Pages

Tuesday, February 4, 2014

PRK Kajang: Cina, Kristian & Harga Barang Pastikan Kemenangan Anwar


Menurut kajian yang dijalankan, setakat hari ini pengundi Sepang memberikan reaksi yang begitu positif kepada pencalonan Datuk Seri Anwar Ibrahim di kawasan itu.

Sebaik saja nama beliau diumumkan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai calon Pakatan Rakyat di Kajang, 41% sokongan rakyat kepada beliau sudah terjamin - undi masyarakat Cina dan Kristian.

Sepang mempunyai 4 gereja besar dan terbesar di Selangor.  Menurut maklumat, Ahad lepas, kesemua jemaah di gereja-gereja ini sudah berjanji di hadapan Jesus bahawa mereka akan mengundi Anwar.


Tapi sudah tentu sebagai bakal Perdana Menteri Malaysia, menang sahaja tidak cukup, Anwar perlu dapat pertambahan undi, dan disinilah pentingnya orang Melayu di kawasan tersebut diyakinkan dengan kepimpinan Anwar.

Untuk itu, Anwar sudah masuk beberapa kampung Melayu setakat ini untuk menyampaikan amanatnya.  Malam tadi, Anwar berjumpa dengan pemimpin Melayu terkemuka daerah itu yang lebih dikenali dengan gelaran Ayahanda Kajang, Datuk Ujang Bagong untuk mendapatkan restu beliau.

Selain itu, usaha juga sudah digerakkan dengan kerjasama semua persatuan peniaga di Kajang dan kawasan sekitarnya untuk menurunkan harga barang di kawasan tersebut menjelang hari penamaan calon dan pembuangan undi kerana orang Melayu lebih utamakan harga barang yang murah dari yang lain termasuk agama mereka sendiri, Islam.

Untuk itu, beberapa insentif tertentu juga telah dijanjikan kepada peniaga, pemborong dan semua yang terlibat sekiranya mereka menurunkan harga barang dan perkhidmatan masing-masing.

Kerajaan negeri Selangor juga dengan serta merta telah menangguhkan kenaikan caj lesen perniagaan, cukai pintu dan sebagainya di Kajang sehingga kempen pilihanraya kecil tersebut berakhir.

Bahkan pada saat artikel ini ditulis juga, caj parking awam dan saman berkaitan di kawasan Kajang juga sudah dimansuhkan buat sementara waktu.

No comments:

Post a Comment

Komen Adalah Atas Tanggung Sendiri, Blog Ini Tidak Bertanggungjawab