Saturday, November 30, 2013

Perlantikan Kazim Ibarat Meletak Tahi Di Dalam Pinggan

Keputusan Najib Tun Razak untuk melantik pendakwah yang kononnya bebas, Kazim Elias sebagai ahli Majlis Tertinggi UMNO semalam membuktikan bahawa Kazim ini adalah seorang penipu besar, berlawanan dengan tarafnya sebagai pendakwah bebas.

Ini kerana, setiap kali kaitannya dengan UMNO dibangkitkan, dia mengelak dan cuba menafikan ada kaitan dengan parti tersebut.  Kononnya siapa pun yang panggil berceramah, dia akan pergi, tak kira dari belah mana pun.

Rupa-rupanya dia menipu kita semua.  Memang selama ini Kazim adalah pencacai UMNO - seperti sangkaan ramai orang yang merasa ada tidak kena dengan pendekatan yang digunakan Kazim setiap kali berceramah - membantai Pakatan Rakyat.

PKR tetap bantah walau DBKL tangguh

  • Nurul Izzah AnwarNURUL IZZAH ANWAR
 1 / 1 
KUALA LUMPUR - PKR akan tetap menghantar surat bantahan mengenai kenaikan cukai taksiran kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) walaupun pelaksanaannya ditangguhkan.

Naib Presidennya, Nurul Izzah Anwar berkata, pihaknya akan membentuk semua komuniti bagi meneruskan desakan dan bantahan secara berkelompok agar kenaikan itu dinilai semula.

“Kami akan bersama penduduk dan ahli PKR untuk menandatangani surat bantahan bagi menunjukkan tanda protes,” katanya pada sidang media di lobi Parlimen, kelmarin.

Khalid denies paying Anwar RM15mil claims

SHAH ALAM: Selangor Menteri Besar Abdul Khalid Ibrahim has denied allegation he paid claims totaling RM15 million to State Economic Adviser Anwar Ibrahim last year.
When approached by reporters after the State Assembly session here yesterday the Selangor Menteri Besar said: “Its not true.”

Isu gaji: Bincang semula jika perlu

  • Abdul Khalid IbrahimAbdul Khalid menjadi tumpuan media sejak isu gaji menjadi topik hangat.
 1 / 1 
SHAH ALAM - Pindaan Enakmen Anggota Pentadbiran dan Ahli Dewan Negeri (Saraan) 2013 melibatkan kenaikan gaji Menteri Besar Selangor, Speaker, Timbalan Speaker, Exco dan Adun akan dibincangkan semula sekiranya ada keperluan.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bagaimanapun menegaskan, perkara itu telah dibentangkan dan dipersetujui ahli dewan dan ia akan diteruskan.

“Ya, kenaikan gaji itu akan diteruskan dan saya juga akan bincangkan dengan ahli dewan untuk dengar pandangan mereka, Insya-ALLAH ia diteruskan.

Lim censures Ooi says comments ‘unfair’

GEORGE TOWN: Penang Chief Minister Lim Guan Eng broke his silence over the ‘kuching kurap’  issue when he said he concurred with State Local Government, Traffic Management and Flood Mitigation Committee chairman Chow Kon Yeow that Jelutong MP Jeff Ooi should not have uttered degrading remarks against low-ranked staff.
“I’m of the same opinion as Yang Berhormat Chow. As he represents the state, Jeff Ooi should listen to what Chow had said,” Lim told reporters at the State Assembly lobby here yesterday.

Mubarak pula cadang gaji YB dinaikkan

  • Abdul Aziz RahmanAbdul Aziz Rahman
 1 / 1 
TEMERLOH - Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) menggesa kerajaan mempertimbangkan kenaikan gaji wakil rakyat di peringkat Parlimen dan Dun memandangkan hampir 20 tahun elaun mereka belum dinaikkan.

Presiden Mubarak, Tan Sri Abdul Aziz Rahman berkata, kadar kenaikan yang difikirkan layak adalah antara 100 ke 150 peratus memandangkan keadaan ekonomi dan harga barangan keperluan yang tinggi.

Menurutnya, kakitangan awam dan kerajaan sudah diberikan kenaikan gaji tetapi wakil rakyat belum menerima kemudahan itu.

