewah Datuk Seri Anwar Ibrahim di Segambut minta beliau mendedahkan maklumat akaun banknya yang dikatakan ada simpanan berjuta-juta ringgit.

Buat apa Anwar nak melayan 'lipas' macam ini?  Buang masa dan tenaga.

Apakah si bodoh ini tidak tahu bahawa maklumat perbankan individu adalah maklumat sulit?  Mana boleh nak dedah-dedah begitu saja.  

Setakat nak buat assumption liar konon Anwar korup (sebab itu ada banyak wang dalam bank), lupakan sajalah sebab tidak akan ada siapa yang percaya. 

Tidak ada siapa, walaupun Gabenor Bank Negara yang boleh meminta maklumat akaun milik sesiapa didedahkan kepada umum.  Kalau nak juga, perlu dapatkan perintah Mahkamah, tapi alasannya perlu kukuhlah.

Azwanddin si Anjing Kurap
Rafizi dedah maklumat bank NFC dulu lain, tak sama dengan kes yang ini.  Kes itu penuh dengan penyelewengan dan rasuah, sementara soal Anwar nak simpan berapa juta pun dalam akaun peribadi beliau, itu siapa pulak Azwanddin nak mempertikaikan?

Maka itu aku menyokong cara Anwar melayan karenah anjing kurap macam Azwanddin semalam.  Berkumpul lah berapa ramai pun kat depan tu, dihantarnya budak bangla saja untuk menerima memo dari Azwanddin.

Silap bila ketua staff Anwar, Ibrahim Yaakob pulak muncul untuk menerima memo tersebut.  Patutnya biarkan budak bangla itu saja yang dapat memo, yang Ibrahim nak menyibuk buat apa?  Seolah-olah bagi kredit pada anjing-anjing kurap ini.

Kalau ikut aku, aku baling tulang saja kat budak-budak Azwanddin yang berkumpul menyemak depan rumah orang semalam.  Biar diaorang ramai-ramai gogong tulang tu, kot-kot ada lagi saki baki daging yang tinggal.

Nasib baik pemimpin hati mulia macam Anwar tidak buat macam itu,  Kalau rumah akulah yang kena serbu semalam, memang dapat tulanglah.

Pakatan Rakyat dan Anwar sendiri memamg menyokong kebebasan berhimpun, tapi apa jenis bodoh yang buat depan rumah orang?  Pernah ke Azwanddin nampak penyokong Pakatan Rakyat buat demo depan rumah Najib dan Rosmah?

Berhimpun boleh, tapi jangan sampai menganggu privasi orang lain, apatah lagi di rumah!!

Monday, September 23, 2013

Azeez Rahim Salah Guna Kedudukan Untuk Kempen MT UMNO

Minggu ini mungkin minggu yang paling sibuk untuk Ahli Parlimen Baling, Datuk Azeez Rahim yang juga Pengerusi Tabung Haji.

Pertama, pemilihan UMNO dimana Azeez sedang mengintai peluang mengekalkan jawatan sebagai Ahli Majlis Tertinggi dan kedua musim haji yang telah bermula dimana Azeez sebagai Pengerusi Tabung Haji yang baru begitu 'sibuk' dengan kebajikan keluarga jemaah disini, terutama yang meninggal dunia semasa mengadakan upacara tersebut di Mekah.

Setakat artikel ini ditulis, 2 jemaah haji telah pun meninggal dunia semasa mengadakan upacara haji dan kesempatan ini nampaknya digunakan sepenuh oleh Azeez Rahim untuk mendapat 'sport light' media bagi dirinya sendiri dengan kononnya membantu keluarga jemaah berkenaan.

Antaranya, menawarkan kuota haji untuk isteri dan anak lelaki seorang jemaah yang meninggal baru-baru ini.

Sebelum orang mempersoalkan aku, biar aku jelaskan disini, 'kebaikan' ini tidak pernah dilakukan mana-mana Pengerusi Tabung Haji sebelum ini, dan apa yang dibuat Azeez ini adalah yang pertama seumpamanya.

