Pages

Wednesday, January 22, 2014

Sumbat Kangkung Minta Maaf: Kit Siang Mungkin Nyanyuk

Aku tak faham kenapa Penasihat DAP, Lim Kit Siang meminta ADUN Machang Bubuk, Lee Khai Loon meminta maaf atas tindakannya menyumbatkan kangkung ke dalam mulut replika Najib Tun Razak minggu sudah.

Bukankah itu yang sepatutnya dilakukan kerana kelihatan Najib tidak sensitif dengan kesusahan rakyat dengan menjadikan kangkung sebagai contoh harga barangan yang turun.

Persoalannya sekarang, di Malaysia ini ada beratus jenis sayur, kenapa kangkung – sejenis sayur yang hanya jadi pilihan orang-orang miskin juga nak dijadikan contoh? Hanya orang yang rumahnya tepi longkang saja makan kangkung sebab sayur ini banyak tumbuh meliar di kawasan seperti itu.

Adakah ini yang Najib nak rakyat makan? Come on la, kalau bukan menghina, kita nak panggil apa?

Jadi pelik, kenapa Kit Siang tidak nampak isu ini sampai kesitu, disebalik statusnya sebagai pemimpin politik veteran di negara kita.

Lee tidak perlu meminta maaf, pedulikanlah desakan Kit Siang tersebut. Kit Siang bukan pemimpin PKR dan dia tidak ada hak untuk mengarah-ngarahkan Lee membuat apa yang betul untuk membantah tindakan Najib menjadikan kangkung sebagai contoh.

Sebaliknya, Lee hanya perlu mendengar arahan dari Datuk Seri Anwar Ibrahim atau mana-mana pimpinan tertinggi PKR saja, bukan pemimpin DAP.

Dari sumber dalam kerajaan negeri Penang yang aku dapat memaklumkan, Kit Siang cukup bimbang dengan situasi antara kaum di negeri tersebut lanjutan dari tindakan Lee itu. Ini setelah Kit Siang melihat kebangkitan orang Melayu di negeri tersebut yang bangkit mempertahankan Najib.

Kit Siang dikatakan tidak mahulah negeri dimana anaknya menjadi Ketua Menteri, menjadi huru hara kerana tindakan Lee.


Pakatan Rakyat berpendapat, Kit Siang terlalu lemah sehingga mahu Lee meminta maaf kepada Najib hanya kerana nak melindungi kerajaan yang dipimpin anaknya di Penang. Mungkin Kit Siang tidak bersetuju tindakan seumpama itu dilakukan di Penang, di Selangor tidak mengapa.

Dalam hal ini Kit Siang tidak boleh terlalu mementingkan diri sendiri. Di negeri-negeri lain agak sukar mengadakan flash mob dan menyumbatkan kangkung di mulut Najib kerana Penang adalah satu-satunya negeri di Semenanjung dimana Cina adalah majoriti.

Sebagai seorang Cina, Lee lebih selesa mengadakan tindakan seumpama itu di Penang, berbanding di negeri-negeri lain.

Adakah itu pun salah? Damm you Kit Siang!!

No comments:

Post a Comment

Komen Adalah Atas Tanggung Sendiri, Blog Ini Tidak Bertanggungjawab