Anwar, Wan Azizah dan …

“Hakikatnya, dulu Anwar dilihat sebagai bakal Perdana Menteri. Namun, kini semuanya sudah hilang dalam sekelip mata!” – Cerita Kak Wan (2013)

Sewaktu Datuk Seri Anwar Ibrahim memangku jawatan Perdana Menteri selama dua bulan pada pertengahan tahun 1997, saya terasa bimbang memikirkan masa depan kaum-kaum “Bukan Melayu” di negara ini.

Friday, November 29, 2013

Celaka Punya Singapura Intip Malaysia

Pakatan Rakyat memandang serius dakwaan pengintipan yang dlilakukan oleh agensi perkhidmatan rahsia Singapura seperti didedahkan sebuah akhbar Australia kelmarin.

Ini dibuktikan melalui beberapa kenyataan yang dikeluarkan oleh pemimpin seperti Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil kelmarin yang antara lain menyeru tindakan tegas dari pentadbiran Najib Tun Razak.

Bukan setakat memanggil Pesuruhjaya Kedutaan atau menghantar nota diplomatik sahaja,  Semua itu terlalu lembut.  Pakatan Rakyat mahu satu tindakan tegas, kalau perlu berkeras, kita berkeraslah, takut ke?

Audit: Kenapa Ramai K'tangan K'jaan Pro PR Disiasat?

Difahamkan dari seramai 39 kakitangan awam yang sedang disiasat dan berhadapan dengan kemungkinan besar untuk di dakwa di Mahkamah lanjutan penyelewengan yang didedahkan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2012, lebih separuh adalah terdiri dari mereka yang pro Pakatan Rakyat,

Sekurang-kurangnya 3 daripada mereka telah dilantik menjadi Ahli Majlis Perbandaran di negeri-negeri yang Pakatan Rakyat perintah sebaik bersara dari perkhidmatan kerajaan selepas PRU13 yang lepas, berikutan sumbangan mereka dalam memastikan kemenangan parti komponen Pakatan Rakyat.

Walaupun telah bersara, tindakan tetap akan diteruskan kerana audit ini melibatkan transaksi yang berlaku semasa mereka masih dalam perkhidmatan.

TS Khalid Patut Dapat RM 100k Sebulan

BANTAHAN atas kenaikan besar-besaran beberapa pemegang jawatan dalam pentadbiran kerajaan Selangor oleh blog ini semalam, terbukti atas sebab kepentingan rakyat bukan sebab blog ini menjadi macai UMNO seperti dakwaan sesetengah pihak.

Tambahan itu, bantahan sama turut dikeluarkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim dan YB Azmin Ali.

Begitu pun, setelah difikir-fikirkan semula, kenapa TS Khalid tidak menaikkan gajinya sendiri sebanyak RM 100,000 terus. Dah alang-alang naik beratus peratus tu, apa tak genap-genapkan jumlah tersebut kepada RM 100k.

Senang sikit nak kira.  Ini ada pula RM 29,750, menyusahkan pembantu pentadbiran nak mengiranya saja.

Details on TPPA talks to be revealed by end of 2014

PETALING JAYA: Details on the Trans Pacific Partnership (TPP) is likely to be revealed by end of next year, mainly driven by US politics and trade content, says a barrister and a member of Hong Kong Committee for Pacific Economic Cooperation, CL Lim.
Lim said the trade negotiations are half way done so far, plus with the upcoming midterm elections in the US restricting the authorities from closing the TPP negotiations sooner.

Pas tidak berkembang dalam PR

  • PASCA PRU
 1 / 1 
SHAH ALAM – Keputusan PRU13 yang lalu membuktikan prestasi Pas tidak berkembang dalam gabungan PR, kata penganalisis politik.

Pada PRU12, Pas menang 23 kerusi namun hanya mendapat 21 kerusi pada pilihan raya lalu.

Prof Dr Ahmad Atory Hussain menyifatkan Pas lebih baik berjuang sendirian atau bersama Umno berbanding duduk dalam PR bersama DAP dan PKR.

Adakah kita perlu takut dengan GST?

PETALING JAYA: Ramai lagi di luar sana yang belum jelas mengenai Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) 6% yang akan dilaksanakan mulai April 2015 ini.

Malah apabila kerajaan mengumumkan yang GST akan diperkenalkan, ramai yang melenting kerana berasa ia hanya menambah beban rakyat. Ramai yang keliru kerana beranggapan bahawa GST merupakan satu cukai baru selain Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan yang sudah ditanggung oleh pengguna. Jika ditambah dengan GST, pastinya akan menambah perbelanjaan kita.

