Thursday, October 31, 2013

Semangat Padi Akan Beri Kelebihan Pada PAS Di Sungai Limau

Untuk menang besar dalam pilihanraya kecil DUN Sungai Limau ini, PAS perlu berusaha lebih kuat dari yag sebelumnya  Apa pun 'lubang' untuk berjaya, perlu diteroka PAS bagi memastikan sasaran tersebut tercapai dengan jayanya.

Termasuklah semalam bila Presiden PAS, Datuk Seri Abd Hadi Awang dan calon PKR Sungai Limau, Azam Samad menyertai upacara menyemah (memuja) semangat padi di Kampung Kabu Sepuluh, Sungai Limau.

Upacara yang telah dilakukan sejak zaman berzaman itu dipercayai mampu memberikan hasil tanaman yang lumayan kepada pesawah padi yang melakukan upacara trersebut di kawasan bendang miliknya.

Bolasepak Kita Takkan Maju Kalau Pahang Juara Piala Malaysia

Sabtu ini akan berlangsung perlawanan akhir di antara pasukan Kelantan dan Pahang di Stadium Shah Alam. Ketika ramai melihat perlawanan tersebut sebagai pertembungan antara 2 negeri berjiran, aku pula melihat perlawanan itu turut membawa bersama idealogi politik yang diwakili kedua negeri berkenaan.

Dengan Kelantan membawa mesej PAS/Pakatan Rakyat dan Pahang membawa mesej UMNO.

Walaupun orang kata perlawanan bolasepak di Malaysia ini lebih rendah tarafnya dari permainan budak sekolah, tapi itu nampaknya tidak menghalang para peminat berpusu-pusu membanjiri stadium untuk menyaksikan perlawanan secara langsung.

Aku sendiri pun hairan dan tak faham kenapa boleh jadi macam itu, tapi dah memang resmi macam itu kot, lagipun apa pilihan yang ada untuk peminat bolasepak disini?

Calon BN pun berkopiah putih

JERAI: Latar belakang dan budaya masyarakat Islam di kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Sungai Limau yang taat beragama mungkin mendorong calon BN dan para pemimpin Umno merubah corak pemakaian dan bahan kempen apabila mengenakan kopiah putih yang agak sinonim dengan PAS.

Sepanduk dan papan iklan calon BN, Dr Ahmad Sohaimi Lazim yang dipasang di sekitar kawasan PRK Dun Sungai Limau sebahagiannya memaparkan foto beliau dengan kopiah atau ketayap putih.

Imej Dr Ahmad dengan kopiah putih ini menghiasi sepanduk dan papan iklan bertemakan "Berani Hijrah" bagi menyaingi tema "Kekal" calon PAS, Ustaz Mohd Azam Abd Samat.

Pengerusi Perhubungan Umno Kedah yangjuga Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir turut kelihatan berjemaah di beberapa masjid di sekitar Dun Sungai Limau dengan berkopiah putih.

Mungkin juga kempen harmoni yang dilancarkan PAS dan BN di Sungai Limau membuahkan hasil apabila pemimpin kedua-dua parti cuba mengetepikan perbezaan melalui perlambangan.

Budaya baru Umno ini amat berbeza dengan pendirian bekas Menteri Penerangan, Datuk Zainudin Maidin yang mahukan songkok hitam menjadi pemakaian orang Melayu berbanding kopiah putih.

Begitu juga dengan Ketua Bahagian Umno Baling yang juga Pengerusi Tabung Haji, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim yang mahukan para jemaah haji Malaysia memakai songkok dan berbaju Melayu ketika menunaikan solat di Masjidil Haram, Makkah.

Ustaz Azam Bakal Ketua Pemuda PAS Pusat

Rancangannya, jika menang dalam PRK Sungai Limau kali ini (yang mana sudah pasti), calon PAS Ustaz Azam Samad bakal bertanding jawatan Ketua Pemuda PAS Pusat dalam muktamar yang akan datang, berikutan keputusan ketua pemuda sekarang, Nasrudin Tantawi yang enggan mempertahankan jawatan tersebut.

Nasrudin yang juga Ahli Parlimen Temerloh dijangka akan merebut salah satu kerusi sebagai Ahli Jawatankuasa PAS Pusat dan berharap di lantik ke dalam Majlis Syura Ulama - badan tertinggi sekali dalam PAS.

Sementara ruang yang kosong itu akan diisi oleh Azam dan dijangka beliau mungkin menerima sedikit tentangan dari sekurang-kurangnya 2 orang calon yang lain.  Bagaimanapun aku dimaklumkan, semua tentangan itu nanti hanyalah semata-mata formaliti sahaja.

‘DAP, the undisputed champion of Penang’

GEORGE TOWN: A lingering question has emerged following the successful completion of the Gerakan’s national party elections last weekend.

The poser – has Gerakan abandoned its former power base, Penang?

Results of its elections seemed to indicate this although officially, party leaders preach about closing of ranks and unity in Barisan Nasional (BN).

AS, Australia perlu henti risikan ke atas Malaysia

KUALA LUMPUR: Sebarang risikan yang dilakukan negara luar di dalam Malaysia wajib dikecam dan tidak dibenarkan terus berlaku, demi keselamatan ekonomi dan kedaulatan negara, tegas Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil.

Katanya, rakyat Malaysia malah dunia dikejutkan berita mutakhir dari 'whistleblower' Edward Snowden melalui Der Spiegel dan Sydney Morning Herald yang mendakwa risikan Amerika Syarikat menggunakan kedutaan-kedutaannya serta suruhanjaya-suruhanjaya tinggi milik Australia, termasuk kedutaan dan suruhanjaya tinggi kedua-dua negara di Kuala Lumpur.

