Pages

Saturday, November 16, 2013

PPSMI: Sampai bila Mahathir mahu berhenti merungut?


KUALA LUMPUR: Bagi Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI), program baru sudah pun diperkenalkan dan tidak mungkin ia akan dikembalikan. 

Tetapi Mahathir seolah-olah sengaja membangkitkan isu PPSMI ini untuk mengetahui sejauh mana rakyat menyokong dan bersamanya, tulis Shahbudin Husin di dalam blognya. 

Menurutnya, walaupun ada segelintir yang menyokong agar PPSMI ini dikembalikan, majoriti rakyat, termasuk pejuang bahasa nampaknya telah menyatakan pendirian menyokong tindakan kerajaan memansuhkannya.

Mahathir jelas disokong dingin dalam isu PPSMI ini.

Begitu juga rungutannya mengenai Wawasan 2020, turut disambut dingin. Sehingga ini tidak ada mana-mana pihak yang bersuara menyokong atau membantah rungutannya itu. 

Bagi Shahbudin, sebenarnya tidak ada penyisihan mengenai Wawasan 2020 ini, ia masih lagi menjadi maltamat kerajaan, cumanya ia kelihatan agak tenggelam kerana Najib memperkenalkan pelbagai dasar dan perkara baru dalam pentadbirannya.

Mungkin ini yang menyebabkanya terasa hati dan bersungut seolah-olah Wawasan 2020 diketepikan. 

Tetapi jika Mukhriz menang Naib Presiden Umno, semuanya akan nampak elok di mata bekas Perdana Menteri itu, kata ramai orang-orang lama dalam Umno.

“Sementara Mahathir dijangka akan terus bersuara dan merungut lagi dan lagi, sampai bilakah sebenarnya beliau akan berbuat demikian?” tulisnya lagi.

No comments:

Post a Comment

Komen Adalah Atas Tanggung Sendiri, Blog Ini Tidak Bertanggungjawab