SHAH ALAM - Kertas siasatan berhubung insiden seorang ahli Pemuda Umno Hulu Selangor yang didakwa menumbuk Timbalan Menteri Pendidikan II, P. Kamalanathan sudah diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara.
Perkara itu disahkan oleh Ketua Polis Selangor, Datuk Mohd Shukri Dahlan.
Difahamkan laporan diserahkan kepada pejabat Peguam Negara, kelmarin.
"Kita telah merakamkan keterangan lelaki yang didakwa menumbuk timbalan menteri.
"Keterangan itu berserta dengan hasil siasatan kita telah diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara," beliau dipetik sebagai berkata.
Malah Mohd Shukri berkata, kini terpulang kepada Peguam Negara untuk mengambil sebarang tindakan.
Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin semalam berkata, pihaknya tidak boleh mempertahan tindakan Muhammad Rizuan Suhaimi yang juga seorang guru.
Beliau berkata, apa jua sebab atau tekanan yang dihadapi Penolong Setiausaha Pemuda Umno Hulu Selangor itu, tindakan agresif dengan menumbuk Kamalanathan tidak patut berlaku.
"Dia ada berjumpa dengan saya dan menjelaskan faktor-faktor berlakunya insiden itu. Saya terima penjelasan itu namun apapun sebabnya, kita tidak boleh bertindak secara fizikal," katanya kepada pemberita, semalam.
Kamalanathan membuat laporan polis Ahad lalu berhubung dakwaan diserang oleh seorang guru, yang dikatakan tidak berpuas hati kerana isterinya, yang juga seorang guru yang tidak diluluskan pertukarannya ke Hulu Selangor.
Umno telah mengeluarkan surat tunjuk sebab berhubung insiden itu dan Setiausaha Agung parti, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, tindakan akan dikenakan terhadap Muhammad Ridzuan.

No comments:
Post a Comment
Komen Adalah Atas Tanggung Sendiri, Blog Ini Tidak Bertanggungjawab