Tuntutan gaji tiada dalam memorandum

  • Tuntutan gaji tiada dalam memorandumBBC pada sidang media semalam menafikan kenaikan gaji ada dalam memorandum belanjawan.
 1 / 1 
SHAH ALAM - Kelab penyokong kerajaan (BBC) menafikan memorandum yang dihantar sebelum pembentangan Belanjawan Selangor 2014 ada cadangan kenaikan gaji Adun.

Wakilnya, Dr Abdul Rani Osman (Pas- Meru) berkata, 99 peratus kandungan cadangan memorandum berkenaan adalah berkaitan peruntukan yang terus kepada rakyat.

Menurutnya, ahli BBC berterima kasih kepada kerajaan negeri dan hal ini akan kukuhkan iltizam untuk berkhidmat dengan lebih baik.

Pemuda Umno hilang taring

PETALING JAYA: Pemuda Umno kini dilihat sudah tidak berani  tampil ke depan untuk membantah mengenai isu melibatkan bangsa, agama dan negara.
Penolong Setiausaha Pemuda Cawangan Pusat Bandar Taman Chempaka Syed Rosli Syed Harman Jamalullail berkata ini kerana Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin sendiri menegaskan bahawa Pemuda Umno tidak perlu menjadi terlalu ekstrem.

Penulis bangga buku diharam

  • Faisal TehraniFaisal Tehrani bersama novelnya 'Perempuan Nan Bercinta' yang dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, tahun lalu. - Foto ihsan The Malaysian Insider
 1 / 1 
SHAH ALAM - Pengarang terkenal, Faisal Tehrani berkata, beliau berbangga sekiranya benar laporan bahawa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah mengharamkan novelnya 'Perempuan Nan Bercinta' yang dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, tahun lalu.

Faisal atau nama sebenarnya Mohd Faizal Musa bagaimanapun berkata, beliau masih tidak dimaklumkan berhubung perkara itu dan masih melihat novelnya itu dijual di rak buku sehingga minggu lalu.

"Sekiranya khabar ini benar, saya gembira kerana telah mencipta dua kali sejarah yang tidak dilakukan oleh mana-mana pengarang hatta sasterawan negara sekalipun.

Thursday, November 28, 2013

Apa Tujuan MB Kelantan Jumpa Najib?

Sehingga kini Pakatan Rakyat masih keliru dengan tujuan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yaakub mengadakan pertemuan di Najib Tun Razak di pejabatnya di Putrajaya sebentar tadi.

Pakatan Rakyat tidak pernah diberitahu tentang perkara ini apatah lagi memberi lampu hijau supaya pertemuan itu di teruskan.  Benar, kita langsung tak tahu menahu walaupun Najib telah membayangkan tentang perkara tersebut malam tadi.

Kita sangka Najib bergurau, rupanya tidak.

Khalid Sila Kaji Semula Kenaikan Gaji Tidak Munasabah

Sebagai penyokong Pakatan Rakyat, aku berasa malu dengan keputusan yang diambil kerajaan negeri Selangor semalam dengan menaikkan gaji Exco, Speaker, Timbalan Speaker, ADUN dan Menteri Besar sendiri sehingga berkali-kali ganda.

Itu aku, kalau kita lihat pandangan dalam blog-blog mesra UMNO dan sebagainya, lebih teruk lagi.

Keputusan ini agak tidak munasabah kerana dalam keadaan rakyat masih ramai yang menderita akibat tekanan hidup yang disebabkan oleh polisi zalim kerajaan persekutuan, tidak seharusnyalah pemimpin kerajaan negeri Selangor menaikkan gaji sendiri pada kadar yang terlalu tinggi.

Komunis: Jika Aishah Balik, Ching Peng Juga Mesti 'Balik'

Ura-ura kerajaan Malaysia akan membawa rakyat negara ini yang dijadikan hamba oleh sepasang suami isteri selama lebih 39 tahun di London, telah benar-benar mengejutkan rakyat negara kita.

Ini kerana wanita berkenaan yang dikenali sebagai Siti Aishah Abd Wahab itu pernah terlibat dengan pergerakan komunis berhaluan kiri sehingga melarikan diri dari Malaysia untuk menetap di London akibat diburu polis negara ini pada tahun 70-an.

