Wednesday, April 30, 2014

Turun 501 Turut Bantah Hudud


Himpunan manusia terbesar dalam sejarah negara Malaysia ini besok, Turun 501 telah diputuskan akan turut menjadi medan bantahan rakyat kepada perlaksanaan hukum hudud oleh PAS Kelantan yang mendapat sokongan kuat UMNO.

Perkara ini telah dipersetujui dalam mesyuarat jawatankuasa kecil himpunan yang diketuai sendiri oleh Timbalan Presiden PAS sendiri, Haji Mohamed Sabu sebentar tadi bagi meredakan kerisauan orang bukan Islam berhubung perkara tersebut yang kembali ditimbulkan beberapa pihak baru-baru ini.

Dikatakan, beberapa NGO anak muda Cina telah mengugut untuk menarik diri dari himpunan yang akan diadakan esok jika agenda membantah cadangan hukuman hudud ini tidak dimasukkan dalam Himpunan Turun 501.

Disebalik Dakwaan Penipuan, Pemilihan PKR 2014 Masih Terbaik


Macam-macam cuba digambarkan UMNO bagi mengatakan pemilihan PKR yang sedang berlangsung sekarang sebagai antara yang paling buruk dalam sejarah.

Antaranya, dakwaan berlaku penipuan, jumlah kertas undi tidak sama dengan jumlah ahli yang datang mesyuarat, kertas undi ditanda orang lain dan sebagainya.  

Lebih kelakar lagi, ada juga dakwaan pemilihan kali ini diselebungi dengan politik wang?  Ingat ini pemilihan UMNO ke?

Ditambah dengan kenyataan beberapa pimpinan PKR sendiri seperti CheguBard, Tan Sri Khalid Ibrahim dan beberapa orang lain mengenai keraguan dalam proses pemilihan beberapa cabang di Sarawak, sentimen yang mengatakan pemilihan PKR sekarang sedang berhadapan masalah, semakin memarak.

Polis benar himpunan GST esok



Polis membenarkan Perserta himpunan turun 501 membantah GST berhimpun di Jalan Raja berhadapan Dataran Merdeka.

Perkara itu dimaklumkan oleh OCPD Dang Wangi dalam pertemuan dengan Timbalan Presiden PAS, Mohd Sabu semalam berkenaan himpunan 1 Mei esok.

Menurut Mohammad, polis menegaskan peserta himpunan tidak boleh memasuki padang Dataran Merdeka kerana ia sedang dalam proses menaik taraf.

"Polis memberi kerjasama yang baik untuk perhimpunan kali ini," kata Mohamd ketika di sidang media di KLCH.

MH370: Bay of Bengal claims dismissed

Private firm claims to have found MH370
SYDNEY: Australian authorities on Wednesday dismissed claims by a marine exploration company that material found in the Bay of Bengal could be from missing Malaysia Airlines flight MH370.

Adelaide-based GeoResonance was quoted in Malaysian media and by Australia’s Channel Seven as saying it had detected possible debris from a plane 5,000 kilometres (3,100 miles) from the current search location.
On Tuesday, Malaysia’s acting transport minister Hishammuddin Hussein said he was verifying the information but Australia’s Joint Agency Coordination Centre, which is fronting the search, downplayed any link.

Prejudice fuels denial of rights for LGBT people

lgbt
By Navi Pillay

Recently, new laws have been adopted to punish, or silence, lesbians and gays in a number of countries. Such laws, and the resulting discrimination — which often affects transgender people too – violate universal human rights.
Last month, thousands of Ugandans joined a “celebration” of the country’s new Anti-Homosexuality Act, which punishes gays and lesbians with life in jail and cracks down on human rights organisations that defend them.
In January, Nigeria’s President signed new legislation that punishes same-sex unions with up to 14 years in jail.

Turun 501: TG Nik Aziz seru rakyat turun dengan baik

KOTA BHARU: Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, menyeru rakyat turut untuk bersama menjayakan Himpunan Turun 501 yang bakal diadakan 1 Mei, esok.

Bercakap kepada Harakahdaily di pejabatnya pagi ini, bekas Menteri Besar Kelantan itu berkata beliau menyokong penganjuran itu sebagi ruang untuk rakyat bersuara.

Katanya ia perkara biasa dalam sebuah negara demokrasi malah perlembagaan membenarkan rakyat menyuarakan hasrat hati mereka.

BN nafi terlibat penubuhan parti baharu

GEORGETOWN - Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang tidak mempunyai kaitan dengan penubuhan parti Penang Front Party (PFP) oleh 44 badan bukan kerajaan kaum Cina, kata Pengerusi BN Negeri, Teng Chang Yeow.

"Kami tidak tahu tentang penubuhan parti itu. Mereka tidak menemui kami dan kami juga tidak menemui sesiapa untuk menubuhkan parti ini," katanya apabila ditanya mengenai penubuhan parti itu seperti yang diumumkan Pengerusi Penajanya Datuk Go Chu Tiong semalam.

Mereka dalam proses menghantar permohonan pendaftaran kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS) bagi membolehkan calonnya bertanding pada pilihan raya kecil (PRK) kawasan Bukit Gelugor yang dijadual 25 Mei.

Saifuddin: I won’t give up

saifuddin nasution
PETALING JAYA: PKR deputy president hopeful Saifuddin Nasution has dismissed any notions about pulling out from the race and stressed that he will fight until the end.