Pakatan Rakyat yakin, tindakan Azeez memberikan kuota haji kepada waris jemaah berkenaan, adalah satu salahguna kuasa yang terang dan nyata sebab tidak mungkin ianya berlaku secara kebetulan.

Ramai lagi rakyat Malaysia ini (aku difahamkan ada lebih 1 juta orang) yang masih belum menunaikan haji, diketepikan hak mereka untuk membuka jalan kepada  2 orang ini, hanya sebab Pengerusi Tabung Haji yang baru, 'simpati' kerana ayah dan suami mereka meninggal semasa mengerjakan haji musim ini.

Faham?


Tak faham, nak bagi jelas lagi, tahun depan, akan ada 2 orang jemaah haji dari negara ini yang sepatutnya dapat ke Mekah, tapi dinafikan hak mereka oleh salah guna kuasa Azeez yang kemaruk nak kekal dalam MT UMNO.

Wajarkah tindakan ini?  Yang mati dah tentulah mati, kenapa yang hidup pulak perlu menanggung kesengsaraan kerana kuota mereka digunakan untuk kepentingan peribadi Azeez?

Dan kita perlu ingat, ini baru melibatkan satu jemaah, khabarnya keluarga satu jemaah lagi itupun, Azeez nak buat tindakan yang sama juga - beri kuota.  

Penyudahnya, di akhir musim haji ini, agaknya berapa ramai jemaah yang mati dan berapa ramai pulak kalangan ahli keluarga mereka yang akan dihantar ke Mekah oleh Azeez?

Tunggu dan lihat.

Pakatan Rakyat sudah pasti tidak akan lepaskan Azeez begitu saja.  Tindakan lanjut akan ditentukan pada bila-bila masa dalam minggu ini.

Pemilihan UMNO: Jawatan Ketua Umum PKR Patut Dipertandingkan

Hampir semua pihak dalam Pakatan Rakyat bersetuju dengan kenyataan Ahli Parlimen Padang Serai, N Surendren yang menyifatkan kemenangan Najib sebagai Presiden UMNO tanpa bertanding buat penggal kedua berturut-turut, menunjukkan parti tersebut sudah ketandusan pemimpin muda.

Tapi atas kapasiti sebagai Naib Presiden PKR (dilantik), kenyataan Surendren itu merupakan satu 'tamparan' hebat kepada pimpinan dalam PKR sendiri dimana jawatan tertinggi parti, Ketua Umum yang disandang Datuk Seri Anwar Ibrahim, tidak boleh dipertandingkan atau dicabar dalam pemilihan biasa parti.

Sekurang-kurangnya jawatan Najib sebagai Presiden UMNO masih boleh dicabar dan dipertandingkan.

Seterusnya mencetuskan persoalan, apakah niat sebenar Surendran membangkitkan persoalan tersebut, adakah untuk memalukan PKR secara tidak langsung, atau ada gerakan senyap dalam PKR yang mahu melihat jawatan Ketua Umum itu dipertandingkan?

Jawatan N Surendran sendiri sebagai Naib Presiden PKR, adalah dibuat secara lantikan setelah tidak ada wakil kaum India yang berjaya mengisi jawatan tersebut dalam pemilihan yang diadakan pada 2010.

Berbanding jawatan hampir setara di parti-parti komponen Pakatan Rakyat seperti Penasihat (DAP) dan Mursyidul Am (PAS) yang ada proses pemilihan sendiri (walaupun tidak secara langsung seperti Presiden UMNO), jawatan Ketua Umum dalam PKR ini memang tidak boleh dicabar sesiapa.

Untuk makluman, Penasihat DAP adalah dilantik dari kalangan 20 anggota Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) yang menerima undian tertinggi, sementara Mursyidul Am PAS dilantik oleh 15 ahli Majlis Syura Ulama (sebahagian adalah pemenang dalam pemilihan yang diadakan semasa Muktamnar Tahunan PAS).

Malah katanya (fakta ini aku perlu periksa semula), jawatan tersebut (Ketua Umum) tidak wujud pun dalam perlembagaan parti walaupun dikatakan mempunyai kuasa penuh.

