SHAH ALAM – Anak Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tidak jadi bertanding Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Kajang selepas dilarang bapanya.
Nurul Hidayah, 35, berkata, beliau akur dengan bapanya yang tidak mahu beliau melibatkan diri dalam pilihan raya itu.
"Kalau itu yang abah (Ahmad Zahid) kata, saya tak boleh bantah. Mana boleh lawan abah sendiri. Kalau niat saya nak lawan (Ketua Pembangkang) Datuk Seri Anwar Ibrahim, saya kena lawan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dahulu," katanya.
"Nak jadi pemimpin yang baik kena hormat mak bapa dulu, baru hidup diberkati," katanya.

Jumaat lalu, Nurul Hidayah, ahli Umno di bahagian yang diketuai bapanya, Bagan Datoh, menyatakan hasratnya untuk menawarkan diri bertanding menentang Anwar atas sifatnya sebagai pemastautin di kawasan Dun Kajang.
"Walaupun dalam darah saya mengalir jiwa politik, abah tak bagi saya sertai bidang ini.
"Buat masa sekarang, saya sedang pujuk abah mengenai kecenderungan saya ini. Andai tidak diizin sekarang, pasti suatu hari nanti hasrat untuk menjadi pelapis politik masa hadapan akan tercapai," katanya.
Sinar Harian difahamkan, Nurul Hidayah menetap di Country Heights, Kajang.
Semasa zaman sebagai penuntut, anak sulung Ahmad Zahid itu adalah aktivis pelajar di Universiti Putra Malaysia (UPM). Sejak 2010 hingga kini, beliau juga memegang pangkat leftenan muda dalam Rejimen Askar Wataniah Malaysia.
Nurul Hidayah memberitahu, beliau berpengalaman selama 13 tahun dalam bidang perhubungan awam dan kini menjadi Naib Presiden Bahagian Perhubungan Awam Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB), selain turut aktif dalam aktiviti kemasyarakatan.
Ahmad Zahid, dalam reaksi terhadap kenyataan anaknya itu, tidak mahu Nurul Hidayah menyertai PRK di Kajang itu atas ia adalah kawasan MCA dan perkara itu perlu dihormati.
PRK Kajang diadakan setelah penyandang kerusi Dun Kajang, Lee Chin Cheh, meletakkan jawatan pada 27 Januari bagi memberi laluan kepada Anwar untuk bertanding di situ.
Dalam PRU13, Chin Cheh mendapat 19,571 undi, berbanding calon BN, Lee Ban Seng yang mendapat 12,747 undi.
Rabu lalu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan tarikh PRK Kajang akan diadakan pada 23 Mac hadapan, manakala hari penamaan calon pada 11 Mac.
Pengundi Kajang terdiri daripada 49 peratus Melayu, 40 peratus Cina, 10 peratus India dan 0.91 peratus lain-lain.
No comments:
Post a Comment
Komen Adalah Atas Tanggung Sendiri, Blog Ini Tidak Bertanggungjawab