Speaking to FMT, he reasoned that for him to back out, incumbent deputy president Azmin Ali will be left with no one as an opponent.
“Why should I back out? If anyone should back out it should be the one who is at number three,” he said.

MCA membisu mengenai PRK Bukit Gelugor

  • PRK
 1 / 1 
KUALA LUMPUR - MCA masih membisu berhubung dengan keputusannya sama ada bertanding pada pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gelugor bulan depan.

Presiden parti Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata walaupun Bukit Gelugor merupakan kawasan tradisi MCA tetapi parti itu belum membuat keputusan sama ada bertanding dalam pilihan raya kecil itu.

"Kami telah berbincang mengenainya dalam mesyuarat (hari ini). Hasil mesyuarat akan dibincangkan dengan Pengerusi Barisan Nasional (Datuk Seri Najib Tun Razak) dan kami akan memaklumkan kepada media mengenainya," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat majlis presiden parti di Wisma MCA di sini, hari ini.

Cara PM mengelak hudud

Dalih Perdana Menteri Najib menepis hudud ialah tidak pernah kerajaan selama ini menolak hudud cuma ia tidak melaksanakan saja.

Sebelum hukum Allah itu hendak dilaksanakan dia mahu ulama muktabar yang sedia berijtihad menghalusi peraturan itu supaya matlamat pelaksanaannya dapat memberikan keadilan.

Dalam dalihnya itu seolah-olah surat Perdana Menteri Mahathir kepada Menteri Besar Kelantan yang memberi amaran jika enakmen jenayah syariyah 2 Kelantan dilaksanakan tindakan akan dikenakan sebagai kerajaan pernah menghalang.

Nik Aziz terima cadangan Umno

  • Nik Aziz terima cadangan UmnoAsyraf Wajdi bertemu Nik Aziz di pejabat Mursyidul Am Pas itu di Institut Pemikiran Tok Guru, semalam. - Foto Sinar Harian Oleh: KHIRU SHALEH ABDULLAH
 1 / 1 
KOTA BHARU - [DIKEMASKINI] Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyambut baik cadangan Umno untuk menubuhkan jawatankuasa teknikal hudud di peringkat kebangsaan bagi membolehkan pelaksanaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) 1993 lebih difahami sebelum usul itu dibawa ke Parlimen.

Beliau bagaimanapun, enggan campur tangan dalam urusan teknikal, walaupun mengakui pelaksanaannya perlu kepada jawatankuasa teknikal.

“Masalah teknikal bukan kerja saya, saya hanya sebut masalah dasar, bagaimana dasar ini hendak dilaksanakan, ia perlu kepada teknikal.

Tuesday, April 29, 2014

Krisis Air Selangor: Catuan Akan Diteruskan Sehingga Hujung Tahun?


Sumber dalaman kerajaan negeri Selangor memaklumkan bahawa, satu keputusan telah dibuat untuk melanjutkan catuan air di negeri tersebut yang sepatutnya berakhir esok sehingga hujung tahun ini.

Pengumuman dan segala perincian mengenainya, akan dibentangkan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dalam satu sidang media khas esok.

Keputusan ini diambil setelah mengambil kira kajian pakar dilantik kerajaan negeri yang menyatakan, Selangor akan mengalami krisis air jauh lebih serius pada musim panas yang dijangka bermula pada Jun hingga September tahun ini kalau langkah berjimat cermat sekarang dihentikan.

PRK Bukit Gelugor: PR Sokong Gurmit Jadi Calon


Sudah menjadi budaya dalam Pakatan Rakyat sejak berzaman lamanya, kekosongan yang ditinggalkan pimpinan  (meninggal dunia atau dipenjara), akan diisi oleh ahli keluarga terdekat pemimpin berkenaan.

Contoh sudah banyak, terbaru di Kajang, bila Datuk Seri Anwar Ibrahim dijatuhkan hukuman penjara selama 5 tahun akibat dakwaan meliwat Saiful Bukhari secara paksa, isteri beliau, Datin Seri Wan Azizah Ismail dipilih menjadi pengganti.

Dalam soal pilihanraya kecil Bukit Gelugor yang akan datang juga, Pakatan Rakyat sudah mengenal pasti isteri mendiang Karpal Singh, Gurmit Kaur sebagai antara calon yang paling layak untuk menggantikan suaminya di kerusi parlimen tersebut. 

Lebih mudah usul hudud dibawa MP Umno



KOTA BHARU: Berdasar kenyataan beberapa pemimpin Umno seolah-olah memperlihatkan sekarang 108 anggota parlimen Melayu bersedia menyokong usul mengenai hudud apabila dibentang di parlimen.


Jumlah tersebut iaitu seramai 87 orang anggota parlimen Melayu Islam dari Umno dan 21 lagi PAS. Jumlah itu belum lagi diambil kira anggota parlimen Islam dari PKR.


Sedangkan untuk mendapatkan kelulusan pelaksanaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II di Kelantan memerlukan tambahan seramai empat orang lagi anggota parlimen untuk menjadikan 112 orang (majoriti mudah).

Anggota parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkata, perkiraan itu dibuat berdasarkan kenyataan beberapa anggota Umno yang memberi gambaran awal mahu menyokong enakmen berkenaan.

Katanya, sebelum ini anggota parlimen Jerai, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, Tan Sri Annuar Musa (Ketereh) dan Tengku Razaleigh Hamzah (Gua Musang) membayangkan mahu menyokong usul hudud.