Amanat Azizan: Benar atau palsu?

YAN: Macam macam cara nak menang di PRK Sungai Limau. Paling terbaru surat bekas ADUN Sungai Limau, Tan Sri Azizan Abdul Razak disebarkan oleh pihak BN. Kononnya surat itu ditulis oleh bekas Menteri Besar Kedah itu tiga minggu sebelum beliau meninggal dunia.

Sehingga kini kesahihan surat itu belum dipastikan. Yang menyampaikan amanat Azizan itu bernama Haji Shukri Haji Ismail. Usaha untuk menghubungi Haji Shukri itu sehingga kini gagal.

Sg Limau: Adakah ‘Kekal’ atau ‘Berani Hijrah’?

Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri N.20 Sungai Limau kini sudah pun memasuki ke fasa terakhir kempen yang masih berbaki beberapa hari sahaja lagi sebelum hari pengundian pada Isnin, 4 November 2013.

Pengundi DUN Sungai Limau ini berjumlah seramai 27,222 orang dengan komposisi mengikut kaum iaitu 93 peratus ialah pengundi Melayu, 6.7 peratus pengundi Cina, 0.6 peratus pengundi India dan selebihnya kaum-kaum lain. DUN Sungai Limau ini terletak di bawah Parlimen Jerai yang telah berjaya ditawan oleh Barisan Nasional (BN) dalam Pilihanraya Umum (PRU) ke 13 yang lalu melalui calonnya, Datuk Seri Jamil Khir Baharom manakala dua lagi DUN iaitu Guar Chempedak dan Gurun juga dikuasai BN.

Wednesday, October 30, 2013

Permohonan Maaf Muhyiddin Hanya Satu Lakonan

Kalau aku jadi Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, aku tidak akan minta maaf apabila kenyataannya mengenai penghapusan subsidi gula dalam pembentangan bajet 2014 tempoh hari, dikaitkan dengan arwah Tan Sri Azizan Razak.

Alasannya mudah saja, kenyataan itu terlalu umum serta tidak menyebut nama sesiapa dan sememangnya Azizan menghidap kencing manis sehingga dipotong kedua belah kakinya, apa yang salah dengan perkara tersebut sehingga nak minta maaf?

Tapi seperti mana biasa, pemimpin UMNO lebih berminat untuk tunjuk baik dengan meminta maaf sehingga perkara yang tidak ada isu pun menjadi isu besar. 

Mudah Niaga: Anwar Boleh Bawa Malaysia Di Tempat Ke-3 Berbanding Najib Tempat Ke-6

Disenaraikan sebagai antara negara paling mudah untuk menjalankan perniagaan oleh institusi bertaraf antarabangsa seperti Bank Dunia, perlu diakui satu kejayaan yang layak untuk dibanggakan.  Dengan pengiktirafan tersebut, ia akan menggalakkan lebih ramai lagi pelabur luar untuk masuk melabur di negara ini.

Ada lebih 200 negara di dunia ini sekarang, dan kejayaan menduduki tempat ke-6 adalah satu pencapaian yang bukan mudah untuk diperolehi.  Tidak hairan kenapa pentadbiran Najib begitu menggembar gemburkan pencapaian tersebut.

Tapi setakat duduk di tempat ke-6 ini belum cukup baik sebenarnya.  Malaysia boleh dapat kedudukan yang jauh lebih baik dari ini dengan syarat, Perdana Menteri kita ialah Datuk Seri Anwar Ibrahim, bukan Najib Tun Razak.

"Allah" Murka Calon BN Imam Sembahyang Untuk Menunjuk-Nunjuk

Calon BN di PRK Sg Limau ini, Ahmad Sohaimi Lazim, PHD dikhabarkan mengimamkan sembahyang di sebuah surau di Sungai Limau semalam.

Tindakan yang dilihat sebagai cubaan terdesak untuk menarik undi ini dikatakan telah lama dilakukan Sohaimi, sehingga mengaburi mata kepimpinan UMNO yang terpedaya dengan memilihnya sebagai calon dalam kempen pilihanraya kecil kali ini.

Berbeza dengan kali ini, Sohaimi melakukannya dengan bersungguh-sungguh untuk menutup kekurangannya di dalam bidang agama, berbanding dengan calon Pakatan Rakyat, Azam Abdul Samad.

End sugar monopoly and cartels, says Shahrir

KUALA LUMPUR: Backbenchers Club chairman Shahrir Abdul Samad (BN-Johor Baharu) has called for an end to sugar monopolies in the country now that the sugar subsidy has been removed.

“With the subsidy removed, the sugar industry should be liberalised.

“Import of the commodity should be allowed for instance from Thailand and allow market forces dictate the price of processed sugar.

Kekalkan PAS, tolak penindasan terhadap rakyat

Rayuan Untuk Pengundi Sungai Limau: Kekalkan PAS, Tolak Penindasan Terhadap Rakyat

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Saya mengirimkan tulisan ini buat pengundi-pengundi di DUN Sungai Limau, Kedah yang akan membuat pilihan di dalam pilihanraya kecil pada 4 November 2013 ini. Sekalipun mungkin saya tidak sempat bersua mata dengan semua pengundi, tetapi saya harap tulisan ini dapat dibaca dengan hati yang terbuka dan fikiran yang tenang.

Budget 2014: What’s next?

As expected, Budget 2014 included the GST implementation, reduction of subsidy (one item now but more in the near future), and allocations to boost the economy, all within the Prime Minister’s “five thrust” framework, with the hope of improving the fiscal deficit.

