Pages

Saturday, January 25, 2014

Kematian Harun Taib: Kehilangan Kecil Untuk Rahmat Yang Besar

Sebagai manusia, tiada apa yang lebih menyedihkan di dunia ini selain kehilangan orang tersayang, dan atas kesedaran itu, aku mengucapkan takziah kepada keluarga Datuk Harun Taib atas kematiannya malam tadi.

Tapi sebagai pejuang politik Pakatan Rakyat, kematian ini adalah satu rahmat terbesar kerana arwah adalah antara beberapa batu penghalang kepada perpaduan yang lebih jitu di dalam Pakatan Rakyat, terutama dalam isu membabitkan kalimah Allah dan sebagainya.

Kita semua tahu akibat peranan yang dimainkan arwah, Pakatan Rakyat masih tidak dapat membuat satu pendirian yang tetap dalam isu tersebut sehingga kini.  

Desakan Harun Taib dan sekutu kuatnya dalam Majlis Syura Ulama, Datuk Harun Din, telah menyebabkan PAS mengambil pendirian berbeza dengan Pakatan Rakyat dalam isu tersebut walaupun Presidennya, Datuk Seri Abd Hadi Awang telah bersetuju beberapa hari sebelum itu.

Harun Din juga dikhabarkan sedang kritikal di Insititut Jantung Negara (IJN) - institusi yang ditubuhkan oleh Mahathir, individu yang dimusuhi Harun Din sejak 1998 hingga sekarang.

Nasib baik Pakatan Rakyat diselamatkan oleh kebijakan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berjaya meredakan ketegangan yang timbul dari polemik berkaitan kalimah Allah ini, atau Pakatan Rakyat mungkin bersepai lebih awal.

Jadi dengan kematian Harun Taib tengah malam tadi (dan Harun Din dalam jangka masa terdekat), aku harap PAS dibawah kepimpinan Timbalan Presiden, Haji Mohamad Sabu, boleh kembali bersatu semula dengan Pakatan Rakyat dalam isu kalimah Allah.

Mat Sabu sendiri mungkin boleh menggantikan kedudukan Harun Taib dalam Majlis Syura Ulama dan seterusnya membawa usul menyokong kalimah Allah untuk digunakan pihak Gereja ini ke dalam badan tertinggi PAS tersebut.

Perbezaan ini perlu diselesaikan segera kerana UMNO nampaknya mengambil sebanyak mungkin keuntungan politik dalam isu tersebut.


No comments:

Post a Comment

Komen Adalah Atas Tanggung Sendiri, Blog Ini Tidak Bertanggungjawab