“Bagaimanapun lebih mudah lagi apabila usul tersebut dibawa wakil kerajaan. Mengapa mereka hanya mahu menyokong dari belakang dan tidak membawa sendiri usul tersebut kalau benar-benar serius.

“Sekiranya kerajaan yang membawa usul tersebut peluang untuk diterima dan dibahas lebih terbuka berbanding dibawa secara persendirian wakil pembangkang,” katanya pada ceramah di perkarangan Flat Kampung Sireh malam tadi.

Hadir sama Pegawai Khas Menteri Besar, Lau Chin Chua yang juga bekas Setiausaha Gerakan Kelantan dan anggota-anggota jawatankuasa Majlis Tindakan Dun Bunut Payong.

Khalid juga berkata, pengalaman di Terengganu sudah cukup untuk menggambarkan Umno sebenarnya tidak serius terhadap perundangan syariah.

Katanya ia dibuktikan ketika persidangan Dun Terengganu 15 April lalu, usul hudud yang dibawa Adun Bukit Payong dari PAS, Ustaz Mohd Nor Hamzah ditolak Speaker.

Orang bijak berfikir serupa

Dua atau tiga hari selepas saya turunkan dalam Facebook betapa ruginya kita dapat memberi masa berdakwah tentang hudud kepada mendiang Karpal Singh, saya terbaca kenyataan Tok Guru Nik Aziz, Mursyidul Am akan rasa terkilannya tidak sempat menerangkan kebaikan peraturan Islam kepadanya sedang mereka sudah boleh duduk semeja dengannya.

Kami berdua tidak berhubung sama sendiri tentang tragedi Karpal Singh. Terdapat pandangan spontan yang serupa.

Inilah agaknya yang dikatakan kata-kata hikmat Orang Putih, wise men think alike iaitu orang bijak berfikir serupa. 

Anwar – yea today, nay tomorrow

Anwar Ibrahim
By Su-Yin Tan

Can we ever take what Anwar Ibrahim says for real? Having the gift of the gab and charisma to boot, Anwar has taken us for a ride on more than one occasion.
Remember the 40,000 Bangladeshis who supposedly voted in GE13? Remember not wanting to contest in Kajang, then doing it anyway?
Remember not wanting to become Selangor MB, then hinting that he would?

MH370: Nazri dakwa dasar satu anak punca warga China emosi




KUALA LUMPUR: Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata kemarahan rakyat China kepada Malaysia berhubung insiden kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 bukannya disebabkan berita dan spekulasi negatif di media-media sosial.

Beliau berkata perkara utama yang mendorong kepada emosi dan kemarahan masyarakat negara Tembok Besar itu ialah kerana mereka terikat dengan dasar satu anak.

"Kita kena faham, penduduk China terikat dengan one child policy lebih 30 tahun dan bagi keluarga penumpang warga China di dalam penerbangan itu, mereka tentunya bimbang akan kehilangan keturunan.

Jawatankuasa 1 Mei tidak akan berhimpun di padang Dataran Merdeka

S Arutchelvan
PETALING JAYA: Jawatankuasa 1 Mei mengambil positif kenyataan yang dibuat oleh Ketua Polis Daerah Dang Wangi bahawa PDRM tidak akan menggunakan FRU dan akan membenarkan perhimpunan ini berjalan secara aman.

Menurut jurucakapnya, S.Arutchelvan (gambar) jawatankuasa itu juga mengambil maklum permintaan polis supaya kita tidak berhimpun di “padang”  Dataran Merdeka kerana ada kerja-kerja membaiki padang dan penanaman rumput disana.
Katanya, pihak Jawatankuasa Penganjur telah memilih Dataran Merdeka kerana ia mempunyai signifikasinya tersendiri sebagai tempat simbolik perjuangan rakyat dan simbol demokrasi negara.

SAMM ugut saman Berita Harian kalau tak betulkan laporan

Edy Noor Reduan
PETALING JAYA: Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) menggesa akhbar Berita Harian yang salah lapor kononnya SAMM mendesak pencalonan Azmin Ali bagi jawatan Timbalan Presiden PKR dibatalkan di atas sebab penipuan supaya membetulkan semula laporan atau berdepan dengan tindakan undang-undang.

Menurut Pengarah Propaganda SAMM, Edy Noor Reduan, SAMM adalah sebuah kumpulan pergerakan anak muda yang bergerak di atas platform sebuah NGO.

Monday, April 28, 2014

Motif Nik Aziz Jumpa Muhyiddin?


Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah antara satu atau dua pemimpin UMNO yang masih ragu-ragu untuk menyokong draf hudud Kelantan sekiranya perkara tersebut dibentangkan dalam sesi persidangan Parlimen akan datang.

Selain Muhyiddin, seorang lagi pemimpin UMNO yang mempunyai pendirian serupa ialah Nor Jazlan Rahmat.

Kata Muhyiddin, dia mahu meneliti dulu draf hukum hudud berkenaan sebelum boleh memberikan kata putus, walaupun Najib sendiri sudah memberi jaminan bahawa UMNO akan menyokong undang-undang tersebut sekiranya dibentangkan di Parlimen.

Enggan Berjumpa: Obama Yang Rugi, Bukan Anwar


Walaupun Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak begitu kisah untuk berjumpa dengan Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama sepanjang lawatannya ke negara ini selama 3 hari, tapi dunia amnya mahu perjumpaan itu akan berlaku juga akhirnya.

