Pages

Friday, November 15, 2013

Sultan Patut Haramkan KJ Dari Masuk Pahang

Dalam keghairahan nak tunjuk pandai, kononnya tahu semua benda pasal bolasepak, Menteri Belia & Sukan, Khairy Jamaludin dikhabarkan telah mengeluarkan kritikan bersifat peribadi dan keterlaluan ke atas Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah yang juga Presiden FAM.

Kritikan inilah yang dikatakan menjadi permulaan kepada pelbagai kritikan lain yang datang dari pelbagai pihak termasuk penghibur terkenal negara, Siti Nurhaliza Tarudin, Jamal Nasir dan sebagainya.

Aku kata 'dikatakan' sebab aku sendiri pun tak pasti kebenaran di sebaliknya.  Adalah terbaca tentang perkara tersebut di Facebook dan Twitter.

Tapi kalau betul, aku harap Sultan Pahang boleh haramkan budak mentah lahir di Kuwait ini dari menjejak kaki ke negeri Pahang.  Mungkin sebab lahir di Kuwait, budak ini hanya hormatkan Emir Kuwait, terlupa yang dia itu sekarang berada di Malaysia.

Jangan silap, Pakatan Rakyat bukan nak membela raja sangat, tapi sebab sekarang ini kita bercakap tentang kapasiti Sultan Pahang sebagai Presiden FAM, bukan sebagai Sultan!! 

Cuma memandangkan hanya Sultan dan Raja sahaja yang mempunyai kuasa berkenaan di Malaysia ini, tak salah rasanya ia digunakan untuk mengharamkan Khairy dari menjejak kaki ke negeri Pahang sebagai hukuman atas keceluparannya.

Aku nak tengok macam mana budak berlagak ini nak tunjuk macam bagus lagi bila dia menjadi satu-satunya Menteri UMNO yang diharamkan dari menjejak kaki ke negeri Pahang.  Aku yakin imej UMNO pasti terjejas dan keadaan ini pasti memberi kelebihan kepada Pakatan Rakyat.

Apatah lagi Najib Tun Razak juga berasal dari Pahang!!

Tak bolehlah UMNO nak cakap besar pasal membela raja-raja Melayu lagi dah, bila UMNO sendiri ada Menteri yang kurang ajar kepada institusi tersebut.  Perlu diakui, sejak krisis Menteri Besar di Perak pada 2009, masyarakat beranggapan (dibantu propaganda UMNO), Pakatan Rakyat nak menghapuskan institusi beraja.

Walaupun kenyataan itu tak 100% salah dengan sebahagian besar darinya lebih bersifat persepsi, tapi Pakatan Rakyat masih gagal mengikis tanggapan tersebut sehingga memberi kesan dalam PRU13 yang lepas bila majoriti orang Melayu menolak Pakatan Rakyat.

Ini semua akan menguntungkan Pakatan Rakyat untuk jangka masa panjang, berbanding kalau Pakatan Rakyat mengambil keputusan menyebelahi Khairy.

Lagipun, sesekali orang kurang ajar macam ini memang patut dihukum macam itu, biar sedar diri dia sikit.  Pedulilah sama ada dia ini harapan Pakatan Rakyat untuk menghancurkan UMNO dari dalam atau tidak.

Apa gunanya pun kalau dia boleh menghancurkan UMNO dari dalam tapi kemudiannya Pakatan Rakyat berhadapan masalah dengan institusi beraja dalam nak membentuk kerajaan dan menguruskan negara ini dari situ.

Tapi dengar cerita sikap kurang ajar Khairy ini diwarisi dari ibunya yang juga seorang veteran UMNO, betul ke?  Kalau betul, aku tak hairan.  Isteri bekas diplomat, sekarang ibu kepada Menteri pula, kalau sombong nak mampus pun, tak begitu mengejutkan.

UMNO dengan sombong dan berlagak, mana boleh berpisah.

No comments:

Post a Comment

Komen Adalah Atas Tanggung Sendiri, Blog Ini Tidak Bertanggungjawab