Sudah sampai ke pengetahuan Pakatan Rakyat kemungkinan BN
tidak akan bertanding di Kajang bagi mengelakkan imej parti tersebut menjad
lebih buruk jika anggaran 80% undi berpihak kepada Anwar, menjadi kenyataan.
Menang dah tentu menang, berapa banyak itu saja persoalan.
Jika kemungkinan itu menjadi kenyataan, apakah nanti
kesannya kepada Pakatan Rakyat? Tahun
2008 dulu kita telah melihat sendiri kesan bila BN enggan menyertai
pertandingan di Penanti, undi diperolehi calon PKR pada ketika itu, Dr. Mansor
Othman merudum dengan banyak.
Disamping itu, tanpa penyertaan BN, pilihanraya kecil ini
jadi kurang meriah, rakyat tidak mendapat sebarang peruntukkan seperti mana
biasa kerana BN gemar menabur peruntukkan dari dana persekutuan dalam
pilihanraya kecil, berbanding Pakatan Rakyat.
Tujuan Pakatan Rakyat mengadakan pilihanraya kecil pun
antaranya ialah untuk memastikan penduduk di kawasang berkenaan memperolehi
bantuan dari persekutuan, menang atau tidak adalah bonus kerana tujuan utamanya nak
membantu rakyat saja.
Sebab Pakatan Rakyat tahu sangat perangai BN. Setiap kali pilihanraya kecil, inilah peluang parti itu nak menonjolkan diri
mereka sebagai kerajaan yang prihatin kepada rakyat dengan menaburkan segala
benda di negara ini yang mereka boleh tabor.
Pendek kata, pendekatan serampang banyak mata, dalam pertandingan di Kajang ini umpamanya, Pakatan Rakyat akan menang, rakyat Kajang dapat segala macam peruntukkan yang diluluskan BN (walaupun kalah) dan semua orang gembira.
Sebaliknya pula kalau BN enggan bertanding, maka tidak adalah apa-apa
kelebihan yang bakal diperolehi rakyat Kajang, selain dari berharap Anwar
menambah peruntukkan tambahan kepada DUN tersebut bila beliau menjadi Menteri
Besar Selangor kelak.
Tapi berapa banyak sangat?
Apa pun nilainya nanti, tak sebanyak dana kerajaan
persekutuan yang nilainya boleh mencecah ratusan juta ringgit. Ikut contoh di Kuala Besut, Najib mengumumkan
peruntukkan sebanyak RM 200 juta - hanya untuk menaik taraf jeti pendaratan
ikan dan jeti pelancung di kawasan tersebut!!
Inilah yang Pakatan Rakyat perlu fikirkan. Benar, dari satu sudut, kita boleh saja
menuduh BN sebagai pengecut, tapi aku yakin Najib dan jentera medianya sudah
bersedia dengan jawapan bagi menangkis dakwaan
tersebut nanti, seperti yang kita lihat di Penanti dulu.
Jika dibenarkan untuk memberikan cadangan, aku mahu Pakatan Rakyat terus memberi tekanan untuk BN meletakkan calon di Kajang dengan mengubah pendekatan kempen sedia ada. Pendekatan menyerang perlu dikurang, sebaliknya berpakat dengan komuniti cina di Kajang untuk beri gambaran seolah-olah BN boleh menang.
Dapat lakukan ini, pasti menarik minat BN untuk bertanding. Soal Pakatan Rakyat akan dapat undi 80% itu juga, jangan diwar-warkan kerana ia boleh menakutkan BN untuk meletakkan calonnya di Kajang.
Pura-pura macam kita nak kalah sudah.
No comments:
Post a Comment
Komen Adalah Atas Tanggung Sendiri, Blog Ini Tidak Bertanggungjawab