Ini kerana, hanya Anwar sahaja yang mempunyai keupayaan menjelaskan kepada Obama akan situasi sebenar di Malaysia dan dunia Arab yang sedang bergolak, berbeza dengan Najib yang sekadar bercakap ikut teks. Malah, nak sebut 'proliferation' pun tak tahu.

Memalukan negara saja.  Tidak pernah berlaku dalam sejarah seorang pemimpin sebuah negara tidak boleh menyebut perkataan English dengan betul, Najib seorang saja.

YOU CAN’T DEBATE HUDUD

Raja Petra Kamarudin
I have noticed quite a number of good articles plus some very sensible and logical arguments as to why the Islamic Sharia law of Hudud cannot be accepted, is not suitable for implementation in Malaysia, and whatnot.
Some have labelled Hudud as barbaric, cruel, outdated, etc. That, of course, is a matter of opinion. Hanging was being practiced long before Hudud. And Malaysia is still hanging people until today. Why are we able to accept hanging, which has a longer history than Hudud, but not accept Hudud?
Hence the argument that we cannot accept Hudud because it is an ancient law is not valid. All our corporal or capital punishment laws are ancient. Hanging is even more ancient. If a Muslim fanatic walks into a church and starts shooting dead Christians in prayer, would you not want to see him hanged? Or would you say Jesus told us to hate the sin but love the sinner so we must love and forgive the shooter and turn the other cheek and let him be free so that he can shoot more people dead in another church next week?

DAP Pulau Pinang senarai pendek 5 calon

  • PRK
 1 / 1 
GEORGETOWN - DAP Pulau Pinang menyenarai pendekkan lima nama calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Bukit Gelugor yang akan diadakan pada 25 Mei depan.

Pengerusinya Chow Kon Yeow berkata nama calon berkenaan akan diserahkan untuk dipertimbangkan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) yang akan bermesyuarat esok.

Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan butiran lanjut berhubung senarai calon itu.

Menumpang kekuatan Nurul?

Izzah Saifuddin Rafizi
Gabungan ‘Masa Depan Bersama’ yang didukung oleh Nurul Izzah Anwar, Saifuddin Nasution Ismail dan Rafizi Ramli pada mula mungkin satu-satunya senjata utama yang diwujudkan dalam parti bagi menyekat atau mungkin juga membunuh pengaruh Azmin Ali.

Namun simbiosis ini lebih kepada parasitisme berbanding mutualisme, dan Nurul Izzah sedar akan kenyataan ini.
Dari awal memang sudah jelas bahawa Saifuddin dan Rafizi hanya mahu menumpang kekuatan Nurul Izzah dalam parti bagi meraih sokongan terhadap mereka.

Belum tahu TPP beri impak positif atau negatif

  • Mohd Nizam MahsharMohd Nizam Mahshar
 1 / 1 
KUALA LUMPUR - Majlis Tindakan Ekonomi Malaysia (MTEM) menegaskan bahawa belum ada keputusan pasti mengenai impak positif atau negatif yang bakal diterima Malaysia dalam perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPP).

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohd Nizam Mahshar turut menolak dakwaan yang menyebut Malaysia merupakan negara kedua terbesar penerima manfaat daripada perjanjian itu.

“...sebab itu, kerisauan kami paling utama adalah kita belum ada laporan kos dan manfaat. Jadi, kalau ada laporan yang kata kita akan dapat keuntungan, kita negara kedua yang akan mendapat manfaat...berdasarkan satu laporan Peterson Institute (Peterson Institute for International Economics).

Delineation: BN, PR fear bigger Borneo

sabah sarawak umno pakatan
KUCHING: Currently Malaya holds 166 parliamentary seats, Sarawak holds 31 and Sabah is represented with 25 seats.

The percentage breakdown of representation is 75% Malaya, 14% Sarawak and 11% Sabah.
With a combined representation of 25% in Parliament, Sabah and Sarawak are disadvantaged when motions that affect the Borneo territories are tabled as Malaya holds the upper hand with their more than two-third representation of 222 MPs.

TLDM kecewa fungsi Scorpene dipertikai


LUMUT: Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) melahirkan rasa kecewa apabila masih ada segelintir pihak yang melempar tohmahan berkaitan fungsi kapal selam Scorpene.

Panglima TLDM Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar berkata pasukan itu telahpun melaksanakan tanggungjawabnya sebaik mungkin.

"Sebagai Panglima Tentera Laut, siapa yang tidak kecewa apabila dituduh dengan tohmahan yang tidak benar.

Kelantan beri petunjuk Azmin kekal jawatan?

  • pemilihan PKR
 1 / 1 
SHAH ALAM – Pertandingan tiga penjuru bagi merebut jawatan timbalan presiden PKR semakin sengit apabila keputusan pengundian di Kelantan semalam menyebelahi penyandangnya, Mohamed Azmin Ali sekali gus mendahului dua calon lain.

Menurut blogger terkenal, Mohd Sayuti Omar, walaupun keputusan itu memberi kelebihan kepada Azmin, namun beliau tidak mudah untuk menepis dua pencabarnya, Datuk Saifuddin Nasution Ismail dan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

“Keputusan tidak rasmi pengudian di seluruh 13 cabang PKR Kelantan semalam menunjukkan Azmin mendapat 1,059 undi, diikuti oleh Saifuddin sebanyak 806 undi dan Khalid mendapat 667 undi.

