Pages

Thursday, May 8, 2014

PRK Teluk Intan: Mengundi 31 Mei, penamaan calon 19 Mei

PUTRAJAYA: Hari mengundi bagi Pilihan Raya Kecil Parlimen Teluk Intan pada 31 Mei ini manakala penamaan calon pada 19 Mei.

Demikian dinyatakan Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof pada sidang akhbar di sini hari ini.

Katanya, pilihan raya itu akan menggunakan Daftar Pemilih Induk 2013 bagi kawasan itu yang diwartakan pada 30 April lalu dan diperkemaskan pada 1 Mei lalu.

PRK Teluk Intan diadakan ekoran kematian Seah Leong Peng daripada DAP di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) kerana mengidap barah pada 1 Mei lalu.

Pada PRU13 lalu, Seah Leong Peng yang memperolehi 27,399 undi menng dengan majoriti 7,313 undi menewaskan calon BN, Datuk Mah Siew Keong daripada Gerakan yang mendapat 20,086 undi dan K Moralingam (Bebas) yang mengutip