Pages

Tuesday, February 11, 2014

Kes rasuah bekas Setpol Shahrizat, mana suara Najib?


KUALA LUMPUR: Walaupun Peguam Negara, Tan sri Abdul Gani Patail menafikan adanya campur tangan politik dalam kelewatan pertuduhan terhadap bekas Setiausaha Politik (Setpol) bekas Menteri Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang sebelum ini sudah dinyatakan akan didakwa di mahkamah oleh SPRM tetapi tiba-tiba dibatalkan apabila tiba waktunya, namun ia sama-sekali tidak berupaya menghentikan orangramai daripada terus bercakap mengenainya.

Demikian ulasan penulis Shahbudin Husin di dalam blognya, semalam.

Menurutnya, di sebalik penafian Gani Patail bahawa ada campur tangan politik dalam penangguhan kes itu, orangramai tetap mengharapkan ia akan dibawa juga ke mahkamah akhirnya supaya kes yang merosakkan nama kerajaan ini dapat diadili, lebih-lebih lagi ia melibatkan dana yang diwujudkan untuk membantu golongan miskin.

“Dalam hal ini, penafian Gani sahaja tidak memadai sebenarnya. Najib perlu bersuara dan menyatakan pendiriannya serta kerajaan mengenai kes itu memandangkan di sebalik penangguhan tersebut, nama beliau dipalitkan secara langsung dalam banyak sesi perbualan, dari kedai kopi di hujung kampung hinggalah ke coffee house di hotel-hotel mewah,” tulisnya.

Baginya, hanya dengan Najib bersuara bahawa tiada campur tangan politik dan beliau menyerahkan sepenuhnya kes itu kepada SPRM dan Peguam Negara menjalankan kerjanya secara bebas berdasarkan bukti dan undang-undang yang ada, barulah sekurang-kurangnya ia dapat memulihkan keyakinan umum.

“Selagi beliau berdiam diri dan membisu, selagi itulah beliau akan terus dikaitkan,” ujarnya.

Menurutnya lagi, sebelum kes Setpol Shahrizat ini benar-benar dibawa ke mahkamah untuk didakwa, Najib seharusnya bersuara dahulu menyatakan pendirian tiadanya campur tangan beliau serta ketegasannya agar kes ini diteruskan untuk diadili dan dijatuhkan hukuman.

Beliau berpandangan, hanya dengan bersuara sekurang-kurangnya membantu memulihkan imejnya tetapi dengan Najib sehingga in memilih untuk terus menyimpan suaranya, persepsi buruk lebih membebankannya.

No comments:

Post a Comment

Komen Adalah Atas Tanggung Sendiri, Blog Ini Tidak Bertanggungjawab