Pages

Thursday, February 6, 2014

Red Giants Akan Bertaraf Dunia Kalau Anwar MB


Menteri Sukan, Khairy Jamalaudin sekali lagi menunjukkan kebodohan apabila mempersoalkan kewajaran Datuk Seri Anwar Ibrahim memakai jersi pasukan bolasepak Selangor, ketika pilihanraya kecil Kajang nak diadakan.

Khairy yang kencingnya masih bercabang itu, cuba mengaitkan pemakaian jersi tersebut dengan persediaan Anwar untuk menjadi Menteri Besar Selangor sebaik menang dalam pilihanraya kecil tersebut nanti.

Siapa Khairy nak mempersoalkan Anwar?  Apa besar dan apa hebat pulak kau.  Anwar dah jadi Menteri Sukan ni masa umur kau belum 12 tahun pun!!

Paling menarik, Anwar dapat jawatan itu (Menteri Sukan) pada ketika itu, tanpa perlu memperisterikan anak kepada mana-mana bekas Perdana Menteri dengan berpura-pura melanggar keretanya seperti Khairy.  

Nouri ni semua orang tahu berlemak satu badan macam badak air, kalau tidak aku langgar dulu dah kereta dia sebelum Khairy,

Nasib baik aku tak sebodoh dan terdesak seperti itu.

Mungkinkah sebenarnya Khairy cemburu kerana dia tahu setelah mengambil alih jawatan Menteri Besar nanti, Anwar akan mengubah pasukan Selangor yang dikenali sebagai Red Giants ini sebagai sebuah pasukan bertaraf dunia!!

Bertaraf dunia dalam ertikata yang sebenarnya, dengan pemain dan pengurusan pasukan setaraf kelab bolasepak sekelas seperti Juventus dan Real Madrid.

Tak mainlah macam JDT, beli seorang bekas bintang antarabangsa yang dah expired untuk main dengan pasukan tersebut dan kemudian nak orang pandang kelab itu besar sebab ada bekas bintang ini tadi.

Main takdelah hebat manapun sebab bolasepak ini permainan 11 orang, tapi apa yang berlaku di JDT, sebab wujud jurang besar gaji antara seorang pemain ini dengan baki pemain yang lain, maka permainan 11 orang sudah jadi permainan 1 orang.

Dialah tengah, dialah pertahanan dan dialah juga penyerang.  Cuma yang dia tak main ialah penjaga gol saja.

Red Giants tak mahu jadi seperti itu.  Dibawah kepimpinan Anwar nanti, Red Giants akan berwajah baru dengan pemain-pemain yang hebat, jauh lebih hebat dari sekarang.  Apatah lagi, MBI (Menteri Besar Incorporated) adalah penaja utama pasukan Red Giants sekarang. 

Anwar juga akan memastikan kepimpinan FAS, dari atas sampai kebawah, bukanlah mereka yang samseng, rasis dan kaki mencarut, tak macam satu pasukan di selatan yang bercakaran dengan satu pasukan dari Pantai Timur.

Khairy tahu semua ini dan sebab itulah dia cemburu.  Apatah lagi pasukan Manchester United yang disokong Khairy sedang berada dalam keadaan terumbang ambing, itu yang buat hidupnya sedikit tertekan sehingga Anwar pakai jersi Selangor pun dia sakit hati juga.

Ironinya, Najib pun sokong MU juga, dah kenalah tu.

No comments:

Post a Comment

Komen Adalah Atas Tanggung Sendiri, Blog Ini Tidak Bertanggungjawab