KOTA BHARU – Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa layak untuk membawa usul pelaksanaan hudud di Kelantan ke peringkat lebih tinggi seperti Majlis Fatwa Kebangsaan.
Penganalisis politik, Prof Madya Dr Ismail Sualman berkata, sebagai seorang Ahli Parlimen yang prihatin perkembangan isu semasa, Annuar boleh menjadi orang tengah’ untuk pelaksanaan tersebut.
“Annuar boleh bertindak, bawa ke Majlis Fatwa, asalkan jangan guna fatwa yang dicipta Pas atau DAP. Hukum tetap hukum, pelaksanaannya harus diterima pakai oleh semua masyarakat Islam, cuma kaedah mesti kena dengan matlamat asal.
“Pas sendiri pun kena ikut syariat Islam sebenar dalam melaksanakan hukum ini, bukan daripada fatwa-fatwa yang dicipta sendiri, malah dalam Pakatan Rakyat (PR) pun ada yang tidak setuju dengan hal ini, banyak lagi perkara perlu diperhalusi jika benar ia akan dilaksanakan di Kelantan,” katanya, semalam.
Beliau yang juga Pengarah Institut Pengajian Kewartawanan Universiti Teknologi Mara (UiTM) itu berkata, DAP seharusnya tidak mencampuri hal tersebut yang disifatkan sebagai hak umat Islam.
“Pas tidak perlu tunggu kata putus daripada DAP atau sebagainya untuk pelaksanaan tersebut, tapi apa dilihat sekarang ialah mereka (Pas) kelihatan takut untuk membuat keputusan tentang hal tersebut.
“Malah, Brunei mempunyai matlamat jelas kenapa hudud dilaksanakan. Mereka mempunyai kajian terperinci, tapi Kelantan masih terlalu awal untuk laksanakannya. Banyak lagi perlu diperhalusi, mengikut nas dan hukum sebenar seperti yang termaktub dalam Islam.
“Kita mesti jadikan negara lain contoh. Bagaimana pelaksanaan mereka sebelum dan selepas hukum (hudud) dikuatkuasakan. Tengok tahap pencapaian mereka, jangan bila sudah buat baru nak fikir. Itu bukan jalan yang betul. Apa yang penting, jangan libatkan hal politik dalam pelaksanaannya,” katanya.
No comments:
Post a Comment
Komen Adalah Atas Tanggung Sendiri, Blog Ini Tidak Bertanggungjawab