SHAH ALAM - Timbalan Speaker Dun Selangor, Nik Nazmi Nik Ahmad hari ini mengumumkan akan menandingi jawatan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) pada pemilihan parti itu, Mei depan.
Dengan bertemakan AMK Untuk Malaysia, Nik Nazmi berhasrat untuk melonjakkan peranan anak muda bukan sahaja sebagai golongan pendesak bahkan menjadi komponen utama dalam pembuat dasar parti dan kerajaan menjelang PRU14 nanti.
"AMK sudah berusia 15 tahun sekarang, banyak pencapaian sudah berlaku, tapi kita mahu AMK akan terus ke depan.
Dengan bertemakan AMK Untuk Malaysia, Nik Nazmi berhasrat untuk melonjakkan peranan anak muda bukan sahaja sebagai golongan pendesak bahkan menjadi komponen utama dalam pembuat dasar parti dan kerajaan menjelang PRU14 nanti.
"AMK sudah berusia 15 tahun sekarang, banyak pencapaian sudah berlaku, tapi kita mahu AMK akan terus ke depan.
"AMK juga perlu nampak relevan dan ke depan, kita tahu situasi politik hari ini bukan mudah, jadi kita perlu raikan semua bakat anak muda dalam parti," katanya kepada Sinar Harian Online, di sini, semalam.
Mengulas lanjut, beliau berkata keputusan itu dicapai setelah mengadakan perbincangan dan mendapat sokongan daripada akar umbi dan rakan-rakan partinya.
"Hari ini PKR sudah menjadi parti pelbagai kaum yang paling berjaya dalam sejarah negara dan mempunyai wakil rakyat di setiap negeri dan masyarakat.
"Kita juga telah antara yang paling berjaya membariskan pimpinan muda dan wanita berbanding parti lain," katanya.
Selain beliau, Pengerusi MyWatch, R Sri Sanjeevan juga akan bertanding jawatan Naib Ketua AMK yang juga mewakili pemuda kaum India dalam parti itu.
Tidak ketinggalan, selebriti Imam Muda musim ke-2 dari Sabah, Ali Khairuddin Abdul Marif turut akan bertanding bagi jawatan Exco AMK Pusat.
Dalam pada itu, Nik Nazmi berkata terdapat tiga cabaran utama jika beliau dan barisan kepimpinannya terpilih pada Mei depan.
Antaranya ialah menangani sikap fanatik terhadap kelompok tertentu dalam parti dengan meraikan semua bakat anak muda.
Selain itu, keengganan penyokong PKR menyertai parti itu walaupun anak muda memberikan undi pada PRU13 turut mencabar keupayaan AMK.
"Kita juga tahu bahawa ramai anak muda yang tidak menyokong kita dan kena tanya mengapa, ada yang tidak kisah tentang isu politik semasa," katanya la
No comments:
Post a Comment
Komen Adalah Atas Tanggung Sendiri, Blog Ini Tidak Bertanggungjawab