John Major pernah berkata “I rather be popular than unpopular, but i rather be unpopular than made mistake”. Barangkali pendekatan yang sama diambil Datuk Seri Najib Tun Razak bila mengambil tindakan tidak populis dengan menarik subsidi minyak petroleum dan gula yang mengakibatkan kenaikan harga dua komoditi itu.
Pemikiran rakyat Britian jauh berbeza dengan pemikiran rakyat Malaysia. Rakyat Britian tidak dipengaruhi hanya berdasarkan persepsi semata-mata seperti rakyat Malaysia. Negara Britian sebuah negara maju, manakala Malaysia baru bercadang untuk menjadi sebuah negara maju pada tahun 2020.
Dalam kenyataannya kepada kakitangan awam, Najib mempertahankan keputusan kerajaan merasionalisasikan subsidi dengan matlamat meneruskan agenda pembangunan negara. Sudah tentu sasarannya ialah cuba merealisasikan matlamat menjadi sebuah negara maju dalam tempuh enam tahun lagi.
Wawasan 2020 adalah perancangan jangka panjang yang dilhamkan Tun Dr Mahathir Mohamad. Tetapi anak Mahathir adalah orang pertama dari parti pemerintah yang menegur dasar Najib. Dalam wawancara dengan akhbar Berita Harian versi Ahad, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, berkata dasar Najib betul tapi tidak popular. Akibatnya persepsi di kalangan rakyat, kerajaan BN tidak lagi prihatin dengan masalah rakyat kesan kenaikan harga barang dan perkhidmatan.
Menteri Besar Kedah itu menyatakan kebimbangannya mengenai masa depan BN pada PRU akan datang jika persepsi rakyat gagal ditangani dengan bijak. Menurutnya, banyak kawasan dimana BN hanya menang dengan majoriti yang kecil.
Selain Mukhriz, Mahathir juga pernah menegur pentadbiran Najib dengan mengatakan Najib sepatutnya mengurangkan perbelanjaan dan bukannya memotong subsidi.
Penulis berpendapat Najib tak perlu risau jika matlamat Wawasan 2020 gagal dicapai dalam tempuh yang ditetapkan. Sudah banyak rancangan jangka panjang negara gagal dicapai dibawah Perdana Menteri sebelumnya. Sebagai contoh Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang dirangka semasa Tun Razak jadi Perdana Menteri. DEB mensasarkan matlamat serampang dua mata:
1. Menghapus kemiskinan tanpa mengenal kaum
2. Menyusun semula mayarakat agar tidak dikenali mengikut fungsi-fungsi ekonomi.
Kedua-dua matlamat itu gagal dicapai. Begitu juga dengan matlamat akhir untuk mengagihkan semula kekayaan negara supaya pada tahun 1990, sekurang-kurangnya 30% saham kekayaan adalah milik orang Melayu dan bumiputera.
DEB telah gagal. Malah sehingga hari ini selepas lebih 20 tahun DEB berakhir matlamat 30% tidak sampai separuh. Statistik terkini pemilikan saham cuma 12.4%, itupun kebanyakannya milik GLC bukan individu bumiputera.
Pemimpin yang bertanggungjawab ketika baki sembilan tahun matlamat DEB ialah Mahathir. Barangkali di bidang pembangunan ekonomi Melayu dan bumiputera Mahathir gagal tetapi dalam politik dia unggul mengekal kerajaan BN dan Umno, dan Mahathir masih menjadi pemimpin yang popular di kalangan rakyat dan orang Melayu.
No comments:
Post a Comment
Komen Adalah Atas Tanggung Sendiri, Blog Ini Tidak Bertanggungjawab