Saturday, April 26, 2014

Catuan air di Selangor akan dilonggarkan

SHAH ALAM: Catuan air sejak beberapa bulan lalu di Selangor akan mula dilonggarkan ekoran berlaku peningkatan paras empangan.

Di empangan Sungai Selangor, peningkatan  sebanyak 1.18 peratus iaitu daripada 38.53 peratus pada 19 April, kepada 39.71 peratus pada bacaan 25 April iaitu semalam.

Exco Belia dan Sukan, Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Dr. Ahmad Yunus Hairi berkata, peningkatan kecil itu disebabkan kadar hujan yang diterima di sekitar hilir kawasan tadahan serta di bandar-bandar, dan bukan di empangan.

Najib: Who are we to pressure Obama

najib razak
KUALA LUMPUR: Prime Minister Najib Tun Razak has refuted allegations by Anwar Ibrahim that United States President Barack Obama was pressured not to meet the opposition leader during his visit to Malaysia.

“Who is to pressure Barack Obama? Obama is the president of a super power.
“We are only a small country,” he told a media conference after chairing an Umno Supreme Council meeting at Menara Dato’ Onn here yesterday.

‘Not just MB, the whole exco should quit’

Khalid Ibrahim SELANGOR
PETALING JAYA: The whole Pakatan Rakyat Selangor government, not just Menteri Besar Khalid Ibrahim, should resign because the federal government had warned many times that the state will face a water shortage if the Langat 2 project is delayed, said MCA vice- president Chua Tee Yong.

“If the DAP feels Khalid has not done the right thing, then the party’s executive councillors should have corrected the menteri besar.
“However, we have not heard of the DAP leaders speaking out on the issue,” the Labis MP said in a press statement today.

Khalid Sampahkan Kenyataan Jeff Ooi


KUALA LUMPUR: Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak mahu mengaitkan kritikan Ahli Parlimen Jelutong berhubung masalah air di negeri itu dengan jawatan Timbalan Presiden PKR yang sedang ditandinginya.


“Saya tidak mahu menghubung kait (dengan pemilihan PKR). Apabila saya buat (andaian) itu, saya pula yang mungkin membuat fitnah tentang perkara tersebut,” katanya pada sidang media semalam.



Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kritikan Jeff Ooiwakil terhadapnya dalam laman Facebook semalam.



Ooi semalam dalam nada marah bercampur kecewa mendesak Khalid dipecat kerana masalah catuan air di negeri yang menyulitkan urusannya hingga terpaksa “mandi kerbau” setiap kali pulang ke kediamannya di Subang Jaya, Selangor.

DAP cabar PAS: Keluar Pakatan kalau mahu hudud

hudud pas dap
PETALING JAYA: Ahli Parlimen Seremban Anthony Loke mahu PAS berundur dari Pakatan Rakyat sekiranya ia tetap berdegil untuk melaksanakan hukuman hudud di Kelantan.

“Sekiranya PAS bertegas untuk membuat sebarang keputusan dan tindakan tanpa mencapai keputusan bersama dalam Pakatan Rakyat, maka langkah paling terhormat dan sewajarnya untuk PAS ialah berundur  dari Pakatan,” kata Loke dalam satu nota yang ditulis beliau menerusi laman sesawang Facebook.
“PAS tidak boleh terus bertindak bertentangan dengan dasar bersama Pakatan Rakyat tetapi pada masa yang sama tetap bersandar kepada Pakatan Rakyat,” tambahnya.

Kemana sokongan Anwar? Azmin atau Saifuddin?

Anwar Azmin Saifuddin
Adakah Anwar Ibrahim akan menyatakan sokongan secara terbuka kepada salah seorang calon Timbalan Presiden parti seperti pemilihan-pemilihan yang sebelumnya?

Mungkin persoalan lebih tepat kali ini adalah siapa? Antara Azmin Ali, Khalid Ibrahim atau Saifuddin Nasution?
Bertahun memegang gelaran orang kesayangan Anwar, ini kali pertama Azmin bertanding bagi mengekalkan jawatan kedua tertinggi parti ini tanpa ‘restu’ dan ‘sokongan’ Ketua Umum PKR.

Menang kalah soal lain, penting letak calon

  • Tun Dr Mahathir MohamadTun Dr Mahathir Mohamad
 1 / 1 
KUALA LUMPUR - Barisan Nasional (BN) perlu bertanding pada PRK Bukit Gelugor, Pulau Pinang walaupun peluang untuk menang tipis, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata soal turun bertanding perlu menjadi keutamaan, bukan faktor menang atau kalah.

"Di PRK Sungai Limau (Kedah) lepas macam itu juga, ramai yang kata BN tak perlu letak calon sebab Pas tetap akan menang, tetapi BN tetap bertanding.

PKR kecam berita gambar 'kafan' Wan Azizah


KUALA LUMPUR: PKR hari ini mengecam tindakan pihak tidak bertanggungjawab menyebarkan berita gambar kononnya Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail telah meninggal dunia semalam.

Gambar yang tersebar di  Facebook dengan nama pemilik 'Blue Wave Army'  itu memaparkan wajah Wan Azizah dengan memakai cermin mata berada di dalam balutan kain kafan putih.

Sekeping lagi gambar memaparkan tiga orang lelaki sedang memasukkan jenazah ke dalam liang lahad sambil diperhatikan orang ramai.

Friday, April 25, 2014

Berapa Kerajaan Kedah Belanja Untuk Selamat Universiti Al-Bukhary?


