Pages

Wednesday, May 14, 2014

Terbaru!! Ahmad Said & Ghazali Kembali Semula Kepada UMNO


Sumber Pakatan Rakyat sebentar tadi mengesahkan bahawa bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said dan ADUN Ajil, Ghazali Taib telah menarik balik surat keluar dari UMNO dan kembali menjadi ADUN BN.

Mat Said juga dikatakan akan mengadakan sidang media yang dijangka pada pukul 3.00 petang nanti.

Dalam masa yang sama, Pakatan Rakyat juga mendapat maklumat bahawa sejumlah besar wang dan projek turut bertukar tangan mengiringi kembalinya kedua 'pengkhianat' ini ke pangkuan UMNO.

Walaupun tidak ada bukti, tapi tidak menjadi kesalahan untuk sesiapa mengaitkan kepulangan Mat Said kepada UMNO ini dengan wang kerana memang itulah yang selalu berlaku sebelum ini.  Ada bukti atau tidak, tak penting, persepsi saja sudah cukup.

Perkembangan terbaru ini seterusnya menamatkan terus usaha PAS untuk bekerjasama dengan Mat Said dan Ghazali bagi merealisasikan pembentukan kerajaan Pakatan Rakyat di negeri yang kaya dengan minyak itu.

Dalam masa yang sama, menunjukkan bahawa Mat Said adalah sebenarnya seorang yang tidak boleh dipercayai kerana tidak mengotakan janjinya untuk menyertai PKR seperti yang dirancang sebelum ini.

Kemaskini: Ahmad Said akan mengadakan sidang media di rumahnya di Kemaman pada pukul 4 petang ini.