Oleh yang demikian, aku menyokonglah kalau jawatan Ketua Umum ini nak pertandingkan.  Pada aku, tidak ada apa yang perlu ditakutkan kerana kedudukan Anwar sebagai pengasas dan pemimpin ulung PKR, tidak akan mampu dicabar sesiapa.

Apatah lagi Presiden dan salah seorang pemenang Naib Presiden PKR adalah isteri dan anak Anwar sendiri, lagilah mengukuhkan kedudukan Anwar di kerusi teratas.

Selepas itu nanti, aku percaya tidak ada siapa yang boleh mempersoalkan ketelusan PKR dalam mengadakan pemilihan jawatan yang begitu penting kepada parti seperti Ketua Umum ini.  Surendran sendiri bebas untuk mengkritik Najib jika dia menang tanpa bertanding (sekali lagi) selepas ini.

Ziarah Chin Peng: Anwar Sudah, Lim Kit Siang Sudah, Nik Aziz Bila Lagi?

Tanpa disedari ramai orang, blog ini adalah yang pertama menyarankan agar pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat meluangkan masa untuk menghadiri majlis penghormatan terakhir untuk arwah Chin Peng, pejuang negara yang meninggal dunia di Thailand minggu sudah.

Artikel tersebut boleh dirujuk disini.

Dan ternyata cadangan itu mendapat perhatian pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat yang di atas, bila masing-masing menghantar wakil untuk menghadiri majlis penghormatan terakhir tersebut minggu sudah.

Lim Kit Siang dan DAP diwakili oleh Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi, sementara Datuk Seri Anwar Ibrahim dan PKR oleh Naib Presidennya, Tien Chua.

Jeff Ooi Mengucapkan Selamat Jalan Kepada arwah Chin Peng
Tahniah dan syabas aku ucapkan dan terima kasih kerana mendengar rintihan hati rakyat.

Walaupun begitu, ramai masih tertanya-tanya bila Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat akan menghantar wakil untuk menghadiri majlis penghormatan terakhir untuk arwah?

Aku tak nampak sebarang masalah kenapa PAS tidak boleh nak menghantar wakil kerana Kelantan (negeri yang ditadbir PAS), terletak tidak jauh dari sempadan Thailand, apa susah sangat ke nak menjengok?

Kalau ada masanya yang paling sesuai untuk membuktikan bahawa Pakatan Rakyat bersatu sebagai sebuah komponen politik bagi menyaingi BN, aku percaya inilah masanya yang sesuai.

Biarlah apa orang nak kata tentang perjuangan komunis ini, yang penting itu semua hanya dakyah dan sandiwara UMNO semata-mata dan PAS perlu memperkukuhkan tanggapan itu dengan menghantar wakil ke majlis menghormati jenazah Chin Peng.

'Pengganas' Yang Sebenarnya - Wanita Kampung Yang Dilatih Menggunakan Senjata
Seorang rakan memaklumkan kepada aku yang PAS keberatan untuk menyatakan secara terang sokongan terhadap perjuangan komunis ini kerana komunis tidak mengiktiraf agama, termasuk Islam yang menjadi teras perjuangan PAS dulu.

Antara Propaganda UMNO Mengenai 'Keganasan' Komunis
Soal ini (agama) tidak patut dijadikan alasan kerana fahaman yang menolak agama itu adalah d\fahaman komunis yang dulu, komunis sekarang semuanya mengiktiraf agama.  Lihat saja di China dan mana-mana negara komunis yang lain dimana agama sudah mula mendapat tempat.

Termasuklah negara komunis paling ortodoks yang masih tinggal di dunia, Korea Utara.

Maka itu, tidak ada alasan laigi kenapa PAS tidak boleh nak menghantar wakil.  Pakatan Rakyat ada persoalan yang lebih besar dari isu agama iaitu persepakatan dalam Pakatan Rakyat yang semakin dipersoalkan orang kebelakangan ini.

Saturday, September 21, 2013

Eleh Mahathir, Kalau Nak Kempen Untuk Mukhriz Tu Cakap Sajalah.

Asalnya aku tak pasti apa yang mendorong aku membaca tulisan terbaru Mahathir di blognya chedet.cc mengenai masa depan UMNO disini.

