Pages

Wednesday, February 19, 2014

Penceraian Nurul Izzah & Erra Fazira Ada Kaitan?


Kebanyakkan orang memangil keadaan yang bakal dijelaskan dibawah ini sebagai takdir atau kebetulan, aku pula lebih gemar memanggilnya sebagai ironi sebab aku tidak begitu percaya kepada kebetulan, sementara tak siapa tahu apa takdir mereka.

Ini merujuk kepada penceraian dua selebriti dari bidang berbeza secara serentak semalam.  Seorang dari bidang politik dan seorang dari bidang seni, yang dimaksudkan sudah tentulah Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar dan artis, Erra Fazira.

Menurut sumber dalaman PKR, dikatakan bahawa bekas suami Nurul Izzah, Raja Ahmad Shahrir mempunyai hubungan dengan Erra dan perkara ini diketahui oleh bekas suami Erra, Engku Emran - sehingga membawa kepada penceraian semalam.

Tambah sumber berkenaan lagi, dakwaan itu dikuatkan oleh keputusan Mahkamah Syariah Shah Alam yang memberi hak penjagaan penuh anak tunggal pasangan terbabit kepada Engku Emran, tidak seperti lazimnya, hak penjagaan diberikan kepada ibu.

Menurut undang-undang Islam, seorang ibu hanya boleh kehilangan hak penjagaan ke atas anaknya kalau berada dalam keadaan-keadaan tertentu, antaranya nusyuz - derhaka kepada suami, antara lain, ada hubungan sulit dengan orang lain!! 

Nurul Izzah juga tidak kelihatan di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur semalam ketika kes penceraiannya disebut semula, membuktikan bahawa ura-ura yang mengaitkan hubungan bekas suaminya dengan Erra itu memang ada kebenaran.

Bagaimanapun aku suka nak mengatakan disini bahawa semua maklumat yang disebutkan ini tidak boleh disahkan kebenarannya, tapi sebagai ahli politik Pakatan Rakyat, Nurul Izzah wajib mengadakan sidang media bagi menjelaskan perkara tersebut.

Cerai berai ini bukan masalah besar, tapi dalam keadaan Pakatan Rakyat nak menghadapi pilihanraya kecil Kajang Mac ini, isu tersebut boleh menjejaskan usaha Anwar untuk mendapat majoriti lebih besar - 80%.

No comments:

Post a Comment

Komen Adalah Atas Tanggung Sendiri, Blog Ini Tidak Bertanggungjawab