From a planning perspective, I believe that the budget contains steps needed to grow and enhance the economy through the development of basic infrastructure, enhancing human capital development by focusing on the right sets of skills and knowledge, boosting economic activity to increase domestic and foreign investments and restructuring the tax system to enhance revenue. However, this is the same general view, year in, year out.

Pengundi Sg Limau perlu tunjuk kuasa rakyat

JERAI: Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub meminta agar pengundi Dun Sungai Limau menunjukkan kuasa rakyat dengan menolak Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) nanti.

Jelasnya, penolakkan ini sebagai bantahan kepada kerajaan yang tidak pernah memperdulikan nasib rakyat yang semakin tertekan dengan kesempitan hidup.

"Walaupun PRK kali ini tidak dapat mengubah apa-apa kuasa pemerintahan sama ada negeri atau pusat, namun ia amat penting kepada kita untuk menunjukkan kuasa rakyat.

Khalid: Frugality not a threat to me

PETALING JAYA: Selangor menteri besar Abdul Khalid Ibrahim, who is facing criticisms on his frugal style of government spending, said he will continue to watch the pennies despite talks about dissatisfaction over his leadership.

Abdul Khalid said the state government’s fiscal prudence in the past five years has been well reflected in the state’s significant economic achievements, despite unfavourable external conditions.

“(The prudent approach) is the success of Selangor. In any organisation and established institution, prudence as well as discipline (financial management) is part and parcel of the success factor,” he said in Shah Alam yesterday.

Makan umpan, jangan joran - Presiden PAS

JERAI: Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mahu pengundi Dun Sungai Limau menjadi pengundi bijak berdepan kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun itu 4 November ini.

Menurutnya, pengundi harus menjadi "ikan yang cerdik" berdepan pelbagai "umpan pancing" yang dihidangkan kepada mereka.

Kata Tuan Guru Abdul Hadi, ikan yang cerdik adalah ikan yang hanya makan umpan dan bukan memakan jorannya sekali.

Tuesday, October 29, 2013

Mahfuz Omar Lebih Berharga Dari Bapa Jamil Khir

Individu paling teruk dihentam bila bapa Menteri, Datuk Seri Jamil Baharum membuat pusingan U membelasah semula pemimpin PAS kerana menyalah tafsir doa yang dibacanya sebagai meminta Tuhan memenangkan calon PAS, sudah pasti Datuk Mahfuz Omar.

Bila ini berlaku bukan mengejutkan kerana atas inisiatif Mahfuzlah maka rombongan tersebut mengambil keputusan menziarahi bapa Jamil Khir di Kampung Sedaka kelmarin, kebetulan ada berlaku kematian di kawasan tersebut pada hari itu.

Cuma bila difikirkan semula (lebih-lebih lagi selepas U-Turn bapa Jamil Khir), rasa tidak wajar pulak Mahfuz dikutuk hanya kerana isu itu, sebab kalau nak diikutkan Mahfuz jauh lebih berharga berbanding bapa Jamil Khir yang hanya bertopengkan keahlian PAS.

PAS Jemput Anwar Jadi Imam Jumaat Di Sg Limau

Untuk makluman semua, Jumaat ini di Masjid Sungai Dedap, Sungai Limau, PAS akan menjemput Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membacakan khutbah Jumaat dan seterusnya menjadi Imam sembahyang untuk hari tersebut.

Ini berikutan kegagalan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat hadir dan mengimamkan sembahyang Jumaat di masjid tersebut seperti dalam perancangan asal.  Sementara Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pula terlibat dengan perbahasan mengenai rang undang-undang perbekalan di Parlimen.

Maka agak sesuailah untuk Anwar - yang akan mula berkampung di Sungai Limau pada hari yang sama untuk menjadi imam pada hari tersebut dan menyampaikan khutbah politik kepada semua orang yang akan hadir bersembahyang disitu.

UMNO sudah tentunya akan menjadikan kehadiran Anwar di masjid tersebut sebagai isu politik dan moral, berikutan beberapa fitnah sebelum ini yang menggambarkan seolah-olah Anwar ini seorang peliwat, penzina dan dengan itu tidak layak memimpin upacara sembahyang.

Sedangkan aku diberitahu, di dalam Islam, tidak ada larangan untuk sesiapa pun menjadi Imam sembahyang (walaupun peliwat dan penzina), asalkan sahaja dia tahu membaca ayat-ayat yang sesuai dengan upacara pada hari berkenaan.

Itu kalau betul peliwat dan penzinalah, masalahnya sekarang, Anwar bukan kedua-duanya.  Semua tuduhan yang dilemparkan kepada beliau sebelum ini adalah merupakan satu fitnah.  Gambar dan video yang ditunjukkan UMNO sebagai bukti, adalah rekaan semata-mata.

Anyway, untuk aku sendiri, kalau betul pun Anwar terlibat dengan perkara-perkara itu, apa pulak masalahnya?  Itu hak dialah, hal dalam bilik ni siapa yang berhak untuk ambil peduli?

Lagipun Anwar terbukti merupakan seorang Imam yang kompeten dan berjaya.  Aku dimaklumkan beberapa minggu lepas, Anwar menjadi Imam di Australia semasa dalam rangka rasmi lawatannya ke negara tersebut.

Seterusnya menunjukkan bahawa Anwar sudah jadi Imam yang bertaraf antarabangsa!!

Dr. Badrul Amin, seorang pendakwah dan ulama Islam yang terkemuka di negara ini juga pernah menggelarkan Anwar sebagai Imam Mahdi!!  Hebat tak hebat tu.  Imam Mahdi ini dipercayai boleh menyelamatkan dunia, apa sangat mengimamkan sembahyang?