Mungkin sebab pengesahan Mahathir bahawa UMNO adalah sebuah parti tua yang akan mati dalam jangka masa terdekat jika pemimpin-pemimpin muda tidak dipersediakan untuk mengambil alih parti tersebut dengan segera.

Kebetulan atau apa, kenyataan Mahathir ini hadir setelah anak bongsu lelakinya, Mukhriz sudah mengumumkan kesediaannya untuk bertanding jawatan Naib Presiden UMNO.

Maka aku berpandangan, Mahathir memilih sekarang untuk bercakap tentang 'menyegarkan' UMNO dengan pemimpin muda, sebab dia nak membantu kempen anaknya merebut jawatan Naib Presiden.

Ironinya, Mahathir sendiri menjadi Presiden UMNO sehingga berusia 78 tahun sebelum melepaskan jawatan tersebut kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi, dan hari ini dia bercakap tentang UMNO akan mati kalau pemimpin lebih muda tidak dipersiapkan dari sekarang?

Jenaka apa macam ini?

Kalau diri sendiri pun (ketika berkuasa) tidak mahu melepaskan jawatan kepada pemimpin muda, janganlah sekarang nak menasihatkan orang lain pula, itu hipokrit namanya.

Sudah tentulah ini bukan tentang menyegarkan UMNO dengan orang muda atau tidak, tapi tentang menyokong kempen Mukhriz dan seterusnya memastikan Mahathirism kekal dalam UMNO sehingga berpuluh-puluh tahun akan datang.

Memang Mahathir mempotretkan dirinya sebagai seorang yang tidak gila glamour apabila melarang namanya digunakan pada mana-mana jalan atau binaan di negara ini, nampak macam bagus.

Tapi tanpa kita sedar, Mahathir sebenarnya mengejar glamour dan kemahsyuran yang lebih besar lagi, sampai ke satu tahap nama negara ini pun nanti akan diubah kepada Mahathirsia.  

Mustahil?  Mahathir dah melakukannya pun dulu apabila memasukkan nama bekas Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ke dalam nama Putrajaya bagi menggantikan rasa bersalahnya kerana mengecam Tunku secara terbuka selepas tragedi 13 Mei 1969 meletus.

Jika Mahathir boleh memasukkan nama Tunku ke dalam Putrajaya, apakah bertahun-tahun akan datang, jika legasinya (Mukhriz atau tidak) menjadi Pedana Menteri, nama Mahathir tidak boleh diletakkan pada nama Malaysia?

Sudah tentu boleh dan Mahathir tahu itu.  Justeru, tidak ada cara lain untuk mencapai hasrat tersebut melainkan dengan memastikan legasinya berterusan dalam UMNO melalui Mukhriz sebagai batu loncatan.

Friday, September 20, 2013

Melayu Dalam DAP Bukan Bernilai 50 Sen Tapi 10 Sen!!

Marah betul aku melihat bekas Naib Pengerusi Kebangsaan DAP, Zulkifli Mohd Nor yang sanggup mengadakan sidang media untuk mengutuk dan mencerca DAP, parti dimana dia masih lagi menjadi ahlinya.

Itu kira boleh lagilah, yang paling tak tahan, Zulkifli meminta Lim Guan Eng untuk tidak mempertahankan jawatannya dalam pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) yang bakal diadakan tidak lama lagi.

Mana boleh, ini permintaan orang gila!!  DAP adalah Guan Eng dan Guan Eng adalah DAP, salah satu terpisah maka hancurlah DAP, hancurlah orang cina.

Agaknya, itulah yang Zulkifli mahukan, supaya DAP hancur.

Sepatutnya DAP sudah boleh mengambil tindakan disiplin yang serius ke atas Zulkifli.  Walaupun kesemua ahli CEC sekarang tidak diiktiraf kuasa mereka oleh Pendaftar Pertubuhan (RoS), tapi sekurang-kurangnya boleh diwujudkan jawatankuasa displin Interim, selaras dengan perlembagaan parti.

Aku tak nampak kenapa ia tidak boleh dilakukan kerana yang digantung ialah anggota CEC, sedangkan perlembagaan parti tidak.

