Pages

Monday, January 20, 2014

Tindakan Keterlaluan Ke Atas Najib & Rosmah Hanya Rugikan PR


Semalam ada dakwaan mengatakan bahawa Najib Tun Razak dan isterinya di boo oleh beberapa orang lelaki Cina semasa menyampaikan hadiah kepada Datuk Lee Chong Wei yang gagal mengotakan janji untuk kalah dalam perlawanan semalam.

Bagaimanapun, usaha aku mendapat pengesahan mengenai kejadian tersebut masih gagal walaupun ada diantara kawan-kawan yang turun semalam.  Tapi untuk menjadikan kisah, anggap sajalah kejadian itu benar-benar berlaku.

Walaupun dialu-alukan, tapi tindakan ini sedikit sebanyak telah merugikan Pakatan Rakyat kerana dalam isu kangkung sahaja, imej Najib sudah teruk terjejas dan perbuatan 5 orang lelaki cina dari DAP Bukit Bintang itu hanya menimbulkan rasa simpati kepada mereka berdua.

Ini Malaysia, dimana rakyatnya mudah lupa dengan penghinaan yang dilemparkan Najib apabila memilih kangkung sebagai contoh harga barang yang turun (apa tidak ada barang lain ke?).

Sepatutnya, tunggu sehingga parodi kangkung ini selesai dulu, barulah mulakan serangan baru.  Kejadian di ejek ini (kalau benar) memang menjadi kalau masanya sesuai.

Tidak setakat itu, pihak yang terlibat juga gagal mengambil sebarang gambar atau video yang kita boleh gunakan untuk menyakat Najib dan Rosmah,  Malah di kalangan kita sendiri pun ragu-ragu sama ada insiden berkenaan benar-benar terjadi.

Najib seperti yang kita tahu, masih ramai penyokong di belakangnya, terutama di kalangan Melayu yang bodoh-bodoh ini. Kelmarin 3 ribu orang turun ke jalan membantah tindakan PKR menyumbat kangkung dalam replika muka Najib.

Situasi macam ini tidak pernah berlaku sebelum ini, jadi pendekatan yang betul perlulah digunakan kalau nak jatuhkan imej Najib lagi.  Biarlah secara beransur-ansur dan perlahan-lahan, bukannya secara gopoh dan tergesa-gesa.

Pakatan Rakyat masih memerlukan undi Melayu atau hasrat kita untuk menawan Putrajaya tidak akan berjaya sampai ke sudah.  Soal mereka bodoh tu tolak tepi dulu, undi tu yang penting, dah dapat kuasa nanti, tahulah apa nak buat.

Inilah masalahnya bila tak faham strategi politik, tapi nak main politik sama dengan orang faham.

No comments:

Post a Comment

Komen Adalah Atas Tanggung Sendiri, Blog Ini Tidak Bertanggungjawab