Dengan status itu, siapa kita untuk menafikan hak Anwar membacakan khutbah dan mengimamkan upacara semabahyang Jumaat?  Takkanlah kerana isu-isu kecil seperti dakwaan liwat dan zina ini, kita nak menyekat Anwar dari mengimamkan upacara sembahyang?

Aku sengaja sebut ini sebab dimaklumkan ada orang PAS yang tidak senang dengan tindakan membawa Anwar menjadi Imam Jumaat nanti.  Kononnya bimbang isu-isu moral yang dikaitkan dengan Anwar sebelum ini akan menyebabkan sembahyang semua orang di masjid tersebut pada hari itu, tidak sah.

Ini ternyata satu pemahaman yang bodoh.  Orang yang berfikiran seperti ini, tidak mampu nak membezakan antara fitnah yang disebarkan UMNO dengan kewibaan sebenar Anwar dalam mengendalikan upacara tersebut.

Jangan ingat, tanpa kelayakan dalam bidang agama, Anwar tidak mampu nak menjadi Imam sembahyang, beliau telah membuktikannya di peirngkat antarabangsa.

Cut costs in your dept, PM urged

PETALING JAYA: Prime Minister Najib Tun Razak should walk the talk by shaving expenditure in his own backyard and not create new, expensive agencies.

Serdang MP Ong Kian Ming said in a statement that the PM who is also the Finance Minister announced in the budget the setting up of a new Green Foundation (Yayasan Hijau) and the Malaysian Global Innovation and Creativity Center (MAGIC).

“The expenditure allocated to the Prime Minister’s Department has increased from RM14.6 billion this year to a projected RM16.5 billion next year, an increase of 13 percent,” Ong said.

‘Baram Dam site now inaccessible’

KUCHING: Natives, mostly Kayans, from Long Lepaut and Long Kesseh which is downsteam from the Baram Dam site are staging the third phase of their blockade in Long Lama, making the project area inaccessible to Sarawak Energy Berhad (SEB) workers and officials.

“Baram Dam site is now inaccessible..it is a complete shutdown..,” said local NGO Save Rivers Network chairman Peter Kallang.

He said the reinforced blockade made it impossible for cement trucks and workers to construct the access road to the dam site.

“SEB did send some people to talk to the natives. Two SEB staff coming from Baram, Augustine Supen Taja and Ding Juh, came and tried to talk to the natives, asking them to negotiate, but they (the protesting natives) just ignored them (the two SEB personnel),” Kallang added.

Kallang said there were between 100 ad 200 natives involved in the blockades.

“They come from the affected areas (by the dam project), and take turns to man the blockades and stage the protest,” he said.

Bilion ringgit dibelanjakan tapi jalan masih teruk

KOTA KINABALU: Keadaan jalan raya Sabah yang masih teruk adalah antara isu yang sering menjadi rungutan penduduk di negeri ini. Dengan keadaannya yang berlubang, berlopak, mendap, beralun serta tampalan yang tidak sempurna, ia menyebabkan sesuatu perjalanan itu amat tidak menyeronokkan.

Ia bukan saja tidak menyeronokkan, tetapi untuk jangka masa lama, ia pasti menjejaskan kenderaan apabila tayar meletup atau rim rosak sekaligus meningkatkan perbelanjaan penduduk, menjejaskan mereka yang pendapatan rendah kerana perlu menyelenggara kereta rosak.

Walaupun Kerajaan Pusat dan Negeri sudah membelanja berbilion untuk memberi kemudahan infrastruktur pengangkutan yang boleh dibanggakan kepada rakyat, namun keadaan masih juga sama di kawasan kampung atau di bandar.

PAS Wajar Pecat Serta Merta Bapa Jamil Khir

Aku tidak begitu terperanjat bila bapa Menteri, Datuk Jamil Khir Baharum, Haji Baharum Ramli menafikan yang dia ada mendoakan kemenangan calon PAS di PRK Sungai Limau, Azam Samad seperti yang disiarkan Harakah kelmarin.

Bapa mana yang tak sokong anak walaupun berlainan agenda politik - antara sebab aku tak faham kenapa PAS jadikan lawatan ke rumah Baharum tempoh hari sebagai cerita besar. 

Lagipun bukan PAS tak tahu, duit haram UMNO yang disalur tiap-tiap bulan oleh Jamil Khir kepada bapanya, boleh buat 'darah hijau' Baharum, luntur jadi biru.

MP Lenggong beri 'bola tanggung'

KUALA LUMPUR: 'Bola tanggung' yang diberikan Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Shamsul Anuar Nasarah (gambar) kepada Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang pada sidang Dewan Rakyat semalam, 'dilibas' dengan baik oleh Ahli Parlimen Marang itu sehingga Dewan Rakyat digegarkan dengan tepukan sokongan ahli-ahli Dewan Rakyat daripada Pakatan Rakyat.

Shamsul Anuar yang juga Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)mempersoalkan janji Kerajaan Negeri Kelantan untuk membina Lebuh Raya Rakyat yang menghubungkan Kota Bharu dengan Kuala Krai ketika mencelah ucapan Ustaz Abdul Hadi di Dewan Rakyat, semalam.

PAS tolak GST kerana bebankan rakyat - Presiden

KUALA LUMPUR: PAS dan Pakatan Rakyat menolak pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) kerana ia satu bentuk cukai yang tidak adil dan membebankan rakyat berpendapatan rendah, kata Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Berucap membahaskan bajet 2013 di Dewan Rakyat semalam, Tuan Guru Abdul hadi yang juga Ahli Parlimen Marang berkata, walaupun Perdana Menteri mengumumkan barangan seperti budu, cencalok dan tempoyak tidak dikenakan GST, namun bahan makanan tradisional itu memerlukan ramuan seperti garam dan gula serta minyak (petrol dan diesel) untuk pengangkutan.

