KUALA LUMPUR: PAS telah bersedia sepenuhnya untuk berdepan Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Limau pada 4 November nanti dan telah membahagikan gerak kerja jentera kepada tiga fasa.
Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar menjelaskan gerak kerja itu telah pin bermula untuk fasa awal dan akan berterusan sehinggalah tibanya hari pengundian.
"Fasa pertama memperkemaskan kerja-kerja yang dilakukan sebelum kita menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) dan ia dilakukan sekarang sehingga Hari Raya Korban.
"Bagi fasa kedua pula garak kerja akan dilakukan selepas Hari Raya Korban sehingga hari penamaan calon, manakala fasa ketiga bermula hari penamaan calon hingga tiba waktu pengundian," jelasnya.Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar menjelaskan gerak kerja itu telah pin bermula untuk fasa awal dan akan berterusan sehinggalah tibanya hari pengundian.
"Fasa pertama memperkemaskan kerja-kerja yang dilakukan sebelum kita menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) dan ia dilakukan sekarang sehingga Hari Raya Korban.
Beliau yang yakin melalui pendekatan gerak kerja tiga fasa ini akan menjadikan setiap perancangan bagi menghadapi PRK akan berjalan dengan lebih lancar dan teratur.
Pesuruhjaya PAS Kedah itu juga turut memberitahu pertemuan jentera dengan peringkat akar umbi di dun Sungai Limau dan Parlimen Jerai telah dilakukan.
Dalam pada itu, Mahfuz turut menyatakan Pakatan Rakyat Kedah telah mewujudkan jawatankuasa bersama yang melibatkan PAS, PKR dan DAP.
"Bagi peringkat Pakatan Rakyat kita telah mewujudkan jawatankuasa bersama dan ini bagi memastikan segala kempen lebih teratur mengikut apa yang ditetapkan.
"Jawatankuasa ini diketuai oleh Datuk Ir Amiruddin Hamzah dari PAS dan beberapa individu dari PKR dan DAP," sambung beliau.
No comments:
Post a Comment
Komen Adalah Atas Tanggung Sendiri, Blog Ini Tidak Bertanggungjawab