Pages

Monday, March 17, 2014

PRK Balingian: Kalau Nak 'Murtad', Undilah Calon BN


Keputusan BN mencalonkan Yussibnosh Balo - seorang Kristian Melanau sebagai calon mereka dalam pilihanraya kecil Balingian di Sarawak ini, dilihat ramai sebagai cubaan untuk memurtadkan orang Islam di kawasan tersebut.

Ini kerana Balingian adalah populasi majoriti Melanau Islam tapi setelah berpuluh tahun diwakili oleh bekas Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud (seorang Islam), kini mereka bakal diwakili pula oleh seorang Kristian yang namanya pun tak macam orang.

Dengan berkata begini, tidak juga bermaksud Pakatan Rakyat menolak calon dari kalangan orang Kristian, cuma ia perlulah kena dengan populasi pengundi disitu.  Macam di Kajang, 48% dari keseluruhan pengundi adalah orang Melayu, maka sepatutnya orang Melayu jugalah yang jadi calon.
Sebab itu Datin Seri Wan Azizah Ismail dinamakan disitu setelah suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim dinafikan hak bertanding akibat konspirasi peringkat tinggi yang menggunakan Mahkamah untuk menjatuhkan hukuman 5 tahun penjara ke atas beliau kerana kesalahan meliwat.

Jangan jadi macam UMNO, populasi pengundi cina di Kajang hanya 41%, tapi calon dari MCA pula yang diketengahkan bagi mewakili BN, ini tidak betul.

Pendekatan sama digunakan di Balingian sekarang.

Maka itu, pengundi di kawasan Balingian, terutama orang Islam, perlulah menolak calon Kristian dari BN ini dan memilih calon dari Pakatan Rakyat, Abdul Jalil Bujang.

Hanya Abdul Jalil saja yang boleh memenuhi semua keperluan masyarakat Melanau Islam di Balingian, berbanding dengan Yussibnosh Balo - seorang Kristian (perlu sebut berulang kali, takut orang lupa).

Lagipun kalau mengundi Yussibnosh, kebimbangannya ialah aktiviti memurtadkan orang Islam masuk ke dalam agama Kristian akan menjadi-jadi di kawasan itu.  Pakatan Rakyat tidak mengatakan itu yang akan berlaku, tapi seperti disebutkan, kebimbangan.

Kalau mengundi Abdul Jalil, sudah tentu isu ini tidak akan timbul langsung kerana sebagai seorang Muslim, Abdul Jalil sudah pasti akan memastikan Balingian bebas dari aktiviti-aktiviti seperti itu jika beliau dipilih.

Dalam masa yang sama, inilah juga masanya rakyat Balingian juga boleh menunjukkan protes besar-besaran ke atas pemilihan Tan Sri Adenan Satim sebagai Ketua Menteri Sarawak yang baru menggantikan Abdul Taib.  

Bantahan itu perlu kerana proses peralihan kuasa yang dilakukan tidak mengikut kehendak demokrasi dan inspirasi rakyat kerana hanya diputuskan di peringkat tertinggi sahaja.