Laporan Audit Negara tidak jadi iktibar

KUALA LUMPUR: Isu ketirisan dan pemborosan dalam jabatan dan institusi kerajaan seperti terkandung dalam Laporan Ketua Audit Negara turut disentuh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ketika bangun berucap membahaskan Bajet 2014 di Dewan Rakyat, semalam.

Beliau kesal kerana pendedahan dan teguran yang dibuat Ketua Audit Negara terhadap budaya berbelanja jabatan kerajaan tidak dijadikan iktibar dan diperbaiki manakala individu yang terbabit dengan penyelewengan tidak didakwa.

Monday, October 28, 2013

Sah Pemuda dan Puteri UMNO Lembik di Sungai Limau


Dari pemerhatian dan tinjauan yang aku jalankan, jentera kempen UMNO di Sungai Limau hari ini hanya digerakkan oleh Wanita UMNO dan beberapa kerat Ahli Majlis Tertinggi parti itu sahaja yang membantu silih berganti, dibantu oleh agensi-agensi kerajaan tertentu.

Sedangkan penglibatan sayap-sayap lain dalam UMNO seperti Pemuda dan Puteri, adalah begitu kurang sekali nampaknya. 

DImaklumkan, Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaludin hanya turun sekali, itupun pada hari penamaan calon, sementara barisan Exco pemuda yang baru menang dalam pemilihan baru-baru ini, seekor pun tak nampak muka.

Mahfuz Punca Undi Merosot Di Sungai Limau


Minggu lepas ada 3 perkembangan besar yang berlaku dalam kempen PRK Sungai Limau yang mengaitkan pengarah pilihanraya PAS di Sungai Limau, Datuk Mahfuz Omar.

Yang pertama, dakwaan Mahfuz (yang juga ahli parlimen Pokok Sena dan Naib Presiden PAS) kononnya Menteri Di Jabatan Perdana Menteri adalah seorang anak derhaka, sehinggakan bapanya sendiri mendoakan PAS menang di PRK Sungai Limau.

Kedua, dakwaan penyebaran SMS oleh Mahfuz sendiri yang menyebut calon BN dalam kempen ini, Dr. Ahmad Sohaimi Lazim adalah seorang bekas pesakit mental.  Dakwaan itu bagaimana pun telah dinafikan Mahfuz hari ini.

Mahathir Punca Cybertroopers Pakatan Rakyat Jadi Kaki Fitnah

Keluhan Ustaz Idris Ahmad di dalam Harakah semalam yang mengaitkan budaya memfitnah pemimpin dikalangan cybertroopers Pakatan Rakyat, pada aku memang kena pada tempatnya.

Sebab, sejak PRU13 berakhir, aku lihat agak ramai juga cybertroopers Pakatan Rakyat yang mula cenderung untuk mencemuh pemimpin sendiri, terutama pemimpin PAS dan PKR berikutan keputusan teruk dalam PRU13.

Serta beberapa perkembangan dalam isu-isu semasa seperti kalimah Allah.

Saturday, October 26, 2013

Tuntutan Comango: Apa Yang Bahaya Dengan Liwat Suka Sama Suka?

Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar adalah betul bila menyifatkan tuntutan The Coalition of Malaysian NGOs in the UPR Process (COMANGO) sebagai tidak bahaya kepada negara ini.

Jika semua orang meneliti dengan betul-betul tuntutan tersebut, aku tak nampak sebarang masalah kenapa rakyat negara ini sukar sangat nak menerimanya.

Sebetulnya, COMANGO menyenaraikan begitu banyak tuntutan yang wajar dilaksanakan negara ini, tapi nampaknya para pembesar UMNO seperti Ahli Parlimen Tanjung Karang, Datuk Seri Noh Omar hanya nampak satu, isu berkaitan LGBT.

Yang lain, seperti NGO Yayasan Nassar pimpinan bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa pula menyempitkan tuntutan Comango kepada isu-isu berkaitan Islam seperti kebebasan murtad, penggunaan kalimah Allah dan yang seperti itu.

GST: Kerajaan tidak berlaku adil kepada rakyat

KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, walaupun beliau berbesar hati dengan pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam pembentangan Bajet 2014 itu untuk menambah peruntukan kepada keselamatan, namun tidak ada sebarang langkah khusus untuk mengatasi masalah rasuah yang berleluasa.

Beliau juga menyelar tindakan kerajaan melaksanakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang akhirnya akan menyusahkan rakyat terutamanya golongan berpendapatan rendah dan miskin.

“Malaysia seperti yang kita ketahui dilabel sebagai juara dunia dalam rasuah oleh media barat dan Transparency International, persoalannya kini mengapa tidak ada inisiatif baru ke arah membendung rasuah,” katanya dipetik Roketkini.

Hari Hududullah Negeri Kelantan bermula esok

KOTA BHARU: Konvensyen Amar Maaruf Dan Nahi Mungkar Peringkat Kebangsaan Sempena Majlis Sambutan Hari Hududullah Negeri Kelantan akan diadakan bermula esok, 27 hingga 28 Oktober ini.

Program yang bermula jam 8.00 pagi hingga 4.30 petang berlangsung di Pusat Tarbiyyah Islamiah Kelantan (Putik) Kota Bharu itu akan dirasmikan oleh Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob.

Forum Perdana bertajuk ‘Hudud Penyelesaian Masalah Ummah’ diadakan selepas itu yang menampilkan panelis Dr. Abdul Aziz Bari, Senator Datuk Dr Johari Mat dan Exco kerajaan negeri, Datuk Dr Mumamed Fadzli Hassan, sementara moderator ialah Ustaz Mohd Asri Mat Daud iaitu Pegawai Khas Menteri Besar Kelantan.

