Sudah heboh sejak beberapa hari ini bahawa Ahli Parlimen Pulai, Datuk Nur Jazlan Rahmat akan keluar dari UMNO untuk menyertai Pakatan Rakyat. Dengar khabarnya parti komponen Pakatan Rakyat yang jadi pilihan Nur Jazlan ialah PKR.
Ini setelah Nur Jazlan dikatakan menerima tekanan yang begitu hebat dari pihak-pihak tertentu dalam UMNO berikutan beberapa kenyataan olehnya mengenai politik wang semasa pemilihan lepas yang membangkitkan rasa tidak senang sesetengah pihak dalam parti tersebut.
Umum tahu, September lepas, Nur Jazlan menganggarkan wang sebanyak RM 13 juta diperlukan untuk seseorang calon Naib Presiden mendapat sokongan selamat dari 64 bahagian.
Kenyataan yang dinyatakan dalam artikel tulisannya sendiri bertajuk "Masih Adakah Kesetiaan Kepada UMNO Jika Tidak Berkuasa?", dipetik hampir kesemua portal dan blog Pakatan Rakyat sehingga mencetuskan kekecohan yang begitu besar dalam UMNO..
Nur Jazlan bagaimanapun menafikan RM 13 juta yang disebut dalam artikel itu merujuk kepada membeli undi perwakilan, tapi lebih kepada kos untuk menggerakkan jentera kempen.
Penafian itu bagaimanapun dilihat banyak pihak dalam UMNO sebagai alasan untuk melepaskan dirinya semata-mata. Justifikasinya, orang bodoh sahaja yang menganggarkan kos jentera sebanyak RM 13 juta untuk berkempen di 191 bahagian UMNO.
Maka itu tidak hairanlah kenapa selepas penjelasan tersebut, Nur Jazlan masih dkritik oleh beberapa NGO yang diketahui mempunyai kaitan dengan pemimpin UMNO tertentu, antaranya oleh Pengerusi Badan Bertindak Penyelewengan Kedah, Khairul Anuar Ramli dan beberapa NGO lain.
Kecewa dengan keadaan tersebut, Nur Jazlan dikatakan telah menyuarakan hasrat untuk keluar dari UMNO dan menyertai PKR. Hasrat tersebut dinyatakan kepada beberapa orang Ahli Parlimen Pakatan Rakyat sejak beberapa hari lepas.
Apatah lagi Nur Jazlan turut tewas dalam persaingan merebut salah satu jawatan sebagai Ahli Majlis Tertinggi UMNO dan kini terpaksa bergantung kepada belas ehsan Najib Tun Razak untuk mendapat kerusi tersebut secara lantikan, menambahkan lagi kepada kekecewaan tersebut.
Pakatan Rakyat mengaku-ngalukan sekiranya Nur Jazlan benar-benar ingin keluar dari UMNO dan menyertai mana-mana satu komponen Pakatan Rakyat.
Anak arwah Tan Sri Mohamad Rahmat ini memang ada potensi lebih besar bersama Pakatan Rakyat jika dibandingkan dengan UMNO, yang hanya mengutamakan legasi bekas Perdana Menteri sahaja.
Setakat anak bekas Menteri cap ayam macam Mohamad Rahmat (bekas Menteri Penerangan), lupakan sajalah nak pergi lebih jauh.
Walaupun ada di antara parti komponen dalam Pakatan Rakyat yang menentang tindakan wakil rakyat melompat parti, tapi secara dasarnya, amalan itu adalah selaras dengan demokrasi - selagi tindakan melompat parti itu dilakukan oleh Ahli Parlimen BN untuk menyertai Pakatan Rakyat, bukan sebaliknya.
Jika semuanya seperti yang dirancangkan, satu sidang media akan dibuat oleh parti mana yang menjadi pilihan Nur Jazlan dalam jangka masa terdekat. Sama-samalah kita nantikan kesudahannya.
No comments:
Post a Comment
Komen Adalah Atas Tanggung Sendiri, Blog Ini Tidak Bertanggungjawab