Aku fikir kerajaan negara ini begitu anti dengan fahaman komunis ini sehingga sesiapa yang diketahui menyokong fahaman tersebut akan ditangkap dan kalau berada di luar negara, dah jadi abu pun tak dibenarkan untuk dibawa balik.

Pas Terengganu harap muzakarah jadi realiti

  • Mohd Abdul Wahid EndutAbdul Wahid
 1 / 1 
KUALA TERENGGANU – Pesuruhjaya Pas Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut optimis terhadap muzakarah antara Pas dan Umno dan berharap ia benar-benar direalisasikan dalam memastikan pemerintahan Islam dilaksanakan sepenuhnya di negara ini.

Menurutnya, Pas Terengganu turut mengalu-alukan muzakarah tersebut sebagaimana dinyatakan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebelum ini dalam ucapan penggulungan sempena Muktamar Agung Pas Ke-59 barubaru ini.

“Saya daripada dahulu lagi memang berharap sungguh perkara ini (muzakarah antara Pas dan Umno) jadi kenyataan,” katanya.

Pemimpin PKR tidak dibeli, kata Tawfiq

KOTA KINABALU: Menteri Belia dan Sukan Sabah, Datuk Tawfiq Abu Bakar (gambar) menafikan para pemimpin PKR Sabah yang mengisytiharkan keluar parti tersebut dua hari lalu dibeli oleh pihak Barisan Nasional (BN).

Katanya, mereka keluar dari PKR di atas kesedaran mereka sendiri dan mereka bukannya dibeli.

Peruntukan Selangor masih berbaki

  • Tan Sri Abdul Khalid IbrahimTan Sri Abdul Khalid Ibrahim
 1 / 1 
SHAH ALAM - Kerajaan negeri Selangor hanya membelanjakan RM3.2 bilion daripada RM3.5 bilion yang diperuntukkan untuk pembangunan dari tahun 2008 hingga tahun lalu.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, jumlah yang dibelanjakan itu bersamaan dengan 91.53 peratus.

Abdul Khalid berkata, kerajaan negeri memperuntukkan sejumlah peruntukan tahunan bagi setiap jabatan untuk melaksanakan pelbagai projek dan program pembangunan dirancang.

BN, Umno too soft on S’pore, says Anwar

KUALA LUMPUR: Opposition Leader Anwar Ibrahim today criticised the government for its failure to issue a stern warning to Singapore following a spying allegation implicating the island republic.

He said the BN government and Umno leaders were being too soft on Singapore.
Recent news reports quoting former US security agent Edward Snowden allege that Singapore has been helping the US and Australia intercept communication across Asia. An Australian newspaper said Malaysia had been a target for decades.

Pas diharap sokong usul BN

  • Pas diharap sokong usul BN Shamsuddin (tengah) pada siang media di sidang Dun, semalam.
 1 / 1 
BARISAN Nasional (BN) menggesa Pas bersama-sama menyokong usul menangguhkan mesyuarat di bawah Peraturan 17 Dewan Negeri mengenai bantahan terhadap tuntutan Gabungan NGO-NGO Hak Asasi Manusia (Comango).

Ketua Pembangkang, Datuk Mohd Shamsuddin Lias (BN-Sungai Burong) berkata, pihaknya akur dengan keputusan Speaker menolak usul tersebut daripada dikemukakan di sidang Dun kelmarin.

“Saya berharap Pas dapat bersama-sama dengan kita membantah mengenai perkara ini.

MCA as seen in the crystal ball

PETALING JAYA: With less than three weeks to nomination day on Dec 16, the MCA hopefuls in the presidential race are preparing for their last sprint to the finish line scheduled next month on the 21st, a few days just before year end Christmas celebrations.

The latest campaign sees former president Ong Tee Keat announcing his intention to re-contest the top party post. He is the second candidate to do so after deputy president Liow Tiong Lai announcing his intention to contest the president’s seat.

Wednesday, November 27, 2013

Krisis PKR Sabah: Lajim Ukin Sila Letak Jawatan


Keputusan melantik Lajim Ukin sebagai Ketua PKR Sabah; setelah berpaling tadah dari UMNO tahun sudah, terbukti satu keputusan yang salah dari semua segi.

Ini setelah 2 ADUN PKR dari Matunggong dan Kadamaian bersama 11 pemimpin PKR negeri yang lain keluar parti dan mengisytiharkan sokongan terhadap Barisan Nasional di PWTC semalam kerana hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Lajim.

