Pages

Wednesday, October 9, 2013

Guan Eng Punca DAP Di 3 Negeri Bergolak

Sumber dari dalam parti DAP menyatakan kepada aku, tindakan beberapa orang ADUN DAP di Sabah, dan Melaka meletakkan jawatan dari parti tersebut, atau sebagai Ketua Pembangkang negeri, adalah disebabkan oleh Setiausaha Agung parti tersebut, Lim Guan Eng.

Di Kedah pula, pemimpin DAP negeri tidak bersetuju dengan perlantikan Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari sebagai Pengerusi Interim DAP negeri tersebut.

Khabarnya, para pemimpin ini tidak bersetuju dengan gaya kepimpinan Guan Eng yang gemar masuk campur dalam urusan DAP negeri sehingga memecah belahkan parti tersebut.

Bahagian ini yang aku tak faham, kenapa pula campur tangan Guan Eng disifatkan sebagai masalah?  Bukankah sebagai Setiausaha Agung, beliau layak untuk masuk campur bagi memastikan urusan parti berjalan dengan lancar?

Tapi itulah yang disebutkan kepada aku oleh sumber ini.  Seolahnya dalam DAP ini ada satu konsep pentadbiran yang lain dari yang lain sehingga kepimpinan pusat tidak dibenarkan campur tangan dalam kepimpinan negeri.

Pelik pula.

Apa pun, ini masalah yang perlu ditangani segera oleh barisan kepimpinan DAP yang baru dilantik (semula), sebelum merebak dan jadi bertambah parah.

Sebab aku dengar cerita, yang dah letak jawatan setakat ini (baik sebagai ADUN atau Ketua Pembangkang Negeri), ada team masing-masing pulak dah, dan masing-masing menunggu masa saja untuk ikut jejak langkah yang sama (keluar parti dan menyokong BN).


Macam yang di Melaka tu, Ketua Pembangkang dan Timbalan dia pun letak jawatan serentak.  Di Sabah ini pun khabarnya akan ada juga yang bakal mengikut jejak Dr. Hiew King Cheu (ADUN Luyang), cuma tunggu masa yang sesuai.

Inilah nanti yang akan memeningkan kepala kalau semuanya menjadi kenyataan.

DAP adalah tunggak kepada Pakatan Rakyat sekarang.  Kalau DAP lemah, komponen yang lain pun akan ikut lemah juga.  Hanya DAP yang mampu meyakinkan orang Cina untuk mengundi calon Melayu dari PAS dan PKR.

Tanpa DAP, aku nampak jalan susah sikit, maka itu penting DAP terus kuat dan tidak berpecah belah hanya disebabkan oleh perbezaan politik antara pemimpin.

No comments:

Post a Comment

Komen Adalah Atas Tanggung Sendiri, Blog Ini Tidak Bertanggungjawab