12.46 - Malangnya, tujuan perhimpunan untuk menggulingkan kerajaan gagal. Setakat ini aku dimaklumkan, seorang artis dan seorang anggota polis cedera terkena objek keras yang dibaling oleh orang yang tidak dikenali.
12:45 - Himpunan berakhir aman, perbincangan antara pimpinan Pakatan Rakyat dengan pihak polis bersetuju untuk bersurai pada jam 1 pagi. Malangnya tidak ada persembahan bunga api seperti mana biasa di Dataran Merdeka.
11:45PM - Ada laporan pertunjukkan bunga api yang sepatutnya berjalan malam ini tidak akan dilangsungkan. Semua sekatan sudah dibuka, tiada alasan untuk merempuh, Dataran Merdeka dikuasai sepenuhnya peserta himpunan. Terdapat pertengkaran kecil antara orang awam dengan peserta himpunan.

11:35PM - Peserta himpunan rampas pentas utama, konsert terhenti serta merta, semua keluarga dah keluar dari Dataran Merdeka, serangan pasukan keselamatan dijangka pada bila-bila masa.
11:24PM - Celaka, demonstrator lebih seronok berhibur dengar konsert dari memperjuangkan kos sara hidup. Padang Dataran Merdeka tak penuh, mana peserta himpunan yang ramai-ramai tadi?
11:13PM - Peserta himpunan masuk ke kawasan Dataran Merdeka tanpa sekatan dari pihak polis. Dah bercampur antara orang yang datang tengok konsert sampai tak boleh nak bezakan. CheguBard pun terpaksa menjerit semasa bercakap, bunyi bising konsert.