PETALING JAYA: Timbalan Ketua Pemuda Gerakan, Andy Yong berkata kenyataan Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali dan pensyarah Ridhuan Tee Abdullah bahawa pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) dan sekolah-sekolah Cina adalah halangan kepada pepaduan negara membuktikan meeka mempynyai mentaliti yang sempit.
Katanya, apa yang dibangkitkan oleh mereka bukan perkara yang baru.
“ Tetapi apa yang ingin saya menegaskan adalah kita harus melihat dari segi semua aspek sebelum menuduh bahawa pelajar-pelajar dari sekolah Cina di negara ini mengugat perpaduan negara,” kata beliau dalam satu kenyataan kepada FMT.
Andy Yong menambah beliau bukan membela atau memperjuangkan bangsa Cina di dalam perkara ini tetapi kepentingan rakyat.
“ Kita harus mengetahui bahawa hak mengenai pendidikan vernakular adalah dijamin di bawah Artikel 12 Perlembagaan Persekutuan. Sama ada sekolah sedemikian menjadi halangan kepada perpaduan atau pembangunan negara, ia merupakan satu perkara subjektif,” katanya lagi.
Beliau menjelaskan ini adalah kerana tidak ada bukti untuk mengatakan sedemikian mahupun ada bukti mengatakan sekolah kebangsaan akan menjamin perpaduan.
Beliau mendakwa sekolah vernakular telahpun wujud sebelum kemerdekaan dan tidak pernah menjadi isu halangan perpaduan negara.
“Manakala UEC adalah diiktirafkan oleh institusi-institusi pengajian tinggi di UK, Amerika Syarikat, Taiwan, Australia, Singapura, Kanada dan lain-lain negara melainkan di Malaysia,” katanya lagi.
Beliau berkata sekolah Cina merupakan salah satu pilihan pendidikan walaupun saya tidak nafi bahawa bahasa yang diutamakan adalah Bahasa Cina.
“Jikalau ia merupakan satu halangan perpaduan bagaimana dengan seolah agama rakyat atau sekolah Kristian?” soal beliau.
Beliau bertanya lagi adakah apa yang berlaku baru-baru ini oleh segolongan masyarakat yang cuba mengapi-apikan kebencian di antara kaum melibatkan mereka dari sekolah vernacular?
“ Adakah ekstremis-ekstremis tersebut menggalakkan keharmonian dan perpaduan negara?,” soal beliau.
Oleh yang demikian Timbalan Ketua Pemuda Gerakan menegaskan bahawa faktor utama yang mengugat perpaduan adalah antara lain dasar atau polisi negara seperti diskriminasi kemasukan pengajian tinggi di institusi-institusi tempatan, pekerjaaan atau kenaikan pangkat, peruntukan untuk kos rumah rendah, pemberian saham yang mana ia seharusnya terbuka kepada semua rakyat Malaysia mengikut meritokrasi.
“Justeru sampai masanya kerajaan persekutuan dan negeri benar-benar mencari satu jalan mengenai persekolahan di negara ini kerana pendidikan di antara generasi muda adalah satu perkara yang amat penting bagi pembangunan negara,” ujarnya lagi.
No comments:
Post a Comment
Komen Adalah Atas Tanggung Sendiri, Blog Ini Tidak Bertanggungjawab