Tawaran Menteri 'Jaga' Parlimen, Shahidan Kasim untuk membenarkan mana-mana ahli parlimen mengemukakan usul hudud bagi tujuan perbahasan, perlulah dilihat sebagai satu perangkap yang dipasang oleh UMNO.
Janganlah hendaknya mana-mana ahli Parlimen Pakatan Rakyat (terutama dari PAS) yang terlebih ghairah mendapat jawatan dalam Muktamar pada 22 November ini, mengambil serius tawaran tersebut sehingga hudud akhirnya di bahaskan di Parlimen.
Malangnya, khabar yang sampai ke telinga aku bahawa ahli Parlimen Temerloh dari PAS, Nasrudin Hassan Tantawi dikatakan akan membuat permohonan supaya usul itu dibahaskan di Parlimen pada bila-bila masa dalam minggu ini.
Kalau berani buatlah.
Tidak ada apa yang nak dibincangkan kerana hudud bukan agenda Pakatan Rakyat dan dengan itu bukan satu isu yang menjadi kepentingan untuk dibahaskan.
Aku nak beri jaminan disini, jika ada mana-mana ahli Parlimen Pakatan Rakyat yang cuba membuat usul kepada Speaker untuk membahaskan isu hudud ini, dia akan dikenakan tindakan tatatertib. Ahli Parlimen dari PKR dan DAP juga akan memulaukan sesi perbahasan tersebut.
Pulau dengan cara keluar dewan atau tidak, itu akan diputuskan kemudian.
Malah aku mendengar, Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Takiyudin Hassan juga sedang berada dalam pertimbangan untuk dikenakan tindakan tatatertib oleh Pakatan Rakyat kerana mengeluarkan kenyataan di dalam akhbar meminta kerjasama ahli Parlimen BN untuk membantu Kelantan melaksanakan hudud dengan menyokong usul itu kalau dibahaskan di Parlimen.
Apa jenis manusialah Takiyuddin ni, tak tahu ke yang kenyataan seumpama itu sama seperti mengajak pencuri masuk kedalam rumah? Pakatan Rakyat tidak boleh berkompromi sama sekali dalam hal ini!!
Dalam dunia yang semakin moden dan liberal hari ini, adalah salah untuk mana-mana negara pun membenarkan perlaksanaan hudud. Undang-undang itu sudah tidak lagi relevan dengan keadaan dunia sekarang.
Pakatan Rakyat yakin lebih ramai orang akan terlepas dari hukuman sekiranya hudud menjadi sebahagian dari undang-undang jenayah negara kita berikutan proses pembuktian yang sangat ketat dan rumit.
Contohnya hukuman potong tangan kerana kesalahan mencuri. Hukuman itu hanya boleh disabitkan jika disahkan oleh 4 saksi (atau dengan pengakuan tertuduh). 4 saksi ini pula mestilah terdiri daripada orang yang alim dan adil.
Zaman hari ini mana nak cari orang macam itu lagi dah (alim dan adil), yang berlagak alim ramai lah!! Dan apakah jenis orang alim yang melihat sahaja perbuatan mencuri berlaku di depan mata mereka?
Nampak tidak masuk akal bukan? Jadi sebab itulah Pakatan Rakyat telah lama membuat keputusan bahawa undang-undang hudud ini akan membawa negara ini kembali ke zaman purba.
No comments:
Post a Comment
Komen Adalah Atas Tanggung Sendiri, Blog Ini Tidak Bertanggungjawab