Ramai pemimpin Pakatan Rakyat di Penang hari ini dilaporkan masih keliru dengan tujuan jambatan kedua negeri itu yang dirasmikan pembukaannya oleh Najib Tun Razak Sabtu lepas dinamakan sebagai Jambatan Sultan Abdul Halim.
Sultan Abdul Halim adalah DYMM Yang Dipertuan Agung, dalam masa yang sama adalah Sultan kepada negeri Kedah - yang bersempadanan dengan Perak.
Dari segi dasarnya, Pakatan Rakyat dikatakan tidak begitu bersetujulah jambatan ini dinamakan sempenanama orang yang masih hidup, biasanya, nama orang hanya diabadikan pada sesuatu tempat setelah dia mati sahaja.
Jangan silap, bantahan kepada menamakan Jambatan kedua dengan nama DYMM Agung ini bukan aku reka, tapi diterbitkan oleh beberapa pemimpin PKR negeri melalui akaun Facebook masing-masing.
Antaranya Timbalan Ketua Wanita PKR Penang, Carolyn Khor dan beberapa orang lain lagi.
Perkara ini juga katanya dibincangkan di peringkat dalaman parti secara meluas, malah ada yang berkata bahawa mesyuarat Exco negeri sendiri ada menyentuh tentang perkara ini, mengikut maklumat yang dinyatakan kepada aku.
Mungkin pada sesetengah orang, apa ada pada nama, tapi bagi pimpinan Pakatan Rakyat di negeri tersebut, pemilihan nama Sultan pada sebuah jambatan yang dibina dalam negeri majoriti cina seperti Penang, seolah-olah memberikan gambaran yang lain.
Yang dibimbangkan pimpinan Pakatan Rakyat negeri ialah, jambatan itu dinamakan sedemikian rupa sebagai sebahagian dari usaha halus pihak-pihak tertentu untuk meng'sultan'kan Penang, yang kebetulan pada satu ketika dulu adalah sebuah pulau dibawah kekuasaan Kedah.
Sebelum Francis Light mengambil alih hak milikan Penang dari tangan Sultan Kedah pada 1786.
Ini bukan perkara kecil kerana sebelum ini pun sudah ada beberapa pihak membangkitkan keinginan nak melihat Penang dikembalikan semula ke bawah pemerintahan Kedah seperti dulu!!
Jadi jangan hairanlah kalau ada yang beranggapan pemilihan nama Jambatan tersebut sebagai usaha unutk mengembalikan semula institusi sultan di Penang dengan meletakkan negeri itu semula di bawah jajahan Kedah!!
Aku bagaimanapun tidak melihat isu ini sebagai besar. Nama boleh letak nama apa saja, lagipun ini adalah projek kerajaan pusat, terpulang kepada mereka nak letak nama apapun.
Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng sendiri pun dilihat tidak mempunyai apa-apa masalah dengan penamaan jambatan tersebut kepada DYMM Agung. Mungkin kebetulan jambatan itu siap pada waktu Sultan Abd Halim menjadi Agung.
Takut nanti perbincangan itu disalah tafsir sebagai cuba mencabar institusi beraja pula, walhal perkara itu tidak berbangkit sama sekali.