Tapi terlanjur bercakap tentang perkara sama, aku suka nak mengesahkan disini bahawa nilai Melayu dalam DAP bukan 50 sen seperti yang didakwa Zulkifli, tapi sekadar 10 sen sahaja.  Tanpa 10 sen pun, nilai satu juta tidak akan cukup (menggunakan perumpamaan Zulkifli semalam).

Jangan marah, ini bukan tentang perkauman, tapi hakikat bahawa memang DAP memerlukan beberapa kerat orang Melayu untuk mempertahankan persepsi umum bahawa DAP ini adalah sebuah parti berbilang kaum (multi racial party).

Salah orang Melayu sendiri yang tidak mahu menyertai DAP walaupun keanggotaan parti tersebut terbuka kepada semua rakyat Malaysia.

Beberapa kerat orang Melayu yang diterima menyertai parti tersebut, telah diberikan jawatan yang tinggi dengan dilantik untuk mengisi mana-mana satu dari jawatan 10 ahli CEC yang dibuat secara lantikan terus oleh anggota CEC yang menang dalam pemilihan parti.

Itu pun masih tak sedar diri lagi?  Kalau nak diikut dari merit, Melayu tidak layak untuk pegang apa jawatan pun dalam CEC.

Zulkifli patut sudah boleh berkira-kira untuk berundur kerana melihat kepada jumlah perwakilan sedia ada dimana Melayu tidak beberapa orang, tidak mungkin Zulkifli boleh menang dalam pemilihan semula CEC yang akan datang kalau inilah sikap yang ditunjukkannya.

Perwakilan UMNO Wajar Gulaikan Mukhriz

Pengumuman Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir semalam akan kesediaannya untuk mencabar jawatan Naib Presiden UMNO, merupakan satu malapetaka besar tertangguh kepada rakyat Malaysia secara keseluruhannya.

Ini kerana, perlantikan Mukhriz sebagai Naib Presiden UMNO nanti akan membuka jalan kepada anak bongsu lelaki Mahathir itu untuk mendaki tangga yang lebih tinggi dalam UMNO, seterusnya membuka peluang untuk dia menjadi Perdana Menteri Malaysia dalam jangka masa terdekat.

Kita perlu ingat, Malaysia ini walaupun bukan sebuah negara monarki mutlak, tapi sistem politik UMNO telah menjadikan negara ini sebuah negara monarki apabila anak dan bapa bersilih ganti menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Setelah Najib mengambil alih pentadbiran dari tangan Tun Abdullah pada April 2009, legasi itu dijangka berterusan dengan selepas ini giliran Hishamuddin, selepas itu giliran Mukhriz dan seterusnya entah siapa dari keturunan Najb.

Balik-balik pusing-pusing sekitar itu juga, macam sudah tidak ada orang lain.

Justeru, bagi mengelakkan semua itu dari berlaku, aku menggesa ahli UMNO yang mempunyai kuasa mengundi dalam pemilihan parti bulan depan supaya menggunakan kesempatan ini untuk 'menggulaikan' Mukhriz seperti mana Khairy Jamaludin 'menggulaikan dia dulu dalam pertandingan Ketua Pemuda UMNO pada tahun 2009.

Selain faktor monarki politik, rakyat bimbang DNA diktator Mahathir yang mengalir dalam tubuh badan Mukhriz akan menyaksikan negara ini sekali lagi berada di dalam era kegelapan seperti mana ketika Mahathir menjadi Perdana Menteri Malaysia selama 22 tahun.

Memang negara ini menjadi moden dan taraf hidup rakyat meningkat, tapi berapa tinggi pula harga yang perlu dibayar rakyat untuk mengecapi kemodenan tersebut?

Demokrasi hampir mati, rakyat ditangkap sewenang-wenangnya dibawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), musuh-musuh politik Mahathir 'hilang' secara tiba-tiba atau disumbat kedalam penjara atas dakwaan palsu, penindasan kaum dan sebagainya, semua ini berlaku secara berleluasa di bawah pentadbiran Mahathir.

Adakah kita mahu melihat semua ini berulang semula? 