Pakatan Rakyat Kedah hari mendakwa pembatalan keputusan untuk menutup Universiti Antarabangsa AlBukhary milik jutawan Melayu terkenal, Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary, dibuat setelah kerajaan Kedah pimpinan Mukhriz Mahathir dikatakan bersetuju menyalurkan wang untuk menyelamatkan Universiti tersebut.

Walaupun tidak ada bukti wujud penyaluran wang oleh kerajaan negeri seperti yang disebutkan di atas, tapi Pakatan Rakyat Kedah yakin, campur tangan ini memang berlaku kerana Mukhriz awal-awal lagi telah menyatakan pendiriannya yang tidak mahu Universiti itu ditutup.

Lagipun sebagai anak Mahathir, Pakatan Rakyat yakin Mukhriz turut mewarisi kegemaran bapanya menggunakan dana awam untuk menyelamatkan syarikat milik kroni yang hampir muflis seperti yang ditunjukkan Mahathir dalam tahun-tahun sekitar 1999-2002.

Universiti Malaya Akan Ditukar Nama Ke Universiti Barrack Obama?

Jika semua tidak tahu, kali terakhir seorang Presiden Amerika Syarikat datang melawat Malaysia, ialah hampir 50 tahun lalu, iaitu pada tahun 1966.

Tujuan Lyndon B Johnson (LBJ) melawat Malaysia yang daif dari segala segi pada ketika itu, adalah bagi memastikan Malaysia tidak menyokong komunis ketika perang Vietnam sedang berlangsung di benua sebelah sini.

Sebagai tanda penghargaan dan terima kasih atas kunjungan negara kuasa besar dunia ke antara negara terdaif dunia, sebuah kawasan felda di Negeri Sembilan yang turut menjadi lokasi lawatan presiden berkenaan, dinamakan sebagai Felda LBJ.

TPPA: Warga asing nikmati petrol subsidi


SHAH ALAM: Dasar sekatan harga subsidi kepada warga asing dalam pembelian petrol akan dihapuskan sekiranya Malaysia menandatangani Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA), kata mantan Timbalan Gabenor Bank Negara, Dr Rosli Yaakob.

Kata Dr Rosli, ini disebabkan terdapat Dasar Layanan Adil dan Sama Rata (FET) yang membolehkan warga asing di negara ini mendapat layanan sama rata berdasarkan polisi terbaik kerajaan untuk sesebuah golongan masyarakat tempatan.

“Dalam konteks harga petrol, dasar terbaik adalah memberikan harga subsidi untuk warga negara di mana ini juga akan dinikmati warga asing bila TPPA dilaksanakan.

Bukit Gelugor kubu kuat DAP

  • PRK
 1 / 1 
SHAH ALAM - Adalah sukar bagi BN menggugat kedudukan DAP di Parlimen Bukit Gelugor memandangkan parti itu berjaya memperoleh majoriti undi selesa pada PRU13 lalu.

Timbalan Dekan Fakulti Sains Sosial, Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Madya Dr Sivamurugan Pandian berkata, sudah tiga penggal DAP menguasai Parlimen itu dan ternyata mereka berjaya meningkatkan majoriti undi sejak 2004.

“Peningkatan majoriti yang mendadak membuktikan rakyat di kawasan itu menerima baik pimpinan DAP yang diterajui oleh Karpal Singh.

Hudud, Muhyiddin kurang positif


Ketika ramai orang Umno menunjukkan sikap positif terhadap usul persendirian tentang pelaksanaan hudud di Kelantan yang PAS cadang dalam sidang Parlimen akan datang, Timbalan Perdana Menteri TS Muhyiddin Yassin masih kurang positif.
      
Dalam kenyataannya kepada media di Pulau Pinang, dia hendak  tengok dulu, usul itu selari  dengan Islam atau tidak.
     
Suaranya itu adalah lanjutan sikap Umno zaman Mahathir yang menempelak enakmen jenayah Islam 2 Kelantan dan enakmen yang di Terengganu sebagai hudud PAS, bukannya hudud Islam. Muhyiddin tidaklah tuding usul persendiran PAS itu hudud PAS, dengan berkata ia selari dengan Islam atau tidak, samalah dengan Umno dulu, sedang Umno sekarang mula terbuka tentangnya.

Hukum Hudud: PAS cabar Gerakan berdebat

Tan Keng Liang
PETALING JAYA: PAS mencabar Gerakan berdebat dan berdailog mengenai isu hukum hudud.

“Beritahu tarikh dan tempatnya saya akan datang,” kata Pengerusi Lajnah Undang Undang PAS, Mohamed Hanipa Maidin ketika mengulas nota bantahan yang dihantar oleh Ketua Pemuda Gerakan, Tan Keng Liang  kepada PAS semalam.
Katanya, Gerakan hanya menyatakan secara umum bahawa hudud bertentangan dengan Perlembagaan namun tidak dinyatakan peruntukan mana di dalam Perlembagaan yang dikatakan dilanggar oleh PAS atau Kerajaan Kelantan.

Obama must raise rights issues with Najib

Obama Najib
PETALING JAYA: US President Barack Obama should use his visit to Malaysia this weekend to speak directly to concerns about the country’s deteriorating human rights situation, Human Rights Watch said today. Obama will be the first US president to visit Malaysia since 1966.

