Pages

Thursday, February 13, 2014

Dimana Najib Dalam Soal Pengganti Taib Mahmud & TYT Sarawak?


Selaku Pengerusi Barisan Nasional dan Perdana Menteri, Najib Tun Razak seharusnya mempunyai kuasa dalam segala apa perkara yang berlaku di dalam parti tersebut - termasuk dalam soal pengganti Taib Mahmud sebagai Ketua Menteri Sarawak dan pengganti Tuan Yang Terutama Sarawak (kontrak berakhir 1 Mac).

Dalam dua perkara tersebut, nampaknya Najib diketepikan sama sekali.  Yang putus Adenan Satim jadi Ketua Menteri ialah Taib sendiri dan yang putus Taib jadi TYT Sarawak ialah parti dimana Taib sebagai Presidennya, Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak (PBB).

Nama Najib tidak disentuh dimana-mana.


Malah dalam soal nak menentukan calon DUN Balingan bagi menggantikan Taib yang mengosongkan kerusi tersebut untuk menjadi TYT pun, keputusannya akan dibuat oleh Ketua Menteri yang baru, Tan Sri Adenan Satim, tanpa campur tangan Najib.

Ini berbeza halnya dengan penamaan calon bagi kerusi-kerusi ditandingi BN dalam PRU13 yang lepas dan beberapa PRK selepas itu, nama Najib sering disebut-sebut sebagai pihak akhir yang akan memutuskan siapa akan tercalon.

Walaupun dari satu segi selain UMNO, Najib hanyalah nama yang digunakan kononnya untuk menunjukkan ketinggian jawatannya dalam soal penentuan calon, sedangkan hakikat sebenarnya, parti yang bertanding itulah yang akan menentukan calon mereka sendiri.

Tapi dalam hal di Sarawak ini, nama Najib langsung tidak disentuh.  Nak disebut 'telah dimaklumkan' pun tidak ada!!

Jadi benarlah dakwaan beberapa pihak sebelum ini bahawa Taib memang bimbang kekosongan yang bakal ditinggalkannya nanti, akan diambil peluang oleh Najib untuk membawa UMNO masuk ke Sarawak.

Sebab itu Taib tidak mahu langsung mengaitkan Najib dalam soal dia nak bersara dan menjadi TYT Sarawak yang baru, walaupun dari segi konvensyen dan tradisinya, soal itu hanya layak dicakapkan oleh Pengerusi BN, walaupun bukan dia yang memutuskan.

Kelihatan disitu, imej UMNO begitu buruk sekali di mata Ketua Menteri tersebut sehinggakan dia membelakang semua amalan biasa dalam soal peralihan kuasa yang bakal berlaku di Sarawak ini.

Aku rasa itulah sebabnya walaupun ada yang kata Najib sengaja tidak mahu dilihat terlibat dalam soal ini kerana nak mengelak dari dituduh campur tangan dalam apa yang sepatutnya menjadi hak rakyat Sarawak untuk buat keputusan.

No comments:

Post a Comment

Komen Adalah Atas Tanggung Sendiri, Blog Ini Tidak Bertanggungjawab