Pages

Thursday, February 13, 2014

Anwar juga mudah lupa?

Maka kaum itu pun bergelak tawa bersama Anwar Ibrahim tanpa sedar mereka hanyalah alat bagi merealisasikan perjuangan serta cita-cita politiknya yang kian malap. Tapi mungkin juga mereka rela diperalatkan kerana ada imbuhan yang dijanjikan.
Bila Anwar turun memberi ceramah dan menggunakan lagu ‘Anak Kecil Main Api’ yang sinonim dengan Biro Tata Negara (BTN) (sila lihat video 1) rata-rata yang terhibur mendengar jenaka yang selari dengan kemahuan mereka – kebenaran untuk mempersoal hak keistimewaan orang Melayu.
Namun harus diingat bahawa Anwar adalah antara minda di belakang BTN.
Apabila video (sila lihat video 2) yang memaparkan Anwar mempertahankan kewujudan BTN serta kenyataan berbaur perkauman dengan memanggil kaum bukan Melayu sebagai pendatang dan pendatang ini tiada hak sama sekali untuk mempersoal tentang hak-hak keistimewaan orang Melayu, Anwar pantas membidas dengan berkata bahawa dia hanya berbuat demikian bagi mempertahankan kedudukannya di dalam Umno pada ketika itu.
Anwar melihat ada keperluan atau ‘terpaksa’ untuk menjadi rasis bagi mempertahankan kedudukannya dan terus kekal di dalam Umno bererti Anwar sanggup melakukan apa saja asalkan dia sentiasa punya kuasa.
Dan setiap apa yang dilakukan oleh Anwar hari ini, sudah pasti hanya untuk tujuan yang demikian.
Perjuangan untuk rakyat apa yang Anwar maksudkan jika dia sebagai individu sendiri sering berubah-ubah mengikut keadaan seperti sesumpah.
Tidak mustahil sekiranya Anwar memegang kuasa yang lebih besar dari sekadar Ketua Umum parti (Menteri Besar?) dia sanggup tunduk dan patuh kepada sesiapapun asal dapat terus berada di atas.
Pendek kata, jika kena paluan gendangnya, Anwar akan ikut menari bersama.
Oleh yang demikian juga, dengan pembohongan demi pembohongan yang keluar dari mulut Anwar, umum boleh beranggapan bahawa Pakatan Rakyat adalah gabungan parti-parti pembohong kerana jika mengikut keperluan dan tingkah laku Anwar, maka itulah konklusinya.
Menjadi rasis untuk berada dalam parti rasis, menjadi pembohong untuk parti pembohong.
Jadi, bila Anwar memilih untuk menggunakan BTN sebagai alat bagi menjatuhkan parti lawan, ianya menyerlahkan lagi keperibadian Anwar sebagai pakar manipulasi yang sangat bijak menggunakan peluang bagi kepentingan dirinya.
Dia tahu dengan berbuat demikian, kaum bukan Melayu – terutamanya di Kajang sekarang ini – akan melihat Anwar sebagai anti perkauman dan ‘pemimpin’ yang adil dalam memperjuangkan hak kesaksamaan.
Apa yang mereka tidak sedar adalah, pada Anwar, mereka hanyalah alat yang mudah dipergunakan untuk memastikan Anwar Ibrahim terus relevan.
Saat mereka ikut ketawa bila Anwar berjenaka, mereka lupa bahawa Anwar adalah orang yang sama, yang pernah meletakkan kedudukan mereka di bawah tapak kakinya.
Mungkin inilah kelebihan berdiri dalam barisan pembangkang, segala kesilapan dan kesalahan mereka yang sebelumnya dilupakan dan diampunkan malah dilihat sebagai seorang penyelamat.
Persoalannya sekarang, adakah mereka ini bergembira kerana lawak BTN Anwar atau mereka gembira kerana akhirnya Anwar ‘menyanyi’ mengikut rentak lagu yang mereka mahukan?

No comments:

Post a Comment

Komen Adalah Atas Tanggung Sendiri, Blog Ini Tidak Bertanggungjawab