Pakatan Rakyat menolak sekeras-kerasnya perlantikan Tan Sri Adenan Satem sebagai Ketua Menteri Sarawak yang baru menggantikan Tan Sri Abd Taib Mahmud yang akan bersara dari politik dan mengambil alih jawatan sebagai Tuan Yang Terutama negeri tersebut.
Alasan penolakan tersebut begitu kukuh kerana Adenan adalah seorang yang diketahui tidak berkeupayaan dari segi fizikal, sering saja sakit-sakit dan silap-silap, tidak lama lagi boleh mati akibat penyakit tersebut!!
Menurut sumber, Adenan mengalami masalah jantung yang serius dan seringkali keluar masuk Institut Jantung Negara (IJN) untuk mendapatkan rawatan. Tidak sekadar itu, Adenan juga mendapatkan rawatan di Singapura untuk penyakit yang sama.
Jadi, bagaimanakah Adenan mampu meneruskan tugasnya sebagai Ketua Menteri Sarawak dengan baik, kalau masa yang ada sering kali dihabiskan dengan berulang alik ke Hospital dan IJN untuk mendapatkan rawatan?
Nanti yang akan mendapat masalah ialah rakyat Sarawak sendiri kerana mempunyai Ketua Menteri yang tidak langsung berkeupayaan seperti ini. Kena ingat, Sarawak adalah negeri terbesar di Malaysia dan banyak yang perlu dilakukan di negeri tersebut.
Orang yang sepatutnya dilantik menjadi Ketua Menteri Sarawak mestilah orang yang lebih muda, bukan umur 69 tahun macam Adenan. Pada umur macam ini dan sakit jantung yang dihadapinya, silap-silap, tak sampai 3 tahun jadi Ketua Menteri, Adenan dah mati!!
Menyusahkan betul.
Itu satu perkara, satu perkara lagi, dapatkah Adenan bebas dari bayang-bayang dan pengaruh Taib Mahmud yang telah menjadi Ketua Menteri negeri tersebut selama lebih 33 tahun?
Apatah lagi, Taib Mahmud bukan tinggal terus Sarawak tu, sebaliknya dia masih lagi ada kuasa dan pengaruh sebagai TYT, walaupun tak sebesar pengaruh sebagai Ketua Menteri.
Mengikut perlembagaan Malaysia, TYT mempunyai kuasa untuk membubarkan DUN Negeri Sarawak pada bila-bila masa dan ikut suka hatinya.
Katakanlah kalau ada keputusan kerajaan negeri yang dipimpin Adenan tidak berkenan di hati Taib, DUN akan dibubarkan dan pilihanraya negeri perlu dibuat semula.
Inilah yang Pakatan Rakyat bimbangkan kerana kita tahu sepanjang jadi Ketua Menteri, Taib menggunakan orang-orangnya dalam kabinet Sarawak untuk meluluskan apa-apa pemberian tanah kepada individu dan syarikat yang ada kaitan dengan Taib dan ahli keluarganya.
Dia sendiri tidak pernah lulus apa-apa.
Bagaimana kalau setelah melepaskan jawatan Ketua Menteri, Adenan dan barisan kabinet Sarawak sedia ada berpaling tadah dan tidak lagi mahu membantu kroni-kroni Taib lagi, Adenan ada kroni dia juga sendiri kan?
Ingat, Taib dah perintah Sarawak selama 33 tahun, boleh bayangkan sajalah pengaruh kroni Taib dalam pentadbiran Sarawak itu sendiri dan tender-tender pembangunan yang dikeluarkan oleh kerajaan negeri, nak batalkan semua itu bukan mudah.
Bukankah itu nanti akan meletakkan rakyat Sarawak dalam konflik politik yang berpanjangan? Inilah yang Pakatan Rakyat bimbangkan sangat.
No comments:
Post a Comment
Komen Adalah Atas Tanggung Sendiri, Blog Ini Tidak Bertanggungjawab