Selagi aku hidup, aku tidak ingin melihat perkara itu berlaku.  Sudah cukup besar nikmatnya apabila Mahathir meletakkan jawatan pada tahun 2003, jangan kita cipta satu lagi Mahathir dengan mengangkat Mukhriz di tempat tinggi dalam UMNO.

Aku harap ahli-ahli UMNO mendengar gesaan ini dan mengambil tindakan yang sewajarnya. 

Thursday, September 19, 2013

Kerajaan Perpaduan: PKR Tidak Mungkin Sertai BN


Heboh dah di kalangan orang-orang politik hari ini yang menyebut PKR akan mengadakan kerjasama dengan BN dalam satu projek yang dipanggil "BN+1".

Menariknya, soal bekerjasama ini muncul sejak Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam ucapan sempena hari Kemerdekaan negara yang ke 56, mengutarakan cadangan untuk mengadakan perbincangan dengan kerajaan BN.

Selain itu, keengganan Anwar mengulas tentang kenaikan harga minyak baru-baru ini, ditafsir orang sebagai tindakan berlembut Anwar terhadap Najib dalam merintis jalan damai.

Beberapa pimpinan PKR pula telah membayangkan bagaimana Najib telah beberapa kali menghantar wakil menemui Anwar bagi membincangkan tentang pelbagai bentuk kerjasama, walaupun tak sampai ke tahap mengadakan kerajaan perpaduan.

Aku boleh katakan begini sajalah, melainkan kenyataan yang mengatakan orang-orang Najib menemui Anwar, cerita yang lain tu semuanya adalah cerita karut dan sesiapa yang percaya adalah sebenar-benarnya bodoh.

Benar Pakatan Rakyat pihak yang kalah (dari segi teknikal) dalam PRU yang lepas, tapi kita masih menang dari segi undi popular.  Adakah masuk akal, Anwar yang menang (undi popular), masuk UMNO untuk membentuk kerjasama dengan BN?

Ini sudah tentu tidak logik sama sekali, lainlah kalau Najib yang menyertai PKR, itu baru masuk akal sebab Najib hakikatnya tewas.

Justeru, hentikanlah semua spekulasi tidak berfaedah seperti ini dan sibukkan lah diri untuk mempersiapkan parti bagi menghadapi PRU14 yang akan datang 

PKR tidak mungkin menyertai BN walau apa pun terjadi kerana kita menang, bukan kalah (undi popular).  Orang yang tidak sedar diri sahaja yang mengatakan kita dipihak yang kalah, hakikatnya kita masih menang (undi popular).

Anwar bukan bodoh nak mengambil langkah yang hanya memudaratkan rakyat di kemudian hari.  

Mesyuarat Exco Di Luar Negara Satu Transformasi

Entah apalah yang tak kena dengan kepala otak Presiden Perkasa si Ibrahim Ali apabila mempertikaikan mesyuarat Exco kerajaan Negeri Selangor yang diadakan di Bangkok, Thailand baru-baru ini.

Pertama, siapa lu Ibrahim Ali nak persoal keputusan kerajaan negeri Pakatan Rakyat?  Selangor negeri kita, suka hatilah kita nak bermesyuarat di mana, lu apa peduli?

Lu bukan rakyat Selangor pun, bukan ADUN pun (bertanding parlimen pun kalah), lagi nak banyak cakap?  Duduk diam-diam kipas Najib sudahlah.

Kedua, mesyuarat di luar negeri ini adalah satu pembaharuan, bukan pembaziran.  Faham ke apa yag dikatakan pembaharuan?  Kalau bahasa orang UMNO hari ini, pembaharuan ini sama maksud dengan Transformasi.

Takkanlah sebab Pakatan Rakyat menyahut seruan Najib untuk mengadakan transformasi pun Ibrahim Ali nak marah?  Reformasi dah tentulah marah, transformasi pun marah jugak?  Apa masalah sebenarnya Ibrahim Ali ni?

Lagipun, sesesekali meluaskan pandangan melihat tempat orang, apa salahnya pula?

Selangor ini semua orang tahu negeri yang kaya raya.  Rizab kerajaan negeri sahaja sudah mencecah RM 2 billion, antara yang tertinggi di Malaysia (dibelakang negeri-negeri yang ada sumber minyak).

