Kalau ikut pendirian rasmi blog ini, aku tak sepatutnya mengkritik YB Azmin Ali yang juga Ahli Parlimen Gombak, ADUN Bukit Antarabangsa dan Timbalan Presiden PKR dalam masa yang sama.
Tapi disebabkan sesuatu yang disebutkan Azmin malam tadi, aku rasa perkara ini wajib disentuh kerana ia boleh menjejaskan peluang Pakatan Rakyat untuk menang di Sungai Limau ini.
Dalam ucapan dihadapan lebih 20,000 orang penyokong Pakatan Rakyat semasa pengumuman calon PAS di Markas Penerangan PAS, Kabu 10, Yan Kedah semalam, Azmin telah menyentuh tentang isu Altantunya dimana UMNO sebagai 'pembunuhnya'.
Entah kenapa aku tak rasa isu ini sesuai dengan kempen di Sungai Limau, sebuah kawasan boleh dikategorikan sebagai 'kampung', dimana majoritinya penduduknya adalah orang Melayu/Islam. Kalau kawasan bandar itu mungkinlah.
Bukan sebab betul atau salah sangat tapi lebih kepada nak menaikkan sentimen rakyat agar benci kepada BN.
Masalah dengan orang kampung yang membentuk majoriti di Sungai Limau ini ialah, mereka terikat kuat kepada ajaran Islam, tak macam orang Melayu di bandar. Islam pula menetapkan syarat yang cukup ketat sebelum boleh menuduh sesiapa terlibat dengan pembunuhan dan sebagainya, antaranya, 4 orang saksi.
Pertanyaan aku disini, Azmin adakah 4 saksi tersebut? Kalau tidak ada, kenapa disebut? Aku yakin, jangan kata saksi, Azmin pun tidak ada clue siapa yang sebenarnya bunuh Altantunya, terutama sejak Mahkamah Rayuan membebaskan dua tertuduh yang di dakwa dalam kes tersebut Julai lepas.
Adakah ini cubaan Azmin untuk mensabotaj PAS? Aku rasa itu mungkin puncanya sebab Azmin dikatakan berdendam dengan ADUN PAS di DUN Selangor yang tidak menyokong namanya untuk dilantik sebagai Menteri Besar negeri tersebut sebaik Pakatan Rakyat kembali berkuasa dalam PRU13 yang lepas.
Jelasnya, isu itu tidak kena dalam kempen sekarang dan ada kajian menunjukkan rakyat Malaysia dah muak pun dengan isu Altantunya ini. SUARAM pula menambahkan kalut bila perbicaraan yang didakwa sudah bermula di Perancis itu sebenarnya tidak wujud pun - disahkan sendiri oleh Duta Perancis ke Malaysia.
Jadi, aku tak rasa isu ini sesuai dengan situasi di Sungai Limau dan bagi mengelakkan undi protes, lebih baik jangan digunakan atau kita juga yang akan rugi nanti.
Aku rasa masa Azmin dituduh ada skandal tak bermoral dengan perempuan yang dirakam dalam CCTV beberapa tahun lepas pun, Azmin minta 4 saksi juga kan?
No comments:
Post a Comment
Komen Adalah Atas Tanggung Sendiri, Blog Ini Tidak Bertanggungjawab