Pages

Monday, May 5, 2014

Hudud: PAS Akan Keluar Pakatan Esok?


Sumber dari PAS menyebut bahawa Majlis Syura Ulama parti itu sudah bersedia untuk meninggalkan Pakatan Rakyat sekiranya PKR dan DAP masih berkeras untuk menentang draf undang-undang mengenai hudud di Kelantan bila dibentangkan di Parlimen nanti.

Ini setelah PAS membuat kesimpulan bahawa penolakan besar-besaran ke atas hudud oleh PKR dan DAP bukan atas sebab masalah kefahaman tapi kerana ia membabitkan Islam.  

Oleh yang demikian, ada dikalangan ahli majlis tersebut yang berpendapat, macam mana penerangan diberikan sekalipun hudud tetap tidak akan diterima oleh PKR dan DAP.

Besar kemungkinan PAS akan bekerjasama dengan UMNO dalam BN, atau kekal menjadi parti berasingan tapi pro UMNO.  Ini sebagai balasan atas sokongan yang diberikan UMNO kepada PAS dalam perkara nak melaksanakan hudud di Kelantan itu.
Selasa dipilih kerana mengambil kira semua 'kata dua' yang diberi oleh beberapa pihak dari DAP, PKR, Gerakan dan MCA supaya PAS menarik balik hasrat untuk melaksanakan hudud di Kelantan.

Ramai penyokong Pakatan Rakyat melihat ini adalah jalan keluar terbaik untuk menyelesaikan kemelut hudud ini.  

Walaupun ia akan membawa kepada perpecahan dalam Pakatan Rakyat, tapi perpecahan sama turut berlaku dalam BN apabila MCA dan Gerakan (kemungkinan besar MIC), turut meninggalkan perikatan tersebut kerana membantah sokongan UMNO ke atas hudud.

Pendek kata, perpecahan dalam BN lagi teruk berbanding Pakatan Rakyat.  BN kehilangan sekurang-kurangnya 4 parti komponen sekaligus, sementara Pakatan Rakyat hanya satu.

Bagaimanapun, bukan semua pemimpin dan ahli Parlimen PAS yang setuju dengan keputusan berkenaan yang hanya diputuskan oleh satu pihak sahaja (Majlis Syura Ulama) yang dipengerusikan Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat.

Memang Majlis Syura Ulama adalah badan tertinggi dalam PAS, tapi dengan tahap kesihatan Nik Aziz sekarang, ramai berpandangan, beliau tidak 'fit' untuk membuat keputusan sepenting itu dan hanya menyerahkan kepada Timbalannya, Datuk Harun Din untuk menyelesaikan perkara tersebut.

Harun pula memang diketahui penyokong kuat kepada perlaksanaan hukum hudud, dan dialah yang menjadi penasihat kepada kerajaan Terengganu (sewaktu bawah pimpinan PAS) untuk mewartakan undang-undang hudud di negeri tersebut pada 2003.

Tindakan itulah yang membawa kepada keluarnya DAP dari Barisan Alternatif pada tahun yang sama.