Laluan untuk Datuk Seri Anwar Ibrahim menang besar di Kajang dan seterusnya menjadi Menteri Besar Selangor kini terbuka luas setelah maklumat sulit mesyuarat antara Badan Perhubungan UMNO Selangor dengan BN Pusat malam tadi memutuskan bahawa BN tidak akan bertanding di Kajang.
Perkara ini dimaklumkan sendiri oleh sumber yang rapat dengan Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar yang hadir dalam mesyuarat di Putrajaya malam tadi.
Perdana Menteri, Najib Tun Razak juga dilaporkan telah bersetuju dengan keputusan tersebut, cuma respon MCA saja yang tidak boleh disahkan setakat ini.
Seterusnya, menjadikan pengumuman yang bakal dibuat oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada petang ini, sebagai satu formaliti semata-mata sebab keputusannya telah pun diketahui.
Keputusan BN untuk tidak bertanding ini menjadikan PRK Kajang nanti hanya akan disertai oleh Anwar sendiri dan sekurang-kurangnya 3 calon bebas iaitu Datuk Zaid Ibrahim, Datuk Seri S Nallakarupan dan Yuktes Vijay.
Jika itu berlaku, persaingan sengit dijangka berlaku antara Zaid dan Anwar kerana ada ura-ura menyebut, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim menaja Zaid bertanding untuk menentang Anwar.
Zaid sendiri secara terus terang telah mengumumkan bahawa tujuan dia masuk bertanding menentang Anwar ialah bagi memastikan Khalid kekal sebagai Menteri Besar Selangor.
Maka itu boleh diramalkan bahawa semua jentera media dibawah kerajaan Selangor akan berkempen bagi pihak Zaid dan mengenepikan Anwar. Tindakan seperti ini tidak boleh dibiarkan sama sekali dan Anwar perlu berbuat sesuatu bagi menangani sabotaj dalaman ini.
Aku boleh bagi tips satu saja, pertandingan di Kajang ini bukanlah sangat nak meletakkan Anwar sebagai Menteri Besar, tapi lebih kepada usaha Pakatan Rakyat untuk meminda perlembagaan negeri dan menghadkan kuasa Sultan, terutama dalam hal JAIS dan Islam.
Itu saja cukup, aku tak boleh nak dedah banyak, cuma disebutkan begitu sebab kita mahu bagi amaran kepada Khalid agar tidak menghalang usaha Anwar menjadi Menteri Besar dengan menaja calon bebas yang menentang beliau.
Pertandingan di Kajang ini bukan masalah Khalid, itu hanya sebahagian kecil isu, ada lagi isu yang jauh lebih besar untuk manfaat lebih ramai orang terutama penganut agama Kristian di Selangor.