Pages

Friday, March 21, 2014

MH370: Askar Malaysia Pergi Makan Angin Bukan Cari Kapal Hilang?


Kejayaan pesawat tentera Australia menjumpai serpihan pesawat MH370 di Lautan Hindi semalam - hanya selepas beberapa hari diberikan kuasa sebagai penyelaras carian di kawasan itu, menunjukkan betapa negara ini terbelakang dalam segala segi berkaitan teknologi mencari dan menyelamat.

Sebab itulah masuk beberapa minggu mencari masih tidak jumpa walau sekecil-kecil serpihan pun.

Tapi, keegoan kerajaan Malaysia (sebut kerajaan BN) yang mahu juga meneruskan carian di 2 koridor Utara dan Selatan dengan menghantar pesawat dan kapal perang ke sana, menimbulkan persoalan di hati rakyat, untuk apa semua itu diteruskan bila tidak ada hasil yang boleh ditunjukkan?

Menurut maklumat yang blog ini terima, askar-askar Malaysia yang dihantar dengan beberapa buah kapal untuk mencari pesawat yang kononnya hilang itu, bukanlah mencari pesawat, tapi lebih kepada nak makan angin.

Faham sajalah, perjalanan yang panjang itu akan singgah di beberapa buah negara antaranya Kazakhstan, Uzbezkistan di Koridor Utara dan Indonesia, Australia di Koridor Selatan, memberi peluang kepada askar-askar ini untuk berjalan sambil makan angin.

Cakap pasal Uzbekistan, wanita disitu adalah antara baka perempuan yang tercantik di dunia.  Permintaan untuk mereka begitu tinggi sekali dalam industri pelacuran.  Apa kaitan dengan askar Malaysia?  Faham sendiri sudah.

Mengikut pada jenis-jenis kapal yang dihantar pun, semuanya sudah melebihi usia 10 tahun dan 'berkarat' dari segi teknologi, antaranya kapal kelas Kasturi dan kelas Lekiu (semuanya dibuat pada tahun 90-an).

Walaupun kelas Kasturi baru saja dinaik taraf dibawah program SLEP, tapi itu lebih kepada ketahanan badan kapal supaya boleh digunakan lebih lama, bukan melengkapkannya dengan teknologi terkini.

Kapal KD Kasturi

Nak jumpa macam mana?  

Bagaimanapun, nak disalahkan askar-askar ini pun tidak boleh juga kerana mereka hanya mengikut arahan pegawai atasan, yang patut disalahkan ialah kerajaan Malaysia (sebut kerajaan BN) kerana masih berdegil untuk meneruskan carian bila tahu semua usaha itu telah pun gagal.

Seharusnyalah semua ahli parlimen Pakatan Rakyat yang sedang bersidang di Parlimen sekarang, menggesa kerajaan supaya menarik balik semua askar-askar yang terlibat kerana nampaknya keberadaan mereka disitu sudah tidak mempunyai apa-apa erti, malah boleh disalah erti sebagai nak mencari keseronokan untuk diri sendiri.

Apa yang patut dilakukan sekarang ialah menunggu sahaja maklumat dari negara-negara yang terlibat dalam usaha mencari ini kerana kelihatan disitu teknologi mereka adalah jauh lebih maju dari apa yang dimiliki negara ini.

Cara itu lebih mudah dan juga murah.  Maklumat yang disampaikan oleh negara-negara berkaitan bolehlah dijadikan modal dalam sidang media yang diadakan setiap hari untuk memaklumkan perkembangan terkini usaha mencari tersebut.

Aku sebut mencari kerana setelah 2 minggu, tidak ada lagi harapan untuk melihat sesiapa terselamat.  Serpihan yang dijumpai satelit tentera Australia semalam sahaja membuktikan pesawat itu telah hancur berkecai di dalam laut.

Dari awal pun Pakatan Rakyat dah meramalkan begitu, UMNO saja yang masih berdegil dan keras hati, takut nampak kita lebih hebat dari dia.