GST: Kewangan negara sangat kritikal

JERAI: Ternyata kedudukan kewangan negara sangat kritikal yang menyebabkan Datuk Seri Najib Tun Razak terpaksa memperkenalkan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) pada tahun 2015.

Menurut AJK PAS Pusat Dr Dzulkefly Ahmad kerajaan tidak mempunyai komitmen yang lain untuk menurunkan hutang kerajaan pusat melainkan dengan mengaut wang daripada rakyat melalui GST.

Melalui inilah, katanya kerajaan terpaksa perkenalkan GST walaupun sangat dibenci rakyat kerana GST boleh mendatangkan lumayan kepada kerajaan.

Friday, October 25, 2013

Hukum bunuh dan salib perompak yang membunuh

Saya cukup merasa sedih dengan peristiwa pembunuhan Norazita Abu Talib. Tambah terkejut apabila mengetahui bahawa beliau adalah penduduk di kawasan berhampiran dengan tempat saya Kota Damansara, iaitu di Subang Suria, tempat yang saya kerap berkuliah juga.

Saban hari berita pembunuhan demi pembunuhan. Sampai bila akan berakhir? Terus terang saya sebut, punca kepada semua ini adalah perundangan di samping masalah ekonomi. Terbukti hari ini kegagalan sistem konvensional di dalam mengatasi semua permasalahan ini.

Bajet 2014: Antara penjimatan kerajaan dan bebanan rakyat

BEBERAPA jam dari sekarang, Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan akan membentangkan Bajet 2014 yang sudah sememangnya ditunggu-tunggu khalayak umum.

Tidak seperti pembentangan bajet-bajet negara sebelum ini yang menyaksikan pelbagai habuan dan insentif diberikan kepada sektor-sektor terpilih termasuk kakitangan awam dan rakyat berpendapatan rendah, bajet negara kali ini dijangka sarat dengan pengumuman-pengumuman 'mengejutkan' bersesuaian dengan hasrat kerajaan untuk mengecilkan defisit belanjawan negara yang semakin membimbangkan.

Penggerak Media Sosial Pas Lesu Di Sg Limau

Kempen PRK Sungai Limau memasuki hari ketiga hari ini.  Malangnya, hampir sama seperti di Kuala Besut Julai lepas, perjalanan kempen agak perlahan dengan semua pihak dilihat lebih mengutamakan ceramah dalam skala kecil sahaja.

Dapat 50 orang pun dah dikira cukup banyak dah.

Tapi yang menghairankan, dalam masa yang sama, kempen PAS di media sosial juga kelihatan lesu.  Tidak banyak cerita buruk mengenai calon BN yang dikeluarkan, tak seperti mana biasa.

Bajet 2014: Kakitangan Awam Tidak Layak Dapat Bonus

Pembentangan bajet 2014 oleh Najib Tun Razak petang ini mempunyai impak negatif yang banyak berbanding positif.  Dari pengenalan GST, penghapusan subsidi gula dan sebagainya, rakyat dijangka akan lebih tertekan tahun hadapan.

Begitupun, sebagai seorang Perdana Menteri yang dikelilingi punahsihat-punahsihat yang kerjanya hanya menipu rakyat, Najib turut menyelitkan beberapa 'gula-gula' untuk mengurangkan sedikit cacian dan makian yang bakal diterimanya selepas dari ini.

Antara yang aku difahamkan ialah, kenaikan nilai BR1M dan bonus sebulan gaji untuk kakitangan awam.

Kes Bunuh Norazita: Pakatan Rakyat Minta Hormati Hak Undang-Undang Suspek

Dalam semua pihak begitu emosi sekali apabila membincangkan kes pembunuhan seorang pegawai Ambank, Norazita Abu Talib, 37 tahun di USJ kelmarin, mungkin ada yang terlupa bahawa suspek yang terlibat juga mempunyai hak dari segi undang-undang.

Aku lihat ramai yang menggunakan kepala lutut apabila dengan semborono menghukum suspek dalam kes berkenaan sudah bersalah (terutama di media sosial yang diuruskan UMNO), sedangkan tidak ada proses pengadilan yang dikenakan ke atasnya lagi

Walaupun ada rakaman CCTV, kenyataan saksi dan sebagainya, kita mungkin tidak akan tahu hal yang sebenar, sehingga kes ini dibicarakan di Mahkamah.  Macam-macam boleh berlaku, mungkin ini kes tertembak, diprovokasi dan sebagainya, kita tidak tahu.

Ibrahim Ali kebal daripada undang-undang?

KOTA KINABALU: Sehingga kini, tiada perkembangan maklum balas mengenai laporan Polis yang dilakukan oleh seorang penduduk Sabah terhadap Presiden Perkasa, Datuk brahim Ali.

Laporan polis yang dibuat itu telah mendapat perhatian daripada orang ramai.

Tinjauan melalui media sosial rata-rata orang Sabah menganggap bekas ahli parlimen Pasir Mas itu kebal dari undang-undang dan mereka menganggap segala perbuatan beliau terhadap Sabah dan Sarawak terutama sekali menyentuh sensiviti kaum dan agama tidak dipandang berat kerajaan.

Dedah syarikat keselamatan pengawal bunuh pegawai bank

KUALA LUMPUR: Kementerian Dalam Negeri (KDN) perlu mendedahkan nama syarikat keselamatan yang menggaji pengawal keselamatan terlibat dalam kejadian menembak mati pegawai operasi Ambank di USJ Subang, kelmarin.

“Tidak wajar untuk KDN dengan sekadar mengisytiharkan bahawa syarikat tersebut telah digantung lesen,” kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, banyak persoalan yang timbul daripada prosedur menggaji pengawai keselamatan itu.