Dengar cerita ada lebih ramai lagi pemimpin PKR negeri yang akan turut keluar parti, silap-silap hari bulan, PKR Sabah boleh bungkus terus.

ADUN Penanti: Jangan Pecat, Biar Dia Meninggal Dulu


Majoriti penyokong Pakatan Rakyat sangat tidak bersetuju dengan cadangan agar ADUN Penanti, Dr. Norlela Ariffin meletakkan jawatan dan satu pilihanraya kecil diadakan di kawasan tersebut untuk menamakan penggantinya.

Ura-ura Norlela akan melepaskan jawatan ini mula bertiup kencang semula setelah dia melepaskan jawatan Ketua Wanita PKR, Pulau Pinang kepada penyandangnya yang dulu, Norhayati Jaafar berkuatkuasa semalam.

More to quit Sabah PKR?

KUALA LUMPUR:  Matunggong assemblyman Jelani Hamdan claims that at least 20 to 25 Sabah PKR leaders from their respective divisions are expected to quit the party in a second wave of resignation.

Sabah PKR is simmering with widespread dissatisfaction following the 13th general election.
Jelani, together with  11 Sabah PKR divisional have thrown their support behind Barisan Nasional, claiming too much interference from national PKR leaders.

PM must explain if we are next Greece

KUALA LUMPUR: Pandan MP Rafizi Ramli has urged Prime Minister Najib Tun Razak to clarify on the country’s financial position, and further described that the government can no longer hide the reality that it was now facing fiscal downfall.

The PKR strategy director then questioned the reversal made by the Deputy Finance Minister Ahmad Maslan during yesterday’s parliament session when he said that Malaysia was still stable economically despite Najib mentioning that Malaysia was facing bankruptcy just a day earlier.

Makna air mata pemimpin Pas

  • Makna air mata pemimpin Pas
 1 / 1 
ADA babak air mata di Stadium Malawati, Shah Alam petang Ahad lalu. Husam Musa sebak ketika berucap. Salahuddin Ayub turut mengesat air mata di tempat duduknya.

Tuan Ibrahim yang kembali semula ke kerusi yang pernah diduduki, pun juga melantun nada syahdu dalam ucapan penangguhan. Semuanya menangisi tersingkirnya Mahfuz Omar dari kerusi Naib Presiden Pas yang mereka masing-masing menangi!
   
Bagi Husam, kerana dialah Mahfuz tersingkir. "Datuk Mahfuz pemimpin yang lebih baik daripada saya tetapi kerana saya dapat lebih 16 undi daripada dia, dia tidak lagi jadi Naib Presiden kita," katanya dalam nada yang tersekat-sekat.

Muzakarah: Pas dakwa Umno tak serius

  • Abdul Fattah Mahmood Abdul Fattah Mahmood
 1 / 1 
KOTA BHARU - Umno didakwa tidak serius dalam usaha mengadakan muzakarah sejak dahulu lagi dan pernah menarik diri pada saat-saat akhir ketika perkara itu akan berlangsung.

Exco Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Abdul Fattah Mahmood berkata, muzakarah perlu diadakan dan Pas tidak pernah menarik diri pada saat-saat akhir sehingga ke hari ini.

“Kita (Pas) perlu mengikut kepimpinan dan tidak pernah menutup pintu mengenai hal agama.

Apa kesudahan muzakarah Pas, Umno

  • Analisis
 1 / 1 
SHAH ALAM – Sekali lagi Pas menyatakan kesediaan bermuzakarah dengan Umno, mengulangi kembali hasrat yang dahulunya tidak bernoktah.

Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai Presiden menjelaskan, tujuan itu tidak lain adalah untuk melaksanakan pemerintahan Islam di negara ini, pada sesi penggulungan Muktamar Pas ke-59, Ahad lalu.

Apakah yang sebenarnya yang dimahukan Pas jika bermuzakarah dengan Umno? Adakah Pas mahukan satu perbincangan yang lebih holistik di mana persetujuan Umno untuk melaksanakan hudud?

Tuesday, November 26, 2013

Zakat: Eloklah Petronas Tak Bayar, Nanti Islam Banyak Duit

Aku tak berapa nak faham kenapa Petronas perlu dipaksa untuk membayar zakat daripada perolehannya yang berjumlah beratus billion ringgit tersebut.