Berapa sangatlah belanja nak mengadakan mesyuarat Exco di luar negara sekali sekala.  Lagipun kebetulan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat sedang mengadakan retreat di Thailand, semua Exco kerajaan negeri pun terlibat sama, apa salahnya mengadakan mesyuarat Exco terus?

Tidaklah menggangu urusan pentadbiran kerajaan walaupun pemimpin sedang mengadakan retreat.

Perbelanjaan tambahan pun hanya untuk membawa Setiausaha Kerajaan Negeri ke situ.  Berapa sangat tambang ke Bangkok, bukan Paris atau London?

Senang kata, isu ini sebetulnya bukanlah satu isu yang besar mana pun.  Tidak bankrap atau menyusut kewangan negeri kalau setakat mengadakan mesyuarat Exco di luar negara sekali sekala, malah aku boleh sahkan disini, tak luak mana pun duit kerajaan.

Ibrahim Ali jaga tepi kain sendiri sudahlah.

Wujudkan Makam Pahlawan Di Jirat Cina

Kematian tokoh pejuang kemerdekaan Chin Peng Isnin lepas, rupa-rupanya bukan setakat memberi kesedaran kepada rakyat mengenai jasa dan pengorbanan arwah yang sekian lama dilupakan, bahkan turut mendedahkan kelemahan terbesar di negara kita, terutama dalam soal menghargai pejuang negara bukan Islam yang telah meninggal dunia atau mati ketika bertugas.

Yang aku maksudkan ialah, ketiadaan Makam Pahlawan di jirat Cina.

Satu-satunya Makam Pahlawan sedia ada di negara ini terletak di dalam Masjid Negara di Kuala Lumpur.  Lokasi berkenaan setakat sesuai untuk orang Islam sahajalah, sedangkan orang bukan Islam?

Jadi kerajaan BN perlu menghalusi cadangan untuk mewujudkan sebuah lagi makam Pahlawan di jirat-jirat Cina, melihat kepada keperluan masa depan, dimana masih ada lagi tokoh pejuang komunis yang boleh disemadikan disitu, selain Chin Peng.

Aku dimaklumkan beberapa pemimpin kanan PKM yang berbangsa Cina masih hidup dan menetap di Kampung Perdamaian Betong, Kampung Perdamaian Banlang, Kampung Perdamaian Shkhirin dan Kampung Perdamaian Yaha.

Kesemuanya berada di dalam sempadan Thailand.

Majoriti daripada mereka sedang berada dalam keadaan uzur dan bila sampai waktu untuk mereka meninggalkan dunia ini, dimanakah tempat yang sesuai untuk disemadikan jasad-jasad mereka nanti kalau bukan di jirat Cina?

Itu sahaja menunjukkan kepentingan untuk mewujudkan Makam Pahlawan di jirat Cina ini.  Aku rasa semua jirat Cina sedia ada, bersedia untuk 'mewakafkan' sebahagian kawasan bagi membolehkan Makam Pahlawan bagi pejuang bukan Islam ini disemadikan.

Selain diberikan upacara pengebumian negara yang setaraf dengan jasa dan pengorbanan mereka mempertahankan negara semasa zaman penjajahan dulu.

Dalam masa yang sama, Pakatan Rakyat perlu membawa isu ketiadaan Makam Pahlawan untuk pejuang bukan Islam (terutama yang berbangsa Cina) ini ke tengah, dijadikan perbahasan di Parlimen dan sebagainya.

Kalau ada yang tidak perasan, ini adalah isu besar yang boleh dimanipulasikan Pakatan Rakyat bagi menunjukkan kepada rakyat bahawa kerajaan BN bukan setakat meng'apartheid'kan orang Cina yang masih hidup, bila mereka mati, diskriminasi yang sama masih dikenakan ke atas mereka.

Walaupun berstatus pejuang negara.

Aku hairan kenapa perkara ini tidak pernah dibangkitkan selama kewujudan Malaysia ini.  Mungkin tidak ada  yang melihat kepentingan isu ini dan kesannya kepada kesatuan dan perpaduan rakyat negara kita.