Pages

Monday, October 21, 2013

Pakatan Rakyat Perlu Hantar Wakil Ziarah Kubor Sultan Kiram

Apa pun orang nak kata tentang pencerobohan Tentera Diraja Sulu di Lahad Datu Sabah awal tahun sudah, satu yang pasti ialah, kejadian tersebut telah melonjakkan tahap sokongan terhadap Pakatan Rakyat di negeri itu.

Hasilnya, jumlah kerusi Pakatan Rakyat dalam DUN dan Parlimen bagi negeri Sabah, meningkat, walaupun tidak sebanyak yang kita jangka - yang penting ada peningkatan ketara berbanding dengan tahun 2008.

Lupakan pasal nyawa yang mati dalam kejadian tersebut kerana sudah dinamakan peperangan, kehilangan jiwa pasti akan berlaku.  

Yang penting pencerobohan bersenjata  yang dipertanggungjawabkan kepada Sultan Jamalul Kiram III dari Filipina itu, mendedahkan kepada rakyat Sabah akan kegagalan UMNO dalam memastikan perairan negeri itu bebas dari pencerobohan asing.

Gagal halang tentera asing dari menceroboh satu hal lah, nak menangani pencerobohan itupun satu masalah juga sehinggakan operasi ketenteraan terpaksa dilewatkan bagi menunggu peralatan, anggota dan senjata sampai dari Semenanjung.

Sedangkan Sabah adalah antara negeri yang mempunyai banyak hasil bumi, termasuk minyak dan gas.  Seharusnyalah negeri ini dilengkapkan dengan persenjataan yang lengkap untuk menangani pencerobohan seperti ini, tapi itu tidak berlaku.

Senjata Polis Yang Sudah Usang

Ini semua disebabkan kealpaan pemimpin-pemimpin UMNO.

Mahu tidak mahu, suka atau tidak, Pakatan Rakyat harus memberi kredit kepada Sultan Jamalul Kiram III atas sumbangannya dalam mendedahkan semua kelemahan UMNO ini - walaupun atas nama menceroboh negeri Sabah.

Justeru, kematian beliau pada Sabtu lepas, seharusnya mendapat sedikit sebanyak penghargaan dari Pakatan Rakyat seperti mana pejuang negara Chin Peng yang meninggal dunia pada 16 September yang lepas disebuah hospital di Thailand.

Oleh yang demikian, aku dimaklumkan bahawa Pakatan Rakyat akan menghantar rombongan ke Manila bagi menziarahi keluarga Kiram dan dijangka bertemu dengan isterinya, Fatima Celia dan puteri Sulu, Jacel Kiram untuk menyampaikan sumbangan dari rakyat Malaysia.

Rombongan yang dijangka akan diketuai oleh Naib Presiden PKR, Tian Chua bersama dengan beberapa orang anggota parlimen Pakatan Rakyat itu, dijangka akan berlepas ke Manila hari Khamis ini bagi tujuan tersebut.

Pakatan Rakyat berharap waris Sultan Kiram ini dapat bersabar dalam menghadapi ujian serta dugaan dari Tuhan/.  

No comments:

Post a Comment

Komen Adalah Atas Tanggung Sendiri, Blog Ini Tidak Bertanggungjawab