Pages

Friday, October 4, 2013

CEC 2.0: 20 Calon Menang Semula Kerana Ketentuan Tuhan

Sebetulnya aku tak faham apa lagi yang para politikus dalam dan  luar DAP ini mahukan dari parti tersebut susulan pemilhan semula parti tersebut yang diadakan pada Ahad lepas (29 September) berkahir dengan jayanya, tanpa kontroversi yang besar-besar.

Dah buat pemilihan semula tu dahlah, apa lagi nak bising pasal dakwat tak kekal lah, siapa dulu duduk nombor 2 sekarang nombor 5 lah, pengundi hantu (Janice Lee) dan sebagainya.

Yang penting, semua arahan Pendaftar Pertubuhan (RoS) yang diminta untuk DAP mematuhi, telah dibuat dan kini ialah masa untuk memandang ke depan dan menentukan hala tuju parti dalam menghadapi PRU14 yang akan dilaksanakan 5 tahun lagi.

Bukan menoleh kebelakangan dan mempersoalkan apa yang sebenarnya telah selesai.

Orang-orang macam Zulkifli Mohd Nor dan Jenice Lee ini patut berhenti mempersoalkan kesahihan pemilihan yang lepas.  Tapi kalau diikutkan, aku boleh faham kalau Zulkifli buat bising sebab dia kalah dan kecewa, tapi yang Janice ni apa hal pulak nak bising-bising sangat?

Bukan jadi calon pun, hanya perwakilan biasa yang entah macam mana boleh terlepas walaupun setelah dipecat dari parti April lepas.  Sehingga kini tidak ada penjelasan mengenai perkara tersebut walaupun ada pihak kata pemecatan itu tidak sah kerana CEC DAP ketika itu tidak diiktiraf oleh RoS.

Hairannya, ada 2 lagi ahli DAP yang turut dipecat CEC yang sama (salah seorang ialah bekas Ahli Parlimen Seremban, John Fernandez), tapi tidak dijemput sebagai perwakilan dalam pemilihan semula CEC Ahad lepas.

Sama seperti Janice, John Fernandez turut bertanding sebagai calon Bebas bagi kerusi Parlimen Seremban pada PRU13 yang dulu.

Aku tidak mahu memanjangkan lagi isu ini, aku serahkan segalanya kepada barisan CEC yang baru untuk membuat keputusan lanjut mengenai luahan Zulkifli mengenai beberapa masalah yang dikatakan timbula, antaranya dakwat kekal yang hanya tahan 5 minit.

Cuma aku harap agar semua pihak berhenti bercakap tentang perkara ini dan menumpukan perhatian kepada usaha untuk memantapkan parti.

Segala yang telah berlaku, termasuk persoalan mengenai status quo 20 anggota CEC itu, anggap sajalah sebagai ketentuan yang telah dibuat oleh Tuhan - alasan sama yang digunakan UMNO bagi menutup mulut pengkritik setelah BN berjaya mengekalkan kuasa di peringkat persekutuan pada 5 Mei yang lepas.

Kenapa pula tak boleh guna alasan tu, UMNO boleh?

No comments:

Post a Comment

Komen Adalah Atas Tanggung Sendiri, Blog Ini Tidak Bertanggungjawab