“Malaysia’s claims of being a tolerant and rights-respecting democracy don’t stand up to scrutiny,” said John Sifton, Asia advocacy director at Human Rights Watch.
“President Obama needs to take up concerns that basic rights are under threat, and that civil society is squeezed between restrictive laws and abusive government implementation.”

GST tak selesaikan hutang negara


SHAH ALAM: Pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) pada 1 April 2015 bukanlah penyelesaian terhadap masalah hutang dan defisit fiskal yang dialami negara sejak sekian lama.

Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad, berkata masalah itu tidak akan selesai sekiranya tabiat berbelanja besar, pembaziran, ketirisan serta bocor dengan amalan rasuah tidak diatasi.

Sebaliknya kata beliau kebocoran pada ‘tempayan’ kerajaan yang seharusnya ditangani dahulu bagi memastikan kewangan negara berada dalam keadaan stabil.

Karpal tiada pengganti

unnamed
KUALA LUMPUR: Genap satu minggu pemergian ‘Harimau Jelutong’ Karpal Singh yang juga ahli Parlimen DAP yang terlibat di dalam satu kecelakaan jalanraya berdekatan Gua Tempurung di Perak.

Namun walaupun telah genap seminggu kehilangannya,  beliau masih tetap dirasai oleh semua lapisan masyarakat dari pelbagai etnik dan kepercayaan.
Ribuan rakyat membanjiri dewan utama Perhimpunan Cina Selangor malam tadi untuk memberi penghormatan terakhir kepada peguam yang disifatkan berjiwa rakyat.

Hudud: Pas akan jelajah Johor

  • Aminolhuda HassanAminolhuda Hassan
 1 / 1 
SENAI – Pas negeri akan mengadakan program jelajah di seluruh Johor dalam usaha parti itu untuk menyampaikan kefahaman dan maklumat lanjut berkaitan pelaksanaan undang-undang hudud dan negara berkebajikan dalam masa terdekat.

Pesuruhjayanya, Aminolhuda Hassan berkata, jelajah itu adalah bertujuan bagi membolehkan setiap lapisan masyarakat di negeri ini tanpa mengira kaum mengetahui dan membuat penilaian tentang kebaikan pelaksanaan undang-undang berkenaan.

“Pas Johor akan berusaha menjelaskan kepada lapisan masyarakat tentang kebaikan pelaksanaan undang-undang hudud dalam masa terdekat supaya rakyat dapat membuat penilaian tentang kebaikannya.

The story behind corruption saga

Rasuah
Now it appears to be surfacing, claims by the Malay community that it is the Chinese in Malaysia that actually fuel corruption. Is this true? While no thorough and rigorous study of this aspect of corruption has been done so far by anybody, there is a “general idea” about the matter from which all of us can learn something.

Before delving into this matter, it must be stated in no uncertain terms that corruption is raising the spectre of hell in Malaysia. By this, what is meant is that corruption has dug deep into Malaysian society and is far more widespread than most people think.
The danger corruption poses is not easily evident. But if corruption was in check today in Malaysia, education from nursery to tertiary can be free, our healthcare service free and allowing the best treatment and service and housing affordable.

THERE ARE JUDGES AND THERE ARE JUDGES

Raja Petra Kamarudin
Anwar Ibrahim said he is convinced he will be sent to jail for sodomy. And that is why he withdrew from contesting the party presidency. I wonder what would have happened if he had not withdrawn? Would his wife, Dr Wan Azizah Wan Ismail, withdraw instead? Or will this be the first time in history that a husband and wife go head-to-head to become the next Prime Minister of Malaysia (which is what this whole thing is really about in the first place, the Kajang by-election included)?
When Anwar says he is convinced he will be sent to jail for sodomy he means this is because the court will be instructed on how to rule rather than because he really did commit the crime he was alleged to have committed. In other words, the Malaysian judiciary is corrupt and can be manipulated.
Actually, if you were to draw up a list of court cases that the opposition people and anti-government activists won compared to the ones they lost, say, over the last 15 years since 1999, you will be quite surprised to learn that they have won more cases than they have lost.

Thursday, April 24, 2014

Himpun Bantah GST Lebih Penting Dari Catuan Air


Rakyat Selangor diminta berhenti mempolitikkan catuan air yang sedang dilaksanakan di kawasan Lembah Kelang sekarang dan sebaliknya memberi tumpuan kepada himpunan membantah GST yang akan dilaksanakan di Kuala Lumpur 1 Mei nanti.

Bantahan itu adalah lebih penting dari segalanya kerana GST adalah masalah semua orang di Malaysia ini berbanding catuan air yang hanya menjejaskan penduduk Selangor dan Kuala Lumpur sahaja - itupun bukan semua.

Ramai orang tidak tahu, hakikatnya bukan semua kawasan di Selangor ini yang terjejas oleh catuan yang dilaksanakan.  

Catuan Air: Guna Debu Ganti Air Sembahyang


Gesaan ADUN Sijangkang yang juga Exco Kerajaan Negeri, Dr. Ahmad Haire Yunus agar rakyat Selangor menadah air hujan buat kegunaan pada waktu catuan air sekarang, adalah satu cadangan yang patut diberi pertimbangan berat.

Sememangnya, sewaktu musim hujan sekarang, rakyat Selangor perlu belajar menadah 'air percuma' ini sebanyak yang boleh untuk kegunaan sehari-harian dan tidak bergantung sepenuhnya kepada lori tangki air yang dihantar Syabas atau PBT.

