Pages

Friday, October 18, 2013

Rajagopal Takut Buang Mat Yo

Senarai 20 pelatih skuad kebangsaan yang dikeluarkan hari ini oleh ketua jurulatih bolasepak negara, Datuk K Rajagopal, sekali lagi masih menampilkan penyerang Nor Shahrul Idlan Talaha sebagai antara pemain yang akan dibawa bagi menghadapi beberapa perlawanan persahabatan dan kelayakan Piala Asia.

Gesaan Pakatan Rakyat dan masyarakat Kristian agar pemain tersebut disingkirkan dari terus menyertai skuad kebangsaan kerana sokongan terbukanya terhadap UMNO dalam isu kalimah Allah, langsung tidak dipedulikan jurulatih beragama Hindu tersebut.

Walhal sebelum kontroversi ini tercetus pun, sudah banyak pihak bertanya kenapa Rajagopal masih mengekalkan Mat Yo dan tidak memberi peluang kepada pemain yang lebih layak (sila ruju gambar di atas).

Membuktikan Mat Yo ini bukanlah aset yang terlalu berharga sangat, sebaliknya adalah liabiliti yang akan menjejaskan imej sukan bolasepak negara di mata dunia.

Percaya atau tidak, tindakan Rajagopal ini boleh mencetus masalah yang lebih besar di kemudian hari.  Kedegilan untuk mengekalkan pemain yang ada sifat rasis macam Mat Yo ini, lambat laun pasti akan memberi kesan kepada sokongan peminat terhadap skuad kebangsaan.

Jangan terperanjat kalau selepas ini tidak ada penganut agama Kristian yang nak menonton perlawanan atau memberikan sokongan kepada skuad bolsepak kebangsaan kerana tindakan kurang ajar yang dilakukan Mat Yo dalam perlawanan dengan Bahrain, Selasa lepas.

Bukan itu saja, arahan juga sudah dikeluarkan kepada semua gereja agar tidak mendoakan kejayaan skuad bolasepak kebangsaan dalam apa jua pertandingan yang disertai mereka selepas ini, selagi Mat Yo masih berada di dalam pasukan tersebut.

Sukan bolasepak di negara ini tidak perlukan pemain rasis seperti Mat Yo atau jurulatih pengecut seperti Rajagopal untuk pergi lebih jauh dalam sukan itu. 


Kalau dengan sokongan padu seluruh masyarakat Malaysia sebelum ini pun, sukan bolasepak di negara kita tidak pernah menjejak kaki ke Piala Dunia pun sejak negara mula mencapai kemerdekaan pada 1957, apakah nasibnya pasukan itu selepas ini tanpa doa dari penganut agama Kristian?

Sudah tentu lebih merudum.

Negara seperti Bosnia yang terbabit dalam kancah peperangan di Balkan dan jauh lebih muda usianya dari Malaysia pun, sudah mencatat sejarah tersendiri apabila layak ke pusingan akhir Piala Duni 2014 yang akan diadakan di Brazil.

Sedangkan negara kita?  Masih di takuk yang sama juga dari dulu sampai sekarang.  

Bagaimanapun, harapan masih ada, dengan syarat Rajagopal perlu mengambil tindakan drastik dengan menyingkirkan MatYo dari skuad kendaliannya sebelum perlawanan berikutnya menentang Yaman dan Qatar.

Lebih lambat, lebih parah, lebih ramai juga yang akan marah.

No comments:

Post a Comment

Komen Adalah Atas Tanggung Sendiri, Blog Ini Tidak Bertanggungjawab