Pakatan Rakyat membantah perkara ini kerana sebaiknya Petronas tidak perlu dipaksa untuk membayar zakat, kerana nanti wang itu hanya boleh digunakan oleh orang Islam sahaja, sementara orang bukan Islam hanya telan habuk.

Seperti yang semua sedia maklum, wang zakat akan diuruskan oleh Pusat Zakat dan Baitulmal yang hanya khas untuk orang Islam.

Pasca Muktamar PAS: Dah Muzakarah Dengan UMNO Pulak!!

Sebelum muktamar, kecoh PAS berkeras nak melaksanakan hudud dengan yang banyak buat kenyataan ini adalah calon-calon bertanding.  Maklumlah, terdesak nak promosi diri sebagai pejuang Islam sejati atau nanti tidak dapat undi.

Habis Muktamar, dengan semua keputusan dah diketahui siapa pemenang, keluar pulak cerita nak muzakarah dengan UMNO.  Apa yang tengah berlaku ni?  Pening betul kepala aku.  Hudud pun tak selesai bahas, dah keluar cerita muzakarah.

Mana satu nak tackle dulu, hudud atau muzakarah PAS dengan musuh?

Antara Wardina & Blog Ini, Siapa Sebenarnya Anjing UMNO?

Banyak mulut menganga semalam bila lihat artis pencen bernama Wardina ini naik ke pentas menerima watikah sebagai Ahli Majlis Konsultansi Perpaduan Negara dari tangan Najib Tun Razak.  Tak kurang juga yang rasa basah - kena kencing.

Ramai tak menyangka wanita yang aktif menghentam kerajaan dan pemimpin BN melalui akaun Twitternya ini, tergamak mengkhianati kepercayaan Pakatan Rakyat dengan merelakan diri menjadi alat atau anjing suruhan kepada Najib.

Benar, selain Wardina, seorang Ahli Parlimen Pakatan Rakyat, Datuk Dr. Mujahid Rawa juga dipilih menganggotai majlis tersebut, tapi Wardina dan Mujahid adalah 2 watak yang jauh berbeza, dengan pendirian Mujahid yang tegar menentang kerajaan memang bukan rahsia dan tak perlu dipertikaikan lagi.

PKR gesa kerajaan tegas isu intipan Singapura

PETALING JAYA: PKR menggesa kerajaan untuk mengambil tindakan tegas terhadap laporan yang mengatakan agensi risikan Singapura terlibat dalam aktiviti mengintip telekomunikasi dan trafik internet termasuk dari Malaysia.

Menurut laporan, intipan itu dijalankan melalui tap terhadap kabel telekomunikasi optikal submarin (SEA-ME-WE-3) yang menghubungkan negara-negara di Asia Tenggara, Timur Tengah dan Eropah Barat.

Umno sambut baik muzakarah dengan Pas

  • Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
 1 / 1 
KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Umno bersifat terbuka berhubung kesediaan Pas bermuzakarah dengan parti itu mengenai hal ehwal pentadbiran Islam di negara ini.

"Kita terbuka tetapi kita nak tengok apa skopnya dan kita nak minta penjelasan lanjut daripada pihak Pas," kata Perdana Menteri yang juga Presiden Umno kepada pemberita selepas menyampaikan watikah pelantikan kepada 29 anggota Majlis Konsultasi Perpaduan Negara (MKPN) di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang semalam yang melahirkan kesediaan bermuzakarah dengan Umno dalam usaha untuk melaksana pentadbiran berasaskan ajaran Islam di negara ini.

BN rep: Islam demands ‘muzakarah’ with PAS

KUALA LUMPUR: For the Umno-PAS ‘muzakarah’ (dialogue) to succeed, the members of both parties need to put aside prejudice, said a Barisan Nasional MP.
BN-Padang Besar MP Zahidi Zainul Abidin said it is time for Umno and PAS to start a dialogue in the best interest of Islam and to ensure that Malay special rights are not disputed.
“We should harbour good feelings so that this ‘muzakarah’ can unite the Muslims and the Malays.

Muzakarah: Kerajaan perlu bersungguh

  • Tuan Ibrahim Tuan ManTuan Ibrahim Tuan Man
 1 / 1 
SHAH ALAM - Kerajaan perlu menunjukkan kesungguhannya untuk menyambut baik cadangan Pas yang mahu bermuzakarah.

Naib Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, kerajaan tidak boleh sekadar bercakap tetapi perlu memastikan muzakarah yang dicadangkan benar-benar dapat direalisasikan.

