Wednesday, May 14, 2014

Ahmad Said: PAS Gagalkan Usaha PR Bentuk Kerajaan Di Terengganu


Sepatutnya Pakatan Rakyat sudah membentuk kerajaan di Terengganu semalam, tapi kegopohan PAS cuba masuk campur dalam isu tersebut dengan menghantar wakil memujuk bekas Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said (Mat Said) untuk menyertai negeri itu, telah merosakkan peluang keemasan yang jarang datang.

Mat Said sebenarnya sudah berjanji akan menyertai PKR bersama beberapa orang ADUN BN yang lain, dengan syarat beliau dilantik menjadi Menteri Besar kerajaan baru itu nanti, tapi PASlah yang menyebabkan perkara tersebut tergendala.

Tindakan balas UMNO kemudiannya menyebabkan harapan yang sedikit itu, terhapus terus apabila ramai ADUN BN yang sepatutnya ikut meletakkan jawatan bersama-sama Mat Said, membatalkan hasrat tersebut kerana tahu Mat Said tidak akan mampu bekerjasama dengan PAS.

PAS seharusnya tahu yang Mat Said tidak mungkin menyertai parti itu kerana selama beliau memerintah Terengganu, banyak isu dan skandal berkaitan dirinya telah disensasikan oleh PAS sehingga menjejaskan prestasi bekas Menteri Besar tersebut dan akhirnya terpaksa dipecat.

Sehinggakan Mat Said tahan lori roti Gardenia untuk diberi makan kepada orang ramai yang tersekat bersamanya (akibat jalan putus) semasa Terengganu dilanda banjir tahun lepas pun, PAS tuduh dia mencuri dan gelar dia Robin Hood!!



Dan sekarang PAS nak datang memujuk Mat Said untuk menyertai itu pula, siapa yang mahu? Kalau aku ditempat Mat Said pun aku tolak,  sebab aku tahu, Mat Said mungkin tak berapa cerdik, tapi dia bukan gila.

Maka itulah telah dibuat perancangan supaya Mat Said dan beberapa ADUN BN yang lain akan menyertai PKR kerana parti itu tidak terlalu keras dengan Mat Said selama beliau memerintah Terengganu.

Datang PAS, rosak semua perancangan.  Nampak sangat gopoh gapahnya atau sengaja dilakukan sebab taknak PKR dapat peluang letak wakil sebagai Menteri Besar Terengganu yang baru.

Sekarang, tidak ada apa yang boleh dilakukan Pakatan Rakyat lagi kerana dikatakan Ahmad Said dan ADUN Ajil, Ghazali Taib akan terus kekal sebagai ADUN Bebas yang pro BN.

Sebelum ini 2 ADUN BN sertai Mat Said tinggalkan UMNO, tapi tak sampai 24 jam, salah seorang dari mereka (ADUN Bukit Besi) sudah membatalkan hasratnya dan kembali kepada BN.  Aku difahamkan besar kemungkinan Ghazali pun akan kembali kepada UMNO pada akhir minggu ini.

Ini semua soal duit dan kuasa, bukan prinsip, sebab itu PAS tak sepatutnya masuk campur, biar PKR saja uruskan.

Tapi bila difikir-fikirkan pula, ada kemungkinankah ini perancangan PAS dengan UMNO supaya perancangan Najib Tun Razak untuk menyingkirkan Mat Said akan diterima oleh rakyat Terengganu?

Jelasnya, semua sensasi yang tercetus akibat campur tangan PAS setelah perletakkan jawatan Mat Said, memberi kelebihan kepada UMNO. Sebelum PAS campur tangan, hampir semua orang nampak Mat Said sebagai pejuang, lepas PAS campur tangan, semua orang UMNO gelar dia pengkhianat!

Benarkah?