Pages

Friday, February 14, 2014

Unit Amal PAS Tidak Layak Jadi Pengawal Peribadi Teresa


Ura-ura nak melantik unit amal PAS untuk mengawal keselamatan Ahli Parlimen Seputeh, YB Teresa Kok berikutan ancaman keselamatan yang di hadapinya berikutan penyebaran video yang menghina Najib Tun Razak, tidak seharusnya jadi kenyataan.

Cadangan Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu itu walaupun kelihatan baik, tapi sepatutnya ditolak atas beberapa sebab.

Pertama, unit Amal PAS ini bukanlah terlatih sebagai pengawal peribadi, malah dalam hal menjadi pengawal lalulintas pun, mereka tidak pernah ada latihan khusus, walaupun seringkali kita lihat budak-budak unit amal ini mengawal trafik dalam beberapa himpunan anjuran Pakatan Rakyat.

Kedua, semua anggota unit Amal ini adalah berbangsa Melayu dan Islam, adakah wajar mereka yang diberi tanggungjawab untuk melindungi Teresa?  Aku tak rasa begitu, macam mana pun mesti ada was-was dengan mereka walaupun mereka penyokong parti PAS.

Pakatan Rakyat tidak mahu nasib Teresa menjadi seperti Gandhi yang dibunuh oleh pengawal peribadinya sendiri yang berbangsa Sikh!!  Aku tidaklah mengatakan Teresa pun akan terima nasib sama tapi kebarangkalian itu ada!!

Ada sebablah kenapa negara Singapura tidak membenarkan rakyat negara tersebut yang berbangsa Melayu dari membawa jet-jet pejuang tentera, kerana kesetiaan mereka kepada negara itu boleh dipersoalkan.

Teresa perlu mengambil iktibar dari itu.

Sebaik-baiknya, Teresa dilindungi oleh pengawal peribadi terlatih, seperti mana Datuk Seri Anwar Ibrahim sekarang.  Pengawal peribadi ini mestilah mempunyai latar belakang polis atau tentera dan pernah menjalani latihan dengan pasukan khas serta pakar di dalam kawalan rapat.

Jika berlaku perkara tidak dingini, pengawal peribadi tersebut perlulah mahir dalam situasi CQB (Close Quater Battle) bagi memastikan subjek yang mereka lindungi (dalam hal ini Teresa Kok), terselamat dari insiden tersebut.

Aku tidak yakin Unit Amal PAS mempunyai segala kemahiran yang disebutkan di atas.

Memang ada syarikat keselamatan di Malaysia ini yang menawarkan kursus pengawal peribadi untuk sesiapa yang berminat, tapi sebaiknya, orang yang nak ditugaskan mengawal keselamatan Teresa ini mestilah ada latarbelakang khusus sebagai peribadi.

Ancaman yang diterima beliau bukan kecil.  Kalau ada yang terlupa, aku nak ingatkan sudah ada seekor ayam yang terkorban dek puak-puak Melayu bodoh ini yang berdemo membantah penyiaran video tersebut.

Betul, dengan menggunakan khidmat Unit Amal PAS, Pakatan Rakyat tidak perlu mengeluarkan belanja wang yang besar kerana khidmat mereka adalah percuma.  

Tapi dalam soal ini, wang tidak seharusnya menjadi halangan kerana yang lebih penting ialah Teresa itu perlu selamat, tidak kira apa kos yang perlu dibayar.


No comments:

Post a Comment

Komen Adalah Atas Tanggung Sendiri, Blog Ini Tidak Bertanggungjawab