“Sebelum ini, sudah banyak perkara yang kerajaan cakap mahu laksana tetapi ianya tidak berlaku. Jadi, kita harap muzakarah kali ini akan jadi satu kenyataan.

Bukti ulama masih diperlukan

  • Muhammad Khalil Abdul Hadi
 1 / 2 
KUALA TERENGGANU – Kemenangan Muhammad Khalil Abdul Hadi sebagai Timbalan Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat yang merupakan satu-satunya wakil tunggal kumpulan ulama yang berjaya menempatkan diri dalam barisan kanan kepimpinan sayap pemuda itu dipandang positif oleh pemimpin ulama Pas.

Timbalan Ketua Dewan Ulama Pas Terengganu, Abu Bakar Abdullah berkata, pemilihan Muhammad Khalil menunjukkan golongan ulama mendapat perhatian untuk membarisi kepimpinan Pas di semua peringkat.

Menurutnya, ia selari dengan kepimpinan Pas yang turut memartabatkan kepimpinan ulama dalam menentukan hala tuju perjuangan parti.

Taib’s family involved in quarrying valuable granite?

KUCHING: Amidst rare calls by Sarawak Barisan Nasional’s Bidayuh assemblymen for the state Land and Survey Department to steer clear of sacred mountains in Bau following revelations of quarrying and logging within communal and ancestral forests, comes the latest disclosure that one of the companies involved allegedly belongs to Chief Minister Taib Mahmud’s kin.

Taib’s billionaire sister Raziah and her husband Robert Genied apparently own Serambu Quarry Sdn Bhd, the company that is surreptitiously hacking away valuable granite for profit on historical Mount Serumbu in Bau.

Monday, November 25, 2013

Rajagopal Perlu Dipertahankan Sebagai Jurulatih Kebangsaan

Seperti yang semua orang sangka, Ketua Jurulatih bolasepak negara, Datuk K Rajagopal akhir dipecat dari skuad kebangsaan berkuatkuasa akhir tahun ini dan jawatan itu diisi sementara oleh jurulatih skuad remaja, Datuk Ong Kim Swee.

Betullah bunyinya kontrak tidak disambung, tapi itu bahasa sopan, bahasa kasarnya, kena terajang keluarlah.

Pakatan Rakyat bagaimanapun tak berapa setujulah dengan pemecatan Rajagopal sebab pada pemerhatian kita, kelemahan skuad kebangsaan hari ini bukan sangat salah Rajagopal sebagai jurulatih, tapi lebih kepada faktor-faktor lain yang tidak berkaitan sangat dengan taktikal dan perancangan di atas padang.

Syukur Nurul Izzah Tak Jadi Mangsa

Terkejut juga aku semalam bila dimaklumkan bahawa seorang lelaki yang didakwa bekerja sebagai pemandu peribadi kepada seorang Ahli Parlimen wanita Pakatan Rakyat dari PKR, ditangkap kerana disyaki merogol dan memukul seorang pembantu rumah warga Indonesia.

Sehingga tengah hari ini aku masih menunggu pengesahan dari sumber di ibu pejabat PKR di Tropicana sama ada benar lelaki durjana berkenaan bertugas dengan Ahli Parlimen berkenaan

Kalau betul, maka aku bersyukurlah sebab beliau tak menjadi mangsa kepada lelaki tersebut.  Zaman hari ini memang dah banyak kes hampir serupa yang aku dengar, cuma tak sangka pula ia berlaku kepada pemimpin tertinggi PKR seperti Ahli Parlimen berkenaan.

PAS Akan Lingkup Tanpa Mahfuz Omar

Kekalahan tipis Datuk Mahfuz Omar dan kemenangan calon pro ulama, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man sebagai Naib Presiden PAS dalam muktamar tahunan parti tersebut yang berakhir semalam, sebenarnya adalah satu tamparan hebat kepada parti itu.

Mahfuz baru saja membuktikan kebolehannya mengembalikan maruah PAS apabila mengemudi kempen parti tersebut di Sungai Limau sehingga berjaya, dan akhirnya beliau dikalahkan semata-mata untuk menyelamatkan kedudukan ulama dalam barisan tertinggi kepimpinan PAS?

Ini bukan cara yang betul nak membalas budi Mahfuz.