Antaranya, kata beliau bagaimana pegawai keselamatan yang memiliki IC palsu.

Berikut kenyataan penuh beliau.

Kementerian Dalam Negeri (KDN) perlu mendedahkan nama syarikat keselamatan yang menggaji pengawal keselamatan terlibat dalam kejadian menembak mati pegawai operasi Ambank di USJ Subang, Rabu lalu.




Tidak wajar untuk KDN dengan sekadar mengisytiharkan bahawa syarikat tersebut telah digantung lesen.

Banyak persoalan yang timbul daripada prosedur menggaji pengawai keselamatan itu, antaranya bagaimana pegawai keselamatan yang memiliki IC palsu.

Berapa lagi orang yang memiliki IC palsu di negara ini – ini di bawah tanggungjawab KDN untuk menjawab kepada rakyat.

Kedua, bagaimana penjenayah ini dapat diterima kerja dengan IC palsu?

Apakah syarikat keselamatan berkenaan tidak tahu menyemak maklumat pekerja yang digajinya dengan Jabatan Pendaftaran Negara?

Bagaimana bayaran gaji dan KWSP dibuat? Apakah penjenayah itu mempunyai akaun KWSP?

Ketiga, yang paling membimbangkan ialah orang yang memiliki IC palsu ini diberikan kuasa dan kebenaran untuk memegang senjata api. Ini satu kejutan bagi rakyat Malaysia tatkala kejadian menembak masih menjadi-jadi.

Apakah rasional KDN untuk merahsiakan nama syarikat terbabit yang kini jelas menjadi satu ancaman kepada keselamatan rakyat kerana kecuaiannya?

Timbalan Ketua Setiausaha Kanan (Keselamatan) KDN, Datuk Alwi Ibrahim berkata KDN telah mengeluarkan Lesen Agensi Persendirian kepada 751 syarikat kawalan keselamatan dan daripada jumlah itu, sebanyak 125 syarikat mempunyai lesen untuk menjalankan operasi kawalan keselamatan senjata api.

Katanya, sebanyak 90 peratus syarikat telah diaudit.

Persoalannya apakah audit ini dilakukan berkala atau selepas kejadian berlaku.

Sekiranya audit ini dilakukan dengan konsisten, sudah tentu KDN dapat mengesan lebih awal pegawai-pegawai keselamatan yang memiliki IC palsu telah digaji oleh syarikat-syarikat keselamatan.

KDN juga harus menyemak apakah ada senjata api yang hilang daripada syarikat-syarikat keselamatan ini sebagaimana anggota polis hilang senjatanya di dalam tandas dan di dalam kereta kerana terlupa dan dirompak.

Sebagai langkah permulaan untuk menunjukkan KDN serius menangani masalah ini, PAS mengesyorkan agar KDN mendedahkan nama syarikat terbabit sebagai amaran kepada syarikat-syarikat keselamatan yang lain untuk mematuhi peraturan yang sedia ada.

Zulkifli Mohd Noor letak jawatan AJK DAP Pulau Pinang

GEORGE TOWN: Ahli Jawatan Kuasa DAP Pulau Pinang, Zulkifli Mohd Noor semalam mengumumkan kepada pihak media tentang perletakan beberapa jawatan beliau dalam parti dan juga dalam kerajaan berkuatkuasa semalam.

Katanya, beliau juga meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan Parlimen, Bayan Baru dan Pengarah Penang Global Tourism(anak syarikat PDC).

Ayah Jamil Khir tetap sokong PAS

JERAI: Di Kedah dan Kelantan, ayah dan anak berlainan parti adalah fenomema biasa. Kalau anak seorang menteri Umno tetapi ayahnya penyokong PAS tegar merupakan perkara yang pelik di Kedah.

Tetapi itu yang berlaku di Kedah apabila ahli parlimen Jerai, Datuk Seri Jamil Khir tidak satu parti dengan ayahnya, Baharom Ramli.

Baharom Ramli, 77, mendoakan agar calon PAS, Ustaz Mohd Azam Abd Samat memperolehi kemenangan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Limau.

Thursday, October 24, 2013

Kerajaan PAS Tumbang Kerana Rakyat Tidak Cerdik

UMNO mengatakan kejatuhan kerajaan PAS Kedah dalam PRU13 yang lepas adalah bukti kepada kelemahan PAS dalam mentadbir negeri tersebut dan dengan itu, BN patut diberi peluang untuk mentadbir Sungai Limau yang sekian lama dikuasai PAS.

Inilah modal utama ceramah UMNO untuk malam pertama kempen yang digunakan secara meluas bagi menutup keburukkan mereka berikutan kenaikan harga minyak September lepas dan pengenalan GST yang bakal diumumkan dalam pembentangan bajet 2014 esok. 

Aku nak tanya, persamaan apa macam ini?  Kedah dan Sungai Limau adalah dua senario berbeza.  Kerajaan PAS Kedah jatuh atas banyak faktor, dengan faktor terbesar sekali kerana rakyat Kedah pada waktu itu tidak cerdik dalam membuat keputusan.

Ongkili retained in landmark battle

KOTA KINABALU: Embattled Dr Maximus Ongkili and Dr Yee Moh Chai retained their deputy president posts for the non-Muslim Bumiputera and Chinese quotas respectively in Parti Bersatu Sabah’s (PBS) Supreme Council elections here last night.

However, the incumbent for the deputy president post for the Muslim quota Almudin Kaida lost to former PBS Wanita chief Senator Jamilah Sulaiman.

The announcement was made by PBS’ Elections Committee chairman Johnny Mositun.

