Pages

Thursday, February 6, 2014

Berapa Pun Jumlah Dibayar Kepada Bekas ADUN Kajang Adalah Berbaloi

Sumber terdekat dengan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Kajang menyebut bahawa bekas ADUN itu menerima sejumlah besar wang sebagai bayaran ganti rugi kehilangan pendapatan berikutan keputusan untuk mengosongkan kerusi DUN Kajang bagi memberi laluan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding.

Berapakah jumlahnya, tidak pula dinyatakan tapi dengar-dengarnya pada anggaran antara RM 1 juta hingga RM 3 juta.

Persoalan tentang wang ini tidak seharusnya timbul kerana ia adalah atas tujuan yang baik dan wajar.  Banyak yang perlu dilepaskan beliau apabila mengosongkan jawatan tersebut, bukan setakat pendapatan bulanan sahaja tapi juga kemudahan-kemudahan lain sebagai wakil rakyat.


Tidak disebutkan lagi kehilangan pencen (50% dari elaun sekarang) yang akan dibayar sehingga beliau meninggal dunia.  Untuk makluman, dengan mengosongkan jawatan itu sebelum genap sepenggal, beliau tidak layak untuk mendapat pencen.

Semua ini menjadikan apa pun jumlah yang dibayar kepada bekas ADUN terbabit, sebagai sangat berbaloi dengan pengorbanannya.

Maka itu janganlah ada sesiapa yang berani mempersoalkan tentang bayaran itu lagi.  Aku rasa perkara itu haruslah dikekalkan sulit antara bekas ADUN berkenaan dan pihak PKR sajalah, yang kita di luar ini, usah masuk campur.

Kita tidak berada di tempat beliau, dan maka itu tidak tahu berapa besar impak kewangan yang terpaksa ditanggung bagi membolehkan Selangor kekal dalam genggaman Pakatan Rakyat dan Putrajaya juga akan dirampas dari tangan BN.

Sebaliknya, rakyat Kajang harus mempersoalkan jumlah bayaran besar (RM 1.6 juta) yang bakal dileburkan SPR untuk membiayai kos pilihanraya kecil di daerah itu nanti.

Apakah kewajarannya wang rakyat yang begitu besar dibelanjakan untuk satu proses pilihanraya kecil seperti ini?  Bukan nak sewa helikopter apa segala.

Ini yang UMNO/BN perlu jelaskan, bukan pertikai jumlah bayaran kepada bekas ADUN Kajang tersebut.


No comments:

Post a Comment

Komen Adalah Atas Tanggung Sendiri, Blog Ini Tidak Bertanggungjawab