Jeffrey calls for transparency on dam projects

KOTA KINABALU: The Sabah government owes frightened residents of Kaiduan and Tambatuon a full and frank disclosure of proposed dam construction projects on their doorstep, STAR Sabah chairman, Jeffrey Kitingan said yesterday.

He said that so far the people in the vicinity of the proposed dams  do not have the full details behind the proposed dams that are being rammed through by the state government.
A full explanation on the rationale for the projects must be given by the authorities so that all those who will be impacted can make their case to the state government in return, said Kitingany who represents Bingkor in the state legislature.

Antara ulama, profesional, rahmat, hudud dan tahaluf siyasi

PETALING JAYA: Kemenangan Mohamad Sabu sebagai Timbalan Presiden PAS dalam sesi pemilihan Muktamar PAS kali ke-59 baru-baru ini membuktikan kumpulan profesional PAS sememangnya masih lagi relevan.
Tidak dinafikan undi majoritinya pada 98 undi tidak begitu ketara jika dibandingkan dengan pencabarnya Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, namun kemenangan dua orang Naib Presiden PAS dari kumpulan profesional menunjukkan bahawa pengaruh kumpulan profesional ternyata masih lagi stabil.

Pas Johor gesa segera daftar PR

  • Pas Johor gesa segera daftar PRSemalam merupakan hari terakhir perwakilan mengikuti Muktamar Tahunan Pas kali ke-59, di Stadium Melawati, Shah Alam.
 1 / 1 
SHAH ALAM - Pas Johor menggesa kepimpinan parti agar menyegerakan pendaftaran PR bagi membolehkan sistem dua parti dilaksana di Malaysia.

Perwakilan Johor, Firdaus Masood berkata, sebelum ini isu pendaftaran ini pernah diusulkan oleh bekas pimpinan PR Datuk Zaid Ibrahim, ke Pendaftar Pertubuhan (ROS) dan juga ke Parlimen.

‘Delegates picked ulamak, activist, professional’

Muktamar PAS 2013
SHAH ALAM: The new line-up of PAS vice-presidents is made up of an ulama, an activist and a professional, said newly elected vice-president Tuan Ibrahim Tuan Man.
Tuan Ibrahim, who is PAS Information chief, won one of the three party vice-president’s posts while incumbents Salahuddin Ayub and Husam Musa retained theirs at the 59th PAS Muktamar over the weekend.
“Maybe Salahuddin is seen as party activist, Husam as professional, and I in the context of ulama (Islamic scholar),” said Tuan Ibrahim, who is also Pahang PAS commissioner.

Undi Melayu punca kegagalan Pas

  • Undi Melayu punca kegagalan PasMuktamar Pas ke-59 yang bermula di Shah Alam, malam Rabu lalu dengan perasmian Muktamar Pemuda dan Muslimat tamat semalam, dengan penggulungan presidennya.
 1 / 1 
SHAH ALAM - Kemerosotan undi Melayu kepada Pas pada PRU13 Mei lalu menjadi faktor utama mengapa parti itu gagal dalam usaha mengganti Umno sebagai parti tunggal Melayu di negara ini.

Ketua Lajnah Penyelidikan, Dr Dzulkefly Ahmad berkata, berdasarkan hasil bedah siasat PRU13, Pas didapati mengalami kemerosotan sokongan undi kaum Melayu sebanyak dua peratus.

Menurutnya, disebabkan itu impian parti mahu menggantikan Umno sebagai parti tunggal Melayu masih belum dapat dilaksanakan.

Sunday, November 24, 2013

Tuhan Hindu, Kristian & Buddha Bantu Kemenangan Mat Sabu

Akhirnya kita semua boleh menarik nafas lega setelah Haji Mohamad Sabu (Mat Sabu) berjaya mengekalkan jawatan sebagai Timbalan Presiden PAS dalam satu persaingan yang agak sedikit sengit semalam, menentang calon pro Ulama, Datuk Nik Amar Nik Abdullah.

Mat Sabu berjaya mempertahankan jawatan tersebut setelah mengalahkan Nik Amar dengan majoriti tipis, 98 undi.  Mat Sabu memperolehi 588 undi, sementara Nik Amar 490 undi.

Kalau Nik Amar menang, hudud hampir pasti akan dilaksanakan di Kelantan kerana sebagai Timbalan Menteri Besar Kelantan, Nik Amar hanya menunggu lampu hijau dari perwakilan PAS sebelum melaksanakan undang-undang tersebut.

Nasib baik Mat Sabu yang berjaya.