Kalau takut nak guna untuk minuman, boleh guna untuk kegunaan-kegunaan lain seperti membasuh dan sebagainya.  Dengan cara itu, pembaziran air dapat dielakkan dan catuan air yang berlanjutan sekarang, tidak akan memberi kesan yang begitu besar kepada rakyat Selangor.

PRK Bukit Gelugor 25 Mei, penamaan 12 Mei

  • SPRSPR
 1 / 1 
PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 25 Mei ini sebagai tarikh pilihan raya kecil (PRK) bagi Parlimen Bukit Gelugor.

Perkara itu diumumkan oleh  Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dalam satu sidang media yang diadakan selepas selesai mesyuarat khas di ibu pejabat SPR di sini, hari ini.

"SPR telah menetapkan 12 Mei ini sebagai tarikh penamaan calon bagi PRK Bukit Gelugor.

Hudud: Impian PAS berkecai?

parlimen1
PETALING JAYA:  PAS sama sekali tidak dapat merealisasikan impian untuk melaksanakan hudud di Kelantan kerana ia tidak akan mendapat 148 undi untuk mendapat sokongan dua pertiga apabila rang undang – undang berkenaan hudud dibentangkan semasa sidang Parlimen dalam bulan Jun.

Pada masa sekarang PAS kekurangan 39 undi. Umno dengan sejumlah 88 undi dan undi PAS sebanyak 21 hanya berjumlah 109.
Jumlah 148 ini penting kerana ia merupakan jumlah dua pertiga yang membolehkan pindaan perlembagaan terhadap Perkara 8 dan Jadual  Sembilan Perlembagaan Persekutuan dibuat.

Budaya ugutan cemari pemilihan PKR

  • pemilihan PKR
 1 / 1 
KUALA SELANGOR - Kenyataan dan perbualan telefon berbaur ugutan menimbulkan pelbagai persepsi negatif dalam kalangan anggota PKR Cabang Kuala Selangor termasuk di peringkat Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan wanita.

Calon Ketua AMK Cabang Kuala Selangor, D Thalapathy, 34, menyifatkan perbualan telefon yang berbaur ugutan, tawaran dan pelucutan jawatan ternyata menyalahi etika pemilihan parti.

Menurutnya, pihaknya juga terkejut apabila meneliti perbualan yang disiarkan dalam internet secara meluas sehingga boleh menjejaskan imej parti menjelang pemilihan tidak lama lagi.

Jawatan MB: Ahmad tak 'ambil pusing'

  • Ahmad SaidAhmad Said
 1 / 1 
KUALA TERENGGANU - Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said hari ini mengulangi kenyataan tidak mahu melayan khabar angin dan spekulasi yang ditimbulkan pihak tertentu berhubung peralihan kuasa pucuk pimpinan negeri.
  
"Biarlah surat khabar atau siapa-siapa mahu membuat spekulasi, asalkan mereka bahagia'" katanya ketika diminta mengulas spekulasi yang kini tersebar luas di laman sosial dan blog kononnya beliau akan digantikan dengan pemimpin lain bagi menerajui kerajaan Terengganu.
  
Beliau yang juga Pengerusi BN negeri berkata ketika ini kedudukan kerusi Dun yang menyaksikan 17 kerusi dimiliki kerajaan Barisan Nasional (BN) dan 15 kerusi lagi disandang pembangkang adalah lebih mustahak dan perlu diberi perhatian.

Tian Chua: Saifuddin can deliver

Tian Chua
PETALING JAYA: Batu MP Tian Chua is confident that Saifuddin Nasution Ismail will be able to deliver should he win the race for PKR deputy president.

Tian Chua, who has dropped out of the race for deputy president, said he had been working closely with Saifuddin and know the current secretary-general could deliver.
“I pulled out because there are many candidates contesting. It is encouraging and positive that so many people are up to the challenge,” he said.

ANWAR IBRAHIM’S MANY U-TURNS

Raja Petra Kamarudin
Former Finance Minister Tun Daim Zainuddin has dismissed claims of abuses of power made by Opposition Leader Datuk Seri Anwar Ibrahim, insisting that he was cleared of wrongdoings after two probes.
Daim confirmed that he owns a bank in Tanzania, saying that Anwar himself was aware of this fact when taking over Daim’s post as Finance Minister. Daim said he decided to open a bank in Tanzania after the head of the East African country asked him to invest there, the Malay-language daily Berita Harianreported today.
“When Anwar was the Finance Minister, he chaired a (Cabinet-level) committee against corruption… why didn’t he take action against me at the time? I have been probed twice (on that issue) in 1999, there are none (wrongdoings),” he was quoted as saying by the paper. Daim also said Anwar has failed to show evidence to back up his accusations.

UM beku program sempena kehadiran Obama


KUALA LUMPUR: Pentadbiran Universiti Malaya mengeluarkan arahan agar semua program dalam kampus dibekukan pada tarikh 26 hingga 27 April sempena kehadiran Presiden Amerika Syarikat (AS) Barack Obama ke kampus itu pada Ahad ini.

Arahan itu dikeluarkan melalui satu surat kepada kesemua jabatan yang menyebut ianya atas tujuan keselamatan dan nasihat daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM).

"Pihak kedutaan amerika Syarikat telah memlih Universiti Malaya  untuk menganjurkan 'US Embasy Town Hall' pada 27 April 2014 di Dewan Tunku Chanselor, Universiti Malaya.