Pages

Saturday, March 22, 2014

Wan Azizah Sama Hebat Dengan Mother Teressa

Malam tadi dihadapan lebih kurang 200,000 orang penyokong Pakatan Rakyat yang memenuhi Stadium Kajang untuk menghadiri perasmian Reformasi 2.0, PKR telah mengisytiharkan Datin Seri Wan Azizah Ismail sebagai Ibu Reformasi - gelaran kedua tertinggi dimiliki Wan Azizah yang belum lagi pernah diberikan kepada mana-mana wanita di negara ini.

Kali pertama ialah bila Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) memberikan Anugerah 'Sayyidatina Khadijah (sempena nama isteri pertama Muhammad saw) pada tahun 2013bagi menyanjung pengorbanan beliau dalam mempertahankan suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim selama ini.

Semua gelaran ini menjadikan Wan Azizah sekarang sebaris dengan tokoh pemimpin wanita dunia seperti Mother Teressa, Corazon Aquino dan Aun San Suu Kyi.  Tapi kalau diberi pilihan untuk memilih, Wan Azizah sebenarnya lebih mempunyai persamaan dengan Mother Teressa.
Pemilihan ini wajar kerana Wan Azizah dan Mother Teressa memiliki personaliti dan kemuliaan hati yang sama.

Jika Mother Teresa mengorbankan seluruh hidupnya untuk membantu masyarakat dunia, Wan Azizah pula tidak pernah jemu mempertahankan suaminya yang tidak henti-henti dihambat dengan fitnah jahat, hanya kerana ingin memperjuangkan nasib rakyat.

Selepas gagal menyabitkan Anwar dengan kesalahan meliwat Azizan Abu Bakar bila beliau dibebaskan Mahkamah Persekutuan pada 2004, Najib mengambil kesempatan dari hubungan suka sama suka antara Saiful dan Anwar pada 26 Jun 2008 untuk mengenakan dakwaan kesalahan liwat ke atas Anwar dengan mengubah hubungan tersebut menjadi paksaan sehingga Anwar dipenjarakan selama 5 tahun (rujuk kenyataan Presiden Majlis Peguam, Christoper Leong).

Inilah yang menjadiakan Wan Azizah istimewa.  Sementara majoriti besar wanita di Malaysia tidak tahan kalau suaminya dikaitkan dalam hubungan sulit dengan wanita lain, Wan Azizah masih mampu bertahan bila suaminya disabitkan kesalahan kerana meliwat seorang lelaki!!

Bahkan, bukan sekali Wan Azizah cekal bertahan dalam mendepani cabaran itu, kalau tidak silap perkiraan aku, sudah lebih 10 kali berdasarkan keputusan 10 Mahkamah yang menyabitkan Anwar dengan kesalahan meliwat Azizan, Dr. Munawar Anes dan Sukma Darmawan dalam kes liwat 1 sahaja.

Kalau semua ini bukan bukti jelas bahawa Wan Azizah adalah setaraf dengan Mother Teressa (kalau tidak melebihi), aku tak tahu nak kata macam mana, memanglah orang yang menafikan hakikat tersebut, buta mata dan buta hati.

Maka itu, Rakyat harus bangkit dan bersama-sama Wan Azizah dalam Gerakan Reformasi 2.0 ini.  Apatah lagi beliau juga telah diisytiharkan malam tadi oleh Penasihat DAP, Lim Kit Siang sebagai bakal Perdana Menteri Wanita pertama Malaysia sekiranya menang di Kajang.