Wednesday, May 14, 2014

Siapa Cuba Cederakan Anwar?


Ditengah-tengah krisis yang melanda politik Terengganu akibat pemecatan Datuk Ahmad Said sebagai Menteri Besar, dunia dikejutkan dengan kemalangan yang menimpa pemimpin bangsa Malaysia terbilang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Desa Sri Hartamas malam tadi.

Semasa rakyat Malaysia masih berkabung atas kematian bekas Pengerusi DAP, Karpal Singh dalam satu kemalangan di Gua Tempurung Perak bulan lepas, berita kemalangan yang menimpa pemimpin majoriti rakyat Malaysia ini, sudah pasti mengejutkan kita semua.

Nasib baik, Anwar dan isterinya, Datin Seri Wan Azizah Ismail yang turut bersama beliau dalam kemalangan tersebut, tidak mendapat apa-apa kecederaan yang serius, kecuali Anwar yang mengalami retak tangan kanan.

Pakatan Rakyat bagaimanapun akan mempersoalkan tindakan Hospital Pakar yang merawat Anwar malan tadi kerana didapati tidak memberikan rawatan yang sewajarnya. Mengikut pendapat beberapa orang doktor, dengan kecederaan seperti dialami Anwar semalam, tangan beliau sudah sepatutnya disimen.

Ini tidak, mengikut gambar yang sudah tersebar, Anwar hanya dipakaikan Arm Sling sahaja, kalau patah macam mana?


Selain itu, perlu juga difikirkan kalau kemalangan ini adalah perbuatan sengaja pihak-pihak tertentu untuk mencederakan Anwar.  Kita tahu, kemalangan yang dibuat-buat ini adalah cara paling berkesan yang digunakan agen perisikan asing di seluruh dunia untuk mencederakan pemimpin politik tanpa mengaitkannya dengan niat jahat.

Pakatan Rakyat akan membuat satu laporan polis supaya siasatan menyeluruh dapat dijalankan agar boleh dikenalpasti sama ada kemalangan ini satu yang tidak disengajakan, atau sebenarnya satu perbuatan khianat untuk mencederakan Anwar.

Bagi mengimbangi siasatan yang bakal dijalankan, Pakatan Rakyat akan turut mendapatkan khidmat pakar perunding antarabangsa yang khusus mengkaji punca kemalangan jalan raya ini untuk membuat kajian sewajarnya mengenai punca kejadian ini.

Laporan tersebut akan diserahkan kepada Kementerian Pengangkutan untuk tindakan lanjut.

Dalam masa yang sama, Pakatan Rakyat meminta pentadbiran Najib Tun Razak untuk menyediakan khidmat pengawal pengiring bermotorsikal (sekurang-kurangnya 7 buah) bagi memastikan kelancaran perjalanan Anwar selepas ini.

Perkara ini wajar dilakukan kerana sebagai bakal Perdana Menteri Malaysia, kerajaan seharusnya bertanggungjawab memastikan keselamatan beliau terjamin sepanjang masa.  Ini penting kerana sebarang insiden yang menimpa Anwar akan menyebabkan kerajaan Malaysia dikutuk oleh komuniti antarabangsa.