BN’s ‘credible’ candidate has the edge

YAN: A straight fight between the Barisan Nasional (BN) and PAS in the Sungai Limau state by-election will enable voters to compare the ability of both parties in bringing changes to the laid back constituency.

Universiti Sains Malaysia School of Social Sciences lecturer Prof Dr Ahmad Atory Hussain said the BN candidate has the edge over his contender due to his credentials.

BN is fielding Universiti Pendidikan Sultan Idris senior lecturer Prof Dr Ahmad Suhaimi Lazim, 52.

Jentera Muslimat PAS susun ‘gelombang’ UPU

JERAI: Muslimat PAS Pusat telah memperkemaskan jentera kempen bagi menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Sungai Limau.

Jelas ketuanya, Siti Zailah Mohd Yusoff selain memperkemaskan jentera, pihaknya turut menyusun gelombang PRK Sungai Limau yang akan dilaksanakan oleh muslimat dari negeri-negeri yang turun membantu di setiap Unit Peti Undi (UPU).

"Kita telah susun strategi serta memperkemaskan jentera dan telah mengatur beberapa program terutama peringkat negeri dan UPU,” katanya.

UMNO Sama Dengan Komunis

Aku menyokong penuh kenyataan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat semalam yang menyifatkan UMNO sebagai sebuah parti yang sama dengan komunis China, terutama dari segi membangunkan infrastruktur asas kepada rakyat.

PAS di satu pihak lain, tidak mempunyai persamaan dengan UMNO dan komunis China kerana masih berusaha menyelesaikan masalah asas berkaitan bekalan air di Kelantan sejak mula memerintah negeri tersebut pada 1990.

Kaitan UMNO dengan komunis ini bermula lebih 40 tahun dulu semasa bekas Perdana Menteri Malaysia kedua, Tun Abdul Razak memecah tradisi negara-negara rantau sebelah sini pada waktu itu apabila mengadakan hubungan diplomatik dengan negara China.

Kekalahan Mukhriz beri kelebihan kepada PAS

JERAI: Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub melihat kekalahan Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir pada pemilihan Umno lalu memberi kelebihan kepada PAS pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Limau.

Katanya, peluang itui harus diambil oleh PAS untuk bekerja lebih keras dalam meningkatkan majoriti di sebalik kelemahan Mukhriz atas kekalahannya merebut jawatan Naib Presiden Umno.

Menurut beliau, Mukhriz pasti ingin mengembalikan kekuatan ekoran kekalahan itu pada PRK kali ini, namun usaha tersebut agak lewat kerana kebanyakan akar umbi telah menolaknya.

PR yakin PAS mampu pertahan Sungai Limau

JERAI: Pemimpin Pakatan Rakyat yakin dengan rekod yang ditinggalkan oleh Allahyarham Tan Sri Ustaz Azizan Abd Razak dan kekuatan jentera PAS, parti itu mampu mengekalkan kemenangan di Dun Sungai Limau pada 4 November nanti.

Tinjauan Harakahdaily turut mendapati, keputusan PAS meletakkan Ketua Pemuda PAS Jerai, Ustaz Mohd Azam Abd Samat sebagai calon pada Pilihan Raya Kecil (PRK) adalah satu keputusan yang tepat serta dapat meneruskan amanah yang ditinggalkan Ustaz Azizan.

Noh Omar: Do you support homosexuality?

KUALA LUMPUR: Parliamentarians today got entangled in a war of words over the lesbian, gay, bisexual and transgender (LGBT) issue after Tanjong Karang MP Noh Omar insinuated that the opposition is in support of it.

While debating the amendments to the Securities Offences (Special Measures) Act 2012 (Sosma), Noh also accused the opposition of being involved with the Coalition of Malaysian NGOs (Comango) in the Universal Periodic Review (UPR) on human rights.

Comago which is in Geneva for the human rights review, had urged the government to endorse Sexual Orientation and Gender Identity (SOGI) rights or LGBT rights, among other demands.

Hudud Brunei: PAS Jangan Pula Nak Mengada-Ngada

Ramai orang PAS yang aku jumpa, sangat gembira dengan keputusan kerajaan Brunei Darussalam untuk melaksanakan hukuman Hudud sepenuhnya di negara tersebut seperti yang diumumkan Sultan Hassanal Bolkiah kelmarin.

Harakah sendiri tidak sempat-sempat memainkan isu tersebut dan memuji kerajaan Brunei kerana keputusan itu.  Untuk rekod, PAS telah lama bermimpi untuk melaksanakan hudud di negara ini tapi hasrat tersebut telah digugurkan sebaik PAS menyertai Pakatan Rakyat pada April 2008.

Kebetulan sekarang sedang berlangsung kempen pilihanraya kecil Sungai Limau di Kedah dan tidak hairanlah kenapa sudah ada yang berpendapat isu hudud ini mampu memberi kelebihan kepada parti tersebut pada hari pengundian 4 November nanti.

Wednesday, October 23, 2013

Kenapa Nik Aziz Tidak Muncul?

Segala-galanya berjalan lancar dalam proses penamaan calon PRK Sungai Limau pagi tadi, kecuali satu - ketiadaan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat yang tidak kelihatan sepanjang proses tersebut berlangsung.

Jangan kata itu, anak Nik Aziz, Nik Abduh yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas, turut tidak kelihatan di mana-mana, tak seperti beberapa kempen pilihanraya kecil dan demonstrasi besar-besaran yang diadakan Pakatan Rakyat.

Dalam PKR Kuala Besut Ogos lepas, Nik Aziz ada juga datang walapun tidak keluar dari kenderaan kerana masalah kesihatan, tapi kali ini ia tidak berlaku, bayang Nik Aziz pun tak nampak.