Pages

Monday, October 14, 2013

Kalimah Allah: Keputusan Mahkamah Zalim, Sudah Dijangka

Tidak ada apa yang mengejutkan dengan keputusan Mahkamah Rayuan sebentar tadi yang menolak permohonan gereja Kristian supaya nama Allah dapat digunakan di gereja dan semua penerbitannya.

Ia memang sudah dijangka.

Pun begitu, Pakatan Rakyat ingin menegaskan bahawa kita tidak menerima keputusan ini dan akan sentiasa bersama pihak gereja dalam apa keadaan sekalipun.  Walaupun keputusan ini sudah ada, tapi kita masih ada satu peluang lagi iaitu merayu di peringkat Mahkamah yang lebih tinggi - Mahkamah Persekutuan.

Sehingga itu kita berpegang kepada keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada tahun 2009 yang membenarkan kalimah Allah digunakan oleh pihak gereja dalam majalah, ceramah dan apa saja aktiviti mereka.

Di Selangor, Pulau Pinan dan Kelantan, gereja bebas menggunakan kalimah Allah tanpa gangguan dan ini akan berterusan - pedulilah apa Mahkamah nak kata, ini komitmen Pakatan Rakyat.

Aku sendiri berpandangan keputusan ini bercangah dengan agama Islam sendiri yang sebenarnya membenarkan penggunaan kalimah Allah oleh sesiapa sahaja di dunia ini.  

Seperti diakui oleh ulama-ulama PAS yang sebulat suara bersetuju bahawa orang bukan Islam boleh menggunakan kalimah Allah di dalam amalan agama mereka.  Yang tidak setuju ini hanyalah Majlis Syura Ulama, salah satu badan politik dalam parti tersebut.

Memang aku bersetuju dengan Mahkamah Rayuan bahawa kalimah Allah yang diperdebatkan ini, merujuk kepada tuhan orang Islam dan bukan kata ganti bagi perkataan tuhan, tapi di Malaysia ini perlu ada pengecualian.

Jika tidak orang Kristian di Sabah dan Sarawak yang telah menggunakan kalimah Allah sebagai ganti nama Tuhan, akan dinafikan hak mereka, dan ini sudah tentu tidak baik untuk persekutuan Malaysia.

Maka itu, demi pihak gereja, Pakatan Rakyat akan menganjurkan bantahan besar-besaran lanjutan dari keputusan zalim dan tidak masuk akal oleh Mahkamah Rayuan ini.  Sudah tentu keputusan ini dipengaruhi politik UMNO, macam mana dan bagaimana itu tidak penting, yang penting UMNO ada campur tanganlah senang kata.

Yang menariknya, PAS dijangka akan mengetuai bantahan tersebut, seperti mana Presiden PAS membuat pengumuman bahawa Pakatan Rakyat menyokong penggunaan kalimah Allah oleh pihak Gereja awal tahun ini dulu - yang kemudiannya dibantah Majlis Syura Ulama mereka tidak beberapa hari kemudian.

Semua ini menunjukkan kesepakatan dalam Pakatan Rakyat, berlawanan dengan tanggapan UMNO bahawa Pakatan Rakyat sedang berpecah belah dek kerana isu ini.

PAS telah memberi komitmen untuk mempertahankan kalimah Allah ini untuk digunakan di dalam gereja dan aku yakin PAS akan kekal dengan komitmen tersebut sampai bila-bila.

No comments:

Post a Comment

Komen Adalah Atas Tanggung Sendiri, Blog Ini Tidak Bertanggungjawab